BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 30, 2009

Kalaulah kau ada

Aku memang bodoh dalam menyembunyikan kesedihan. Aku jahil dalam mengawal perasaan. Mudah saja, air mata aku bergenang walau hakikatnya aku cuba tahan ia dari mengalir. Sampai saat aku menaip dan meluahkan melalui entry ini pun, mata aku sudah mula berkaca. Mungkin orang selalu tertanya-tanya. Apa besar sangat ke masalah dan kesedihan yang sedang aku alami sekarang ni? Sedangkan pada luaran aku boleh nampak tenang dan bahagia? Entahlah, aku pun belum mampu untuk menjawab apatah lagi untuk menerangkan satu persatu. Apa sebenarnya permasalahn jiwa yang sedang aku alami dan hadapi sekarang ni.


Sebab tu aku selalu perlukan kau untuk mendengar aku bercerita. Sebab tu aku mahukan kau datang dan dengar setiap patah yang ingin aku kata. Kalaulah kau ada, mungkin aku tidak akan luahkan lagi kata-kata dengan bahasa jari ini. Kalau kau ada, tak perlulah aku tebalkan muka setebal 2 inci untuk cerita kan tentang keburukan diri di sini. Kalau lah kau wujud, boleh aku menangis sepuas nya dan luahkan segalanya pada kau. Dan seterusnya tak perlu lah aku terus bukukan semuanya dalam hati yang semakin lama, makin makan hati aku sendiri.

Tapi itu semua kalau kau ada. Dan masalah paling besar aku ialah, kau tiada, kau tak pernah ada dan kemungkinan besar kau tak mungkin ada. Walau mungkin aku merayu pada kau supaya hadir dan tunjukkan diri sekalipun, kau takkan datang bersemuka. Aku tak tahu apa sebab dan punca. Aku benci mencari segala sebab yang reasonable yang buat kau taknak datang dan takkan datang. Sebab aku belum mampu untuk menilai apa yang kau sedang rasa dan fikirkan tentang aku. Sebab mungkin kau fikir aku ni seorang yang sangat menyusahkan, yang sukar untuk kau fahami.

Tapi, apapun yang ada dalam fikiran kau saat ini, aku mohon supaya kau jangan butakan mata dan hati kau untuk melihat dan menilai aku dengan penilaian yang sebaiknya. Sebab aku juga layak untuk dinilai. Supaya kau kaji semula samada keperluan aku kepada kau adakah benar-benar wajar atau tidak. Dan supaya kau lihat semula keperluan aku dalam hidup kau. Sebab aku benar perlukan kau, supaya blog dan entry-entry selepas ini, tidak lagi menjadi mangsa luahan rasa dan kesedihan aku. Walau mungkin orang memuji keikhlasan aku dalam penulisan, tapi aku benci. Aku benci untuk bercerita kelemahan dan kesedihan yang aku ada. Sebab aku ingin menjadi lebih baik dan sempurna. Walau mungkin itu satu perkara yang mustahil untuk aku capai dan gapai. Tapi sebolehnya, aku ingin sorokkan apa yang aku rasa. Aku mahu tampil kuat dan hebat dimata semua.

Walau mungkin tidak terbaik dan tidak sempurna, asal kau pandang aku agar kau berikan ruang untuk aku isi dan duduk walau untuk sesaat dua. Walau mungkin hanya untuk sementara, asal kau sudi untuk singgah dalam hidup aku dan mendengar setiap apa yang aku ingin sampaikan dan luahkan. Agar ringan sedikit beban yang aku tanggung, walau mungkin tak seberat mana. Sebab pangkalnya, aku sangat perlukan kau.

Saturday, November 28, 2009

Belum Rezeki

I terima semua ni dengan hati yang sangat redha. Walau mungkin jauh di sudut hati, I cuba menahan tangisan, I cuba untuk kekalkan air mata terus bergenang, I elakkan ia dari mengalir. I taknak tunjukkan kesedihan dan kepedihan ini kepada sesiapa pun. Sebab I memandang ia sebagai salah satu persinggahan dalam kehidupan. Mungkin kali ni belum lagi rezeki I untuk dapatkan apa yang I nak, dan untuk genggam apa yang I dah usahakan. Tuhan lebih mengetahui.


Mungkin semua tahu, I ulang alik Kedah-Shah Alam, untuk latihan Royal Debate but unfortunately I can't go to UM as a participant. I pergi hanya sebagai observer. I sangat redha, and I really meant it walau sebenarnya I sedikit kecewa. I memang macam ni. Walau pada mulanya I tak letakkan high expectation pada Royal, tapi bila tak dapat tu sedikit sebanyak pengaruhi mood I lately. Biarlah, mungkin bukan kali ni. I cuba untuk pujuk diri sendiri. Compared to Que, I bukan seorang yang sangat tabah dan sabar untuk tempuhi semua ni. Mungkin orang lain tengok as a small matter but as for me, debate is my passion forever. I sayang nak tinggal kan debate walau mungkin harapan untuk I menjadi 'seseorang' dalam dunia debat adalah satu perkara yang sangat jauh. But who knows? Mungkin harapan tu, akan tiba tapi lambat. Takpe, I sanggup tunggu dan keep on trying in debate.

Kadang-kadang I jealous dengan Que, sebab boleh nampak tenang dan cool gila even kitorang sama-sama tak dapat pergi Royal sebagai peserta team junior. Mungkin cara penerimaan dia berbeza dengan I. Yea, walaupun Que and I je dua kuntum bunga dalam dunia perdebatan ni (I mean, for our batch in UiTM seluruh Malaysia) tapi dah cukup untuk orang nilai perbezaan yang sangat ketara. Sebab dua orang lah, orang selalu membandingkan. Walau hakikatnya, Que dan I ingin sama-sama bangun dan berjaya. Mungkin Que dilihat sebagai seorang yang lebih mampu mengawal emosi berbanding I. Tapi I punya cara tersendiri.

I memandang Royal sebagai satu platform untuk terus kekal dalam dunia debat. Tapi mungkin kali ni bukan rezeki untuk I. InsyaAllah, I akan usaha lagi for the future debate. Please pray for me okay. I'm going to UiTM Shah Alam tomorrow for the Royal training. And going to Melaka on 8th, for VC Cup. I nak makan jap, okay. Bye.

Friday, November 27, 2009

Nur Kasih

Hari ni Hari Raya Korban. Seperti biasa, sembahyang raya selalunya disini. Oh, I mean di PJ. Tapi I tak pergi pun sembahyang Raya. Sebab mata tak boleh bukak, ngantuk yang teramat sangat. Mungkin sebab semalam tidur 30minutes je dalam bas. (Okay, this is my typical reason.) So, dalam pukul 10.30 pagi baru mata boleh celik. Itu pun lepas adik I dah menjerit-jerit suruh bangun. Then, seperti biasa went to Mak Long's house. Then, pergi ke Tampin. And it was an unplanned. Seperti biasa, takkan bermalam di Tampin, dan gerak balik ke rumah jam 7.30 petang. I suruh ayah pecut kereta selaju yang mungkin untuk kejar Nur Kasih last episode jam 9. Okay, ni tipu. Tak suruh pun ayah bawak laju tapi bangun-bangun, pukul 8.45 ehhhh, dah sampai Persimpangan Kajang. Gila kencang ayah I bawak. 1 jam 30 minutes sahaja from Tampin ke PJ. It supposedly be 2 hours.


Okay, sebenarnya nak cerita pasal Nur Kasih. Sebab tu title pun 'Nur Kasih'. Well, rasanya semua tahu yang tadi last episode for Nur Kasih and I am very thankful to have a chance to watch it. Nampak macam obses yang melampau tapi macam tak kisah lah sebab hero si Remy Ishak sangat Hot dan gagah perkasa. Sehingga mampu mencairkan hati I macam ais dengan air milo panas dalam plastic yang I beli kat foodcourt masa on the way ke kelas hari tu. I tahu ramai yang cakap Remy Ishak tak lah hensem mana but still Remy is one of my taste as I sangat obses dengan lelaki-lelaki messy seperti you, Abang Remy. Okay, geli.

Well, I bagi drama Nur Kasih 5 stars over 5. Sebab I sangat suka dan seronok dan sangat obses setiap kali hari khamis. Dan automatically dialog I kepada si Ceplos.

"Homaigod, homaigod. Esok Jumaat! Ada Nur Kasih!"
"Heh, tolonglah. Baru khamis. Tolong jangan jadi gila macam Sarah boleh tak?"

WTH, I obses okay dengan Nur Kasih. Dan tahniah kepada Khabir Bahtia sebab berjaya buat I dipanggil gila oleh adik beradik, sebab sumpah I jarang gila tengok tv. But then bila I first time tengok Nur Kasih masa episode 21, sumpah I melekat dan terus carik cerita tu dalam Internet dan I jumpa. Okay, nak promote. Sila tengok from the first episode bagi sesiapa yang dah terlepas, kat watchnurkasih.blogspot.com Guna Google Chrome tak boleh nak tekan shortcut untuk link.

So, I nak bagi 5 stars jugak kat Tiz Zaqyah sebab sumpah you pandai berlakon. Sila berlakon dengan lebih kerap lagi after this. And sumpah I jealous, you dapat peluk-peluk Remy dalam Nur Kasih. Haha. Okay, I rasa post ni dah cukup menunjukkan I obses dengan Nur Kasih and Remy Ishak absolutely. Encik Khabir Bahtia, tolong buat season 2 please. Okay, dah. Bye.

Nothing Special.

I am arrived home just now from Kedah. A big tired but still I boleh online untuk update this lovely blog. Well, esok Raya Haji but I feel like nothing. Macam takde apa-apa yang special untuk Raya Haji. Mungkin sebab tak semeriah Raya Syawal. Dan mungkin juga sebab tak se-excited masa nak sambut Syawal. Maklumlah kali ni takde pun puasa sebulan sebelum Raya. Memang macam tu, Raya Haji selalunya jadi Raya yang kurang meriah compared to Raya Syawal. Walaupun sebenarnya it should be vice versa. Tapi lantak lah, nak buat macam mana. Ni semua tentang perception orang kita.


And as for me, nothing different. Sebab kedua-duanya sama. Sambut atau tidak, I am still all alone. I jarang dapat beraya dengan orang tersayang disisi. Bukan sebab kampung jauh or rumah jauh atau pun sebab lain agama yang menyebabkan kami jarang beraya bersama. Tapi sebab dia takde, dia dah pergi. Dia dah hilang dari hidup I, tapi bukan hilang dari hati I. I jarang dapat beraya dengan senyuman penuh di muka. Mungkin orang akan kata I happy. Ye, I happy sebab setiap kali Raya I boleh jumpa all the cute cousins. Tapi itu bila bersama cousins. Bila diorang dah takde, dah balik, I rasa seperti kehilangan. I rasa sunyi. But it's okay sebab I tahu inilah kehidupan.

At least I tak selalu rasa gembira. Takut kalau tiba-tiba rasa sedih, I tak boleh nak handle. Atau mungkin kalau tiba-tiba bahagia tu hilang sekelip mata, I jadi separuh gila. Itu mungkin hikmah besar yang tersembunyi. Sebab tu Tuhan takkan berikan kita kebahagiaan yang macam dalam cerita-cerita fairy tale. Sebab Tuhan taknak, bila kesedihan yang sikit datang pada kita, kita akan mudah melenting. Walhal, orang lain melalui kesedihan yang lebih besar, yang lebih dasyat. Jadi, I masih mampu bersyukur walau pun hari-hari akan ada air mata yang bergenang. Tapi I bersyukur sebab sekurang-kurangnya, air mata I belum kering dan belum puas untuk keluar.

So, erti pengorbanan kali ni mungkin I sandarkan pada pengorbanan dalam kehidupan. Kita selalu kata yang kita sanggup berkorban apa saja untuk orang yang kita sayang. Tapi selalunya apa yang kita ucap takkan kita mampu lakukan. Sebab pengorbanan yang kita buat, biasanya akan jadi dengan sendirinya tanpa perlu kita minta atau ucap dengan kata-kata. Bukan kah dengan berkorban perasaan untuk orang yang kita sayang satu pengorbanan yang cukup besar? I yakin ia sangat besar. Sebab I hanya manusia biasa yang tak mampu untuk korbankan segala-galanya.

p/s; Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. :)

Thursday, November 26, 2009

Kau Pergilah

Kalau betul kau tak nak, kau boleh pergi. Aku tak suka memaksa sebab aku benci dipaksa. Kalau kau memang tak sudi, tolong jangan datang lagi. Sebab aku bukan bodoh untuk pejam mata dan buat-buat tak nampak apa yang sedang berlaku. Aku bukan macam dulu, yang senang nak percaya walau kau tipu depan mata aku. Walau kau cakap kau tipu, aku masih nak percaya. Aku dah lain. Bukan berubah, tapi lain. Sebab aku bukan macam dulu. Sebab kau yang buat aku nak jadi lain.


Dan bila kau datang kali ni, memang buat aku tutup pintu hati aku. Jadi, baik kau pergi. Dan tolong jangan datang lagi. Sebab aku benci. Aku benci bila aku dah mula sayang kau tapi sebenarnya kau datang bukan untuk menyayangi. Aku benci bila aku mula berharap pada kau tapi kau dah mula hilangkan diri. Jadi, lebih baik kau pergi. Sebab bila kau ada depan mata aku, makin sakit hati dan perasaan aku. Dan kalau kau pergi, tolong bawak bersama perasaan dan hati aku yang dah kau sakiti. Sebab aku dah tak nak kau tinggalkan walau sekecil kuman pun serpihan kau dalam hidup aku. Aku nak kau pergi jauh, bawak semua benda yang kau rasa milik kau. Kau pergilah. Tolonglah.


Wednesday, November 25, 2009

Aku masih perempuan

Mungkin pada luarannya orang nampak dan nilai aku jauh dari ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki yang memandang. Yea, aku tak cantik dan aku bukanlah seperti wanita-wanita cantik yang setiap kali gelak, mesti sopan gila dan kena tahan suara walau pada hakikatnya nak gelak bagi pecah dunia. Aku bukannya jenis macam perempuan-perempuan sopan yang jalannya teratur dan tak tinggi kan suara bila bercakap. Atau mungkin yang tak terlalu bersosial dengan lelaki-lelaki dan berloyar buruk masa makan dan banyak lagi. Aku bukan perempuan seperti itu.


Tapi dalam keadaan aku boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki, bukan bermakna tidak ada langsung ciri perempuan yang lembut pada aku. Kali ni, aku betul mengaku. Aku masih punya ciri feminine yang diidamkan semua perempuan. Aku masih ada ciri wanita yang mudah terguris hati dan perasaan kalau ada perkara yang tak menyenangkan. Aku mungkin kebal pada kata-kata, tapi sedikit sebanyak apa yang kau cakap dan kau lakukan, sangat-sangat mengguris perasaan aku. Aku bukan bercakap tentang seorang dua, aku bercakap mengenai semua.

Adakah kau lihat aku sebagai seorang perempuan yang boleh kau nak cakap apa saja yang kau suka dan buat apa saja yang kau nak? Atau mungkin kau pandang aku sebagai seorang perempuan yang tak pernah nak ambil hati atau terasa hati walau apa yang keluar dari mulut kau? Aku betulkan, sebab aku bukan macam tu. Kau tahu macam mana aku handle perasaan bila aku terasa sangat-sangat dengan apa yang kau cakap dan kau buat? Susah. Sebab aku taknak lelaki memandang perempuan terlalu lemah, sebab tu aku cuba menjadi bagaimana aku yang sekarang ini. Sebab aku dah puas nak tunjukkan kesedihan aku setiap kali aku terasa dengan apa yang kau, wahai lelaki-lelaki dah buat dan cakap.

Kau kena faham, walau mungkin kau rasa kita sekepala dan mungkin kau rasa aku boleh diajak ketawa terbahak-bahak, kau still kena ingat, aku tetap perempuan dan kau tetap lelaki dan kita tetap berbeza untuk selamanya. Kau kena faham yang aku tetap punya perasaan just like the other typical woman. Walaupun mungkin aku extra-ordinary di pandangan kau sebab aku bukan jenis yang sopan santun dan menjaga setiap perilaku yang aku lakukan. Aku masih perempuan yang kau kena jaga hati dan perasaan aku macam kau jaga hati GF kau. Sebab aku perempuan, sama macam dia. Walau mungkin aku bukan se-special dia tapi kau tetap ada tanggungjawab untuk jaga hati dan perasaan aku.

Senang kata, aku memang terasa dengan apa yang kau dah buat dan cakap. Walau mungkin pada mula nya aku macam tak ambil kisah dan tak ambil pusing tentang apa yang kau dah buat tapi betul, aku masih perempuan yang hati aku sama macam perempuan-perempuan yang lain. Kuat di luar tak bermakna aku kuat di dalam. Jangan kau nilai aku berdasarkan dengan apa yang aku tunjuk dan zahirkan setiap hari, sebab walau aku tomboy atau pengkid sekalipun, hati aku tetap kepunyaan seorang wanita. Yang tak mahu terguris dan terkecewa dengan tindakan-tindakan yang kau rasa kan kosong tapi penuh makna bagi aku. Okay, dah. Bye.

p/s; I am going back to KL this Thursday untuk Raya Haji. Sangat lambat and I dah start homesick.

p/ss; Aku masih ada seseorang yang sudi mendengar cerita-cerita bodoh aku.

p/sss; Click lah nuffnang. Kalau tak aku koyak ticket bas kau.


Monday, November 23, 2009

Don't talk about other people.

I prefer to talk about my self in front of people instead of others, because I won't other people talk about me at back. I don't want to talk about the others. But this is what I see in this blogging world. When people attract readers with the entry that saying about somebody else and I think it is not good at all. I even don't like it, because it's bad. That's why I uploaded all these photos for this entry, because I want to tell you, that I love to write about my self. I love to write about my life.


And I want to beg you people, please don't talk about the others if you don't want they talk about you. And please just remind your self. What goes around, comes around and that is the promise. Someday, you will found that the people that you talk bad about is great better than you. Because we're human. And we're the same, unless you don't have your own kindness, then you can do what you want to do. But still you will got the same to what you have done.

I just came back from the Induction held by Part 3 of Pre-lawrians. And I think it worst. I hate it, and I don't like the way it goes. Because I think we need changes, we need to improve our selves. Because we're in a small community in here and we need to be unite. Am I too honest? I'm sorry senior. :)

Okay, I nak cerita about my self. I dah ada BF! Percaya lahhhhhhh. Okay, tak. I tipu. I dah ada GF sebenarnya. Nama dia Fatin Syuhada. Baru je declare tadi. Oh, I kan Lesbian. Dah lah, malas nak type plus nak buat homework. Bye.



Kat atas, semua stock muka suci, jiwa murni. I kan dah baik. :)

Sunday, November 22, 2009

I tak nak bagi alasan

Semester kedua ni memang banyak menguji kesabaran I sebenarnya. Dari perkara yang sekecil semut, sampai lah sebesar perut Achenk. Semuanya dah jadi macam bebanan sekarang ni. Tapi I malas nak mengeluh panjang, sebab nanti orang kata, baru start kerja dah membebel. So, I diam kan je. Walaupun hakikatnya I betul penat. Sampai orang sekeliling pun perasan dan tegur kesibukan I ni. Tapi I tak nak jadikan kesibukan ni sebagai 1 alasan kalau apa-apa jadi in future.


I baru je sampai dari UiTM Shah Alam pagi tadi. Jam 6 pagi. I pergi pun sebab ada latihan Royal Debate. Rasa sayang untuk lepaskan peluang-peluang yang jarang datang dalam kehidupan I. So, we decided to go. Memang penat, sumpah sangat penat. Tapi I rasa puas dan bangga sebab masih lagi boleh bertahan walaupun kena ulang alik Kedah-Shah Alam, and even untuk apa-apa latihan debat after this. Cuma, bila kepenatan dan kesibukan ni datang serentak, memang selalu buat I terfikir tentang pengorbanan-pengorbanan yang kononnya I dah buat. Dan hati I mula berfikir untuk berkira dengan setiap apa yang I dah korbankan. Tapi I cuba jauhkan diri dari sikap itu, sebab I tak nak jadikan perkara yang I sanggup buat pada mulanya, sebagai alasan kononnya I dah sacrifice banyak benda.

Sepanjang latihan, kat Dungun, Shah Alam or even while informal meeting in Kedah sekalipun, banyak perkara yang I dah pelajari. Tentang apa itu kesetiaan dalam persahabatan, tolong-menolong, menjadi pendengar yang setia dan mampu bagi respon yang baik, belajar untuk menerima kritikan dengan memandang pada sudut yang positif. Menerima keburukan diri dengan azam untuk cuba buang ia jauh-jauh. Semua itu sangat mengajar dan memberi kekuatan pada I.

Cuma, apa yang betul mengganggu fikiran I sejak dua menjak ini, I suka untuk berfikir tentang diri sendiri berbanding dengan orang yang ada disekeliling. Bukan cuba untuk jadi selfish atau kejam. But somehow, I need to think about myself instead of thinking somebody else. I have to put myself at first level in my heart and in my mind before I put the other. Sebab, kalau boleh I taknak jadi terlalu baik dengan orang, yang akhirnya mungkin I akan jadikan kebaikan itu sebagai alasan untuk I dapatkan sesuatu. I nak express that kindness dengan sendiri tanpa rasa ia perlukan balasan. Sebab I tak nak bagi alasan.

p/s; I will rarely update this blog for this couple of month because I'm busy with the Debate selection and training. Haaa, tengok. I dah jadikan ia alasan. Tsk.
p/ss; But still I akan update kalau I ada masa okayy. Pls click the nuffnang. Macam dah lama tak bergerak $$ I. :)

Monday, November 16, 2009

Aku nampak bodoh bila macam ni.

Aku jarang punya perasaan benci. WTF guna 'aku' tiba-tiba. Takpe, dah biasa untuk entry yang ber-emosi. Yea, aku jarang ada perasaan benci walaupun aku sering kali punya perasaan marah. Aku kurang sabar, aku terlalu emosi. Tapi belum sampai tahap aku benci. Dan kebiasaannya bila aku elakkan perasaan benci macam ni, mesti aku akan rasa sedih.


Kau faham tak, macam mana perasaan bila kau rasa down dan lost your self sangat-sangat? Kau faham atau tidak bukan persoalan besar aku, tapi itu yang aku rasa sekarang ni. Saat aku tengah taip entry ni. Dah lama benda ni berligat dalam kepala otak aku. Walaupun kadang-kadang aku express dalam status mood kat Facebook dan Myspace tapi aku kira ia belum mencukupi untuk aku hilangkan perasaan itu. Belum cukup untuk aku lepaskan apa yang mengganggu fikiran aku sejak dua menjak ni. Sehingga gurauan kawan-kawan pun, yang dulu nya aku layan macam takde perasaan, tapi sekarang aku lebih cepat touching. And I really meant it. Jangan bergurau dengan aku lebih-lebih pada ketika ini.

Aku selalu punya masalah confuse dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku tulis, kau faham atau tidak bukan satu isu. Sebab aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku. Kenapa ia begini, dan bila ia bermula macam ni. Aku sendiri tak boleh nak jawab. Walaupun soalan nya hanya dua, kenapa dan bila. Dan aku kira perkara ini mungkin sudah ditahap yang kritikal. Sebab keperluan boyfriend yang aku nyatakan dalam previous entry pun, aku confuse samada keperluaan itu adalah punca kepada perasaan ini, atau pun mungkin kesan daripada perasaan ini. Aku sendiri keliru dan tidak pasti. Tapi apa yang pastinya, aku dalam keadaan dan situasi ini.

Situasi yang bila malam, aku terasa seperti berseorangan. Walaupun mulut tengah gosip-gosip dengan roommates tapi hati dan kepala aku seperti di suatu tempat yang terpencil yang sunyi. Dan bila siang aku lupa mungkin sebab faktor kesibukan. Keadaan yang bila malam, aku terasa sangat rindu mak, ayah, abang dan adik-adik aku. Tapi bila siang, mereka hanya ada di hati aku. Aku sorok dan aku simpan perasaan itu. Dan kadang-kadang aku terasa sangat bodoh sebab tak dapat handle perasaan sendiri padahal dalam masa yang sama banyak idea-idea aku keluar untuk handle perasaan orang. Betul ke karma nya macam tu? Kalau betul, tolonglah sesiapa hadir dan datang, sebab aku perlukan kau.

Bila aku macam ni, aku rasa aku sangat memerlukan seseorang yang betul-betul boleh spend time mengadap muka aku untuk sesi luahan perasaan. Tapi aku tak tahu siapa, dan aku mohon dia boleh datang sendiri tanpa aku pinta. Sebab tentang siapa yang dapat membantu pun, aku keliru.

Sunday, November 15, 2009

Apa azam semester baru?

Mungkin tajuk kali ni lebih jelas sebab matlamat yang nak disampaikan pun perlu jelas. Bercerita tentang azam, impian dan matlamat setiap kali masuk tahun baru, macam tu jugak bila start new semester ni. Rasa macam terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk capai lebih dari matlamat. So, I rasa macam nak list down semua yang ada dalam kepala, apa yang I azamkan dan objektifkan sepanjang semester kedua ni.


  • Kurangkan hang out dan ber-overnight every weekend macam dulu. Di samping boleh tingkatkan prestasi, boleh jugak control keluar-masuk pocket money.

  • Kurangkan lepak di food court berjam-jam dan membuang masa dengan berborak dan gelak besar, sebab akhirnya ilmu yang tak seberapa yang I dapat masa lecture keluar macam air dari kepala. Al-maklum lah, bila dah lepak beramai-ramai, mula lah benda-benda mengarut pun jadi isu. Lepas tu pantang nampak orang pakai tudung tak kena dengan baju, mula lah nak mengutuk tak tentu pasal. Haha.

  • Lebihkan masa di meja tulis berbanding di katil. Walaupun hakikat nya kat meja pun boleh buka laptop, cucuk broadband dan online Facebook dan Blogging. Tapi at least kalau time broadband buat hal, boleh lah konon-konon buka buku dan study. Sebab kalau online atas katil, bila broadband tak dapat signal mesti terus tutup laptop, peluk bantal dan tidur.

  • Harus memperbanyakkan membaca newspapers and magazines (bukan hanya Seventeen dan Cleo) untuk tambah ilmu yang ada. Harus juga rajin ke library dan buka buku, dan baca. Bukan buka buku, dan sembang sambil gelak-gelak sampai nak terkencing lepas tu pergi toilet, lepas tu tengok Jangan Lupa Lirik sekejap then balik bilik, tidur macam last semester.

  • Perlu kurangkan makan sebab nak kurus. Dah dah, jangan kau nak gelak guling-guling. I tahu okay apa yang I mampu. Then, perlu lah rajin berjalan-jalan agar bontot dan punggung kecik sikit. Yang sekarang ni, dah tak larat dah I nak bawak.

  • Jangan lagi study last minute untuk exam macam last semester, bila esok exam, malam ni pukul 10 lepas online facebook dan blogging sekejap baru bukak buku lepas tu mula lah nak stay up konon nak study sampai 2-3 pagi padahal buka buku sambil, buka laptop dan online sambil dengar lagu lepas tu makan PAMA dengan air Milo panas.

  • Jangan lagi ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah sebab selalunya kalau malas, mesti pura-pura sakit perut, lepas tu buat-buat tak larat untuk ke kelas.

  • Habiskan pembacaan novel-novel English yang ada dalam laci dan luggage supaya boleh improve penggunaan Bahasa Inggeris untuk show off. Eh eh, tak tak. Untuk Muet dan sebagainya.

  • Perlu lebih rajin untuk berbaik-baik dengan lecturer Kelab Debat dan Pidato sebab InsyaAllah akan ganti kak FD jadi secretary this semester. Ohh, gila banyak kerja.

  • Kemungkinan besar, proses pencarian teman lelaki akan bermula musim ini. Jeng jeng jeng, nantikan siapa kah dia. Haha.

Okay, nak sambung tengok Nur Kasih Episode 24 kat watchnurkasih.blogspot.com sebab hari tu tak dapat tengok masa kat Dungun sebab ada latihan debat. Bye.

Saturday, November 14, 2009

I sudah tidak waras

Yes, this is a short entry because I am busy with the debate days and nights for this week. Cuma, I tak waras sebab perasaan bercampur-baur. Dan kadang-kadang terasa seperti sangat sayu dan sedih. Rasa macam nak menangis yang maha dasyat. Nanti I jelaskan. Bye.

Sunday, November 08, 2009

I pun nak jadi Pisau Cukur

Eh jangan, jangan. Jangan terlalu percaya dengan tajuk entry ni. Walaupun I betul maksudkannya. Cuma kali ni tak nak cerita pasal diri sendiri. Nak buat review movie sikit. Well, pagi tadi I pergi Sunway Pyramid. (once again) Tapi kali ni dengan my family lah. Tujuan utama, nak beli barang-barang keperluan since I pun dah nak berangkat ke UiTM Dungun pada Selasa ni untuk menjalani latihan debat kan. So, sepanjang dalam kereta masa on the way ke SP (Sunway Pyramid bukan Sungai Petani, huh.) adik I, Si Ceplos telah berjaya memujuk ibu dan ayah supaya bagi green light untuk kami menonton wayang. So, terima kasih lah kepada Ceplos. Nanti I belikan cap baru okay. And Ceplos yang ber-iya-iya sangat nak tengok cerita Pisau Cukur ni sampai mak I cop dia lelaki gatal. Okay lah, budak lelaki gatal.


So, finally I got the chance to watch this movie since Paan dah berlagak gila dengan I. And yes, I totally agree with Paan, Pisau Cukur is an explosion. Perfect. I bagi 4.99/5 stars (lagi 0.01 hilang, jatuh laut masa I atas cruise tadi) untuk cerita ini. 5 stars for Fauzra's acting and 4 stars for Maya's acting. Okay, I bias sebab I minat Fazura tapi Fazura memang best pun dan class gituuu. (gaya manja ala-ala Azwan Ali)

So, kepada semua. Come one, you need to watch this movie. It's a MUST WATCH movie. Anda boleh berangan seperti anda adalah Fazura atau pun Maya Karin yang sedang bercuti atas kapal. sepanjang menonton filem ini dan itu sangat menyeronokkan sebab I dah pun berangan even adik kat sebelah membebel-bebel tanya banyak soalan yang memang saja mintak I sumbat semua popcorn kat dalam mulut dia, seperti;

"Rda, pisau cukur yang tajam-tajam tu kan?"
"Rda, antara Aaron Aziz dengan Aril AF siapa hensem." WTH mestila Aaron Aziz berlipat kali ganda hensem kan. Oh, sayangku. Ouchhh.

And, the most favourite quote was; "Kenapa nak kawin dengan orang miskin sedangkan boleh kawin dengan orang kaya. PANAS!. "

Okay, dah bye.


p/s; Mata I bengkak gila masa tengok wayang tadi sebab tidur pukul 3 pagi selepas menangis tahap melampau disebabkan menonton Nur Kasih episod 1 sampai episod 5. Dan, Adam I punya tau. Yang lain, back off.
p/ss; I nak sambung tengok Nur Kasih episod 6 ni. Okay Bye.
p/sss; Eh eh, lupa pulak. Click Nuffnang okay. Kalau tak, I cukur rambut you. Haha.

Saturday, November 07, 2009

Ice Skating; all for free

Ouchhhh, since I dah lama sangat-sangat tak upload gambar kat blog ni, so I dah tersalah turutan. Jadi, sila baca dari bawah. Eh eh, taklah. doesn't matter pun turutan betul ke tidak, yang penting isi kandungan entry yang sangat bermakna ini okay. Sekarang, tarik nafas dalam-dalam. Sebab, sekali lagi pembaca-pembaca lelaki terpaksa kecewa sebab I. Kerana, hari ini dah terbukti I ni betul Lesbian. Hari ni merupakan dating pertama I dengan scandal ter-baru I; Cik Ween yang juga merupakan seorang blogger yang terkenal. (bodek, bodek) Actually, seperti yang semua orang dah tahu, Ween ni dan menang weekly prize satu contest yang di-organize oleh Nuffnang. So, antara hadiah yang Ween dapat ialah 10 ticket percuma untuk bermain ice skating di Sunway Pyramid. And Ween ada ajak mana-mana blogger yang nak join and she would give those free tickets. So, since rumah I sangat-sangat dekat dengan Sunway Pyramid, sehingga baby pun boleh berjalan kaki untuk ke sana tapi mungkin akan ditemui meninggal dibaham anjing liar, I pun offer lah diri untuk join sekaki. Eh eh, I ni pemalu sebenarnya. Tapi since Ween adalah antara blogger yang sangat baik dengan I, so I macam tak nak lah hampakan Ween kan.

So, pagi tadi I telah pun menjejakkan kaki di Ice Skating Sunway Pyramid bersama Ween dan teman-teman. Dan terbukti juga, bahawa I merupakan seorang yang agak pemalu, bila I sorang je blogger yang join. Yang lain semua kawan-kawan Ween. Ouchhhh, blushing muka I sepanjang masa. (Tipu, tipu. Padahal rancak bersembang dengan orang yang baru kenal) And, I macam tak nak comment banyak-banyak mengenai Ice Skating ni kan sebab I terlalu terror bermain dengan hanya menempek di dinding seperti cicak mengawan dan melakukan 3/4 pusingan. Dan kemudiannya Ween tarik I ketengah dengan memegang tangan (Ouchhh, romantic nya) Dan Ween pun bawak lah I jalan sikit-sikit since Ween pun baru je mula bertapak dalam bidang ini pagi tadi. Then, tiba-tiba ada seorang budak kecil lalu. Laju woooo dia skating kat situ. And I pun panggil, Ween tanya;

"Adik, ni dah kali keberapa dah adik main?"
"Dah kali ke 12."

Wohaaaa, dalam hati I macam ohh, aku masih ada 11 kali lagi untuk datang kesini dan bermain untuk pandai seperti itu. WTH, sebelas kali. So, adik tu pun offer lah nak bawak I jalan-jalan. Then, I betul kesian kat diri sendiri sebab tak sampai seminit adik tu pegang I,I dah jatuhh. Bergegar satu mall. Tengoklah siapa yang jatuhkan. Dan I cuba untuk bangun semula, tiba-tiba ada satu tangan yang menghulur. I tengok lah siapa empunya tangan, ouccccchhhh, mamat hensem, mamat hensem. Jangan lepaskan peluang. Lalu I sambut tangan lelaki hensem idaman kalbu itu. Dan bila I selamat bangun dan pusing ke arah lelaki itu, kedua-duanya telah hilang. Adik dan Lelaki Hensem. Macam mimpi Sleepy Beauty, I rasa macam princess WTH. Okay lah, I betul sakit badan main Ice Skating even jatuh sekali je. Then, Ween belanja makan dekat Popeyes. Okay, berbaloi. Tengok, all for free tau. Ween treat me like a princess. Ohh, once again. Okay, you all tengok jelah gambar. Dan sila jealous.

Ni I dengan one of kawan Ween masa sekolah dulu, named Mirae.


Ween and I. Ouchhh, sweet gituuu. (gaya Azwan Ali)

Ros, Ween, and Mirae.

Once again, Ween and I. Focus kat tangan, tangan. Itu yang penting. ;p



p/s; Dear, Ween a million thanks for today okay. I really enjoy it and hoping to see you again someday. :) Love yeah.
p/ss; I penat, nak rehat lahh.
p/sss; I bangga Negeri Sembilan menang 3-1 malam ni. Omg Omg, I pure nogori okayyy.
p/ssss; You all pergi lah main Ice Skating jugak. Mana tahu bertemu jodoh yang tolong angkat you all time jatuh ke. Sekali ada orang gelak guling-guling je.
p/sssss; Click lah Nuffnang I, kalau tak mata tumbuh ketumbit. (Tumbuh ke??)

Thursday, November 05, 2009

Zombie Jatuh Cinta

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah sekolah menengah yang identitinya perlu dirahsiakan dengan permintaan sekolah itu sendiri. Supaya orang ramai tidak datang menyerbu sekolah tersebut. Ceritanya bermula begini, pada suatu petang nan indah. Ada seorang zombie. (ke seekor?) Zombie tersebut menjalankan tugasnya seperti biasa untuk mencari Victim of The Day yang terdiri di kalangan manusia biasa. Zombie keluar sorang-sorang sebab yang lain semua tengah Public Holiday. Jadi, si Zombie berjalan-jalan di kawasan sekolah dengan lolipop di mulut. Lolipop tidak mencukupi untuk bekalan makanan hari ini. Jadi Zombie terpaksa cari sumber yang lebih mengeyangkan.


Sedang Zombie berjalan-jalan, Zombie ternampak seorang lelaki di dalam sebuah kelas. Lelaki tersebut sedang main daun terup. Tapi main sorang-sorang je. Lalu si Zombie terus mengejar lelaki tersebut. Disebabkan lelaki itu merupakan football player di sekolah tersebut, maka beliau dapat berlari dengan pantasnya. Namun, apakan daya apabila Zombie menguasai acara. Akhirnya Zombie dapat menangkap lelaki tersebut. Air liur sudah mula meleleh. Lapar sangat agaknya. Sebaik sahaja Zombie ingin gigit tengkuk lelaki tersebut, (dah macam vampire lah pulak kan) lelaki itu, mengeluarkan sebentuk cincin sambil berkata;

"Jom kawin dengan saya? Tapi awak janganlah kejar saya. Please, kita kawin okay?"

Nampaknya pujukan tersebut berjaya apabila Zombie kelihatan berpimpin tangan dengan lelaki tersebut. Oh, lupa pulak nak bg tahu, Zombie tu perempuan. Eh betina. Apa-apa lahh. Selepas itu, Zombie membawa lelaki tersebut ke perkampungan Zombie untuk berkahwin. Maka mereka telah selamat diijabkabulkan tapi tidak ditunjukkam scene itu dalam cerita. Tahu-tahu je, dah kahwin. Zombie itu mengajak suaminya turut sama menjadi zombie sepertinya. Tapi cerita tergantung sampai di situ sahaja tanpa jawapan dari si suami.

Zombie dalam cerita adalah I sendiri, dan lelaki tersebut merupakan my ex-boyfriend yang juga merupakan kawan I sekarang ni. Cerita adalah benar terjadi dalam mimpi I. Bila bangun tidur je terus I sengih sorang-sorang. I dah cerita dah kat dia, dan seperti biasa dia kata,

"Seronoknya kalau jadi betul-betul."

Hah? Apakah? I jadi Zombie? Kirim salam jelah.

p/s; I tak tahu lah macam mana boleh mimpi Zombie ni, maybe terpengaruh dengan quiz di FB, siapakah anda di UiTM? And I got Zombie as the answer. WTH. Atau adakah sebab demam Halloween? Tak tahulahh.
p/ss; Click nuffnang. :)

Tuesday, November 03, 2009

I masih ada maruah.

Betul orang cakap, jangan terlampau sayang orang yang kita sayang sebab berkemungkinan besar dia akan jadi orang yang paling kita benci. Sebab tu I takut, I takut sangat untuk bercinta lagi. I dah puas jadi orang yang lembik dan cepat menangis. I dah bosan jadi manusia yang dulu hatinya penuh dengan harapan-harapan palsu. Kepalanya ligat memikirkan janji-janji kosong. Bukan sebab I tak berani menghadapi risiko bercinta. Sayang dan menyayangi. Tapi I lebih suka untuk percaya pada jodoh dan takdir buat masa sekarang ni.


I mengaku, dulu maybe I seorang yang cepat terhegeh-hegeh dan menagih simpati pada orang yang I sayang. Mungkin dulu I lebih rela menangis teresak-esak sebab kena tinggal dengan orang yang I sayang daripada menangis sebab dapat markah ujian sikit. Mungkin dulu, I terlalu memikirkan soal pasangan dan asyik berusaha menagih semula cinta orang yang dah tak sudi. Maybe dulu, I terlalu rela untuk korbankan segala-galanya untuk orang yang I sayang. Tapi itu semua mungkin diri I pada satu ketika dahulu.

Sekarang, I memilih untuk menjadi lebih kuat. I memilih untuk memberi lebih perhatian pada diri sendiri dan bukannya orang lain. I memilih untuk lebih mengasingkan diri dari manusia-manusia yang sentiasa sibuk untuk menjatuhkan orang lain. I cuba kuatkan diri dari segala dugaan yang datang. I cuba pekakkan telinga (dengan tidak mengorek telinga selama 2 bulan) dan butakan mata kalau ada orang yang cuba jatuhkan I. I cuba semua tu untuk menjadi lebih kuat. I berusaha berlipat ganda untuk buka semula mata orang yang pernah mengecewakan. Untuk buka mulut mereka, biar ternganga dan terbit kekesalan di hati masing-masing. Tapi untuk I menerima semula, mungkin mustahil.

You know what, I am trying hardly to ignore anybody yang cuba-cuba kononnya nak ambil hati I. Even to my ex boyfriends sekalipun, kalau dia try nak flirting dengan I balik pun I buat-buat tak tahu je. Sebab, I tak nak jadi seperti manusia yang tidak bermaruah, sudah ludah jilat semula. Melainkan andai betul ada jodoh antara I dengan dia. Dan jika betul wujud jodoh itu, tidak perlu I berlari mengejar apa yang tak pasti, tapi ia akan datang sendiri. And I betul tak perlukan kata-kata manis dari mana-mana lelaki pun untuk I bahagia dalam hidup ini. Sebab betul, I want to be an Independent woman. I want to be stronger than before, supaya tiada siapa pun yang boleh pandang I sebelah mata.

I lebih percaya pada takdir dan jodoh, dan I seboleh-bolehnya cuba elakkan diri I untuk suka atau minat pada sesiapa buat masa ini. Sebab I perlu betul-betul kuat untuk berhadapan dengan itu semua. Gaya I bercerita macam lah pernah kena kecewakan dengan teruk sekali. Mungkin itu yang I rasa, masa I alami nya. Betul, I sangat bahagia dengan kehidupan yang sekarang ni. I lebih bahagia dengan tidak menghiraukan perasaan datang menguasai diri. Sebab perasaan itu yang sentiasa melemahkan. Kalau I lemah, I akan dilihat sebagai manusia yang tiada maruah. Sebab I akan terlalu mudah untuk ditewaskan dengan kata-kata dusta manusia. I percaya, andai ada jodoh dan takdir menyebelahi, siapa pun akan datang walaupun tidak diundang.

I masih ada maruah yang perlu dipertahankan. Cuma apa yang I paling kesalkan, kalaulah dulu I punyai kekuatan seperti ini, mungkin nasi tidak akan menjadi bubur dan mungkin nasi dah basi tak sempat nak jadi bubur. Eh, apa ni? Tapi betul, itu yang paling I sesali. Kalaulah dulu I kuat seperti sekarang, tentu hidup lebih teratur. Tapi mungkin jika tiada kehidupan yang dulu, tidak akan ada kehidupan sehebat ini. Jika tiada ujian yang datang, sampai bila pun I sukar untuk berubah. Jadi, terima kasih banyak-banyak kepada semua ujian dan dugaan. Jangan malu-malu datang lagi, sebab I bukan macam dulu, I dah kuat dan dengan segala kekuatan yang ada, I akan hadapi.

p/s; Kau perlu kuat untuk pertahankan maruah kau. Dan kekuatan itu datangnya dari diri kau sendiri bukan dari sesiapa.
p/ss; Apa hal entah entry ni ber-emosi semacam je bila I baca balik.
p/sss; Errr, jangan lupa click nuffnang. Hehe.

Monday, November 02, 2009

Sah, I Lesbian

Dah yang ke berapa kali entah I ditanya soalan yang sama.

"Ehhh, betul ke kau single?"
"Kau tak minat sesiapa ke kat Kedah?"
"Betul ke kau takde BF? Kau dah break ke?"
"Takkan takde yang menambat hati kau kat sana?" WTH

Okay, okay dah. cukup empat soalan. I betul dah bosan dengan soalan yang sama dari orang disekeliling I. Tanya benda yang sama dan I terpaksa jawab "Betul, aku single. Single kan hot." I terpaksa menipu kawan-kawan konon single tu hot dan I terpaksa perasan sekejap walaupun sebenarnya I cool, I tak hot. Tapi disebabkan nak menjawab soalan-soalan ambil berat dari kawan-kawan dan dalam masa yang sama nak jaga hati sendiri, I terpaksa jawab semua tu. (Intro sedih, baca dengan tangisan)

Dan, sekarang I nak buat honestly confession dan I akan paksa semua kawan-kawan yang pernah tanya that kind of question to read this entry.

Macam ni, since dah agak lama I hidup membujang mesti I have my own reason for this. I bukan tak percaya lelaki. I bukan benci lelaki apatah lagi anti lelaki. Cuma, I dah malas dan penat untuk fikir about a serious relationship. Ada someone cakap, I tak sesuai couple dengan sesiapa. Bukan sebab I tak laku ke apa. (Aku laku okay,what the hell kau ingat aku tak laku, haha.) Tapi sebab I hanya layak ber-scandal dan menjadi pisau cukur sahaja. Hah, siot je statement kan. Tapi tak kisah lah sebab I je yang tahu kenapa I nak single sampai jumpa calon suami yang terus datang meminang. Sebab;

  • I rasa membazir wang, masa dan tenaga kalau couple. Sebab I tengok pengalaman I. Dah banyak kali I couple. Masa couple, I cakap I sayang dia. Then, bila dah break senang-senang je I lupa yang I pernah sayang dia. Ehh, tapi tak lah senang. Makan masa. Haaa, tengok. Nak lupakan pun dah membazir masa. Kalau duit, mestilah lelaki yang paling banyak keluar duit kan. Sebab kalau dating mesti lelaki yang kena bayar semua. Apa salah kalau perempuan pun bayar jugak kan? Tu tak termasuk dengan budget untuk topup dan bil telefon. Dan duit minyak kalau naik kereta. Sebab tu I tak suka. I nak jadi independent. I nak cari lelaki yang tak kisah kalau sesekali perempuan belanja. I nak lelaki yang tak peduli, sesekali perempuan yang bawak kereta. Sebab bagi I, bercinta adalah mengenai give and take. Bila dah jumpa yang macam tu, baru I couple okay.

  • I rasa seronok sangat sepanjang I single. Emm, I tipu sikit. Mestilah kadang-kadang I ada rasa sunyi dan sepi kan kalau tengok kawan-kawan lain bahagia dengan BF masing-masing. (jiwang jiwang) Tapi I rasa kalau I couple, memang I bahagia tapi dalam masa yang sama, hati I tak tenang. I sentiasa rasa macam duduk dalam keadaan insecure. I sentiasa takut kalau-kalau BF I curang dengan I. I sentiasa risau kalau BF I bosan dengan I. Dan dengan perasaan-perasaan itulah yang membuatkan I rasa it's better if I keep single until I am really ready for a serious relationship. Bila I single, I tak perlu nak memikirkan tentang sesiapa kecuali tentang diri sendiri, family and kawan-kawan. And I rasa dah cukup bahagia dikelilingi kawan-kawan yang sangat penyayang. (kawan-kawan, :') sila terharu)

  • I rasa I terlalu hot untuk couple. Ehh, betul. I tak tipu. I sangat memilih untuk cari BF yang paling sesuai. Beliau mestilah seorang yang lebih pandai dari I sebab kalau boleh I nak lelaki who can lead the relationship. A man is a leader. That's my thinking ever. And bila dia dah pandai dari I insyaAllah, mestilah kerja pun lagi bagus kan. So, nanti takde lah istilah 'queen control' dalam kamus rumahtangga I. Sebab, perempuan biasanya akan menguasai bila darjat dia lagi tinggi dari lelaki. I tak suka. I nak jadi isteri yang humble dan mendengar kata tapi bukan lemah sebab I mestilah berhak bagi pendapat dan idea yang semestinya bernas dan bijak. Kan betul, I hot. Dah dah, semua diam untuk sebab yang ni.

  • I rasa I lesbian. Emm, ye kot. Sebab I sangat-sangat takde perasaan pada lelaki sekarang ni. Okay dah. I tipu je sebab dah takde sebab ke-empat, I saja buat pembohongan. Tapi betul apa, I takde suka pada sesiapa sekarang ni. Tapi I takde lah admire mana-mana perempuan dan rasa teransang dan horny bila tengok perempuan sexy. Cuma mungkin lelaki idaman belum muncul tiba. Tunggu jelah macam cerita fairytale. Prince charming selalu datang bawak kuda. Ohh, seronoknya. (semua, sila banyangkan Snow White kena kiss dengan Prince charming)
So, sah ke I Lesbian. Ehh, tak tak, I straight okay. Mana boleh jadi lesbian, mampus I nanti ayah mak kejar dengan parang. Lepas tu I lari-lari satu taman tak pakai selipar. I taknak, sebab jalan tar panas. Okay, bye.