BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, April 27, 2010

Ia amat dekat dengan kita.


Petang Ahad, telefon mak berbunyi tapi mak takde kat dalam rumah. Maybe tengah berborak-borak dengan jiran sebelah, Cik Sam. Then, I pun pergi lah tengok phone mak yang tengah charge tu. Ada nama 'Guru Besar', so I answered the call. Rupanya guru besar nak datang rumah, sebab nak mintak air penawar. Anak dia demam dah lama, tak baik-baik. Oh ye, mak and ayah diberi kelebihan oleh Allah untuk ubat orang traditionally, menggunakan syahadah. So, bila mak balik I bagi tahu mak dan kebetulan masa tu ada sepasang suami isteri ni datang rumah, bawak seorang budak yang tengah menangis. Rupanya itu sepupu kepada guru besar. Anak dia tiba-tiba meragam lepas balik dari Mid Valley.


Lepas tengok budak tu menangis, I pun naik bilik. Nak sembahyang Maghrib. Lepas Maghrib, turun bawah balik sebab nak hantar baju kotor. Masa I turun tu, dah ada guru besar yang tengah berborak-borak dengan mak. I naik atas balik, online.

Petang Isnin, balik dari sekolah. I got a bad news. Ayah kata, anak guru besar yang datang semalam dah meninggal. He is just 2 years. Baru je pandai cakap. I sampai rumah, terus tanya mak. Mak kata guru besar pengsan 2 kali, husband dia pengsan 1 kali. Kakak arwah yang baru je 5 tahun macam tak tahu apa-apa. Bila mak tanya,

Mak : Kakak, tu siapa tu? *sambil tunjuk arwah yang sudah terbaring.
Kakak : Tu adik, dia tidur sekejap. Dia penat tu, demam tak baik-baik.
Another cikgu : Kakak, adik bukan tidur. Adik dah meninggal. Adik takkan balik lagi.
Kakak : Apa?? Adik meninggal??? *Terus berteriak, menangis.

Mak cerita balik, malam masa guru besar datang rumah tu anak dia dah makin okay. Tapi tiba-tiba arwah macam sesak nafas, mak nampak lidah arwah dah lebam. Mak terus suruh guru besar bawa anak dia ke hospital. *Lebam lidah adalah tanda-tanda kematian. Mak kata waktu sesak nafas tu, dah perasan yang nyawa seolah-olah dah sampai ke anak tekak.

Bila pergi klinik which is abang guru besar adalah doctor kat situ. Doctor terus buat surat hantar ke hospital Assunta. Sampai hospital, doctor masukkan air. Arwah semakin sihat, siap boleh duduk. Then, arwah di minta untuk buat x-ray, tak sempat masuk bilik x-ray tiba-tiba arwah muntah darah yang sangat banyak, terus dikejarkan ke emergency. Tapi waktu tu arwah dah pergi.

I sangat terkedu, dan terkilan. Sebab I rasa macam baru je tengok arwah depan mata, tiba-tiba dia dah takde. Betapa kematian itu sangat hampir dengan kita. Seolah-olah kita baru sahaja membuka mata, lahir ke dunia. Malaikat maut sudah menunggu masa, bila pula giliran kita.

p/s; Ya Allah, panjangkanlah umur kami dah kedua ibu-bapa kami. Sesungguhnya masih belum cukup ibadah kami untuk pergi menghadap Mu. Amin Ya Rabb.

22 Yorum var:

Salina said...

innalillah..
semoga syurga firdausi mnjadi milik allahyarham

s.c.h.u.l.t said...

dia baru 2 tahun. meninggal pasti ke Syurga. kita? belum tahu untung nasib.

dari DIA kita datang, pada DIA kita pulang.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ir, amin Ya Rabb.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Syud, betul. Makin lama kita hidup, makin banyak dosa kita.

nn said...

Innalillah.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

NN, kepada DIA kita kembali.

NAZ said...

ya ALLAH. mahu tak mahu esok lusa hari kita

FS said...

takziah , kesian gila , demam je punca dia ?

NDYANAH K . said...

takziah ):

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Naz, mohon dipanjangkan umur.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, that's why. Kesian. Yes, medically memang sebab demam.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyana, thanks for concerning. (:

ha|ana|zak25 said...

"cukuplah maut itu jd peringatan" ..
Moga2 umur kita diberkati dn kembali dlm keadaan yg diredhai

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Atiqahhh! Rindunyaaa. Hehe.

Amin Ya Rabb.

Azira Hafiza said...

Innalillah.

kesian nya parents dia :(

Dya Rohimi said...

inalillah..
kecik lagi..
ALLAH sygkan dia kan?
mak bapak dia pun beruntung walaupun dia tinggalkan diorang sangat sangat awal tp dia jugak yg akan tolong time hari pengadilan nanti..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Zigha, tahu takpe. :(

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dya, absolutely yes! Thanks for the info. (:

me.myself said...

innalillah.
smoga kte yg idop ni dpt buat kbaikan sbb tak tau ble ajal akn pnggil ite an?
smoga kte dtmpatkan di syurga.AMIN!

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Duniaku, amin. Semoga begitu.

DOLCEshasha said...

innalillah : (
let just recite al-fatihah to arwah .

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, that's right.