BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 02, 2010

Come back please.

Aku betul tak tahu kalau kau rasa ni masih salah aku. Atau mungkin ini memang salah aku, dari dulu. Sampai kita jadi macam ni, maksud aku kita dah tak macam dulu. Macam kita masa kita baru kenal dulu, masa kita baru berkongsi semua benda. Aku betul rasa tak guna bila kita jadi macam ni. Sebab aku dapat rasa ini memang salah aku. Atau aku sorang je yang rasa benda ni, sedangkan kau tak pernah terfikir? Atau mungkin aku yang terlalu emosi bila bercerita soal ini.

Yea, aku bukan kuat seperti selalu. Bila soalnya adalah tentang hati dan perasaan, sukar untuk aku kawal satu persatu. Aku bukan sedih sebab aku tiada sesiapa lagi. Aku bukan sedih sebab kau dah ada hidup sendiri. Tapi aku sedih sebab aku dah takde kau lagi, kau yang dulu. Aku sedih sebab aku rasa aku dah cuba sebaik mungkin untuk pulihkan hubungan kita ni. Aku sedih sebab aku tak mampu jadi yang terbaik untuk kau. Aku sedih sebab aku dah tak boleh nak buat kau senyum atau ketawa macam dulu lagi. Aku sedih sebab kita dah jauh, terlalu jauh.

Kalau kau rasa apa yang aku rasa, tolonglah bantu aku dalam menyelamatkan hubungan kita. Kalau kau rindu apa yang aku rindu, marilah kita cari kerinduan tu sama-sama. Kalau kau mahu apa yang aku mahu tolonglah datang pada aku, aku ingin kongsi rasa itu. Aku tidak mahu lebih, aku mahu kau yang dulu. Dan aku harap kau juga rindu aku yang dulu. Sebab dulu, kita bersatu.

p/s; Yea, aku sangat lemah dalam hal ini. Doakan aku diberi kekuatan dari Allah. Amin.
p/ss; Entry beremosi memang akan guna 'aku'. So, jangan persoalkan.
p/sss; Kau pernah tak rasa macam hidup sorang-sorang walaupun orang sekeliling ramai?
p/ssss; Jangan tanya aku soalan, "Entry ni untuk siapa?"

26 Yorum var:

nn said...

not alone but feels lonely. selalu rasa :/

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

nn, thanks for the same feeling. :)

NAZ said...

give n take :) biar beri lebih jangan ambil lebih :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Naz, thanks for the advice. :)

DOLCEshasha said...

i hate feeling alone 'loneliness' is making urlife empty .

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, everybody hates that.

Adzrul Syafiq said...

like i said previously,
PEOPLE EASILY CHABGE~

let them be..just believe, yang patah tumbuh, yang hilang akan berganti..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Adzrul, thanks. I wish I can let them be, but I can't do so. :)

Anonymous said...

pernah.
so, aku paham kau!
tabah ok :)

Rayme Lala said...

my dear.. Tuhan nampak apa yang telah kita laku kan. andai kita telah laku kan yang terbaik .. dia akan bagi yang terbaik juga bagi diri kita.... tabah dear.

Salina said...

saya pun pernah rasa.walaupun dikelilingi orang ramai,tapi seolah-olah kita berada di dunia yang lain.yang mana,dunia tu hanya ada kita sahaja.just be strong & optimis dear kakak :)

NDYANAH K . said...

keep holding on !

dylakamil said...

watlek ada, aku pernah rasa mcm ni jugak dulu. lama lama nnt kau akan okay balik. hang in there :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, I'm trying. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Remy, thanks for that. :) I wish it will be true someday. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Irs, thanks so much adikk. Like seriously, ILY! :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyana, thanks babe. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, aku nak okay cepat cepat. Heee. Thanks dear. :)

Salina said...

Te amo querida dear kakak :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Irs, bahasa apa pulak ni. Hahha. T__T

Salina said...

spain dear kakak.
maksudnya,aku mencintaimu juga
hehe ;)

FS said...

ohhh kenapa kah (ok x ty dah)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Irs, hahha. Okay okay. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, awatnyaaaa?

Rayme Lala said...

:)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

:)