BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 15, 2009

Apa azam semester baru?

Mungkin tajuk kali ni lebih jelas sebab matlamat yang nak disampaikan pun perlu jelas. Bercerita tentang azam, impian dan matlamat setiap kali masuk tahun baru, macam tu jugak bila start new semester ni. Rasa macam terlalu banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk capai lebih dari matlamat. So, I rasa macam nak list down semua yang ada dalam kepala, apa yang I azamkan dan objektifkan sepanjang semester kedua ni.


  • Kurangkan hang out dan ber-overnight every weekend macam dulu. Di samping boleh tingkatkan prestasi, boleh jugak control keluar-masuk pocket money.

  • Kurangkan lepak di food court berjam-jam dan membuang masa dengan berborak dan gelak besar, sebab akhirnya ilmu yang tak seberapa yang I dapat masa lecture keluar macam air dari kepala. Al-maklum lah, bila dah lepak beramai-ramai, mula lah benda-benda mengarut pun jadi isu. Lepas tu pantang nampak orang pakai tudung tak kena dengan baju, mula lah nak mengutuk tak tentu pasal. Haha.

  • Lebihkan masa di meja tulis berbanding di katil. Walaupun hakikat nya kat meja pun boleh buka laptop, cucuk broadband dan online Facebook dan Blogging. Tapi at least kalau time broadband buat hal, boleh lah konon-konon buka buku dan study. Sebab kalau online atas katil, bila broadband tak dapat signal mesti terus tutup laptop, peluk bantal dan tidur.

  • Harus memperbanyakkan membaca newspapers and magazines (bukan hanya Seventeen dan Cleo) untuk tambah ilmu yang ada. Harus juga rajin ke library dan buka buku, dan baca. Bukan buka buku, dan sembang sambil gelak-gelak sampai nak terkencing lepas tu pergi toilet, lepas tu tengok Jangan Lupa Lirik sekejap then balik bilik, tidur macam last semester.

  • Perlu kurangkan makan sebab nak kurus. Dah dah, jangan kau nak gelak guling-guling. I tahu okay apa yang I mampu. Then, perlu lah rajin berjalan-jalan agar bontot dan punggung kecik sikit. Yang sekarang ni, dah tak larat dah I nak bawak.

  • Jangan lagi study last minute untuk exam macam last semester, bila esok exam, malam ni pukul 10 lepas online facebook dan blogging sekejap baru bukak buku lepas tu mula lah nak stay up konon nak study sampai 2-3 pagi padahal buka buku sambil, buka laptop dan online sambil dengar lagu lepas tu makan PAMA dengan air Milo panas.

  • Jangan lagi ponteng kelas tanpa sebab yang munasabah sebab selalunya kalau malas, mesti pura-pura sakit perut, lepas tu buat-buat tak larat untuk ke kelas.

  • Habiskan pembacaan novel-novel English yang ada dalam laci dan luggage supaya boleh improve penggunaan Bahasa Inggeris untuk show off. Eh eh, tak tak. Untuk Muet dan sebagainya.

  • Perlu lebih rajin untuk berbaik-baik dengan lecturer Kelab Debat dan Pidato sebab InsyaAllah akan ganti kak FD jadi secretary this semester. Ohh, gila banyak kerja.

  • Kemungkinan besar, proses pencarian teman lelaki akan bermula musim ini. Jeng jeng jeng, nantikan siapa kah dia. Haha.

Okay, nak sambung tengok Nur Kasih Episode 24 kat watchnurkasih.blogspot.com sebab hari tu tak dapat tengok masa kat Dungun sebab ada latihan debat. Bye.

14 Yorum var:

dylakamil said...

selamat ber sem2. hehehe.

Anonymous said...

azam dah berjela ni kt atas.
ttbe kt bwh tulis nk tgk nur kasih plak.
haha. :D

NAZ said...

katil tetap de best :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, thanks yawww. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, hahha. A'ah lah. aku pun baru perasan ohh. Takpe, nasib baik belum start belajar lagi. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Naz, katil memang seronok. Tapi sementara je. ;p

FS said...

mencari teman baru yg paling menarik perhatin :DD

aku tahu niat busuk kau , untuk birthday ! hahhaa

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, haha. tak lah tak tak.
Niat ni datang sendiri dengan ikhlas. hahah.

Anonymous said...

haha, teman baru, i loikee.

all the best syg :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ryn, hahhaha. Thanks yawwww. :)

NH said...

kau dari sliss dah masuk debat kan. bagus ah kau rda, maintain je. caiyok! ;)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hidayah, Hahhaha. yup2. Thanks nokk.

Azureen Azlan said...

ehem. ehem. pencarian teman lelaki? good luck! (^_^)

u xgemuk pun. xperlu diet sgt ok. he

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ween, hahah. I dah busy lah. macam tak sempat je nak cari BF. ;p

haaa? U sorang je cakap I tak gemuk tauhu?