BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 18, 2010

Perempuan tak suka.

Sekarang I dah kat Terengganu. Baru je sampai then I terus online. Risau tanaman I layu pulak kalau tak harvest. Susah jugak jadi petani moden ni. Tapi apakan daya, that's my choice. So kena lah tanggung akibatnya. Okay lah, stop bercakap pasal farmville kesayangan I. Sekarang, mood untuk menaip entry macam dulu dah datang balik. First maybe sebab sekarang tengah free, cuti semester, tak tahu nak buat apa. Budak-budak ni tengah main bola tengah-tengah panas. Biarlah. So, daripada I duduk termenung mengadap farmville, baik I jadi pakar pyschology sekejap. Okay, back to the topic above. I tak tahu lah whether pendapat I ni betul atau tidak sebab I make it based on my observation pada beberapa orang kawan. Maaf, anda jadi bahan experiment saya. Haha. Okay, kepada lelaki-lelaki sekian sila take note dari entry ni. Sebab I nak cerita satu persatu apa yang perempuan tak suka mengenai seorang lelaki.

1. Perempuan tak suka bila lelaki terlalu romantic. I mean, lelaki yang nak cakap 'I love you' all the time. Lelaki yang setiap kali on call mesti nak cakap romantic-romantic. Perlahan, sampai sumpah kena pay fully attention. Kepada lelaki, cuba jadi funny dan kecoh sikit. Baru boleh gelak-gelak. I like. *Eh eh, ni dah macam observe diri sendiri je. Haha.*

2. Perempuan tak suka bila dia tengah cakap lepas tu lelaki gelak-gelak. Selalu terjadi masa bergayut ah ni. Kalau si girlfriend baru nak cerita pasal diri dia, time tu lah kau nak berborak dengan roommates or housemates kau macam dah setahun tak jumpa. Haishhh, pantang betul. Encik lelaki pun, mesti tak suka kalau you all tengah cakap then girlfriend you all cakap dengan orang lain kan? *Angguk cepatttt!* So, janganlah buat okayyy. :)

3. Perempuan tak suka kalau setiap kali keluar mesti nak tengok wayang, makan, tengok wayang, makan. *Tak tahulah kalau ada perempuan yang suka.* Ehemm, bosan lah kalau do the same thing. Nak nak lagi, kalau yang selalu keluar. Mesti time kali ke-30 keluar kau dah start bosan towards each other. So lelaki, be creative. Apa kata ajak your girlfriend pergi karaoke pulak. Hahaha. My favourite. *sekali lagi observe diri sendiri. T____T

4. Perempuan tak suka kalau lelaki yang terlampau manja dengan parents dia. Sebab sifat manja kau tu akan terbawak-bawak dalam relationship. Maka bila terbawak, terpaksa lah si girlfriend yang manja-manjakan kau. Haishh, mana boleh. Sebab bila kau buat macam tu, sumpah annoying sebab nanti si girlfriend nak manja-manja dengan siapa? Tu yang jadi girlfriend cari orang lain tu. Tapi kalau dah manjakan girlfriend pun jangan lah sampai kena pijak kepala. Give and take are the best things.

5. Perempuan tak suka lelaki yang tak habis-habis nak ceritakan kisah hidup dia. Si girlfriend baru nak bukak mulut cerita pasal diri sendiri kau dah potong, nak sambung episod semalam yang kau tak habis cerita tu. Mana boleh macam tu. Sebab nanti si girlfriend akan rasa sangat bosan dan useless ada boyfriend macam kau. Baik tak payah ada boyfriend kalau takde orang yang boleh nak dengar cerita kita. Tak gitu?

6. Perempuan tak suka lelaki yang kedekut. Itu yang pasti. Jangan lah kedekut sangat sampai makan pun berkira dengan girlfriend sendiri. Tapi jangan ahh setiap kali keluar, kau yang nak keluar duit. Kering ahhh, nak nak yang still belajar lagi. Duit sendiri pun parents yang bagi. Haha. Sekali-sekala apa salahnya kala share. One more, jangan mintak perempuan belanja kau sebab nampak kau tak bertanggungjawab. Tapi kalau dah memang dia nak belanja, sapu je.

7. Perempuan tak suka lelaki yang jenis menyumpah seranah segala benda keluar setiap kali bergaduh. Relax sudah, kata lelaki ni cool. So janganlah emosional kalau gaduh dengan girlfriend. Show your professional to face the problem. Sebab kalau kau emo, perempuan lagi 2 kali ganda emo. Maka terjadi lah perang besar. Janganlah keluar kata-kata keji hina dina kau tu. Tak hensem ahhh.

8. Perempuan tak suka kalau boyfriend dia contact dengan ex dia. Yang ni I pun tak faham kenapa. Sebab selalunya I biarkan je. Hahaha. Tapi mungkin si girlfriend ada sebab sendiri untuk tidak suka. Mungkin kau ni hot sangat, so dia takut lah perempuan tu rampas kau balik. Takpun mungkin kau ni jenis yang gatal-gatal. So, perempuan ayat sikit dah cair macam ais.

9. Perempuan tak suka lelaki yang takde pendirian, yang tak boleh nak buat decision. You have to show your leadership. Baru lah perempuan suka. Think about your future sebab kalau kau dapat perempuan yang matured lagi parah. Sebab diorang akan fikir pasal future. Kalau dalam love relationship pun kau tak boleh handle apatah lagi di alam perkahwinan. Amboiii jauhnya. Haha.

10. Last but not least, sebab I dah penat nak menaip. Perempuan tak suka make the first move. Sebab nanti nampak macam perempuan yang terkejar-kejar. Buat malu je. Betul, ini stereotype. But you have to accept this. Kalau kau yang buat first move, sumpah machoooo gila. :)

Okay lah kawan-kawan. These are just my opinion, kalau silap jangan marah-marah ehhh. I want yours too. :)

39 Yorum var:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

JEMI! amik perhatian no 7 tu!

ehsan pulak, no 8.
haha

Salina said...

I damn loike no. 7 :)

NAZ said...

haaha yang peting lelaki suka perempuan

azmy shafiq said...

fiqa;ehh ade ke aku pulak ??
bila masa wehh ahahahaha ;p

dylakamil said...

eh eh seperti boleh tuju dekat IA je ni. Hahah. i suka yg perempuan tak suka lelaki ckp dgn org lain, lelaki perlu buat first move, part guna duit, dan macam2. anda bagus dlm hal perempuan. Hahaha

s.c.h.u.l.t said...

i agree with all the above ;)

Azira Hafiza said...

eh eh aku suka la laki yang maaaaanja! hahahaha :)

10 terbaik :D

nn said...

2+8 sumpah tak suka!

DOLCEshasha said...

I agreed wif your opinion ! (:

Anonymous said...

tapi i tak suka lelaki yang annoying, cara taip msg macam budak2 skolah menengah tu.
with all sorts of weird spelling thingy.
macam saja2 tukar 'r' jd 'w' ke
lepastu tambah huruf 'w' dekat setiap hujung perkataan sebab nak tunjuk yg dia tu manja ke apa tah.
duhh.hihi

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, senyap ahhh. Hahha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Irs, haha. I know. I observed you babe. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Naz, I damn like your statement. Ouchhh.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Azmy, mengaku jelahhh. Haha. T____T

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla kamil, haha. I observed you! ;p Thanks babe. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Syuhada, haishhh. Pemikiran sama. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Zigha, haha. Hang suka lelaki manja? Ouchhh. Abang enampulu tuju. ;p

Number 10 paling baik. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

nn, er er you tak suka dengan apa yang I tulis ke? You setuju ni? Haha. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, pemikiran sama. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Nieya, thanks for adding. Sumpah I pun tak sukaaa!

Itew windu awakk cangat! Hahahha.

Nor atau Nad said...

suka suka
=D

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Nor, apa yang kau suka? Hahaha.

FS said...

haha sengal DYLA & FEEQA .

aku mcm nak kasi MEGAT baca even dia x buat apa2 lagi dekat atas ni (preparation fr future) HAHA

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, hahaha. Siak lahh semua macam nak tuju dekat bf masing-masing kan. Kang tak pasal-pasal aku yang kena hentam. Haha. Habislahh bujang sampai ke tuaaa.

Dya Rohimi said...

weh! weh! asal ko wt research ni? mst ko mggnekn taktik yg di aja ms. salmah dlm cls psycho tu kn? haha. nway, ak stuju ngn ko.. give me 5 cket weyh! hahhaa

NH said...

machoo machooo xD

[b][y][t][i][e] said...

setuju~! :D

Azira Hafiza said...

cehhh. namplutuju hanya tinggal kenangan! nak cari tujupuluh pulak sekarang! hahaha.

rinduuuu adekk :))

anak Kushairi said...

yeahhh aku pun tak suka kalau kuar asik tgk wayang tgk wayang tgk wayang. hadoiiiiii.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dya, hahahah. Of course lah. Ilmu kalau tak diamal ibarat pohon tak berbuahhh. Hahahah. Okay okay. I give my five. Haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hidayah, aku kah yang machooo? Thank you.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Kak Bytie, hehe. Thanks. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Zigha, hahaha. Manalah kau nak cekauuu?

Rindu kakakkkk. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Que, haaaa. Kan aku dah kata. ;p

Rayme Lala said...

remy suka yang no 1. wee~ haha

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hahaha. Remy suka lelaki romantic ke? Choiii. ;p

Ainul Huda said...

saya suka semua juga! ;]
terbaik lah :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ainul, haha. Thanks thanks. Ni yang lagi semangat nak buat observation ni. Haha.