BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 15, 2010

Kau pergi.

Seseorang telah mengajar aku apa erti syukur. Seseorang itu juga sudah mengajar aku apa erti sabar. Walaupun ramai manusia yang cuba memberitahu aku, seseorang itu yang paling memberi kesan dalam hati dan jiwaku. Setiap perbualan dan perbincangan, seseorang itu cuba menjadikan ia satu kenangan yang berbentuk didikan. Seringkali seseorang itu selitkan erti kehidupan dalam setiap perkataan.


Seseorang itu bukan sesiapa, dia cuma seorang insan biasa yang sama seperti kita. Tapi ketabahannya, seringkali membuatkan aku terpesona, terdiam seketika. Dia selalu membuat aku tertanya-tanya, apa lagi yang aku inginkan dalam kehidupan ini disaat ramai manusia punyai ujian dan dugaan yang lebih berat lagi. Dia sering membuat aku terfikir, betapa Tuhan itu maha penyabar dan sentiasa sayangkan insan yang bersabar.

Disaat aku mula untuk menyayangi, seseorang itu mahu mengundur diri. Namun, aku akan cuba untuk sematkan setiap perkongsian ilmu dihati.

p/s; Go go Nurus! Semoga tabah di tanah orang!

9 Yorum var:

NAZ said...

dia juga perlu seperti kamu, sesuatu untuk lebih kuat lagi :)

dylakamil said...

alaaaa aku tak faham :(

DOLCEshasha said...

tersirat sangat . aku pun tak paham .

PuanPepel said...

yeah...bertabahlah...

Anonymous said...

sapa nurus?

nurus sakinatul fikriah said...

may you have all the blessing in life =)

Rayme Lala said...

rda - nurus pergi mana?

FS said...

haaaaaa x paham jugaaak

Azira Hafiza said...

okey fine sumpah aku sedih gila!

all the best Nurus. jangan pernah putus asa ;)