Dah yang ke berapa kali entah I ditanya soalan yang sama.
"Ehhh, betul ke kau single?"
"Kau tak minat sesiapa ke kat Kedah?"
"Betul ke kau takde BF? Kau dah break ke?"
"Takkan takde yang menambat hati kau kat sana?" WTH
Okay, okay dah. cukup empat soalan. I betul dah bosan dengan soalan yang sama dari orang disekeliling I. Tanya benda yang sama dan I terpaksa jawab "Betul, aku single. Single kan hot." I terpaksa menipu kawan-kawan konon single tu hot dan I terpaksa perasan sekejap walaupun sebenarnya I cool, I tak hot. Tapi disebabkan nak menjawab soalan-soalan ambil berat dari kawan-kawan dan dalam masa yang sama nak jaga hati sendiri, I terpaksa jawab semua tu. (Intro sedih, baca dengan tangisan)
Dan, sekarang I nak buat honestly confession dan I akan paksa semua kawan-kawan yang pernah tanya that kind of question to read this entry.
Macam ni, since dah agak lama I hidup membujang mesti I have my own reason for this. I bukan tak percaya lelaki. I bukan benci lelaki apatah lagi anti lelaki. Cuma, I dah malas dan penat untuk fikir about a serious relationship. Ada someone cakap, I tak sesuai couple dengan sesiapa. Bukan sebab I tak laku ke apa. (Aku laku okay,what the hell kau ingat aku tak laku, haha.) Tapi sebab I hanya layak ber-scandal dan menjadi pisau cukur sahaja. Hah, siot je statement kan. Tapi tak kisah lah sebab I je yang tahu kenapa I nak single sampai jumpa calon suami yang terus datang meminang. Sebab;
- I rasa membazir wang, masa dan tenaga kalau couple. Sebab I tengok pengalaman I. Dah banyak kali I couple. Masa couple, I cakap I sayang dia. Then, bila dah break senang-senang je I lupa yang I pernah sayang dia. Ehh, tapi tak lah senang. Makan masa. Haaa, tengok. Nak lupakan pun dah membazir masa. Kalau duit, mestilah lelaki yang paling banyak keluar duit kan. Sebab kalau dating mesti lelaki yang kena bayar semua. Apa salah kalau perempuan pun bayar jugak kan? Tu tak termasuk dengan budget untuk topup dan bil telefon. Dan duit minyak kalau naik kereta. Sebab tu I tak suka. I nak jadi independent. I nak cari lelaki yang tak kisah kalau sesekali perempuan belanja. I nak lelaki yang tak peduli, sesekali perempuan yang bawak kereta. Sebab bagi I, bercinta adalah mengenai give and take. Bila dah jumpa yang macam tu, baru I couple okay.
- I rasa seronok sangat sepanjang I single. Emm, I tipu sikit. Mestilah kadang-kadang I ada rasa sunyi dan sepi kan kalau tengok kawan-kawan lain bahagia dengan BF masing-masing. (jiwang jiwang) Tapi I rasa kalau I couple, memang I bahagia tapi dalam masa yang sama, hati I tak tenang. I sentiasa rasa macam duduk dalam keadaan insecure. I sentiasa takut kalau-kalau BF I curang dengan I. I sentiasa risau kalau BF I bosan dengan I. Dan dengan perasaan-perasaan itulah yang membuatkan I rasa it's better if I keep single until I am really ready for a serious relationship. Bila I single, I tak perlu nak memikirkan tentang sesiapa kecuali tentang diri sendiri, family and kawan-kawan. And I rasa dah cukup bahagia dikelilingi kawan-kawan yang sangat penyayang. (kawan-kawan, :') sila terharu)
- I rasa I terlalu hot untuk couple. Ehh, betul. I tak tipu. I sangat memilih untuk cari BF yang paling sesuai. Beliau mestilah seorang yang lebih pandai dari I sebab kalau boleh I nak lelaki who can lead the relationship. A man is a leader. That's my thinking ever. And bila dia dah pandai dari I insyaAllah, mestilah kerja pun lagi bagus kan. So, nanti takde lah istilah 'queen control' dalam kamus rumahtangga I. Sebab, perempuan biasanya akan menguasai bila darjat dia lagi tinggi dari lelaki. I tak suka. I nak jadi isteri yang humble dan mendengar kata tapi bukan lemah sebab I mestilah berhak bagi pendapat dan idea yang semestinya bernas dan bijak. Kan betul, I hot. Dah dah, semua diam untuk sebab yang ni.
- I rasa I lesbian. Emm, ye kot. Sebab I sangat-sangat takde perasaan pada lelaki sekarang ni. Okay dah. I tipu je sebab dah takde sebab ke-empat, I saja buat pembohongan. Tapi betul apa, I takde suka pada sesiapa sekarang ni. Tapi I takde lah admire mana-mana perempuan dan rasa teransang dan horny bila tengok perempuan sexy. Cuma mungkin lelaki idaman belum muncul tiba. Tunggu jelah macam cerita fairytale. Prince charming selalu datang bawak kuda. Ohh, seronoknya. (semua, sila banyangkan Snow White kena kiss dengan Prince charming)
So, sah ke I Lesbian. Ehh, tak tak, I straight okay. Mana boleh jadi lesbian, mampus I nanti ayah mak kejar dengan parang. Lepas tu I lari-lari satu taman tak pakai selipar. I taknak, sebab jalan tar panas. Okay, bye.
30 Yorum var:
haha. lawak laa..
tulaa. aku rase klw ko kenal aku mesti ko admire aku. haha
i have all the criteria wehh.
however it is still imposible, sbb nnt klw aku jupe kau mesti nk tunjok middle finger. haha.
seronok :) HAHA
I nak lelaki yang tak peduli, sesekali perempuan yang bawak kereta.
lesen dik? ;))
haha.
ok. ok.
*I promise next time kita jumpa, I kasi u blanja. n u yg drive ye sayang? (u dah ada lesen belum ni)
*u xperlu rasa insecure sbb I memang setia dgn u soranggg je.
*I xtahu kalau I lg pandai drpd u, kena tunjuk CGPA dulu ke baru kita bole declare as couple ni?
HAHAHA;p
Apa pun reason u, enjoy ur life to the fullest ya? Mungkin cinta sejati belum hadir dlm hidup u. But, once u have find the right man, don't let the opportunity go.
take care :)
faiz, ouchhh. mungkin kau lah jejaka yang ditunggu2. (muntah sambil menaip) hahah. dah dah. kau jangan nak perasan. calon BF aku takkan tunjuk middle finger okayyyy. ;p
dhanial, dua ronok lahhhh. HAHA. :)
feeqa, sial je statement kan. benci benci.
ween, ouchh. u suka buat I terharu. :') hahah.
lesen I takde lah. Duit pun takde. ;p
and I tahu u memang setia dengan I sorang je kan kan.
Haha, u tunjuk result SPM u je lahh. haha.
thanks ween for your concern towards me. Really appreciate it babe. :)
kak *y**.. mane ko.. grengg grengg
hidayah, ehh. bongok lahh. jangan mention sebarang alphabets. hahhaha.
ouh~ terharu sgt . hihi .
i cncld here that exprince had teach u . bgs! rda jgn kalah lg . hehe .
adek, ouchh. kau yang first terharu. hahaha. yup, lot of lesson I got from the experiences. :)
haha, kalau aku buat post pasal single life, mesti macam pengalaman aku ada. hahaha.
asmarina sakila. eleh, tu dulu. sekarang kau dah tak boleh dah buat pasal single life. hahahha.
agree with with ur 1st reason..hee :)
wakaka...sengal arr kao
tp ikowt kitab tajul muluk
ciri2 lesbian tuh memang ade kt ko
~weeeeee~
kak bytie. ohh. thanks. :)
weh... mgkok ko... tajuk Sah Lesbian.. Kasi panas ja! blum dpt yg bertakhta di hati la.. weh , napa aku ni xcukup ka?? haha, sengal.. nih,,.., maih pafe aku, susah,Diana Danielle da ade peguam pembela
nadirah nor, haha. kan aku dah kata, aku lesbian. ;p
farhan. hahha. saja je kasi gempak weyyy/ hang memang tak cukup lah nok. sat sat, aku datang dengan beban bukti. hahah.
mak aiii.. nk beban bukti,,.. Selamat aku xse'macho' brad pitt ja.. kalo x an..huhuhu
paan, hahaha. kau memang lah tak semacho brad pitt. takde sapa boleh lawan lahh. hahah.
go ahead lesbian
just don't grab another's girl
curse a lot, unfortunately i'm not a pure lesbian. hahaa.
haha babe those 4 questions are what i've been constantly asked by people!
so im also like, 'I'm lesbian, MEHH'.
haha!
yy, hahhaa. really? we are almost the same in every single thing right? haha. and well, come on, let's be my lesbian partner then. haha.
u ni mcm I la..
brape lame dah x couple..(bkn nak ambik ati tau)..
kadang2 malas nak pk bende ni..
tp bile tgk org bcouple mula la x duduk senang..
so cr masa sesuai nak couple blk mmmg pyh..
nk yg org kita nak mmg sukar..
bistari, ouchhh. ada reader yang sama macam I yang seronok ni. hahhaha. betul apa yang you cakap. I agree babe. :)
babi je. haha
almost 19 yrs okay pengalaman. hahaha, i simpan je lah dlm kotak hati. haha. and masihh SINGLE yaww.
:D
Asmarina, ahhh pedulia apa. Yang penting status sekarang merosakkan reputasi kau. haha.
Sen de yaz