BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 06, 2010

Makin susah.

Dulu masa kecil, senang. Kalau taknak kawan terus cakap taknak kawan. Lepas tu tak tegur sampai dua-tiga hari. Paling lama berbulan jugak lah. Main balas-balas surat, luah perasaan. Masing-masing main tuding jari. Kau yang salah, kau yang mulakan. Masing-masing pentingkan diri, takkan mengalah. Siap wujud kroni, kau sokong siapa aku sokong siapa. Duduk sebelah-sebelah tapi tak bertegur sapa. Siap jeling-jeling lagi. Hari-hari dapat surat, postman pun dah muak nak jadi orang tengah. Konon boleh tolong settle kan masalah.


Then, bila dua-dua pihak dah sedar yang rupanya takde sapa yang salah. Punca utama was only they were misunderstanding each other, mesti akan ada orang tengah yang nak buat perjumpaan. Then, akan jumpa kat belakang kantin sekolah. Masing-masing bawak geng, lepas tu salam, senyum. Esok datang sekolah terus main rebut tiang sama-sama sebab dah declare kawan semula.

Memang macam tu lah kalau bergaduh masa zaman sekolah. Bila teringat, mesti tergelak kecil. Tapi nak gelak pun, diri sendiri. Bila makin besar, ingat makin senang. Sebab kononnya semua orang dah makin matured. Tapi makin besar, makin susah rupanya hidup ni. Bila taknak kawan, kena diam je, sebab konon nak tunjuk kat semua orang, diri sendiri ni baik, tak sampai hati nak putus kawan. Bila rasa tak puas hati je, semua kena pendam perasaan sebab konon nak jaga hati orang sekeliling, nak jaga friendship. Susah.


Sama jugak dengan parents. Kalau masa kecil dulu, mak ayah tak bagi beli mainan mesti menangis tak berhenti kat mall tu jugak sebab hati keras nak jugak apa yang kita nak. Bila mak dah beli, senyum lebar macam kambing, siap bawak keluar mainan tunjuk kat jiran sebelah, dengan muka belagak. Jiran sebelah dah annoying.

Tapi sekarang, bila tak puas hati dengan parents semua nak buat muka muncung sedepa, lepas tu simpan dalam hati. Makan hati sorang-sorang, sendiri yang tanggung. Then bila kena banyak kali, mula lah figure out yang parents dah tak sayang kita lah, parents dah tak peduli pasal kita lah. Macam-macam lagi, padahal kita yang susah sangat nak berterus terang, konon tak nak parents kita terasa dengan kita. Payah.







Kita tak sedar ke, semakin kita besar, semakin kita tak jadi diri sendiri. Semakin kita besar, semakin banyak rahsia yang kita simpan sorang. Semakin kita besar, semakin kita tak ikhlas dengan orang sekeliling kita. Semakin kita besar, semakin kita bermasalah.


P/s; Rindu sangat zaman Jungle Book, zaman Lion King and zaman Usop Sontorian. Zaman kecil.

28 Yorum var:

azmy shafiq said...

haishhh u'r post kali ni make me realize sndri laaa
hmm

rda said...

Azmy, that's good then. Haha.

beruang said...

sesi muhasabah ntok diri kau bear..
huhu

Ainul H said...

kak rda,
thumbs up utk post ni! ;)

.yANa. said...

yes!!aku setuju.!!caaaayyyaaa lah rda!!haahhhaha

rda said...

Bear, for me myself too.

rda said...

Ainul, thanks adik. (:

rda said...

Yana, thanks babe. (:

ha|ana|zak25 said...

patot ada 'rumus'dlm ukhuwwah yg bunyinya ...

"sarohah (terus terang) itu payah"

DOLCEshasha said...

ehh , usop sontorian ( :

weyh , betul . makin besar makin susah . amat oke ..

rda said...

Tiqa Ayob, betul tu. Kadang-kadang kita memilih untuk menipu, even pada diri sendiri.

rda said...

Shasha, Usop Sontorian best kan. Hehe.

Betul, susah.

s.c.h.u.l.t said...

yay! I miss Usop too. sob sob. and Power Rangers, and Thundercat and Carebear..and..(eh banyaknya kartun kau!)

harus bersetuju. semakin dewasa. semakin kurang rasa berkongsi. blog for me, adalah medium paling baik untuk berkongsi :)

ira said...

cool laay nie..haha..

adzrul syafiq said...

ok semua betul, except for rindu zaman lion king sebab kecik2 mak xbagi selalu tengok tv sangat..so tak tahu pasal kartun..hehehe

FS said...

setuju rda :(

FeeQa said...

ha'ah weyh, sumpah rindu usop :D

and serius btul, apa yg kau ckp semua tu.

DyanaBangs said...

rindu zaman takde masalah nak fikir )):

asked said...

sronoknye kala kerdil...
T.T

rda said...

Syud, Power Rangers best best! Haha. Nampak sangat kaki cartoon masa kecik. T.T

Betul, tapi kadang2 bukan semua kita nak cerita kat blog kan.

rda said...

IRA, of course lah cool. Haha.

rda said...

Adzrul Syafiq, rugi gila tak tengok Lion King and the gang! Haha.

rda said...

FS, relax okay!

rda said...

Feeqa, haha. Aku pun rindu Usop weyy. Setiap petang lari-lari balik rumah nak tengok. Haha.

rda said...

Dyana, bagus! Kau faham apa yang aku nak sampaikan. (:

rda said...

Asked, betul!

M. said...

Sekarang ni, jangan bergaduh dgn orang tak matang.

:)

rda said...

M. baiklah. Haha.