BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 09, 2010

Bagaimana?

Aku percaya, hidup ini adalah tentang kepercayaan. Selagi mana kita percaya tentang takdir, jodoh dan maut letaknya di tangan Tuhan selagi itu kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur. Lemahnya aku, apabila aku sudah tidak tahu di mana letaknya kepercayaan yang selama ini aku percaya. Hari ke hari, aku terasa semakin jahil, Semakin lama, semakin tidak aku faham dengan hukum alam. Soal takdir, redha, sabar dan tabah seakan sudah tenggelam dengan kebodohan dan kejahilan jiwa aku.


Benar, aku sangat jahil dan bodoh dalam mengawal perasaan. Berapa kali sudah aku nyatakan? Lebih bodohnya aku, kerana aku sentiasa sedar tapi tidak pernah sedikit pun aku mencuba untuk lari atau pergi jauh dari kebodohan dan kejahilan ini. Aku selalu menafikan perasaan. Aku selalu bersembunyi dalam kegelapan. Lebih teruk lagi, aku tidak pernah tahu bagaimana untuk berlari, bagaimana untuk pergi dari kegelapan itu.

Aku adalah seorang insan yang terlalu suka merintih. Seolah-olah aku adalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Aku seorang insan yang sangat jarang bersyukur, atau mungkin aku tidak pernah. Kerana sehingga satu detik, aku benar tidak tahu bagaimana untuk bersyukur.

Aku adalah manusia yang tidak mahu mengubah nasib diri sendiri kerana aku sentiasa mempersoal setiap takdir yang Tuhan telah turunkan untuk aku. Aku sentiasa memikirkan soal bagaimana sehingga aku terlupa soal apa sebenarnya prioriti aku sebagai hambaNya. Aku seorang yang sangat berdosa, kerana sampai satu ketika aku sudah tidak percaya dengan apa yang aku percaya; takdir.

Aku adalah seorang insan yang sangat lemah, kerana aku tidak pernah tahu di mana letaknya kekuatan yang sepatutnya aku zahirkan. Aku sangat lemah, kerana aku selalu melihat diri aku pada sisi yang negatif. Aku lemah kerana aku mudah menyayangi dan aku terlalu sukar untuk berganjak dari tempat duduk yang selesa. Aku lemah kerana tidak mudah untuk aku menerima dan melepaskan pergi.

Mungkin aku perlu bermuhasabah, mungkin aku hanya perlu berserah. Mungkin aku perlu menyendiri, mungkin juga aku perlu mematikan hati.

Bagaimana lagi harus aku bersabar Ya Allah?

6 Yorum var:

Anonymous said...

makin byk sabar, makin byk pahala rda

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, thanks sebab ingatkan. Aku hampir terlupa soal pahala.

DOLCEshasha said...

keep move on !

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, I will try.

FS said...

based on feeqa's comment---->
ingat selalu kau ex smka, pasti teringat pahala selalu.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, thanks a lot. (: