BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 27, 2010

4

Saya tidak mampu berlari.

Saya hanya mahu berdiri, menanti.
Walaupun ia belum pasti.
Namun saya mahu terus berani.

Di sini.

Saturday, June 26, 2010

3

Hati saya semakin takut,

semakin sebak juga.
Saya mahu mencuba untuk berlari.
Jauh dari rasa itu.
Saya akan cuba.

Saya mahu hati yang dahulu.

2

Pelik,

Saya sudah tidak berdebar seperti biasa.
Tapi, rasa takut itu masih ada.
Ada juga rasa seperti sebak di dada.


Friday, June 25, 2010

Dulu, sedikit waktu dahulu.

Sejak dari kecil lagi, saya selalu menganggap dunia ini tidak pernah adil. Saya selalu merasakan bahagia tidak pernah ada untuk budak kecil seperti saya. Saya terlalu percaya, setiap apa yang saya mahu tidak akan pernah ada di depan mata. Saya mahukan kereta mainan, tapi perlu berharap pada ibu dan bapa pula, dan lebih menyedihkan, mereka menolak permintaan saya. Jadi saya diam sahaja.


Bila semakin besar dan meningkat remaja, saya sudah mula pandai membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Tapi anggapan dan kepercayaan itu tetap sama, cuma saya sudah pandai membezakan. Bukan bahagia tidak akan ada untuk budak kecil seperti saya dulu, tapi bahagia itu bukan untuk saya. Masih, saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Saya tidak mampu membeli kereta mainan itu, penat saya menabung, tetap tidak pernah cukup.

Sekarang, saya sudah banyak berjalan. Sambil melihat dunia, dengan mata, mata hati, dan akal fikiran yang semakin matang. Saya sudah diajar erti kesabaran. Saya masih belum dapat apa yang saya mahukan. Tapi saya sudah tahu, ia bukan kerana ada manusia yang menolak kemahuan ini, atau sebab saya tidak mampu. Ia kerana Tuhan lebih mengetahui, yang mana yang terbaik buat saya dan Tuhan itu kenal benar dengan hambaNya- saya.

Tuhan mahu saya bersabar, saya tahu itu.

1

Setiap kali saya terlihat awak,

Hati saya terasa sesuatu,
Dan saya takut dengan rasa itu.

*berdebar*

Monday, June 21, 2010

You're my friend.

Smile doesn't mean anything.

I have too many things in my mind.
But I just don't know how to express them in one time.
I made mistakes frequently.
But I realize for it very hardly.

I need a chance because I have to change.
I need a space, I need a time.
I want to change, but I scared to try.

I'm not a good friend, you need to trust.
But without you, I should be crying.
We need a talk, we have to confront.
But I've no strength to heart-to-heart.

Please understand, you're my friend.

Tuesday, June 15, 2010

Kau pergi.

Seseorang telah mengajar aku apa erti syukur. Seseorang itu juga sudah mengajar aku apa erti sabar. Walaupun ramai manusia yang cuba memberitahu aku, seseorang itu yang paling memberi kesan dalam hati dan jiwaku. Setiap perbualan dan perbincangan, seseorang itu cuba menjadikan ia satu kenangan yang berbentuk didikan. Seringkali seseorang itu selitkan erti kehidupan dalam setiap perkataan.


Seseorang itu bukan sesiapa, dia cuma seorang insan biasa yang sama seperti kita. Tapi ketabahannya, seringkali membuatkan aku terpesona, terdiam seketika. Dia selalu membuat aku tertanya-tanya, apa lagi yang aku inginkan dalam kehidupan ini disaat ramai manusia punyai ujian dan dugaan yang lebih berat lagi. Dia sering membuat aku terfikir, betapa Tuhan itu maha penyabar dan sentiasa sayangkan insan yang bersabar.

Disaat aku mula untuk menyayangi, seseorang itu mahu mengundur diri. Namun, aku akan cuba untuk sematkan setiap perkongsian ilmu dihati.

p/s; Go go Nurus! Semoga tabah di tanah orang!

Tuesday, June 08, 2010

Baru nak buat.

1) Adakah anda rasa anda hot ?
YES. *Jawapan confident.

2) Update wallpaper laptop yang anda guna skrg ?
Gambar screen capture Google masa San Francisco Ballet's Day


3) Cerita pasal gambar ini .
I memang suka guna gambar Google. Menarik.

4) Kali terakhir makan pizza ?
Masa PETAH, makan kat The Mall 3 kali. -___-

5) Lagu terakhir yang anda dengar ?
Anuar Zain Elina - Suasana Hari Raya. Haha.

6) Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini ?
Dengar video Debat masa Semi Final Arau Open, lawan UPM.

7) Selain nama sendiri , anda dipanggil dengan nama apa ?
Rda Hot. *Betul, tak tipu.

Tag orang , siapa yang nak kena tag?
Nurus Sakinatul Fikriah. (:
Asmarinda Sakilaww
Azigha Hafiza
Remmy Muntigerai
Bro Hafizan

9) Siapa orang number 1 pada anda ?
Kawan, girlfriend, motivator, Dr. Love. *pendebat UiTM Shah Alam*

10) Katakan sesuatu pada orang number 5 .
Bila mahu jumpa lagi??

11) Number 3 ada hubungan dengan siapa ?
Eheemmm, Zigha ada hubungan dengan abang enampulutuju dekat food court.

12) Bagaimana pula dengan number 2 ?
Rinda ada hubungan dengan seekor raksasa paling besar di Merbok.

13) kata - kata cinta pada orang number 4
Remy, I love you and it's true! Awww aww.

14) Berikan 5 fakta tentang orang yang anda tag .
Nurus : Seorang pendengar yang paling setia. Saya taknak dia pergi. :(
Rinda : Dia baru sahaja pakai braces semester ini.
Zigha : Dia ada seorang kawan baik yang suka cerita problems kat dia. ;p
Remy : Remy is a Christian. But he's a good friend.
Bro Hafizan : Senior dalam Debat, dan banyak membantu. (:

Friday, June 04, 2010

Break!

I masih excited dengan gambar-gambar sepanjang di PETAH. Yang lebih excited, semua kawan-kawan rajin betul tag sorang-sorang kat FB. Ni lah untungnya, bila banyak sangat travel, jumpa ramai kawan baru yang kebanyakannya suka sangat snap the pictures, especially yang ada DSLR. Of course, lepas habis satu event mesti banyak gila gambar kat FB. Lepas tu boleh save satu-satu and buat album sendiri dalam laptop.


Tapi apa pun, bukan semata-mata pasal gambar, but it's about the friendship. Seriously, memang sangat seronok bila dapat jumpa dengan orang dari macam-macam tempat. Ada yang datang as a student dari UKM, UPM, USIM, UTP etc. Ada jugak yang datang as an alumni, kerja di Sime Darby, KLCC, or even ada firm sendiri. Ada jugak datang as a Dato' yang sanggup turun padang, debate sama-sama. Ada jugak yang datang as a school student, yang sangat untung dapat peluang debate dengan legends universities.

Yang paling penting, semua datang untuk berkongsi ilmu yang ada. Semua datang, sebab passion yang sama which is debate. Semua datang sebab nak belajar lebih lagi, nak tambah ilmu pengetahuan. Dan dengan sebab-sebab macam ni lah, menyebabkan I lebih sayang dan semakin sayang dengan debat. Sebab semua orang sama.

Tapi untuk a few weeks ni, I mungkin akan break dari debat. Sebab nak stable kan life kat UiTM Kedah ni, as this is my last semester here. So, bila everything dah stable, baru I boleh join balik any debate events. But it's just my planning, kalau tiba-tiba I pergi jugak any events tu, memang tak boleh dielakkan lah.

Geng Shawl. Kak Ogy from UiTM Dungun, Abang Awan from UKM.


Youthsay.com, this is our booth masa Youth '10 hari tu. (:

1 UiTM.


Again, the picture with Dato' Saifuddin at the middle, Abang Bonat as the alumni and me.

With Nasa, the NYDP of MPP for UiTM SeMalaysia. He's a debater too!

Okay, I just like this picture.


Dengan budak-budak UTP.

I'll rarely update this blog, perhaps because my maxis broadband is over the limit now. -___-