Sejak dari kecil lagi, saya selalu menganggap dunia ini tidak pernah adil. Saya selalu merasakan bahagia tidak pernah ada untuk budak kecil seperti saya. Saya terlalu percaya, setiap apa yang saya mahu tidak akan pernah ada di depan mata. Saya mahukan kereta mainan, tapi perlu berharap pada ibu dan bapa pula, dan lebih menyedihkan, mereka menolak permintaan saya. Jadi saya diam sahaja.
Bila semakin besar dan meningkat remaja, saya sudah mula pandai membezakan yang mana baik dan yang mana tidak. Tapi anggapan dan kepercayaan itu tetap sama, cuma saya sudah pandai membezakan. Bukan bahagia tidak akan ada untuk budak kecil seperti saya dulu, tapi bahagia itu bukan untuk saya. Masih, saya tidak dapat apa yang saya mahukan. Saya tidak mampu membeli kereta mainan itu, penat saya menabung, tetap tidak pernah cukup.
Sekarang, saya sudah banyak berjalan. Sambil melihat dunia, dengan mata, mata hati, dan akal fikiran yang semakin matang. Saya sudah diajar erti kesabaran. Saya masih belum dapat apa yang saya mahukan. Tapi saya sudah tahu, ia bukan kerana ada manusia yang menolak kemahuan ini, atau sebab saya tidak mampu. Ia kerana Tuhan lebih mengetahui, yang mana yang terbaik buat saya dan Tuhan itu kenal benar dengan hambaNya- saya.
Tuhan mahu saya bersabar, saya tahu itu.
14 Yorum var:
mahu dapat sesuatu yang kita rasa baik bukan senang itu buat kita lebih menghargai :)
yeaa tuhan tahu apa yg baik untuk kita :D
Naz, benar. Kerana itulah nikmat sabar ini kita akan rasa disaat Tuhan memberikan apa yang kita pinta. (:
FS, yes. (:
Allah know what's the best for us kan :) Rda, teringin nak tgk u debate! *tiba2*
Ween, yes. He knows. Hah? Nak tengok I debate? *matilahhhh* Hahaha.
betul, kita dah besar :D
aku x suka terima kenyataan
benda yg aku nk x dapat
haaihh
Feeqa, yeahhh. Kita cukup besar. (:
Nor, aku pun susah nak terima. Tapi kita kena jugak terima. (:
Tuhan maha mengetahui Rda ..
Shasha, I know. (:
yes rda..!
totally he knows wuts best 4 us..
nice jot..!
Thanks Kday. Lama tak singgah. (:
Sen de yaz