Saya sedar sesuatu. Saya tidak pernah berhadapan dengan perkara-perkara yang mengelirukan, apatah lagi dengan pilihan hidup yang besar yang akan memberi kesan keseluruhannya. Saya jarang merasai takut untuk memilih. Saya kurang dengan rasa berdebar dalam membuat pilihan.
Saya bukan tidak pernah berdepan dengan pilihan sepanjang hidup saya. Tapi saya selalu begitu yakin dalam memilih. Saya tidak takut, sehingga saya seolah-olah tidak pernah memilih apa pun dalam hidup saya.
Dan kerana itu lah, saya yakin. Kenapa Tuhan menguji saya sehebat ini, sekuat ini. Kerana saya tidak pernah diuji dengan ujian yang besar sebelum ini. Jalan saya sentiasa mudah untuk dipilih. Jalan saya seringkali satu, jarang untuk dua apatah lagi tiga. Tuhan berikan saya keyakinan selama ini dalam menentukan kehidupan saya.
Dan kerana itu lah, kali ini Tuhan tunjukkan saya sedikit kegelapan. Supaya saya juga menjadi seperti orang lain, yang pernah tahu bagaimana untuk mencari suluh cahaya. Yang arif meraba dalam bahaya. Kerana saya selalu senang, dan begitu senang selama ini.
Kerana itu Tuhan berikan saya sedikit kesusahan, agar saya tidak terlalu meninggi dan membangga diri. Agar saya seperti orang lain, yang pernah merasa kesakitan yang amat sangat, serta kejatuhan yang maha dahsyat.
Kerana Dia mahu saya tahu, Dia mahu saya yakin. Hidup ini satu perjalanan. Ada jalan yang lurus, ada jalan yang berbukit, ada jalan yang bengkok. Dalam perjalanan itu, mungkin akan hujan, kadangkala mungkin akan panas terik, kering kontang.
Kerana Dia mahu saya tahu, hidup ini takkan selamanya mudah. Hidup ini bukan senantiasa seperti apa yang kita mahukan. Dia mahu saya tahu, walaupun saya yang mencorak langkah dalam perjalanan hidup saya, tapi Dia masih yang mengarahkan segalanya.
Kerana Dia mahu saya tahu, Dia mahu saya yakin. Hidup ini satu perjalanan. Ada jalan yang lurus, ada jalan yang berbukit, ada jalan yang bengkok. Dalam perjalanan itu, mungkin akan hujan, kadangkala mungkin akan panas terik, kering kontang.
Semasa berjalan, mungkin akan ada mereka yang menolong, akan ada mereka yang sudi untuk menjadi teman, dan mungkin akan ada manusia yang hanya tahu mencemuh dan memandang dari jauh. Kerana Dia mahu saya tahu, hidup ini adalah tentang manusia, alam dan Tuhannya.
Dan kerana ujian ini, saya menjadi semakin percaya. Percaya pada takdir, percaya pada jodoh, percaya pada rezeki dan percaya pada Dia.
6 Yorum var:
okay, aku suka post ni. this is what i like about you rda, you always be on the positive side.
When one thing didnt happen the way you wanted it to be, don't lose hope yet. There's always something much better awaits you ahead. Ini semua ujian Allah, He decides everything, and He knows you can go thru this, that's why He gives you ujian. If you cant handle it, He wont let you be in the test, in the first place.
I love you, rda.
Dyla, inikah post yang semua orang mahukan? Yang yang seperti dulu? I don't know, but I'm trying to be as positive as I can Dyla.
Thanks so much for still concerning about me although we haven't seen each other for a long time. I love you more Dyla.
sebenarnya semua telah di tentukan kita cuma perlu hadapi sahaja:)
Naz, but it doesn't mean we don't have to give some efforts kan? (:
yeaa, post yang boleh membangunkan aku balik.
FS, mari bangun sama-sama. (:
Sen de yaz