BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 16, 2010

Terimalah.

Hakikat itu sentiasa ada di depan mata, di sekeliling kita. Jadi, mengapa perlu bertanya bagaimana untuk menerima hakikat itu sedangkan ia datang dengan rela? Hakikat memang akan selalunya pedih dari manis.


Jika pahit hakikatnya, mengapa bertanya bagaimana untuk menerima dengan tabah? Padahal ia datang membawa pedih untuk memberi ketabahan. Kalau manis hakikat yang datang, mengapa disoal bagaimana untuk bersyukur pada Tuhan? Sedang ia datang membawa kesyukuran.

Kalau benar mahukan kebenaran, terimalah hakikat dengan hati yang tulus. Jangan pernah disoal mengapa hakikat itu untuk aku?

Menerimalah untuk diterima. Kerana hidup ini adalah soal hakikat, yang sentiasa mengejar atau berjalan di belakang. Mengekori. Kadang-kadang duduk bersebelahan, berjalan seiringan. Kerana ia di mana-mana.

Sedang dalam tidur pun akan berdepan dengan hakikat mungkin tidak akan bangun. Apakan pula tika celik, sentiasa berdepan dengan hakikat untuk memilih. Jalan apa pula untuk dilalui selepas menerima hakikat yang ini.

Belajarlah untuk menerima hakikat, merelakan lantas membentuk redha. Walaupun hakikat itu selalunya pedih, tapi ia akan sentiasa benar. Amat benar.

p/s; Berbahagialah, kalau dengan memperoleh apa yang engkau mahukan akan membahagiakanmu. Aku akan cuba untuk redha.

10 Yorum var:

HEX said...

huhu..lame gile tak singgah blog kau doe.haha...penulisan semakin mantap...poyo..hha

DOLCEshasha said...

redha lah dengan apa yang kita ada . huhu

lumut said...

seseorang pernah berpesan pada aku..untuk menerima hakikat..kau kene belajar dekati redha..

dan utkdapatkan redha tuh..bukan senang.....redha tuh macam taubat nasuha...sekali kau dah adapat redha...kau akan berlapang dada.

orang tuh lah ckp kat aku..aku pon x sure..ape yg aku sure..nak dpt redha tuh gile payah.sama payah untuk terima hidayah dalam hati yang dahgelap.

take care.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ajikk, tu lah kau. Busy memanjang. Haha. Penulisan aku memang mantap. Hahaha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, sedang belajar. Thanks. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Fiq Froz, I know who you are. (: Terima kasih dengan segala peringatan kau. Aku akan cuba untuk redha dalam setiap perkara. Aku pun nak berlapang dada. (:

PuanPepel said...

apa yang kita mahu..kadang2 bukan apa yg kita perlu..

Allah tau yg terbaik..

Adzrul Syafiq said...

well said, rda..

Belajarlah untuk menerima hakikat, merelakan lantas membentuk redha. Walaupun hakikat itu selalunya pedih, tapi ia akan sentiasa benar. Amat benar.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Mier, betul tu. Sebab tu dalam setiap apa yang kita buat, kena fikir panjang. Thanks. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Adzrul, thanks. (: