Hey readers. I rasa macam dah lama tak post entry yang santai-santai macam ni. Lama betul lah. Actually I sepatutnya tengah buat assignments kat Foodcourt sekarang ni. Tapi disebabkan kelajuan broadband yang memang jarang I dapat, I pun terus lah dengan cita-cita untuk online. Lepas tu tiba-tiba terfikir nak google image wedding dress. Serious semua lawa-lawa. Tapi wedding cakes lagi menarik minat I. I google je pun gambar ni semua. Enjoy lah sempena Merdeka ni. Haha, takdak kena mengena.
Tuesday, August 31, 2010
Wedding cakes
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 1:14 PM 18 voice (s)
F
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 12:03 AM 10 voice (s)
Thursday, August 26, 2010
To let you go.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 9:14 AM 10 voice (s)
Tuesday, August 24, 2010
Ramadhan 14.
Ramadhan ke-1 (baca; pertama)
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 12:37 PM 8 voice (s)
Saturday, August 21, 2010
A so called short one.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 10:59 PM 12 voice (s)
Tuesday, August 17, 2010
E
Ego.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 7:07 PM 17 voice (s)
Monday, August 16, 2010
Terimalah.
Hakikat itu sentiasa ada di depan mata, di sekeliling kita. Jadi, mengapa perlu bertanya bagaimana untuk menerima hakikat itu sedangkan ia datang dengan rela? Hakikat memang akan selalunya pedih dari manis.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 1:50 AM 10 voice (s)
Friday, August 13, 2010
Saya mahu kenal.
Oh, jam menunjukkan pukul 11.38 pm. Kurang lebih, 20 minit lagi sebelum hari ini berakhir. Tarikh kelahiran 19 tahun yang lalu. Hari Jumaat, sayyidul ayyam. Teringat teks syarahan Bahasa Arab ketika di bangku sekolah rendah, tahun enam. Kisahnya tentang Yaumul Jumaah, penghulu segala hari. Oh, lebih barakah hari dan tarikh ini kerana jatuhnya pada bulan Ramadhan. Bulan ibadah. Bulan tafakkur.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 11:37 PM 14 voice (s)
Kehidupan.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 12:25 PM 6 voice (s)
Tuesday, August 10, 2010
Ramadhan Kareem.
Ramadhan kali ini..
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 9:06 PM 16 voice (s)
Monday, August 09, 2010
Bagaimana?
Aku percaya, hidup ini adalah tentang kepercayaan. Selagi mana kita percaya tentang takdir, jodoh dan maut letaknya di tangan Tuhan selagi itu kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur. Lemahnya aku, apabila aku sudah tidak tahu di mana letaknya kepercayaan yang selama ini aku percaya. Hari ke hari, aku terasa semakin jahil, Semakin lama, semakin tidak aku faham dengan hukum alam. Soal takdir, redha, sabar dan tabah seakan sudah tenggelam dengan kebodohan dan kejahilan jiwa aku.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 12:46 PM 6 voice (s)
Saturday, August 07, 2010
It's me
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 2:15 AM 16 voice (s)
Thursday, August 05, 2010
Pelari yang mahu menunggu.
Yang dikejar mungkin tak dapat,
Kerana saya bukan pelari yang hebat.
Terkadang saya tersasar dari track sebenar.
Kadang-kadang terjatuh, tersungkur.
Penonton akan mengeluh, seolah merasai kesakitan yang sama.
Pihak lawan, pasti akan tergelak. Suka saat-saat kejatuhan.
Ada juga satu masa, saya hanya mampu berjalan.
Kesakitan belum sembuh, tapi tetap perlu menuju apa yang dikejar.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi pelari yang hebat.
Saya tidak tahu, yang dikejar terlalu laju atau saya yang tidak berlari.
Atau saya memang tidak pernah bergerak?
Yang ditunggu mungkin tak datang.
Kerana saya bukan penunggu yang sabar.
Selalu saya memandang manusia yang lalu lalang.
Kadang-kadang saya termenung, memikirkan nasib mendatang.
Pasti ada manusia yang tersenyum sinis.
Memandang seperti saya tidak siuman, orang gila.
Ada juga manusia yang datang, menyapa. Mahu berkenal-kenalan. Mahu berkawan.
Paling kerap, saya mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat, apa yang dirasa.
Maka saya selalu terbawa bersama perasaan.
Kerana itu, walau sampai satu kenderean pun sukar untuk saya perasan.
Hati sudah buta.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi penunggu yang sabar.
Atau mungkin saya memang bukan seorang penunggu.
Hanya seorang yang merasa, lalu terbuai.
Masa, saya sangat memerlukan anda.
Untuk menjadi lebih kuat.
Untuk menjadi lebih semangat.
Tapi adakah masa akan membantu?
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 9:10 AM 8 voice (s)
Wednesday, August 04, 2010
Back to the C-changes.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 1:34 AM 12 voice (s)