BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 13, 2013

Sebelas Patriot



Assalamualaikum.

Setuju atau tidak, sepanjang kita hidup dan menumpang di atas bumi Allah ini, jarang sekali kita memberi kata puji kepada seorang insan yang bergelar ayah, yang selalu kita puja dan puji adalah sang ibu. Saya tidak pasti mengapa, tapi orang kata mungkin kerana ibu kasih sayangnya lebih teserlah berbanding ayah. Tapi saya selalu percaya, yang kita tidak nampak itu tidak semestinya tidak ada. Malah mungkin apa yang kita tidak nampak itu, kewujudannya melebihi segala.

Begini, malam semalam sempat saya baca sebuah novel pendek karya Andrea Hirata. Sebelas Patriot tajuknya. Bagi saya, karya Andrea Hirata adalah antara karya-karya yang amat jujur isinya, dan amat mudah dan indah bahasanya. Andrea Hirata sering membawa pembacanya bersama mengenang kisah pahit manis beliau semasa kecil, samada fiksyen atau benar, saya tidak pasti. Tetapi watak Ikal yang turut menjadi watak utama dalam novel-novel Andrea Hirata yang lain, seperti Lasykar Pelangi, Sang Pemimpi, Edensor, Maryamah Karpov dan Dwilogi Padang Bulan, adalah gambaran diri si penulis itu sendiri.

Cuma bezanya, kalau novel-novel yang lain, Andrea sering menceritakan kisah Ikal dan teman-temannya, dari sekolah sampai belajar ke luar negara, namun Sebelas Patriot, Andrea kisahkah kepada kita tentang ayahnya. Sebaik sahaja selesai membaca bahagian pertama novel tersebut, saya jadi terharu. Kadang-kadang hanya satu atau dua momen sahaja yang bisa mengingatkan kita tentang kasih ayah. Ikal misalnya, dia hanya ingat saat dia dipeluk ayahnya kerana takutkan musang, dan ingatan yang satu itu yang menjadi penguat kasih Ikal pada sang ayah. 

Seterusnya Andrea kisahkan tentang betapa hebatnya ayah si Ikal yang pernah menjadi sayap kiri dalam bola sepak semasa zaman penjajahan Belanda, bagaimana beliau berjuang hanya dengan sebiji bola. Bahagian ini telah membuat saya terfikir bahawa kadang-kadang, kita tidak tahu bapa kita yang percakapannya amat kurang sekali, mempunyai lampau yang sangat gemilang, yang bisa membuatkan kita terpana, malah akan lebih menyayanginya. 

Ikal tunjukkan bahawa untuk kita menghargai sesuatu, caranya banyak sekali, dan berbeza. Mengikut kemampuan dan yang paling penting, keinginanan kita untuk menunjukkan penghargaan. Tidak hairanlah jika Ikal gigih bekerja hanya untuk membelikan ayahnya sehelai jersi bola yang ditandatangani oleh seorang pemain bola sepak Real Madrid. Ikal juga memberi gambaran bahawa penghargaan bukan sahaja boleh ditunjukkan dalam bentuk materi. 

Selain soal kasih seorang bapa, novel ini terlalu patriotik. Walaupun latarnya adalah Indonesia, tetapi semangat patriotik tetap meresap dalam jiwa saya ketika membaca novel ini, syahdunya sampai bisa mengalir airmata. Ini membuatkan saya percaya bahawa sesuatu yang jujur itu, walaupun terlalu jauh untuk dikaitkan dengan diri kita, tetap mampu memberi kesan yang amat dalam. 

Akhirnya, saya mahu kalian maklum, novel-novel Andrea Hirata terlalu sukar untuk ditolak. Saya peroleh banyak nilai dan ilmu melalui pembacaan novel-novel beliau. Bahasanya santai tapi bisa menggetarkan. Ceritanya ringan tapi selalu tidak dapat dijangkaukan. Bacalah Sebelas Patriot, anda tidak akan rugi.

Sekian, ini sahaja yang bisa saya nukilkan. 

Thursday, January 10, 2013

2013



Bismillahirrahmanirrahim.

It's 2013, and thanks to Allah for giving me another chance to live my life.

Time passes by, it never stops. But human is still human. We make mistakes. Sometimes we manage to learn from it but sometimes we just leave it.

No matter what, human is still human. Despite the fact that we make the same mistakes every year, everyday, every second, we still have dreams. We still have hopes. It is hope that makes us alive, it is hope that makes us better.

Dear brothers and sisters, don't stop hoping, don't stop dreaming and never stop trying to fulfill your dreams.

Happy 2013, may we survive!