BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, November 15, 2009

Apa azam semester baru?

Mungkin tajuk kali ni lebih jelas sebab matlamat yang nak disampaikan pun perlu jelas. Bercerita tentang azam, impian dan matlamat setiap kali masuk tahun baru, macam tu jugak bila start new semester ni. Rasa macam terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk capai lebih dari matlamat. So, I rasa macam nak list down semua yang ada dalam kepala, apa yang I azamkan dan objektifkan sepanjang semester kedua ni.


  • Kurangkan hang out dan ber-overnight every weekend macam dulu. Di samping boleh tingkatkan prestasi, boleh jugak control keluar-masuk pocket money.

  • Kurangkan lepak di food court berjam-jam dan membuang masa dengan berborak dan gelak besar, sebab akhirnya ilmu yang tak seberapa yang I dapat masa lecture keluar macam air dari kepala. Al-maklum lah, bila dah lepak beramai-ramai, mula lah benda-benda mengarut pun jadi isu. Lepas tu pantang nampak orang pakai tudung tak kena dengan baju, mula lah nak mengutuk tak tentu pasal. Haha.

  • Lebihkan masa di meja tulis berbanding di katil. Walaupun hakikat nya kat meja pun boleh buka laptop, cucuk broadband dan online Facebook dan Blogging. Tapi at least kalau time broadband buat hal, boleh lah konon-konon buka buku dan study. Sebab kalau online atas katil, bila broadband tak dapat signal mesti terus tutup laptop, peluk bantal dan tidur.

  • Harus memperbanyakkan membaca newspapers and magazines (bukan hanya Seventeen dan Cleo) untuk tambah ilmu yang ada. Harus juga rajin ke library dan buka buku, dan baca. Bukan buka buku, dan sembang sambil gelak-gelak sampai nak terkencing lepas tu pergi toilet, lepas tu tengok Jangan Lupa Lirik sekejap then balik bilik, tidur macam last semester.

  • Perlu kurangkan makan sebab nak kurus. Dah dah, jangan kau nak gelak guling-guling. I tahu okay apa yang I mampu. Then, perlu lah rajin berjalan-jalan agar bontot dan punggung kecik sikit. Yang sekarang ni, dah tak larat dah I nak bawak.

  • Jangan lagi study last minute untuk exam macam last semester, bila esok exam, malam ni pukul 10 lepas online facebook dan blogging sekejap baru bukak buku lepas tu mula lah nak stay up konon nak study sampai 2-3 pagi padahal buka buku sambil, buka laptop dan online sambil dengar lagu lepas tu makan PAMA dengan air Milo panas.

  • Jangan lagi ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah sebab selalunya kalau malas, mesti pura-pura sakit perut, lepas tu buat-buat tak larat untuk ke kelas.

  • Habiskan pembacaan novel-novel English yang ada dalam laci dan luggage supaya boleh improve penggunaan Bahasa Inggeris untuk show off. Eh eh, tak tak. Untuk Muet dan sebagainya.

  • Perlu lebih rajin untuk berbaik-baik dengan lecturer Kelab Debat dan Pidato sebab InsyaAllah akan ganti kak FD jadi secretary this semester. Ohh, gila banyak kerja.

  • Kemungkinan besar, proses pencarian teman lelaki akan bermula musim ini. Jeng jeng jeng, nantikan siapa kah dia. Haha.

Okay, nak sambung tengok Nur Kasih Episode 24 kat watchnurkasih.blogspot.com sebab hari tu tak dapat tengok masa kat Dungun sebab ada latihan debat. Bye.

Thursday, October 15, 2009

how to flatten your abs?

sekarang ni, kalau kau drop by kat blog aku ni, kau mesti perasan yang aku sebenarnya tengah work hard for getting a good body shape. betul, tapi benda yang paling aku risau adalah berkenaan ABS aku. dan kau tak rasa ke aku dah macam pakar senaman? sila angguk sebab aku sedang mengkaji macam mana nak mempercepatkan process untuk mengempiskan perut buncit anda (khas untuk achenk, nat dan aku sendiri) okay, ABS is a short form for abdominals (perut kau tu lahh). so, today i would like to share about how to flatten your abs (err i mean, my abs) aku dapati banyak cara sebenarnya yang kau boleh buat untuk dapat perut yang cantik lagi hot. aku ada sedikit tips memandangkan aku dah pernah buat sit-up sebanyak 200 kali sehari dan ia berjaya mengempiskan perut aku (dulu, masa form 2) tapi aku tahu cara yang lebih mudah dan mungkin kau akan kata sangat menyenangkan dan yang penting TIDAK PENAT (sit-up 200 kali sumpah kau terbaring kat situ jugak) so, guys. no need to worry about your buncit abs after you read this;

  1. soalan pertama. kau ada adik kecik tak? setiap pagi, sebelum adik kau pergi sekolah (memandangkan budak-budak foundation UiTM bercuti ketika adik-adik korang masih belum cuti sekolah) okay, back to the point. before adik-adik kau pergi sekolah pagi-pagi dan aku aku confirm kau tak bangun lagi masa tu. kau pesan kat adik kau pada malam hari sebelum tidur, supaya pagi-pagi arahkan dia memijak dan melompat di atas perut kau lebih kurang tiga kali di peringkat pemulaan. ohh, kepada yang tiada adik kecil atau erti kata lain adik kau memang semua style lebih besar dari kau, maka jangan risau sebab peluang untuk perut kau untuk kempis lagi besar berbanding dengan mereka yang ada adik kecil. sila lakukan aktiviti ini selama sehari sahaja sebab aku confirm lepas tu, perut kau memang akan kempis gila sebab masa tu memang semua isi perut dan usus panjang kau dah terkeluar ikut mulut atau pun bontot kau (lucah) mudah kan?
  2. cara kedua ni mungkin lebih lembut dan mudah untuk korang lakukan. begini, aku ada banyak stock cream moo'yah (sila sebut mokyah) kat rumah aku ni. special nya cream ni, adalah sebab harganya yang berpatutan. harga di pasaran RM14.90 tapi disebabkan aku sayang dan ingin memberi sokongan moral kepada korang yang ingin mengikut jejak langkah aku dalam arena mengempiskan perut ni, so aku tolak kat korang RM14 je lah. baik tak aku?(angguk sekarang tanpa henti sehingga habis baca entry ni.) lagi satu, cream ni memang tujuannya untuk membakar segala lemak yang ada dalam badan kau dan selain di perut, kau boleh sapu cream ni di mana saja tempat yang kau rasa perlu untuk dikecilkan (contoh, peha dan lengan) tapi kau jangan sapu kat muka sebab masa tu kau akan terasa seperti azab neraka (hiperbola) sebab cream ni ber-angin (mint) caranya mudah je. kau cuma perlu sapu cream ni di permukaan perut kau setiap malam sebelum kau tidur, dan kesannya sangat effective bila mana selepas kau bangun dari tidur untuk solat subuh, kau akan terasa seperti nak ter-berak sangat sangat yang maha dasyat (cirit birit) dan perut kau akan berjaya dikempiskan dalam masa lebih kurang 2 minggu sebab segala toksik dan lemak akan dikeluarkan melalui process perkumuhan tersebut. cubalah!
  3. aku ni antara manusia yang paling rajin iron baju kerja mak dan ayah aku kat rumah ni (juga baju sekolah adik aku, si CEPLOS) untuk memastikan perut kau kempis, kau kena lebih rajin tolong mak kau iron baju lepas ni. di samping kau dapat perut yang kempis lagi menawan, kau juga bakal dapat pahala sebab tolong orang tua kau. caranya begini, kau tak perlukan modal cuma sedikit tenaga diperlukan. masa iron tu tengah panas, kau tumpang sekaki je letak atas perut kau bagi menjimatkan tenaga elektrik yang digunakan. kau letak je dalam 10 seconds. konsep nya sama je kalau kau mandi kat kolam air panas, kepanasan air tu boleh membakar segala lemak-lemak tepu kau. kau aplikasikan dengan iron ni, kepanasan iron ni akan membakar segala lemak di perut kau. (aku cadangkan jarum iron di nombor 3 untuk mendapat kesan yang lebih cepat) lepas tu, mesti mak kau terkejut tengok anak dia macam lipas kudung.
  4. kau ni rajin tak tolong mak kau masak kat dapur? okay, kepada yang rajin dulu. kau tahu lesung batu? (kalau ada batu giling lagi bagus.) sambil mak kau tengah tumbuk-tumbuk sambal belacan kat dapur tu, kau mintak lah pinjam sekejap (mak kau kan sayang kau, mesti bagi punyalah) kau cuma perlu golek-golekkan anak lesung tersebut di atas permukaan perut kau lebih kurang selama lima minit. aku pasti, kau bukan sahaja dapat mengempiskan perut kau malah kau akan dapat bebelan dan mungkin hantukan kepala yang kuat di dinding (mak kau buat) tapi untuk yang tak rajin ke dapur, kau pergi lah baring menelentang kat luar rumah. nanti adalah tayar lori sampah goleh perut dan muka kau sekali.
  5. okay, cara terakhir. aku rasa, yang ni mesti ramai nak ikut dan buat. caranya adalah dengan ber-puasa sunat. (kalau kau ada tinggal puasa masa Ramadhan, kau puasa ganti) sebab, menurut kajian yang aku dah buat ke atas diri aku sendiri. memang puasa ni dapat kempiskan perut kau selain kau dapat puasa. cuma, apa yang aku alami. kekempisan itu tidak berpanjangan sebab lepas aku bukak puasa mesti buncit balik. cis.
baiklah tuan-tuan dan puan-puan. silalah jangan marah aku sebab sumpah aku mengarut dalam entry ni. sebab kan, aku betul-betul nak kempiskan perut aku. tapi tak tahu cara selain sit-up 200 kali dan itu sangat memenatkan aku dan buat perut aku naik kejang (bukan kajang) so, kau ada cara lain tak?

p/s; tapi aku rasa, kalau kau nak capai sesuatu biarlahh kau berpenat lelah sekejap kan? haa, ni the moral of the entry. chill. :)

Monday, October 12, 2009

two things to tell

and today i think is a happy day because i got two good things to tell you guys. the first is about him. finally, i got the chance to have a chat with him malam tadi. after about a month he did not contact me because of various reason, so last night i got that chance. masa i on ym, i nampak dia pun on. so i hit him lah kan. borak-borak dengan dia, i asked him about Mesir and he told me many things. so now, he is in University of Alex. and he just started his class yesterday. and finally, you know what, i'm able to smile with my big smile right now. :)

anyway, dia kata di on ym pakai phone je sebab belum dapat internet kat sana. masa dekat Cairo, dia ber-webcam with his family. ohhh, seronoknya and i really do not know how to describe my feeling now.

the second thing is, today is my brother's birthday. i mean my big brother. so, Happy Birthday to him. sila balik rumah dengan membawa chocolate ferrero lagi okay! i like. ahha. :)
nothing much to say in this post, but i just wants to tell you that i will not going to Taman Jaya today because i am faasting. (yeah, puasa 6 tak habis lagi) so, hari ni just buat senaman-senaman ringan di rumah. betul, i tak tipu okay. i refer from magazines. and of course it's Seventeen! i love it. dan dan, tadi kan i watched 'The Biggest Loser' dan semangat i untuk kurus makin bertambah. oh, menyampahnya adik i kat sebelah ni tengah buat break dancing. annoying. okay lah, see yeah in the next post!

p/s; sumpah nak tengok Pisau Cukur! haha.

Sunday, October 11, 2009

finally, i did it.

mempersembahkan, jogging first day di Taman Jaya. anyway, i dah plan before balik lagi about this. tapi ramai yang kata i takkan buat apa yang i plan, oh lupa pulak i plan kononnya nak jogging setiap petang untuk dapatkan badan selangsing cik megan fox yang hot meletup. tapi ramai yang cakap i will never do that sebab cuti ni lah masa nak lepak-lepak dekat rumah. so guys, please take a look because i did it. petang tadi, lebih kurang jam 4 petang. i siap-siap tukar seluar, baju, iron tudung, cari stokin dan kasut sebab niat i nak pergi ber-jogging dekat tepi tasik sebelah carrefour. tapi bila i turun bawah, tiba-tiba my mum tak bagi and said no. sebab dia tak bagi i pergi sorang-sorang. so, dengan segala bakat yang ada, i pujuk my sister untuk temankan i jogging dan dia ber-siap separa ter-paksa. tapi ayah hantar pergi Taman Jaya pulak. ohh, dekat je dengan rumah tapi ayah yang nak hantar. so, menjadi lah aktiviti yang dirancang ditambah pula dekat aktiviti sampingan. oh anyway, i jumpa sir jahity, cikgu english masa sekolah rendah. so, i borak-borak dengan dia. dah lah, tengok je gambar. :)

oh tasik, kau indah. okay, aku tipu sebab tasik ni agak kotor okay. tapi i macam tak berapa nak kisah la keadaan tasik ni sebab i kan tengah sibuk jogging. (baca dengan nada serius) oh, sila jangan menyampah dengan i okay.

wooohaaa, semangat tak lari. itu bontot mahu kasi kecil sikit. sebab berat nak bawak. anyway, doakanlah i langsing dan hot macam megan fox okay.

ohh, ni semasa senaman-senaman sampingan. seronok oh. seronok. rasa nak lagi. so, till i see all the thing tomorrow!

p/s; siapa kata i malas? esok nak main skipping pula. ;)