BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 27, 2009

Nur Kasih

Hari ni Hari Raya Korban. Seperti biasa, sembahyang raya selalunya disini. Oh, I mean di PJ. Tapi I tak pergi pun sembahyang Raya. Sebab mata tak boleh bukak, ngantuk yang teramat sangat. Mungkin sebab semalam tidur 30minutes je dalam bas. (Okay, this is my typical reason.) So, dalam pukul 10.30 pagi baru mata boleh celik. Itu pun lepas adik I dah menjerit-jerit suruh bangun. Then, seperti biasa went to Mak Long's house. Then, pergi ke Tampin. And it was an unplanned. Seperti biasa, takkan bermalam di Tampin, dan gerak balik ke rumah jam 7.30 petang. I suruh ayah pecut kereta selaju yang mungkin untuk kejar Nur Kasih last episode jam 9. Okay, ni tipu. Tak suruh pun ayah bawak laju tapi bangun-bangun, pukul 8.45 ehhhh, dah sampai Persimpangan Kajang. Gila kencang ayah I bawak. 1 jam 30 minutes sahaja from Tampin ke PJ. It supposedly be 2 hours.


Okay, sebenarnya nak cerita pasal Nur Kasih. Sebab tu title pun 'Nur Kasih'. Well, rasanya semua tahu yang tadi last episode for Nur Kasih and I am very thankful to have a chance to watch it. Nampak macam obses yang melampau tapi macam tak kisah lah sebab hero si Remy Ishak sangat Hot dan gagah perkasa. Sehingga mampu mencairkan hati I macam ais dengan air milo panas dalam plastic yang I beli kat foodcourt masa on the way ke kelas hari tu. I tahu ramai yang cakap Remy Ishak tak lah hensem mana but still Remy is one of my taste as I sangat obses dengan lelaki-lelaki messy seperti you, Abang Remy. Okay, geli.

Well, I bagi drama Nur Kasih 5 stars over 5. Sebab I sangat suka dan seronok dan sangat obses setiap kali hari khamis. Dan automatically dialog I kepada si Ceplos.

"Homaigod, homaigod. Esok Jumaat! Ada Nur Kasih!"
"Heh, tolonglah. Baru khamis. Tolong jangan jadi gila macam Sarah boleh tak?"

WTH, I obses okay dengan Nur Kasih. Dan tahniah kepada Khabir Bahtia sebab berjaya buat I dipanggil gila oleh adik beradik, sebab sumpah I jarang gila tengok tv. But then bila I first time tengok Nur Kasih masa episode 21, sumpah I melekat dan terus carik cerita tu dalam Internet dan I jumpa. Okay, nak promote. Sila tengok from the first episode bagi sesiapa yang dah terlepas, kat watchnurkasih.blogspot.com Guna Google Chrome tak boleh nak tekan shortcut untuk link.

So, I nak bagi 5 stars jugak kat Tiz Zaqyah sebab sumpah you pandai berlakon. Sila berlakon dengan lebih kerap lagi after this. And sumpah I jealous, you dapat peluk-peluk Remy dalam Nur Kasih. Haha. Okay, I rasa post ni dah cukup menunjukkan I obses dengan Nur Kasih and Remy Ishak absolutely. Encik Khabir Bahtia, tolong buat season 2 please. Okay, dah. Bye.

17 Yorum var:

Anonymous said...

aku first aku first!!

weyh, jap.
aku plek, knape last2 dye jmpe ayah dye?

aku pn nk remy weyh!!!!!~

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Haha, excited lebih.

Entah lah, aku pun pelik. Tapi aku rasa sebab dia nak tunjukkan yang Adam dah betul2 baik kot. Sebab starting cerita pun pasal perjalanan hidup Adam. Haha, pandai2 aku je.

Wei, please back off. Remy is mine okay! ;p

NDYANAH K . said...

nehh geng mama aku nehh peminat nur kasih

FS said...

aku minat crite ni tp please baktiar jgn buat season tu mcm rda suruh ni , GILA LEMBAB cerita u ! haha

dylakamil said...

khabir bhatia mmg tak pernah cerita dia menghampakan :D

PuanPepel said...

oit2...

remy daku punye...

cis cis... sgt jeles tgk tiz dpeluk beliau....

Anonymous said...

xde season tue syg..nurkasih akan di filemkan..insya'allah..

Anonymous said...

i mean season two..typing error

anak Kushairi said...

Haha ramai doe yang obses dgn nur kasih. aku pon. Hahaha
semangat remy ishak! :DD

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyana, geng mama kau pun takpe. Haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, Homaigod. Aku nak jugak.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, betul2. Semua cerita dia seronok kan kan. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

mier@merr, haha. no no. He's mine. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

anonymous, eh eh. Betul ke akan difilemkan? sumpah lah I nak tengok kan. Tapi nak season 2 jugak.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Que, haha. that's good. Kita geng. :)

eh, remy aku punya okay.

lumut said...

ko pergi tampin??x nampak ke aku smalam??haha

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Lumut, haishh. kau kat tampin jugak ke? Haha, takde rezeki nak bersua muka dengan kau ni. Haha