BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 28, 2009

all the best guys!

and by tomorrow we, the pre-lawrians will have been taking the finals examination for 5 days until next tuesday. so, i wish good luck and all the best to all of you and please do pray for me okay!

Saturday, September 26, 2009

i've been too busy because of raya

and yes, i'm not lying on this. sebab i betul-betul busy dan beraya sakan for this year dan macam tak ingat dunia dan tak ingat yang my final exam start lusa dan tahniah lah untuk i sebab i tak baca sepatah haram pun apa yang ada dalam buku samada Lawa, ehh Law, CSC atau apa-apa sekalipun dan sebenarnya padan muka untuk i dan u all semua boleh tepuk tangan ramai-ramai. okay, terima kasih dan cukup berkenaan exam dan buku. back to the title and the main topic. on the second day of raya we went to Negeri Sembilan, which is abah's side. the third day, i memang rasa betul-betul dan betul raya sebab all of my uncle from abah's side or in other words abah's siblings la datang beraya selepas selama lebih kurang 6-7 tahun tidak menjejakkan kaki disini dengan sebab-sebab tertentu dan i sungguh-sungguh terasa seperti Raya yang sebenar sebab kau imaginelah macam mana bila adik-beradik tak jumpa nak dekat 10 tahun macam mana keadaan bising dan tidak terkawalnya rumah i. and thanks for coming to them. the nest day we went to terengganu, mom's side and it's unplanned. konon-konon tak nak balik kampung dan semua telah meng-jeles-kan i dengan suasana beraya di kampung mereka, dan i rasa macam nak balas dendam dan padan muka u all, sebab i rayaa 2 kampung. ehh, 3. ter-masuk rumah aunt i kat Tampin tuu. kalau dah balik terengganu tu, macam teruslah hantar my big brother tu balik uitm dungun kan, dan dia mestilahh seronok sebab tak payah naik bas. menyampah tsk tsk. and here comes the photos. u all tengok je lahh. i tiba-tiba malas nak menaip sebab malam ni will going back to kedah tapi satu hape pun tak pack lagi dan padanlah muka lagi. semua nak last minute kan.

perkara wajib kalau balik terengganu adalah bermandi-manda di laut dan i ter-kecuali lahh kan sebab dah besar dah malas nak mandi lagipun masa ni cousin yang sebaya dan se-geng belum sampai dan takkan lah nak mandi dengan budak-budak kecik sebab nanti mestilah i yang kena jaga kann. ohh, refer to the photo is my big brother yang memang sangat-sangat besar dan boleh melawan ke-monster-an si acheeennnkk. haha.

ohh, ni macam biasalah kan. kalau ber-gambar mestilah nak buat kononnya macam candid tapi sebenarnya tengah penat tahan gelak dan senyum sebab sebenarnya semua ni lakonan semata-mata. senang je nak buat gambar konon candid di tepi pantai macam ni. kau buat je konon macam tengah jalan dan ter-menung ke arah langit dan awan dan nanti photographer yang teror dan hebat macam i akan snap lahhh. dan dan, kasut tu jangan lupa. sila pegang dengan tangan. hah, mudah.


haaa, ni lahh geng mandi laut dan takkan lahh i nak join kan tsk lahh. diaorang ni annoying gila sebab bila i jerit-jerit macam orang gila, semua buat bodoh dan buat-buat tak dengar sebab tak nak naik. dan yang paling kecil selalunya jadi yang paling ber-kuasa dengan berkata, "adik TAK nak naik, sampai tak ada orang kat dalam air ni." dan sebenarnya walaupun ber-kuasa tapi takkan ber-jaya pun kalau mak dan ayah dah turun padang tarik anak masing-masing. haissshh, budak-budak.

dan kepada anda-anda semua silalah jangan jeles dan menyampah sebab dekat kampung i ada buaian bawah pokok yang sangat seronok dan akan teruja bila duduk diatasnya sebab aku kan macam suka jadi batak gila bila nampak apa-apa. dan seperti biasa, abang i akan menjadi mangsa untuk sedaya upaya snap the picture sampai i betul-betul puas hati. ahha.

dan kau tengoklah bila aku still beraya sehingga malam hari dan adik-adik sedara i dah terbaring dalam rumah orang. ohh, actually bukan rumah orang pun. rumah sedara jugak lah, so nv mind lahh kan kan. and so, the end of the story

p/s; sedihnya nak balik Kedah dah malam ni dan sangat tidak suka keadaan ini. benci benci. cepatlah habis final and then boleh balik rumah. haha. padahal, dah sampai kedah nanti, jumpa The Yaww terus tak hengat dunia kan kan. ;pp

Wednesday, September 23, 2009

kepada yang konon mengenali

kau tahu tak yang aku benci. B-E-N-C-I bila kau kata kau kenal aku tapi sebenarnya kau TAK kenal. sebenarnya kau TAK kenal aku walau sikit pun sebab aku bukannya jenis yang terus tunjuk siapa aku. BUKAN. sebab aku bukannya jenis yang baik yang boleh terus nak percaya kat orang dan termasuk kau. okay, itu DULU. dulu, waktu aku macam tak-berapa-nak matang dan mampu berfikir yang sebenarnya kat dunia ni ada macam-macam jenis orang dan ter-masuk orang yang seJENIS dengan kau. yang kononnya memahami orang yang kau kata KAWAN tapi yang sebenarnya LAWAN. dulu, akulah yang jenis cepat-gila-nak percaya dan kesian pada orang-orang yang aku jumpa atas muka bumi ni ter-masuk kau. sebab orang-orang macam kau lah suka buat muka seposen, walaupun sebenarnya harga limaposen. KAU.

aku benci lahh berdiri atas perhubungan yang kononnya kau nak landaskan dengan KEPERCAYAAN. benci bila kau sekadar cakap kau percaya aku tapi sebenarnya kau kata yang aku ni penipu besar dibelakang kau. apa yang kau tahu pasal PERCAYA? kau ingat macam lagu Siti? dan lagu hanya sekadar lagu? aku DAH tak percaya kau lagi. lepas kau sendiri yang rosakkan kepercayaan aku pada kau. aku benci bila kau kata akulah kawan kau yang ter-BAIK di dunia dan tidak akan ada pengganti aku selepas aku. hah, amek kau. aku BENCI, sebab kau tak pernah maksudkan apa yang kau cakapkan dan sedangkan aku pegang setiap patah yang keluar dari mulut PENIPU kau. aku PERCAYA. tapi bila kau macam kononnya kenal dan faham aku, dan konon nak dengar semua masalah dan cerita-cerita aku yang sebenarnya kau anggap cerita BODOH dan tak masuk akal, sejak tu aku hilang percaya pada kau.

sebab, sebab aku sanggup dengar kau cerita berjela-jela konon macam aku dah kenal kau seribu tahun padahal aku baru je kenal kau satu hari. sebab aku nak tarik kau jadi kawan aku yang betul-betul KAWAN yang bukan sekadar nak menyinggah dalam hidup aku tapi aku nak kau selam hati dan perasaan aku. aku benci bila setiap kali aku ada masalah yang perlu dikongsi, kau tiba-tiba hilang kononnya kau punya masalah lagi besar beribu kali ganda dari masalah aku. dan sedangkan aku hanya inginkan kau untuk mendengar dan berkongsi, dan setiap kali itulah kau buat-buat macam kau tak pernah kenal aku, ataupun kau buat alasan yang kau baru kenal aku semalam. tapi aku bukan jenis yang nak berkira dengan kau bila kau pinjam telinga aku satu hari satu malam semata-mata nak cerita yang bf kau lambat setengah jam jumpa kau. dan aku, jangan harap kau nak dengar masalah aku walaupun cerita aku tak sampai lima minit lima saat pun. sebab kau memang tak nak dengar, sebab kau tak pernah pun anggap aku kawan susah dan senang.okay, susah maybe kau anggap lahh kan.

aku TAK suka, bila setiap kali aku nak share idea aku tentang masalah kau, kau tolak mentah-mentah. kau buat aku macamlah aku ni orang-luar-yang-tak pernah kau kenal dalam seumur hidup kau. kau buat macam aku ni orang jahil-yang-tak-tahu satu benda pun dalam dunia ni. kau buat macam kau-sorang-je yang pandai nak buat semua benda. aku BENCI. sebab, sebab walaupun idea aku, kau kata idea busuk ataupun tak ber-guna tapi kau tak pernah nak hargai walau satu pun. sampai aku yang give up sendiri dan menyampah dan tak ada keyakinan dengan hidup aku sendiri. sebab kau TAK PERNAH. atau mungkin aku boleh kata TAK MUNGKIN bagi aku sokongan dari belakang apatah lagi sekeliling aku bila aku betul-betul perlukan. sebab kau jenis yang suka nak buruk-burukkan aku dan merendah-rendahkan aku macam lah aku ni rendah sangat walaupun aku memang rendah lah jugak.

dan yang paling aku benci bila kau kata yang kau kenal aku sangat-sangat dan ter-keluar dari mulut kau kata yang aku dah berubah sejak kawan dengan dia tu, aku dah berubah sejak itu dan sejak ini. kau buat macamlah kau kenal aku dari aku lahir dan kau yang jaga dan besarkan aku sedangkan aku baru kenal kau dan aku tak kisah sangat pasal BARU. padahal, kau tak pernah pun nak kenal aku dengan betul-betul kenal sehingga aku boleh kata kau ni bukan KAWAN tapi dah macam adik beradik aku yang sanggup nak kongsi apa-apa pun dengan aku. sebab bagi aku kau tak ada hak nak kata aku dah ber-ubah atau ter-ubah. sebab kau BELUM betul-betul kenal aku. tapi kau buat konon kaun dah kenal dan faham aku. aku BENCI. dan cubalah kau jadi KAWAN yang betul-betul boleh selam hati, jiwa dan perasaan aku supaya suatu hari nanti bila kita jumpa, aku boleh peluk kau dan cakap aku sayang kau dan bila kita ber-pisah aku boleh peluk dan cakap aku akan rindu kau. cubalah.

p/s; 'AKU' adalah aku dan 'KAU' is not specified. it's general ditujukan buat semua. :)
p/ss; bila aku tulis begini, pasti ada sesuatu. mengertilah.

Tuesday, September 22, 2009

raya sudahhh.


sekarang ini ketahuilahh saya berada di PJ dan tahap malas sy untuk mengupdate blog adalah ditahap yang sgt kronik. dan dan, kau baca je lahh apa yg aku type ni. okayy, for this year, i raya dekat pj je. and, ada makcik (adik mak) yang beraya sekali. okay lah jugak, macam tahun-tahun yang sebelum ni. kau tgk lah aku mls dah nak type. kau tgk je lahhh gambar.

haa, dari kiri. along gemoooookk nak mampus, kak langg, dan i. okay, ni pagi raya. after sembahyang raya kami bergerak ke rumahh maklong yang terletak di Semenyih. then, pergi rumah kakak ayah, di Seremban. lepas itu, terus gerak ke Tampin. rumah kakak emak. lepak Tampin sampai malam, tidur di rumak adik emak di Senawang. ituu lah rutin bila dah takde atuk dan nenek kan. nak balik kg pun fikir berkali-kali. lebih kurang seratus kali. but i think this raya is better than last year sebab bunga api dan mercun dah bertambah banyak. malam main bunga api dan mercun di Tampin. best best. kau bayangkan ayah aku beli sampai rm150++ haaa, amek kau. memang kenyang lahh main mercun.
tengokk aku pakai baju yang sama sehari suntuk, sampai nak tido baru mandi. kenapa tah raya tahun ni macam malas gila. gambar pun tak banyak. dan aku macam menyesal lahh jugakk kan.

ehh, ni patutnya atas sekali. tapi tersilap upload. biar je lahh. ohh, suka salam di pagi raya sebab salam berisi. haha. dan kepada anda-anda semua. bergembiralahh di hari raya. esok lusa, aku update lagii okay.

p/s; ohh, maybe will back to terengganu either on tues or wed. ohh, i rindu kampung damn muchhhh.

Saturday, September 19, 2009

bila tiba hari raya,


haishhh. title entry dah la lebih kurang dengan the previous post. tapi takpe lahh kan. walaupun lebih kurang sama, tapi yang special nya entry kali ni sebab i sertakan satu kad bajet raya yang i reka cipta sendiri untuk u all semua. cantik tak card raya ni? tolonglahh angguk dengan laju, walaupun hati mengutuk buruk gila sampai tak sanggup nak sambut raya. takpe, i tak kesahhh kalau tak ikhlas punn. asalkan u all angguk. (mesti kau rasa annoying gila dengan perangai aku kan kan?) dan dan, sempena bulan yang mulia ni, i doakan u all happy-happy selalu sambut raya tak kira dimana u all berada. yang dekat kampung tu jangan buat i jeles gila sebab esok i balik rumah makcikkk i kat tampin okayyy. itu pun dikira kampung i yang ke-3. dan dan, silalahh jangan main mercun sebab i sorang je boleh main. u all yang tak tahu main, duduk diam-diam. tak pun, kalau dah kempunan sangat, kau tengok jelahh orang lain main. aku harap kau paham lahh, maksud disebalik larangan ni. sebab i sayang u all tauhu takkk? okayy lahh, sebelum i lebih mengarut dan mencarut. marilahh kita bermaaf-maafan gituuu di hari yang mulia. :)

p/s; lirik asal, "setahun, hanya sekali merayakan hari yang mulia ini."
lirik ciptaan adik sedara yang umurnya pra-matang. (5 tahun)
"setahun, dapat menari merayakan hari yang mulia ini."

ohh, lupa pulakk. cita-cita dia nak jadi komposer dan penulis lirik. ;pp

bila tiba hari itu.

fuhhh. hembus nafas legaaaaa gilaaaa. finally, i finished myself to upload all this photos sebab niat i suci dan murni, nak bagi u all tengok. okay, u all pun kena tarik nafas, ready to read this post because it would be a long post sebab ingat senang ke i nak post entry sejak kebelakangan ni? broadband gua buat cibai sama gua sikit. i rasa macam nak hentak hentak je dekat dinding toilet bilik i. maybe sebab i bayar lambat kottt, tapi i dahhh bayar okaayyy en. maxis. sila jangan block my freedom to use this broadband. okayy, back to main topic. i nak cerita kisah dongeng kat u all. i kan story teller. ceritanya berbunyi begini. SEMALAM, yes semalam. i went to Mid Valley at 1.15 pm. seperti yang semua sedia maklum lahh kan. i planned nak buka puasa dengan natt dan achhheeennnkkkkkk. ohh, gerak awal sikit untuk mencari kasut. i the first yang sampai mid. natt, uncle taxi takdeee. i dah suruh call uncle zack or pak tehh, natt degil. kan dah berjam- jam i tunggu sambil buang masa pusing satu mid window shopping. natt kata, nak beli kasut tunggu dia. so, i pun selaku kawan yang baik berhati mulia, pergilahh surveyyy kasut untuk kami berdua. ohh, cari gladiator sebenarnya. okayy lahh. sambung cerita dengan gambar pula. nanti muntah boring pulak u all ni kan. semua dah pandai demand sekarang. haha.

after natt sampai, i suruh dia terus pergi Vincci. okay, TERUS. sebab dah tak tahan sangat nak beli kasut ni. dan dan, i got the gladiator! the one yang i nampak dalam catalogue hari tu dengan natt. fs, kasut tu dah sampai Malaysia lahhh. so, i got 2 glads for this raya. (muka berlagak GILA) white and black. ahha, i likeee. then, kerah tenaga pulakk untuk carik kasut si minah saleh ni. i dah jadi macam bibik dia pun ada jugak. sekejap pegi VOIR, then patah balik VINCCI. lepas tu pergi NOSE, then patah balik VINCCI. last last, bawak paper beg sama dengan i jugak. VINCCI. the last decision. haha. natt demand sikit bab kasut, dia kan model majalah Muslimahhh. jk jk. okayy, then merayau-rayau dengan natt. pergi pizza hut sekejap sebab nak tanya pukul berapa selalu dah penuh. then, lepak speedy punya lama sambil gelak-gelak tengok cover album lama. macam muka NASH. memang lawak gila sampai i rasa nak gelak guling-guling tanpa memikirkan diri tengah puasa. ehh, i takk puasa. lupa pulakk. and after that, the GIANT came dengan membawa seorang LAN PET PET. yea, sungguh i tak tipu. kan bulan puasa ni. okayy, niat mula-mula kan nak buka puasa di Pizza Hut but unfortunately, masa i dan natt menjejak kaki, dah full. pergi Nando's, Full House akak tuu tulis. pergi Kenny, penuh. semua dah reserve. pergi chicken rice shop, nasib yang sama and finally, amekkk kau LAKSA SHACKK aku bagi. (terpaksa, terpaksa) padahal Laksa Shack kat VM, i pandang sebelahh mata jee. memang sadiss lahh kehidupan. dah lahh dapat sit yang dah hampir keluar kedai. pity us. tapi, sebab i ni jenis yang bersyukur dan tak kesah makan apa, so sebatt je lahh. ala, natt, achenk dan lan pun sama. ohh, ni masa makan. waiting for the azan.

kau tengok muka batak i dengan natt merenung cendol ACHENKKK. hahahaha, cendol itu ahmad achenkk yang punya. pinjam buat backdrop sekejap ehhh.

bangga dapat berbuka dengan LAN PET PET. i rimasss lahh makan satu meja dengan artis ni. bila orang lalu-lalang, semua nak pandang. siap ada yang keluarkan camera, snap gambar dia. haissshhhh, i bukan apa tapi i rasa macam i pulakk yang artis. okayy, jangan muntah hijau dulu.

hah, kau tauhu lahh. dah nama pun GIANT, makan nak dua mangkuk je. orang lain semua satu mangkuk. ohh, yang satu lagi tu mangkuk cendol.

tengok tengok dan teka mangkuk siapa yang paling licin. tetttt, masa dah habis. jawapannya, mestilahhh accchhhennnnkkkkk!! bagi yang betul, sila tebus achennnkk dekat i okayy. ehhh, dekat sedara dia nama CICIK tuu. ;pp

khusyukk pau cendol achenkkk tanpa memandang kiri dan kanan. tapi natt lahh yang paling banyak pau cendol ni. hahahaha.

tengok muka semua dah macam mintak pelempang kan. sebab penat gila, so bersila lahhh sambil tunggu train. dah biasa buat dahhh ni.

ohhh, sekali lagi. bangga dan sedikit batak dapat hang out dengan si Lan Pet Pet. banyak jugak gosip artis i tanya masa makan tadi. tak payah bukak website ohbulan dah lepas ni. ahha.

ni KL sentral. berpisah dengan natt, so tinggallah natt seorang diri dalam train. then, a few minutes later, aku nampak natt kat seberang. tengahh kalut-kalut meraba bag dia. achenk yang suruh snap. sorry nattt.

then, i macam pelik kenapa natt guna public phone padahal phone dah ada. i jerit. "NATALIA" natt carik suara i, nampak i, dan terus jerit. "Korang!! phone aku hilang!" and i pity her tapi i memang dah expect masa first2 nampak natt dekat public phone tuu. laslt, we decided to go to natt's side. sebab tengok natt memang kesian gila masa tuuu.
natt sedang khusyukk bercerita saat dimana dia sedar akan kehilangan phone kesayangan. haha. tah lahh, i consider phone tuu telah dicuri. sebab tengok lahh macam mana natt pakai sling bag dia kannn. and it's possible masa sesak-sesak dekat ktm mid tu, ada tangan yang membuat dosa kan kan. then train ke kepong sentral sampai. i, achenkk dan lan pun berlari-lari lahh ke platform kami. and kami ter-lepas satu train lagi sebab lambat beberapa saat. kenapaaaakaaahhh dunia ini begitu kejaaaam?
semua orang macam dah panas hatii kan sebab dah ter-lepas DUA train. i told u, DUA okayy. then, train yang supposedly arrive at 10.30 telah ter-delay sampai pukul 11. ohhh, masyukk nya hidup tak mandi satu hari suntuk dengan muka berminyakk. ohh, itu accchhheennkk je. hahah. dan yang paling panas hati mestilahh si Lan sebab esoknya dia ada shooting lah pulakk kan. kesian. and finally, i sampai rumah jam 11.40 malam dengan jayanya. end of the cerita dongeng tv3. :)

p/s; Lan Pet Pet dalam watak di atas adalah rekaan semata-mata, dilakonkan oleh seorang yang bernama Aril AF, ehh bukan. Shahril Zaquan, pelajar form 3 sekolah mana tahhhh. hahaha.

Wednesday, September 16, 2009

al-kisah rda dan ibunya. ehh, emaknya.

tadi, lepas bukak puasa i lepak-lepak dengan my mum sekejap kat depan tv sambil makan buah pear yang telah dipotong oleh kak lang. ohhh, kak lang tuu adik i. dia kan tak boleh puasa, so macam banyak lah sikit kerja yang dia kena buat kan. padan muka. lepas tuu, borak lah dengan emak macam-macam. i tanya, esok nak keluar boleh? then, dia macam tak bagi lahh kan macam biasa. then, i pun pujuk lahhh, macam biasa jugakkk. dan dan, mestilah i berjaya okayyy. then, tengah borak-borak. ohhh, bacalah dialog.

rda: ehhh, mak mak. akak rasa macam PERIOD lahhh.
emak: alaaaa, takde nya. akak kan dah period masa awal ramadhan hari tuuu.
rda: ehhh, kan selalu kena 2 kali.kejap lahhh, nak pegi check.

dan i punnn berlari-lari lahhh ke toilet. check check. dan dan.

rda: emakkkk!!! period for the second time in ramadhan. benci betuuull
emak: Ya Allah, senangnya keluar. mak ni dah dua tahun tak payah ganti puasa sebab tak period masa bulan ramadhan. haha. dah berapa hari dah kena ganti ni? (sambil kira-kira)
rda: hari tu 7. campur 4. jadi 11. banyak gilaaaa. ehh, last year lagi banyak. tah tah, mak dah menopause. hahahah. (sambil gelak guling-guling, ohh, tipu.)
emak: ehhh, tolong sikit. i muda lagiii tau. tapi mak rasa tahun ni mak period lahhh. kalau tak sabtu pagi, maybe sabtu petang. takpun lepas bukak puasa. haaaa, tak payah ganti lagi. ahad dah raya.
rda: haha. sekali raya hari isnin. kena jugak ganti sehari. dah lahh, orang nak naik.

dan dan, i pun naik lahh ke bilik. emak i ikut sekali. nak mandi mandi dan sembahyang lahh tu. okayy, i ambil towel. tiba-tiba.

emak: rda!!!!!!
rda: yaaaaa?? hahahahhahaha (gelak dengan tiba-tiba sebab i nampak muka mak i tahan gelak.) haaa, tuu lahh berlagak lagii.

then, adik i datang.

kak lang: kenapa kenapa?? (gaya busy body, dan jaga tepi kain orang)
rda: mak period. hahha. sabtu lahh sangat makkk. hahahah.
emak: haihhh, buat malu jeee. haha.

aksi gelak beramai-ramai. then;

kak lang: bajet je hari tu semua rebut telekung. last last, semua tak dapat sembahyang raya. hahah.
rda: aaa'aaaahhh kan. apa-apa tahhh.

okayyy, sampai situu je. then, kena halau keluar dari bilik emak. sebab emak nak mandi. ohhh, sekarang semua perempuan dalam rumah ni TAK BOLEH puasa okayyy. dah lama tak macam ni. dan, ayat famous i dekat rumah sekarang ni;


LU JANGAN BUAT CIBAI SAMA GUA

haha. abid selalu KENOK seketoiii. padan muka.

study lahhh weyyyyy.

okayyy, i baruuu nak start study dan jangan terkejut. i baru nak startttt okayyy. kawan-kawan, doa kannn lahhh i boooleh study tau tau. i tiba-tiba macam takot gilaaa ni. okayyy. nak stop online lahhh.

Tuesday, September 15, 2009

ohh! gila dah ni. ahha.

haa, sama je apa yang cik ATYN dah post, tapi i nak post jugakkk kan kan. and actually, ni kesinambungan entry i yang dekat bawah ni. lepas ryn hilang, i buat lahh kerja gila dengan atyn. tujuan utama nak tayang shawl baru je tapi dah jadi sesi photography pulakk dan disebabkan tukang ambil gambar adalah atyn, so i macam nak demand sikit lahhh kan. buat gaya macam model terkenal. semua gambar tak kena dan i suruh atyn snap balik. dan dapat lahhh gambar-gambar di bawah. yang tak jadi pun i nak tunjuk jugakkk. ohhh, gila lahhh ini semua. i ter-study webcam pulakkk dengan cik atyn ni. haha.




p/s; ni betul-betul tidak ada kerja kan kan. dan gila but ily lahhh babe. thanks sebab layan i. :)

bila nun jauh disana.

engkau tahu apa itu RINDU yang sebenar? macam ni lahhh rindu kan kan, bila invite awak-awak semua to view my web cam. ahha, then, ryn suruh cover rambut sebab dia nak capture, which do i did. :) okayy, just now, yeah just now. i ym dengan FS, borak-borak lepas tuu atyn ajak study. i pun macam okayy lahh kan. lepas tu, atyn kata nak tgk i study. ohhh, ni memang terpilih jalan hitam, bila dah bukak webcam memang macam-macam lah benda mengarut yang kitorang buat kan. and then suddenly, ryn pulakk datang menyibuk nak view web cam i. i pun macam approve je lahhh kan. ryn bayar i lebihh tau. so, terjadi lahhh seperti di bawah, di mana semua nak bajet HOWT untuk melepaskan rindu masing-masing. :)


dan, macam biasalahh bila ym not responding, i pun macam berangan sorang-sorang lahh kan dengan melihat diri sendiri. dah, dah. i nak study dari tadi ni. lepas raya final exam.

p/s; jom buat conference webcam ramai-ramai. rindu u all lahhh. :)

Monday, September 14, 2009

YAWWW!

i tertarik nak buat tag ni jugakkk sebab i pun nak cheer up balik mood-mood anda semua. *tiada sebarang paksaan* haha.

current hobby:
tolong emak di dapur. *okay, aku tipu*


fav food :

aku bantai semua makanan. well, tengook perut lahh kan. tapi sumpah i suka TOMYAM. :)

fav drink :
bandung cincau, jagung cincau, soya cincau. baru aku sedar aku suka cincau rupanya.

things u regret the most :
kenapa aku kenal the YAWWW. mereka buat hidup aku huru-hara.
;pp

whom the last person u texted with :
cik atyn sayang. yea, sayang awakkkk. :)
semua pakat nak letak nama BF, okay aku nak jd LESBIAN lahh.

colour of shirt u r wearing now :
it's kind of cream. gambar orang utan. ohhh, bukan gambar kau ryn. bukan.

who sits next to u :
tiada setan di bulan ramadhan. jadi sama dgn ryn. :)

songs u are currently listening to :
uncle BEATLES, obladi, oblada. haha.
asal semua pakat dengar lagu mereka niii??

animal u like :
tak suka apa-apa. tapi tikus suka rumah i. ahha.

what is the thing u really want in ur life :
a big happy family, dia yang tercinta dan anda anda semua.
*sweet ngattt ehhh*

things u just bought :
saya ni penjimat orangnya.
ohhh, silap. i beli MC'D masa dekat airpot untuk buka puasa.
*bajet macam dari oversea nak balik kampung laaa.*

what do u want to do next :
ohhh, lipat baju yang dah menimbun. sat lagi, mak jerit lahh tu.

who is on ur mind now :
the YAWWW. bila lahh nak gossip-gossip dekat foodcourt lagi.
sumpah, i love u all lahhhh.

what makes u smile and laugh?:
fs, dyla, ryn, feeqa, natt *opekosss*, unn, zigha, lila, ryn, achennnkkkk, kemal, jimi asmara, aqim dan aim. :)
semua terbaeeeekkk. :)



p/s; pegang kuat lagi, agar kita tak terjatuh. supaya tidak perlu ada di antara kita yang perlu bangun kembali. :) *sumpah yang ni sweeeeeett*

kasut ohh kasut

bagi menghilangkan rasa sedih dan pedih di hati, i pun decide lah nak post satu entry pasal kasut ni. haha. bongok gila alasan. ohh, semalam i pergi search kat google gambar-gambar kasut. sebab i macam adore gila ada satu gladiator kat vincci tuuu tp i tak dapat-dapat. so, masa mencari gambar tuu, i terjumpa lahh beberapa species kasut ke, selipar ke yang memang macam geli pon ada dan bajet cantik, konon macam ada orang suka dan nak pakai. haha. take a look then. :)

okayyy, yang ni i namakan selipar kembung. sebab ikan tu nampak macam ikan kembung je. kau tak rasa macam kat pasar ke kalau tiba-tiba ada selipar semua jenis ikan. kalau dah terdesak ni, kasi goreng je. kan kan. dan i dedicate kasut ni untuk unn dan achenkk. okayy lah, i pon nak jugak. sebab ni macam species untuk orang-orang yang SUKA makan. bukan KUAT makan okayy. SUKA. notice that. haha.

yang kedua ni, banana wedges lah kan kan. dan u all mesti lah tahu i nak dedicate untuk sapa. pastilah si aqim chunk. haha. amek kau. kau pakai ni, sumpah sayang nak bukak dan akan teringat aku 24 jam. gila lahh mereka ni, dah macam kat gerai buah la pulak. lepas ni, buat lah heels durian pulakkk. haha.

yang ketiga ni, belum ada nama lagi. got any idea? and i pun tak tahu nak bagi dekat sapa sebab sumpah i geli gila tgk kasut ni dan i terfikir, ada ke orang nak pakai kasut macam ni?? ingat stylo lahh tu? haha. GELI.

okayy, yang ni sumpah HOWT gila kan. bajet macam DIVA lahh, bila pakai kasut ni. tambah DIVA lagi kalau kau jalan dengan member yang sudi nak payungkan kau jugak. haha. i sedang mencari satu. mana tahu nanti Kedah musim hujan keee kan kan. lepas tu, boleh lahh ryn ke, FS ke, natt ke dan sesiapa lah yang tolong payungkan i. okayy, RYN lah. sebab payung dia colour merah. sesuai gituuu dgn payung di kaki i. haha.
ni lahh kasut yang i adore gila tuuuu. tapi ni bukan VINCCI lahh. i jumpa kat google, then macam sumpah HOWT gila, so i terasa nak carik la for this raya. pls laaa weyyy, kalau dapat the one yang colour brown tuu, sumpah i jalan bangga gila. haha. habis, niat dah nak riak-riak ni. mesti Tuhan taknak tolonggg. hahaha.

haaaa, yang ni pon sama. sekali tengok macam dyla punya. tapi lain kan dyla kan kan? i nak yang macam niiii!! sumpah nanti natt jeles gila kalau i dapat. haha. kan natt? kau suka yang macam ni jugak kan kan. jom carik!

p/s; ehh, u all pilih lahh nak yang mana. selaim dua dari bawah. haha. yang lelaki i recommend yang wedged pisang tu. pasti meletoooop. hahaha.

Sunday, September 13, 2009

waiting for another 6 years.

i be friend with you for 6 years. and we lost each other for another 6 years. and now, i've to wait for you for another 6 years and the total is 18 years. saya tahu, kalau ada jodoh untuk tunggu 6 tahun tu bukannya perkara yang mustahil kan? dan saya tahu, kalau dah jodoh kita 6 tahun tu tak lama pun kan? kepada awak, saya doakan flight awak okay pagi esok. sampai dengan selamat. dan pls, ingat lahh yang saya sedang TUNGGU. thanks for everything and i'm really-really appreciate you. thanks sebab sudi datang dalam hidup saya, even hanya untuk sementara. thanks sebab banyak ajar saya mengenai hidup dan kehidupan. i remember your promise to come back to Malaysia and to see me. thanks. :)

p/s; tipu kalau i cakap i tak sedih bila u nak pergi ni kan? tapi i tahu u pergi untuk belajar. anda-anda semua, doakan dia selamat sampai ehhh. :)

p/ss; kepada FS, keep on trying babe. akmal tu baikkkk. :)

Saturday, September 12, 2009

don't let me down.

kepada anda, anda dan anda. saya bukannya jenis yang nak mengadu dekat anda atau anda yang saya tengah sedih ke apa ke. sebab saya tahu anda anda semua dah paham saya. tak bermakna kalau muka saya monyok macam mintak pelempang, saya tengah sedih kan kan. and it's doesn't mean jugak kalau saya tengah gelak-gelak tak ingat dunia, saya adalah orang paling happy kan. so, kepada anda-anda semua, tolonglah jangan biar saya rasa saya tak guna dan tidak berguna. and pls, don't let me down. ini bukan sekadar song title. okayyyyyy.

p/s; bila saya di rumah, saya rindukan anda semua. tapi bila saya di sana, saya rindukan rumah pula. apakah ini.

Friday, September 11, 2009

kesukaan saya

semalam, pergi tanjung dawai. sebab, nak buka puasa. siapa, rda, ryn, fs, feeqa, natt, un, acheeennnkk, kemal, aron dan sofwa. aktiviti sampingan, main bunga api. *thanks feeqa sebab sponsor. :) dan, malas nak bercerita. nak tunjuk, beberapa gambar yang saya suka. dan semestinya punyai makna. ;pp

yang pertama. membuktikan saya seorang yang sangat sopan, dan santun. juga lemah dan lembut. sila no comment.

yang kedua. menceritakan, betapa akmal sayang atyn. tapi atyn malu-malu. apakah aku ni. bodoh gila, tak pandai nak describe gambar.

yang ketiga. ohhh, ni mereka. mereka tu mereka lahh. sebab mereka bukan KAMI. ohh, okayy lah. mereka kacak. ehh, bajet kacak maksud saya.

yang keempat. haaa, yang ni howt stuff lahh, memperkenalkan the new release of the YAWWW. tajuk album, GOSSSIIIPPPP. ohh, zalila, azira dgn dyla ada shooting masa ni. sebab tu tiada dalam gambar.

yang kelima. ni masa the making of cover album tu. tah, terasa panas pulak. sebab tu saya suka.


ohhhh, yang ni. monster dgn scandal dia. dia minum kopi jantan hari-hari. hari-hari dia minum kopi jantan. sebab dia cuba jadi berani. ;pp ohhh, aron tengah mengenang dosa-dosa tuuu.

p/s; saya macam tak sedap hati je. kenapa entah.

Wednesday, September 09, 2009

saya bahagia juga. :)

tahniah kepada cik ATYN dan encik AKMAL.
dan saya sentiasa mendoakan anda berdua okayyy.
dan dan, saya bahagia jugak, bila tengok anda semua bahagia.
sumpah, saya sayang the YAWWW banyak-banyak.


p/s; yakin dan percaya, cinta itu ada. HULK ke, SHREK ke, punyai hak dan cara tersendiri untuk mengekspresikan cinta. dan saya percaya, buat masa ini cinta saya buat adalah ANDA-ANDA semua. cehhh, gila jiwanggg.
p/ss; acheennnkk encik monster, sila berani sedikit supaya bumi ini ditakluki raksasa bergigi besi. :)

Monday, September 07, 2009

one night only.

oh, finally i got the chance to write about this and i got too many things to write about. tapi aku bajet macam masa tak cukup lahhh sebab lepas ni nak start buat assignment yang nak kena print esok. okayy, baru nak START. so sila faham the condition here. AKU BUSY. kenapa guna aku tahh. okay, back to the title. pasal overnight hari tuhh. okay, sumpah aku nak cerita semua dari mula, tapi jari aku macam dah penat. okay, hari Sabtu hari tuh, AKU, FS, RYN, LILA, NATT, UNN, ZIGHA, EMI, AKMAL, ARON, dan si raksasa bergigi besi encik ACHENKKKK telah pun membuang masa, wang dan tenaga dengan meronggeng ke Penang dan berovernight di Alor Star. ohh, 'aku' adalah rda okayy.

aku, ryn, natt, unn, zigha and lila went to semarak sebab nak cop dua kereta. dan bangun lahh sangat awal, jam 8 pagi okayy. sumpah awal. then, tunggu lah pulak mereka-mereka make up lebih kurang 1 jam lebih but nvm. i dont mind. apa-apa tah. then, bila mereka sampai kami tak dapat kereta dengan sebab-sebab tertentu dan saya akan pangkah Semarak kejap lagi. ahha. then, gerak ke Penang dalam pukul 11 jugakk lahh. okay, bangun pukul 8 dan gerak pukul 11. cool habis. sumpah aku tahan sabar. aku kan penyabar. :)

and guess what, achenkkkk, emi, aron and kemal carik kereta dan dapatlah kami 3 kereta. aku naik lahh dengan si shrek ni. sumpah, aku rasa selamat gila naik dengan achenkkk sebab dia macam besar kan kan? dan dia bawak sangat sharp. okayy tak alasan? so, perjalanan ke Penang, aku, natt dan achenkkk satu kereta. emi, ryn, kemal. dan aron, zigha, lila, dan unnn. sumpah lahh kereta aku paling senyap kan kan. sebab macam tak tahu lah nak borak apa dengan si achenkkk ni mula-mula. biasalah, aku kan pemalu. okay, aku tipu sikit.

ohh, ni masa kat pantai QB. kereta ryn pergi amek FS sekejap dan kereta achenkkk dah terlepas jambatan Penang. dan kami pun bercandid lahh kat sini. dan aku sangat suka kot gambar yang atas ni. sebab muka aku buruk gilaaaaa. haha.
ohh, sepanjang menunggu kereta lagi satu banyak lahh jugak adegan-adegan songsang yang dilakukan kan tapi aku macam malas nak show semua. ini antaranya lahh. emi, achenkkkk curang dengan kau. aku saksi. aron pulak melayan si monster ni kan. lepas ryn sampai kami pun masuk lah QB untuk bershopping dan membuang duit kami.

yang ni sumpah HOWTTTT YAWWWWW. i like lahh aron. hero idaman malaya. kau memang suka buat muka Howtt kan kan? ohhh, lepas shopping semua decided nak tengok movie dan semestinya lahh semua nak tengok Final Destination kan kecuali itu si monster sebab dia takut. katanya lahhhh. dan movie start jam 4.15 petang. after tengok movie semua macam gatal nak main game pulakk kan. aku tak lahh gatal sangat. Zigha dan Unn sumpahhh sangap gila. haha.

ni masa kat Toys R us. sebab dah tak tahu nak pergi mana, so macam ikot je lahhh golongan-golongan yang ah besar tapi macam bajet kecik ni kann. aku bukan nak sangat masuk sini punn. okayy, aku tipu lagi.

haha. dan ini, lihat lah bagaimana mereka ni baring kat tengah-tengah orang ramai sebab nak kena urut. sumpah, aku jeles sebenarnya. nak je naik tapi takut orang tu usha perut aku. dan dan, tengoklahh gila penuh achenkkkk baring atas tuuu. haha. then, jam 6.30 macam tu baru keluar dari QB dan macam tak tahu nak buka puasa kat mana. ehhh, puasa keee?? okay, sumpah aku puasa. yang lain, sila no comment. then, sebab macam dah lambat sangat so decided makan benda-benda ringan dulu seperti, dua bungkus roti, maggi, air susu yang sedap dan air mineral. then, baru plan nak carik tempat makan. lepas tu, keluar pulak idea nak pergi uptown kat Alor Setar. dan aku memang suka lahh kan sebab tak nak balik UiTM. tak nak tak nak. then, adalah satu-dua orang yang tak nak join. eh, silap. dua-tiga orang lahh sebenarnya. so, aron, lila dan zigha terpaksa balik ke UiTM malam itu jugak. so yang ke Alor Setar cuma dua kereta.

sesampai di alor setar, terus lahh aku suruh carik tempat makan kan sebab perut aku macam dah nyanyi lagu macam-macam. then, idea busuk sapa tah ajak makan kat KFC. haha. makan lahh kat kfc dan aku macam terpaksa lah melayan si achhheeeennnkkk tuuu. dan adalah insiden yang telah mengguris hati perempuan aku. hahahahah. sumpah geli. but it's okayy lahh. it's over. dan aku suka lahh gambar atas ni sebab 'sweeeeeettttt ngattt ehhh'. haha. ayat unn, cilok sebentar. lepas makan, bergerak lahh ke uptown dan pusing lebih kurang sekali. yeahhh, sekali dan itu yang paling aku termenung lama sebab macam sedih lahh sebab nak pusing lagi sekali tapi semua macam tak nak dan tak ingin pun. :( dan after that, lepak pulak kat gerai apa tah try shisha. dan aku tak try pun sebab dah try. apakah ayat aku. okayy, aku malas sebenarnya sebab mood macam swing sekejap masa tuhhh. tapi malas lama-lama lahh kan. sebab aku macam tak suka nak masam-masam muka. baik tak aku? angguk sekarang. lepak kat kedai tu lama jugak lah, then decided balik SP sebab nak sahur. gerak lahh dari alor setar.

betul dan benar. Malang sangat tidak berbau walaupun muka semua orang dah busuk kan. kereta yang emi bawak tayarnya bocor. gila lah aku buat ayat pasif. aktifnya begini, tayar kereta yang emi bawak bocor. okayy, ni betul an tak tipu. lepas tuuhhh memang semua macam merempat di tepi jalan. tengok muka semua nak mintak pelempang je. then, lepak disitu sehingga bantuan sampai. thanks kepada uncle kepada akmal. kira ada DUA 'kepada'. sepanjang menunggu tu, semua macam nak tido sebab penat kot. tapi kenapa tahhh aku tak tidur. persoalan besar jugak tuuu. sila fikir-fikir kan yea semua.

ni semua buat muka bajet segar padahal ngantuk gila. ehhh, takkk. masa ni memang tak ngantuk lahhh sebab tengah sahur. okayy, jam 7 lebih baru gerak nak balik SP. so semua macam terpaksa skip kelas pagi tu lahh kan. seronok seronok. selepas itu, semua decided nak pergi ke Lembah Bujang pulak sebab tak nak balik UiTM lahhhh. ohh, ni lahh masa kat Lembah Bujang. emi, akmal dan sofwa dah selamat ke dalam mimpi. tinggal ini empat orang buat kerja gila diketuai Acheeenkkk. sifu, respect sama luu. ahahaha.


jangan gelak ketika melihat gambar ini. sebab sumpah aku spastik gila berbanding dayang-dayang di sebelah aku. kan kan. ohh, lupa. photographer adalah achenk. kau dibuli sebentar sahaja.

ohh, ini team ragbi. hebat tak hebat. the YAWWW sumpah terhebat. haha. achenkk nak join lah tu tapi masih memerlukan ujian ketangkasan.
dan dan, FS and ryn kata muka aku sama dengan si monster. maknanya, aku monster jugak lahhh? okayyy lah tuh. haha. end of story. masuk uitm jam 12.30.

p/s; konon tak nak pos panjang-panjang. sekarang dag 12.15 dan aku still tak START buat assignment lagi. dan terpaksa lah berovernight di bilik malam ni. dan perasan tak aku suka cakap 'okayyy'? sila kira ada berapa dalam post ini.