BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 22, 2009

I tak nak bagi alasan

Semester kedua ni memang banyak menguji kesabaran I sebenarnya. Dari perkara yang sekecil semut, sampai lah sebesar perut Achenk. Semuanya dah jadi macam bebanan sekarang ni. Tapi I malas nak mengeluh panjang, sebab nanti orang kata, baru start kerja dah membebel. So, I diam kan je. Walaupun hakikatnya I betul penat. Sampai orang sekeliling pun perasan dan tegur kesibukan I ni. Tapi I tak nak jadikan kesibukan ni sebagai 1 alasan kalau apa-apa jadi in future.


I baru je sampai dari UiTM Shah Alam pagi tadi. Jam 6 pagi. I pergi pun sebab ada latihan Royal Debate. Rasa sayang untuk lepaskan peluang-peluang yang jarang datang dalam kehidupan I. So, we decided to go. Memang penat, sumpah sangat penat. Tapi I rasa puas dan bangga sebab masih lagi boleh bertahan walaupun kena ulang alik Kedah-Shah Alam, and even untuk apa-apa latihan debat after this. Cuma, bila kepenatan dan kesibukan ni datang serentak, memang selalu buat I terfikir tentang pengorbanan-pengorbanan yang kononnya I dah buat. Dan hati I mula berfikir untuk berkira dengan setiap apa yang I dah korbankan. Tapi I cuba jauhkan diri dari sikap itu, sebab I tak nak jadikan perkara yang I sanggup buat pada mulanya, sebagai alasan kononnya I dah sacrifice banyak benda.

Sepanjang latihan, kat Dungun, Shah Alam or even while informal meeting in Kedah sekalipun, banyak perkara yang I dah pelajari. Tentang apa itu kesetiaan dalam persahabatan, tolong-menolong, menjadi pendengar yang setia dan mampu bagi respon yang baik, belajar untuk menerima kritikan dengan memandang pada sudut yang positif. Menerima keburukan diri dengan azam untuk cuba buang ia jauh-jauh. Semua itu sangat mengajar dan memberi kekuatan pada I.

Cuma, apa yang betul mengganggu fikiran I sejak dua menjak ini, I suka untuk berfikir tentang diri sendiri berbanding dengan orang yang ada disekeliling. Bukan cuba untuk jadi selfish atau kejam. But somehow, I need to think about myself instead of thinking somebody else. I have to put myself at first level in my heart and in my mind before I put the other. Sebab, kalau boleh I taknak jadi terlalu baik dengan orang, yang akhirnya mungkin I akan jadikan kebaikan itu sebagai alasan untuk I dapatkan sesuatu. I nak express that kindness dengan sendiri tanpa rasa ia perlukan balasan. Sebab I tak nak bagi alasan.

p/s; I will rarely update this blog for this couple of month because I'm busy with the Debate selection and training. Haaa, tengok. I dah jadikan ia alasan. Tsk.
p/ss; But still I akan update kalau I ada masa okayy. Pls click the nuffnang. Macam dah lama tak bergerak $$ I. :)

14 Yorum var:

Anonymous said...

setuju!

u sangat sibuk kannnnn.

Azureen Azlan said...

take care dear, do update if u have the time. apa pun, put urself as the 1st priority ya :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ryn, Hahha. suddenly. Sumpah aku busy gila.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ween sayang, I rindu u. :)

Hehe, okay2. kalau free memang I update. :)

Thanks dear.

FS said...

mase u dengan i pon dah limited kan yanggg , haihh

dylakamil said...

tu lah. aku pun nmpk kau jarang gila update bloggg. hehe

DOLCEshasha said...

tgk pn taw ko cm sibuk weyh..

Sharinginfoz said...

focus focus, benda2 kecil buang ketepi yang besar pun buang juga... dah makan potato awak, jom le sini

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, tauhu takpe. ;( Sedih aku wei. Dah lah kelas lain, nak jumpa bapak susah.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, betul2. Semua orang perasan.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, Haha. Semua tegur benda yang sama.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Sharinginfoz, haha. yang besar mana boleh buang ketepi lah. ;p

Nurlina Mahmudin said...

wow, debatr cmpus!!!keep it up dear!:)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Kak Lina, Thanks sis. :)