BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 25, 2009

Fikirlah

Kau pernah tak terfikir tentang perasaan orang? Jangan kau kata YA, kalau sebenarnya tidak. Betul, tadi aku baru belajar psychology. Attitudes can't be always predict the behaviour. Sebab tu kalau pun kau kata YA, aku susah nak percaya. Sebab mungkin jawapan tu untuk menutup attitude sebenar kau. Maybe your answer is just to get positive view from people about yourselves. So, baik kau jujur. Kalau kau tak pernah fikir perasaan orang, jangan harap untuk orang fikir perasaan kau. Please remember, life is about give and take. Semakin dewasa, orang akan mula berfikir dan berkira-kira dalam setiap perbuatan. Kalau kau jahat dengan orang, jangan simpan harapan orang akan baik dengan kau. Mungkin dia akan lebih jahat dengan kau.


Aku lebih tenang macam ni. Kemana saja seorang diri. Sebab aku tahu, dalam process kehidupan aku semakin membesar dan dewasa, aku perlu fikir untuk diri sendiri. Bukan aku elakkan diri dari dunia dan sekeliling, tapi aku lebih selesa begini. Sebab, manusia itu berubah. Mungkin sekarang kau boleh suka aku begini, tapi sesaat dua lepas ni kau akan benci. Manusia sentiasa berubah. Dan takkan kau nak letakkan diri kau di tempat yang sama bertahun-tahun semata-mata untuk kau penuhi tuntutan orang lain? Sedangkan dalam masa yang sama, kau yang suffer. Takkan kau nak biarkan diri kau selalu berkorban, sedangkan hati kau memberontak sebaliknya. Betul, kita selalu terlalu memikirkan perasaan orang sekeliling sampai kadang-kadang kita yang terseksa.

Mungkin sebab kononnya kau nak nampak baik dan sempurna di hadapan semua orang. Tapi pernah ke kau terfikir samada mereka hargai atau tidak pengorbanan kau? Sebab tu, bila kehidupan kita setiap hari berjalan, maka pemikiran kita juga perlu berjalan. Fikir tentang diri sendiri, itu yang aku percaya buat masa ini. Buat sesuatu yang kau rasa suka dan betul. Jangan kononnya berlakon semata-mata nak dapatkan attention orang sekeliling walaupun sebenarnya mereka tak pernah pandang kau. Apatah lagi nak memahami pengorbanan dan kebaikan kau. Aku bukan cuba untuk memujuk supaya kau lupakan orang sekeliling kau yang dulu pernah bersama-sama kau. Tapi aku nak kau fikirkan tentang diri kau lebih dari segala-galanya. Kau perlu fikirkan diri kau, sebab tak mustahil takde sesiapa yang fikirkan diri kau.

Kau fikirlah untuk kebaikan. Yang mana lebih elok untuk kau, yang mana lebih baik untuk kau. Sebab, untuk kau berjaya dalam hidup semuanya bergantung pada diri kau sendiri. Sebab, orang sekeliling kau susah nak faham apa yang kau nak dan kau impikan dalam hidup kau. Sebab, mungkin apa yang kau suka, orang sekeliling benci. Dan mungkin orang sekeliling benci apa yang kau suka. Kau dan dia berbeza dan kita sentiasa berubah. Takkan kau nak pengaruh attitude dan behavior kau semata-mata dengan melihat citarasa dan pemikiran orang lain? Sedangkan kau punya akal untuk berfikir dan kau ada pendirian untuk kau pegang. Mungkin apa yang orang lain fikir lebih baik dari apa yang kau fikir. Tapi tiada siapa yang boleh meniilai samada ia baik untuk diri kau atau sebaliknya. Sebab, bila ia tentang hidup kita sebaiknya kita yang memilih dengan cara kita.

Aku tak paksa kau berubah, tapi aku mohon kau berfikir untuk diri kau. Aku adalah aku. Dan kau juga aku. Aku pohon pada diri aku sebab kau adalah aku dan kita sama, serupa. Kita manusia.

p/s; just arrived home from SP at 11.30 pm

16 Yorum var:

nurafiqahmohamadadnan said...

aku first?
*buat muka bosan
haha ;D

kau first time ke masuk kls saiko weyy diz sem?

azmy shafiq said...

cehh knon mengaplikasikan pe yg dipelajri td kno HAHAHA

DOLCEshasha said...

emm, btol2..
think of ourself 1st..
(:

yupp, sumtymes, kita xnk buat tp terpksa coz nk jga ati org..

fifa =) said...

-Mungkin sebab kononnya kau nak nampak baik dan sempurna di hadapan semua orang. Tapi pernah ke kau terfikir samada mereka hargai atau tidak pengorbanan kau?-

ohh ini selalu sesak dalam kepalakuuu
wuwuwuwuw hahah =p

ahmad faiz said...

saiko kau mesti A. haha

Eeeeenul, said...

kak rda,
thumb up la utk semua post akk
ahaks
best bace
mmg reality dlm life
huhu
<3 :)

rda hot said...

Feeqa, haha. Nope lahhh. Dah banyak kali dah masuk. Cuma lecture semalam yang paling kena dengan apa yang aku nak tulis. ;p

rda hot said...

Amy, hahha. Of course lahhhhhhh. Hahaha. Kau lah yang banyak kena bahan tadi. Tak habis2 contoh smokers. ;p

rda hot said...

Shasha, haha. Nasib baik kau faham. :)

rda hot said...

Fifa, lepas ni tak payah sesak2 dah. Kadang2 kita kena jadi selfish. Hahaha.

rda hot said...

Kiwi, Aminnnnnn. ;p

rda hot said...

Eeeenul, haha. Thanks okay. :)

I write based on my real life. :)

Lady FS. said...

cikgu psycho kau mesti syg kau lebih duh (cikgu?) WTH :DD

anak Kushairi said...

yaw, fikiran kite kene berjalan seiring dengan kehidupan kalau tak. memang susah arrr :)

rda hot said...

FS, hahahha. Cikgu, sumpah lawak. Tapi aku harap lah Ms Salmah bagi markah lebih. :)

rda hot said...

Que, yeah. That's what I mean. :)