BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 23, 2009

kepada yang konon mengenali

kau tahu tak yang aku benci. B-E-N-C-I bila kau kata kau kenal aku tapi sebenarnya kau TAK kenal. sebenarnya kau TAK kenal aku walau sikit pun sebab aku bukannya jenis yang terus tunjuk siapa aku. BUKAN. sebab aku bukannya jenis yang baik yang boleh terus nak percaya kat orang dan termasuk kau. okay, itu DULU. dulu, waktu aku macam tak-berapa-nak matang dan mampu berfikir yang sebenarnya kat dunia ni ada macam-macam jenis orang dan ter-masuk orang yang seJENIS dengan kau. yang kononnya memahami orang yang kau kata KAWAN tapi yang sebenarnya LAWAN. dulu, akulah yang jenis cepat-gila-nak percaya dan kesian pada orang-orang yang aku jumpa atas muka bumi ni ter-masuk kau. sebab orang-orang macam kau lah suka buat muka seposen, walaupun sebenarnya harga limaposen. KAU.

aku benci lahh berdiri atas perhubungan yang kononnya kau nak landaskan dengan KEPERCAYAAN. benci bila kau sekadar cakap kau percaya aku tapi sebenarnya kau kata yang aku ni penipu besar dibelakang kau. apa yang kau tahu pasal PERCAYA? kau ingat macam lagu Siti? dan lagu hanya sekadar lagu? aku DAH tak percaya kau lagi. lepas kau sendiri yang rosakkan kepercayaan aku pada kau. aku benci bila kau kata akulah kawan kau yang ter-BAIK di dunia dan tidak akan ada pengganti aku selepas aku. hah, amek kau. aku BENCI, sebab kau tak pernah maksudkan apa yang kau cakapkan dan sedangkan aku pegang setiap patah yang keluar dari mulut PENIPU kau. aku PERCAYA. tapi bila kau macam kononnya kenal dan faham aku, dan konon nak dengar semua masalah dan cerita-cerita aku yang sebenarnya kau anggap cerita BODOH dan tak masuk akal, sejak tu aku hilang percaya pada kau.

sebab, sebab aku sanggup dengar kau cerita berjela-jela konon macam aku dah kenal kau seribu tahun padahal aku baru je kenal kau satu hari. sebab aku nak tarik kau jadi kawan aku yang betul-betul KAWAN yang bukan sekadar nak menyinggah dalam hidup aku tapi aku nak kau selam hati dan perasaan aku. aku benci bila setiap kali aku ada masalah yang perlu dikongsi, kau tiba-tiba hilang kononnya kau punya masalah lagi besar beribu kali ganda dari masalah aku. dan sedangkan aku hanya inginkan kau untuk mendengar dan berkongsi, dan setiap kali itulah kau buat-buat macam kau tak pernah kenal aku, ataupun kau buat alasan yang kau baru kenal aku semalam. tapi aku bukan jenis yang nak berkira dengan kau bila kau pinjam telinga aku satu hari satu malam semata-mata nak cerita yang bf kau lambat setengah jam jumpa kau. dan aku, jangan harap kau nak dengar masalah aku walaupun cerita aku tak sampai lima minit lima saat pun. sebab kau memang tak nak dengar, sebab kau tak pernah pun anggap aku kawan susah dan senang.okay, susah maybe kau anggap lahh kan.

aku TAK suka, bila setiap kali aku nak share idea aku tentang masalah kau, kau tolak mentah-mentah. kau buat aku macamlah aku ni orang-luar-yang-tak pernah kau kenal dalam seumur hidup kau. kau buat macam aku ni orang jahil-yang-tak-tahu satu benda pun dalam dunia ni. kau buat macam kau-sorang-je yang pandai nak buat semua benda. aku BENCI. sebab, sebab walaupun idea aku, kau kata idea busuk ataupun tak ber-guna tapi kau tak pernah nak hargai walau satu pun. sampai aku yang give up sendiri dan menyampah dan tak ada keyakinan dengan hidup aku sendiri. sebab kau TAK PERNAH. atau mungkin aku boleh kata TAK MUNGKIN bagi aku sokongan dari belakang apatah lagi sekeliling aku bila aku betul-betul perlukan. sebab kau jenis yang suka nak buruk-burukkan aku dan merendah-rendahkan aku macam lah aku ni rendah sangat walaupun aku memang rendah lah jugak.

dan yang paling aku benci bila kau kata yang kau kenal aku sangat-sangat dan ter-keluar dari mulut kau kata yang aku dah berubah sejak kawan dengan dia tu, aku dah berubah sejak itu dan sejak ini. kau buat macamlah kau kenal aku dari aku lahir dan kau yang jaga dan besarkan aku sedangkan aku baru kenal kau dan aku tak kisah sangat pasal BARU. padahal, kau tak pernah pun nak kenal aku dengan betul-betul kenal sehingga aku boleh kata kau ni bukan KAWAN tapi dah macam adik beradik aku yang sanggup nak kongsi apa-apa pun dengan aku. sebab bagi aku kau tak ada hak nak kata aku dah ber-ubah atau ter-ubah. sebab kau BELUM betul-betul kenal aku. tapi kau buat konon kaun dah kenal dan faham aku. aku BENCI. dan cubalah kau jadi KAWAN yang betul-betul boleh selam hati, jiwa dan perasaan aku supaya suatu hari nanti bila kita jumpa, aku boleh peluk kau dan cakap aku sayang kau dan bila kita ber-pisah aku boleh peluk dan cakap aku akan rindu kau. cubalah.

p/s; 'AKU' adalah aku dan 'KAU' is not specified. it's general ditujukan buat semua. :)
p/ss; bila aku tulis begini, pasti ada sesuatu. mengertilah.

13 Yorum var:

dylakamil said...

wow this one sure does be really meaningful. what's up rda?

FS said...

btol dyla , haiyo knp ni . macam si sepet pon ada . HAHA

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

dyla. haha. it's general. kalau ter-kena kat sesapa tu nasib lah kan kan. haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

fs, haha. keno seketoi ke untuk si sepet? bagus2. suruh dia baca ni. haha.

lia hani said...

uit panas btoi ye hang nih .
da sejuk ka?
nk blanje ko aiskrem 20 kupang nh . hahah ..;))

lia hani said...

jke ok .
pandai gak ko wt lawak
dlm panas nh eh.. haha .

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

adek adek. haha. kau paham aku kan kan.
aku kan memang suka layan perasaan diaman jua aku berada kan. ahha.

btw, nak jugak rasa icecream 20sen kau. nak nak.

Anonymous said...

aku benci bila kau kata akulah kawan kau yang ter-BAIK di dunia dan tidak akan ada pengganti aku selepas aku. hah, amek kau. aku BENCI, sebab kau tak pernah maksudkan apa yang kau cakapkan dan sedangkan aku pegang setiap patah yang keluar dari mulut PENIPU kau.

rda,rda. ade kne ngn aku lah ayat ko nih.
haha. taw2 je ko aku tgh pk psl KAWAN tu.

bila ko tulis begini, pasti ada sesuatu. tapi kami x mngerti.
jd roger2 laah.hehe. :)

furaidotempe said...

suka sama writings anda yo. =P

=] chill.

wongcheng said...

panjang sangat rda.
tp aku rasa macam kes2 gaduh kau.
dgn siapa ehhh?

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

feeqa, haha. kau ni masalah apa pulakk?
cerita cerita. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

fifa, haha. thanks. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

weyy achenk.
kau mesti malas nak baca kan kan?
haha, takde pape lah.
aku saja je buat gempak.
menarik simpati korang.
bahahahha.