Yang dikejar mungkin tak dapat,
Kerana saya bukan pelari yang hebat.
Terkadang saya tersasar dari track sebenar.
Kadang-kadang terjatuh, tersungkur.
Penonton akan mengeluh, seolah merasai kesakitan yang sama.
Pihak lawan, pasti akan tergelak. Suka saat-saat kejatuhan.
Ada juga satu masa, saya hanya mampu berjalan.
Kesakitan belum sembuh, tapi tetap perlu menuju apa yang dikejar.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi pelari yang hebat.
Saya tidak tahu, yang dikejar terlalu laju atau saya yang tidak berlari.
Atau saya memang tidak pernah bergerak?
Yang ditunggu mungkin tak datang.
Kerana saya bukan penunggu yang sabar.
Selalu saya memandang manusia yang lalu lalang.
Kadang-kadang saya termenung, memikirkan nasib mendatang.
Pasti ada manusia yang tersenyum sinis.
Memandang seperti saya tidak siuman, orang gila.
Ada juga manusia yang datang, menyapa. Mahu berkenal-kenalan. Mahu berkawan.
Paling kerap, saya mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat, apa yang dirasa.
Maka saya selalu terbawa bersama perasaan.
Kerana itu, walau sampai satu kenderean pun sukar untuk saya perasan.
Hati sudah buta.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi penunggu yang sabar.
Atau mungkin saya memang bukan seorang penunggu.
Hanya seorang yang merasa, lalu terbuai.
Masa, saya sangat memerlukan anda.
Untuk menjadi lebih kuat.
Untuk menjadi lebih semangat.
Tapi adakah masa akan membantu?
Thursday, August 05, 2010
Pelari yang mahu menunggu.
thoughts shared by Rabiatul Adawiyah Sulaiman on 9:10 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 Yorum var:
kenderean tu nampak. AWAS.
Hahahaha. Awas Anonymous!
mungkin sebab kau berat, kau debab. hahaha
ini pejalan kaki ok hahaha
masa tuh masih ada ; )
Kiwi, kau memang kasi wa panassss. Hahaha.
Naz, pejalan kaki ke?? Errr. Haha.
Shasha, masa memang ada. Tapi nak ke dia membantu?
Sen de yaz