BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

Wedding cakes

Hey readers. I rasa macam dah lama tak post entry yang santai-santai macam ni. Lama betul lah. Actually I sepatutnya tengah buat assignments kat Foodcourt sekarang ni. Tapi disebabkan kelajuan broadband yang memang jarang I dapat, I pun terus lah dengan cita-cita untuk online. Lepas tu tiba-tiba terfikir nak google image wedding dress. Serious semua lawa-lawa. Tapi wedding cakes lagi menarik minat I. I google je pun gambar ni semua. Enjoy lah sempena Merdeka ni. Haha, takdak kena mengena.


This one is so sweet and simple.

Yang ni lagi sweet. Siap ada shadow lagi tuu. Kau ada?

Cool gila. Tapi macam tak cukup je nak bagi all the guests.

Horror. Try lah guna cake ni untuk your wedding. Malam first mesti buat kenduri arwah.

Yang ni lagi psycho. -____-

This cake is specially for the Queen Control.

This one sangat psycho. Kalau nak buat cake macam ni, self confidence kena tinggi gila okay. Sebab kalau perut buncit pun kena buat sama jugak. Tapi macam untung je buat cake macam ni. Hipotesis; semakin besar badan, semakin besar kek.

These are the most that I like. (:

Simple but nice and so adorable.

p/s; I want a garden wedding style.

F


Free.

Malaysia is a free country since 53 years ago.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

p/s; semasa gambar diambil, serius terasa mahu menjadi seperti A.Samad Said. Hidup di zaman penjajah, pasti banyak kisah yang boleh dikongsi.

Thursday, August 26, 2010

To let you go.

Dari seseorang untuk saya,


Burung yang cantik digenggam kuat, tangan akan sakit, burung akan lemas.
Buka genggaman, tangan takkan sakit, burung terbang dengan bebas.

Love is more than being together or mere confession. Its about sacrifice, willing to let go.
Praying for happiness to be with him always. And move on.
It may take years to heal, but it will.

I believe that love is a nature. We don't go for it. It comes to us naturally.
The nature is from Him. He gives love to us.

Rabiatul Adawiyah,
Belajarlah untuk menerima.
Belajarlah untuk melepaskan pergi.
Berdoalah untuk kebahagiaan dia.
Sekurang-kurangnya engkau tahu apa itu cinta.

p/s; Terima kasih Azira Hafiza, Nurus Sakinatul Fikriah dan Mohd Khairul Anam.

Entry ke-300 untuk blog ni. Entry ke-100 untuk tahun ini. Lepaskanlah.

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 14.

Ramadhan ke-1 (baca; pertama)


Sedih. Sudah 5 tahun tidak dapat puasa yang pertama. Tapi seakan sudah biasa.
Senyum. Sekurang-kurangnya dapat berbuka dengan keluarga. Berbuka kah?



Ramadhan ke-2

Senyum lagi. Berjumpa dengan manusia tersayang. Ramai sekali hari itu. Semuanya ku rindu.
Terima kasih untuk segalanya. Walau apapun yang berlaku, kalian tetap di sini (baca; hati).

Ramadhan ke-4

Hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Semuanya baik-baik saja. Hari pertama bersahur juga. Hari pertama betul-betul berbuka, dengan keluarga. Rindunya.

Ramadhan ke-12

Dapat berbuka dengan dua orang insan tersayang. Memori 2009 betul-betul terbayang. Terima kasih Feeqa dan Atyn kerana sudi meluangkan sedikit masa. Gembira betul saya.

Ramadhan ke-13

Pertama kali berbuka di luar UiTM. Zira mengidam KFC.

Ramadhan ke-14

Sudah 14 hari berlalu. Sayunya, baru dapat sahur 3 kali. Sekali di rumah, sekali di RnR, sekali di bilik Zira. Kalau tidur bilik sendiri macam mustahil je untuk bangun sahur. Tidur tak ingat dunia. Sibuknya sekarang, 24 jam tidak cukup untuk hari-hari saya. Saya mahukan masa yang lebih. Tapi seolah tidak bersyukur pula. Haihhh. Banyak betul kerja. Mengeluh lagi.

Ramadhan terakhir

Saya mahu jawapan tentang satu persoalan besar tentang hati sendiri. Saya mahu jawapan yang pasti. Saya mahu kepastian. Amin.

Saturday, August 21, 2010

A so called short one.



Semalam, I went to the class trip. Ada Majlis Berbuka Puasa di rumah Sofwa. Best. Sebab ada ramai budak kecik. Oh, I really love kids. I love babies. And that was the main reason why I so enjoyed yesterday. Thanks to them.

Terasa lama betul tak post pasal tentative diri sendiri. Hidup makin busy, line broadband pulak makin menyakitkan hati. Tu lah pasal, tak dapat nak update blog. Nak update status kat Facebook pun makan berjam-jam. Emo pulak malam-malam ni. Oh, sekarang sedang dalam process menyiapkan written submission or the memorial for the mooting inter-part competition. Macam mana lah I boleh tersesat masuk moot competition ni kan. I don't know.

So, basically I had done my debate assessment and I need to be ready for my persuasive speech assessment. Sir Nasir wants to look at the idea of our speech by tomorrow, roughly. The Economy's second quiz would be on Monday. Then, I really need to finish up my second term paper because we need to pass it next week.

Busy nya sekarang. Nak reply message manusia pun, macam takdak mood. Yes, I am selfish. I tak sabar nak balik raya sebenarnya. So, dah malas nak type. Bye.

Tuesday, August 17, 2010

E

Ego.



Saya rasa saya terlalu ego dalam semua perkara. Dan keegoan inilah yang akhirnya memakan diri saya.

Kerana ego, saya hilang apa yang saya ada. Saya tidak nampak apa yang saya lihat selama ini. Kerana ego, saya semakin jauh dengan apa yang berada dekat dengan saya. Sehingga yang berada dekat di hati pun sudah pergi jauh kerana ego.

Ego inilah yang menyebabkan saya tidak dapat apa yang saya mahukan kerana ia selalu menafikan. Akhirnya apa yang saya mahukan itu, telah tiada. Tiada walau sikit pun.

Ego ini yang menyebabkan saya kehilangan mereka. Mereka yang pernah berada dekat dengan saya. Mereka yang pernah memahami dan menyayangi saya. Mereka yang menjadi mangsa keegoaan saya atau mungkin keegoan mereka juga.

Ego ini telah ambil semuanya. Hingga tiada apapun yang tinggal. Kosong.

Bantulah saya.

p/s; Jangan risau, saya akan cuba bergembira dengan kebahagiaan awak.

Monday, August 16, 2010

Terimalah.

Hakikat itu sentiasa ada di depan mata, di sekeliling kita. Jadi, mengapa perlu bertanya bagaimana untuk menerima hakikat itu sedangkan ia datang dengan rela? Hakikat memang akan selalunya pedih dari manis.


Jika pahit hakikatnya, mengapa bertanya bagaimana untuk menerima dengan tabah? Padahal ia datang membawa pedih untuk memberi ketabahan. Kalau manis hakikat yang datang, mengapa disoal bagaimana untuk bersyukur pada Tuhan? Sedang ia datang membawa kesyukuran.

Kalau benar mahukan kebenaran, terimalah hakikat dengan hati yang tulus. Jangan pernah disoal mengapa hakikat itu untuk aku?

Menerimalah untuk diterima. Kerana hidup ini adalah soal hakikat, yang sentiasa mengejar atau berjalan di belakang. Mengekori. Kadang-kadang duduk bersebelahan, berjalan seiringan. Kerana ia di mana-mana.

Sedang dalam tidur pun akan berdepan dengan hakikat mungkin tidak akan bangun. Apakan pula tika celik, sentiasa berdepan dengan hakikat untuk memilih. Jalan apa pula untuk dilalui selepas menerima hakikat yang ini.

Belajarlah untuk menerima hakikat, merelakan lantas membentuk redha. Walaupun hakikat itu selalunya pedih, tapi ia akan sentiasa benar. Amat benar.

p/s; Berbahagialah, kalau dengan memperoleh apa yang engkau mahukan akan membahagiakanmu. Aku akan cuba untuk redha.

Friday, August 13, 2010

Saya mahu kenal.

Oh, jam menunjukkan pukul 11.38 pm. Kurang lebih, 20 minit lagi sebelum hari ini berakhir. Tarikh kelahiran 19 tahun yang lalu. Hari Jumaat, sayyidul ayyam. Teringat teks syarahan Bahasa Arab ketika di bangku sekolah rendah, tahun enam. Kisahnya tentang Yaumul Jumaah, penghulu segala hari. Oh, lebih barakah hari dan tarikh ini kerana jatuhnya pada bulan Ramadhan. Bulan ibadah. Bulan tafakkur.


Sunyi rumah ini. Yang paling kecil sudah terlelap, pelik. Selalunya mengadap PS3 tak mahu berhenti. Mak dan ayah, seperti biasa. Dating setiap malam, jam 1-2 pagi baru pulang. Abang, online mungkin. Adik perempuan, haihh. Bergayut 24 jam. Eh, sudah 11.45 pm. 15 minit lagi sebelum hari ini tamat.

Saya menyelak memori lama, tadi. Cuba membaca semula status-status lama di dinding Facebook saya. Saya mengeluh lagi. Malu. Banyak sungguh kekecewaan yang saya luahkan. Jarang betul saya bersyukur. Dan, saya tambah malu. Hampir semuanya tentang perasaan. Kekecewaan dengan manusia, dengan kawan, dengan dia. Dengan cinta.

Saya lihat lagi, yang ada cuma kesedihan. Bila kecewa, tidak dapat apa yang dimahukan. Bila terasa kosong dan hiba. Semuanya tentang kesedihan. Sedih kerana manusia, kerana kawan, kerana dia. Kerana cinta. Cinta yang membutakan. Oh, saya yang buta sebenarnya.

Telefon bimbit berbunyi, oh ada 1 message receive. Dari seorang sahabat lama. Bagus benar, walau lama tidak ketemu masih ingat hari lahir saya. Terima kasih kawan. Soalan biasa, dari si kawan. "Apa cerita? Solo lagi ke? Takde tunggu sesiapa?" Jawapan saya, "Oh, saya tidak menanti sesiapa. Saya menanti jodoh."

9 minit lagi. Saya sedar sesuatu. Saya hidup selama 19 tahun. Masih terlalu awal untuk semua. Kenapa saya sibuk mencari cinta manusia? Sedang diri sendiri pun belum saya kenal. Bukankah tak kenal maka tak cinta? Saya tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa, saya tidak mahu berharap pada sesiapa pun. Saya percaya pada takdir, rezeki, jodoh dan masa.

Masih berbaki 5 minit. Selamat Hari Lahir buat saya!

Kehidupan.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.


3 Ramadhan,

Masih mampu bernafas.
Ramadhan dan kehidupan yang kian panjang.
Mengingatkan kita tentang Tuhan yang menciptakan.
Terima kasih.
Saya mahu terus beramal, maka panjangkanlah umur dan akal.
Jauhkan keburukan, jauhkan tangisan.

13 Ogos 1991,

Terima kasih bonda kerana melahirkan.
Terima kasih ayahanda kerana sudi membesarkan.
Terima kasih Tuhan kerana memberikan mereka.

13 Ogos 2010, 3 Ramadhan,

Tuhan, terima kasih lagi.
Sudah 19 tahun menumpang di atas muka bumiMu.
Memberikan hidup dan nafas.
Dengan fikiran yang bergerak.
Jiwa yang masih dapat merasa. Hati kian kuat.
Tangan masih mampu menekan papan kekunci.
Mata masih berkedip. Tidak menangis. Sudah dua hari.

Tuhan, ajar saya untuk bersyukur lagi,
Saya mahu lagi.

14 Ogos 2010,

Tolong, datang dengan senyuman.
Saya mahu hidup dengan senyuman.

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan Kareem.

Ramadhan kali ini..


Aku hanya ingin memohon agar diberikan secebis kesabaran.
Aku hanya mahu mengumpul sebanyak mana kekuatan.
Aku ingin sekali diterangi dengan keyakinan.
Aku memerlukan sedikit bantuan untuk mula melangkah kehadapan.
Aku hanya ingin belajar menerima dan melepaskan.
Aku mahu hidup dengan penuh kerelaan.
Aku ingin sekali mengenal apa itu kesyukuran.
Aku mahu mengenal kehidupan.
Aku hanya perlu hidup dengan keredhaan.
Aku ingin sekali melepaskan kerinduan.

PadaMu Ya Allah,
Bantulah aku dalam memelihara keimanan.

p/s; Please pray for the safe journey tonight.

Monday, August 09, 2010

Bagaimana?

Aku percaya, hidup ini adalah tentang kepercayaan. Selagi mana kita percaya tentang takdir, jodoh dan maut letaknya di tangan Tuhan selagi itu kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur. Lemahnya aku, apabila aku sudah tidak tahu di mana letaknya kepercayaan yang selama ini aku percaya. Hari ke hari, aku terasa semakin jahil, Semakin lama, semakin tidak aku faham dengan hukum alam. Soal takdir, redha, sabar dan tabah seakan sudah tenggelam dengan kebodohan dan kejahilan jiwa aku.


Benar, aku sangat jahil dan bodoh dalam mengawal perasaan. Berapa kali sudah aku nyatakan? Lebih bodohnya aku, kerana aku sentiasa sedar tapi tidak pernah sedikit pun aku mencuba untuk lari atau pergi jauh dari kebodohan dan kejahilan ini. Aku selalu menafikan perasaan. Aku selalu bersembunyi dalam kegelapan. Lebih teruk lagi, aku tidak pernah tahu bagaimana untuk berlari, bagaimana untuk pergi dari kegelapan itu.

Aku adalah seorang insan yang terlalu suka merintih. Seolah-olah aku adalah manusia yang paling malang di atas muka bumi ini. Aku seorang insan yang sangat jarang bersyukur, atau mungkin aku tidak pernah. Kerana sehingga satu detik, aku benar tidak tahu bagaimana untuk bersyukur.

Aku adalah manusia yang tidak mahu mengubah nasib diri sendiri kerana aku sentiasa mempersoal setiap takdir yang Tuhan telah turunkan untuk aku. Aku sentiasa memikirkan soal bagaimana sehingga aku terlupa soal apa sebenarnya prioriti aku sebagai hambaNya. Aku seorang yang sangat berdosa, kerana sampai satu ketika aku sudah tidak percaya dengan apa yang aku percaya; takdir.

Aku adalah seorang insan yang sangat lemah, kerana aku tidak pernah tahu di mana letaknya kekuatan yang sepatutnya aku zahirkan. Aku sangat lemah, kerana aku selalu melihat diri aku pada sisi yang negatif. Aku lemah kerana aku mudah menyayangi dan aku terlalu sukar untuk berganjak dari tempat duduk yang selesa. Aku lemah kerana tidak mudah untuk aku menerima dan melepaskan pergi.

Mungkin aku perlu bermuhasabah, mungkin aku hanya perlu berserah. Mungkin aku perlu menyendiri, mungkin juga aku perlu mematikan hati.

Bagaimana lagi harus aku bersabar Ya Allah?

Saturday, August 07, 2010

It's me



If you want someone with beautiful eyes,
It's me because I always cry, I know how to handle eyeliners dry.

If you want someone with the unique voice,
It's me because I can sing all Siti's songs.

If you want someone cool,
It's me because I observe people with no complains.

If you want someone who can you call sweetie,
It's me because I can do whatever you want me to do.

If you want someone who can take care of you,
It's me because I can take care your family too.

If you want someone loves you,
It's me because I can love you more than I love oneself.

If you want someone perfect,
It's me because I know I can be whatever you want me to be.

But, it's not you who wants me badly.
It's always me that really want you.
Because I always do.

You know what?
I'm waiting, for the right time to tell you everything.
I'm waiting for my braveness to come and help me.
I'm waiting for my strength to be with me.
I'm waiting for you.
And I always do.

Thursday, August 05, 2010

Pelari yang mahu menunggu.

Yang dikejar mungkin tak dapat,

Kerana saya bukan pelari yang hebat.
Terkadang saya tersasar dari track sebenar.
Kadang-kadang terjatuh, tersungkur.
Penonton akan mengeluh, seolah merasai kesakitan yang sama.
Pihak lawan, pasti akan tergelak. Suka saat-saat kejatuhan.
Ada juga satu masa, saya hanya mampu berjalan.
Kesakitan belum sembuh, tapi tetap perlu menuju apa yang dikejar.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi pelari yang hebat.
Saya tidak tahu, yang dikejar terlalu laju atau saya yang tidak berlari.
Atau saya memang tidak pernah bergerak?

Yang ditunggu mungkin tak datang.

Kerana saya bukan penunggu yang sabar.
Selalu saya memandang manusia yang lalu lalang.
Kadang-kadang saya termenung, memikirkan nasib mendatang.
Pasti ada manusia yang tersenyum sinis.
Memandang seperti saya tidak siuman, orang gila.
Ada juga manusia yang datang, menyapa. Mahu berkenal-kenalan. Mahu berkawan.
Paling kerap, saya mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat, apa yang dirasa.
Maka saya selalu terbawa bersama perasaan.
Kerana itu, walau sampai satu kenderean pun sukar untuk saya perasan.
Hati sudah buta.
Saya tidak tahu bagaimana untuk menjadi penunggu yang sabar.
Atau mungkin saya memang bukan seorang penunggu.
Hanya seorang yang merasa, lalu terbuai.

Masa, saya sangat memerlukan anda.
Untuk menjadi lebih kuat.
Untuk menjadi lebih semangat.
Tapi adakah masa akan membantu?

Wednesday, August 04, 2010

Back to the C-changes.


C-changes.
Do we need to change ourselves for the sake of our beloved one?
Do we need to make changes of ourselves as what they want?


I don't need to change, I already different when I am with you.
Because you're different too! (in my heart)

Sunday, August 01, 2010

Skip the C. Now is for D-Day.


1st August,

is a friendship D-day!

Tiada dalam gambar; FS, Dyla, Feeqa,Nurus and all of you!