Sahabatku, ketahuilah peluang itu adalah hadiah dari Allah. Bukan setiap masa ia akan hadir, bukan semua insan yang akan merasainya. Mungkin hanya sekali seumur hidup ia akan datang mengisi kekosongan hidup kita, atau mungkin ia tidak akan pernah datang langsung. Membiar kita diisi dengan peluang yang lain pula.
Sahabatku, andai engkau punya peluang itu, hargailah ia. Gunakanlah ia sebaiknya, kerana percayalah, jika engkau membuangnya, jika engkau menganggapnya sebagai picisan, engkau akan terbeban dengan kekesalan yang tidak dapat engkau tanggung dengan bahumu, yang tidak dapat engkau gengdong dengan tanganmu. Dan kekesalan itu akhirnya membawa engkau mengenang setiap peluang yang telah engkau lepaskan. Mengenang dengan rasa rindu yang memuncak!
Sahabatku, aku pernah hidup dalam lingkungan yang hebat, bersama sahabat yang sentiasa ingin jadikan setiap detikku bermanfaat. Aku jua pernah hidup dalam kelompok yang tidak pernah melakukan solat sendirian, lantaran 27 kiraan yang mereka kejarkan. Aku pernah hidup dalam suasana di mana Ma'thurat menjadi rutin tika fajar dan senja menyapa. Aku pernah hidup dalam tazkirah yang berpanjangan, dan dalam kalimah yang memberi ketenangan. Itu adalah hadiah dari Allah buatku, namun ketika itu, semua itu aku tidak pernah endahkan. Aku malah berjuang bermati-matian untuk tidak menjadi seperti mereka walau cuma sebahagian. Aku tidak mahu lakukan. Semua itu aku anggap picisan.
Sahabatku, sudah aku khabarkan, aku kini terbeban dengan pelbagai sesalan. Kerana kini, saat aku mahukan hadiah dari Tuhan, aku sudah tidak punya sahabat seperti mereka, aku kini solat sendirian, aku sedang mencari teman. Aku kini merangkak melakukan yang wajib, untuk istiqamah melakukan yang sunat. Aku kini memberi peringatan pada diri sendiri, yang selalu hanyut dalam kekesalan. Aku mencipta pelbagai kata bagi memujuk hatiku untuk terus berdoa, semoga Allah memberi aku peluang yang kedua.
Sahabatku, semua yang aku pernah anggap picisan dalam hidupku adalah semua yang sedang aku mahukan. Andai dahulu aku menggunakan peluang itu sebaiknya, penyesalan ini pasti jauh dari hidupku. Namun 'andai' itu tidak bisa mengubah apa pun. Sahabatku, jangan jadi sepertiku. Apabila Allah membuka pintu pahala untukmu, maka teruslah mendapatkan pahala itu. Esok mungkin tiada bagimu, dan juga aku.
6 Yorum var:
like :)
""Sahabatku, aku pernah hidup dalam lingkungan yang hebat, bersama sahabat yang sentiasa ingin jadikan setiap detikku bermanfaat. Aku jua pernah hidup dalam kelompok yang tidak pernah melakukan solat sendirian, lantaran 27 kiraan yang mereka kejarkan. Aku pernah hidup dalam suasana di mana Ma'thurat menjadi rutin tika fajar dan senja menyapa. Aku pernah hidup dalam tazkirah yang berpanjangan, dan dalam kalimah yang memberi ketenangan. Itu adalah hadiah dari Allah buatku, namun ketika itu, semua itu aku tidak pernah endahkan. Aku malah berjuang bermati-matian untuk tidak menjadi seperti mereka walau cuma sebahagian. Aku tidak mahu lakukan. Semua itu aku anggap picisan."""'
rda ni kenangan kat sekolah ke ~ :) ..sama2 lah kita.. allah sentiasa bsama hambanya walaupun hamba ny tidak pnah mengingati nya..apatah lagi hambanya yg mengingatinya,.. kerana itulah cinta pencipta kpd hambanya...tinggal lg sama ada kita mahu mencari allah atau tidak.. krn allah sentiasa bsama hambanya
Ya, kenangan kat sekolah. Rindu sangat. (: InshaAllah Nuek, semoga Allah memberi istiqamah pada kita. (:
Salam..saya mohon share ye..Semoga Allah sentiasa memberkati saudari..Terima kasih
bi'ah solehah..?
rindukan suasana yang mentarbiah... ingat! bi'ah solehah tak berhenti di sekolah saja!
kita yang pernah merasa, kita pula yang kena bawa, biar semua orang rasa. Mulakan dengan pembinaan diri dulu. Keluarga, kawan, masyarakat.
bukan Maahad je, tapi seluruh akan terwujudnya suasana...haha
Asyikin Hazam, silakan. (:
Anonymous, pembinaan diri, walau kelihatan kecil, tetapi sebenarnya yang paling sukar untuk dilaksana. Mohon didoakan. Syukran. (:
Sen de yaz