BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, November 26, 2009

Kau Pergilah

Kalau betul kau tak nak, kau boleh pergi. Aku tak suka memaksa sebab aku benci dipaksa. Kalau kau memang tak sudi, tolong jangan datang lagi. Sebab aku bukan bodoh untuk pejam mata dan buat-buat tak nampak apa yang sedang berlaku. Aku bukan macam dulu, yang senang nak percaya walau kau tipu depan mata aku. Walau kau cakap kau tipu, aku masih nak percaya. Aku dah lain. Bukan berubah, tapi lain. Sebab aku bukan macam dulu. Sebab kau yang buat aku nak jadi lain.


Dan bila kau datang kali ni, memang buat aku tutup pintu hati aku. Jadi, baik kau pergi. Dan tolong jangan datang lagi. Sebab aku benci. Aku benci bila aku dah mula sayang kau tapi sebenarnya kau datang bukan untuk menyayangi. Aku benci bila aku mula berharap pada kau tapi kau dah mula hilangkan diri. Jadi, lebih baik kau pergi. Sebab bila kau ada depan mata aku, makin sakit hati dan perasaan aku. Dan kalau kau pergi, tolong bawak bersama perasaan dan hati aku yang dah kau sakiti. Sebab aku dah tak nak kau tinggalkan walau sekecil kuman pun serpihan kau dalam hidup aku. Aku nak kau pergi jauh, bawak semua benda yang kau rasa milik kau. Kau pergilah. Tolonglah.


Wednesday, November 25, 2009

Aku masih perempuan

Mungkin pada luarannya orang nampak dan nilai aku jauh dari ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki yang memandang. Yea, aku tak cantik dan aku bukanlah seperti wanita-wanita cantik yang setiap kali gelak, mesti sopan gila dan kena tahan suara walau pada hakikatnya nak gelak bagi pecah dunia. Aku bukannya jenis macam perempuan-perempuan sopan yang jalannya teratur dan tak tinggi kan suara bila bercakap. Atau mungkin yang tak terlalu bersosial dengan lelaki-lelaki dan berloyar buruk masa makan dan banyak lagi. Aku bukan perempuan seperti itu.


Tapi dalam keadaan aku boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki, bukan bermakna tidak ada langsung ciri perempuan yang lembut pada aku. Kali ni, aku betul mengaku. Aku masih punya ciri feminine yang diidamkan semua perempuan. Aku masih ada ciri wanita yang mudah terguris hati dan perasaan kalau ada perkara yang tak menyenangkan. Aku mungkin kebal pada kata-kata, tapi sedikit sebanyak apa yang kau cakap dan kau lakukan, sangat-sangat mengguris perasaan aku. Aku bukan bercakap tentang seorang dua, aku bercakap mengenai semua.

Adakah kau lihat aku sebagai seorang perempuan yang boleh kau nak cakap apa saja yang kau suka dan buat apa saja yang kau nak? Atau mungkin kau pandang aku sebagai seorang perempuan yang tak pernah nak ambil hati atau terasa hati walau apa yang keluar dari mulut kau? Aku betulkan, sebab aku bukan macam tu. Kau tahu macam mana aku handle perasaan bila aku terasa sangat-sangat dengan apa yang kau cakap dan kau buat? Susah. Sebab aku taknak lelaki memandang perempuan terlalu lemah, sebab tu aku cuba menjadi bagaimana aku yang sekarang ini. Sebab aku dah puas nak tunjukkan kesedihan aku setiap kali aku terasa dengan apa yang kau, wahai lelaki-lelaki dah buat dan cakap.

Kau kena faham, walau mungkin kau rasa kita sekepala dan mungkin kau rasa aku boleh diajak ketawa terbahak-bahak, kau still kena ingat, aku tetap perempuan dan kau tetap lelaki dan kita tetap berbeza untuk selamanya. Kau kena faham yang aku tetap punya perasaan just like the other typical woman. Walaupun mungkin aku extra-ordinary di pandangan kau sebab aku bukan jenis yang sopan santun dan menjaga setiap perilaku yang aku lakukan. Aku masih perempuan yang kau kena jaga hati dan perasaan aku macam kau jaga hati GF kau. Sebab aku perempuan, sama macam dia. Walau mungkin aku bukan se-special dia tapi kau tetap ada tanggungjawab untuk jaga hati dan perasaan aku.

Senang kata, aku memang terasa dengan apa yang kau dah buat dan cakap. Walau mungkin pada mula nya aku macam tak ambil kisah dan tak ambil pusing tentang apa yang kau dah buat tapi betul, aku masih perempuan yang hati aku sama macam perempuan-perempuan yang lain. Kuat di luar tak bermakna aku kuat di dalam. Jangan kau nilai aku berdasarkan dengan apa yang aku tunjuk dan zahirkan setiap hari, sebab walau aku tomboy atau pengkid sekalipun, hati aku tetap kepunyaan seorang wanita. Yang tak mahu terguris dan terkecewa dengan tindakan-tindakan yang kau rasa kan kosong tapi penuh makna bagi aku. Okay, dah. Bye.

p/s; I am going back to KL this Thursday untuk Raya Haji. Sangat lambat and I dah start homesick.

p/ss; Aku masih ada seseorang yang sudi mendengar cerita-cerita bodoh aku.

p/sss; Click lah nuffnang. Kalau tak aku koyak ticket bas kau.


Monday, November 23, 2009

Don't talk about other people.

I prefer to talk about my self in front of people instead of others, because I won't other people talk about me at back. I don't want to talk about the others. But this is what I see in this blogging world. When people attract readers with the entry that saying about somebody else and I think it is not good at all. I even don't like it, because it's bad. That's why I uploaded all these photos for this entry, because I want to tell you, that I love to write about my self. I love to write about my life.


And I want to beg you people, please don't talk about the others if you don't want they talk about you. And please just remind your self. What goes around, comes around and that is the promise. Someday, you will found that the people that you talk bad about is great better than you. Because we're human. And we're the same, unless you don't have your own kindness, then you can do what you want to do. But still you will got the same to what you have done.

I just came back from the Induction held by Part 3 of Pre-lawrians. And I think it worst. I hate it, and I don't like the way it goes. Because I think we need changes, we need to improve our selves. Because we're in a small community in here and we need to be unite. Am I too honest? I'm sorry senior. :)

Okay, I nak cerita about my self. I dah ada BF! Percaya lahhhhhhh. Okay, tak. I tipu. I dah ada GF sebenarnya. Nama dia Fatin Syuhada. Baru je declare tadi. Oh, I kan Lesbian. Dah lah, malas nak type plus nak buat homework. Bye.



Kat atas, semua stock muka suci, jiwa murni. I kan dah baik. :)

Sunday, November 22, 2009

I tak nak bagi alasan

Semester kedua ni memang banyak menguji kesabaran I sebenarnya. Dari perkara yang sekecil semut, sampai lah sebesar perut Achenk. Semuanya dah jadi macam bebanan sekarang ni. Tapi I malas nak mengeluh panjang, sebab nanti orang kata, baru start kerja dah membebel. So, I diam kan je. Walaupun hakikatnya I betul penat. Sampai orang sekeliling pun perasan dan tegur kesibukan I ni. Tapi I tak nak jadikan kesibukan ni sebagai 1 alasan kalau apa-apa jadi in future.


I baru je sampai dari UiTM Shah Alam pagi tadi. Jam 6 pagi. I pergi pun sebab ada latihan Royal Debate. Rasa sayang untuk lepaskan peluang-peluang yang jarang datang dalam kehidupan I. So, we decided to go. Memang penat, sumpah sangat penat. Tapi I rasa puas dan bangga sebab masih lagi boleh bertahan walaupun kena ulang alik Kedah-Shah Alam, and even untuk apa-apa latihan debat after this. Cuma, bila kepenatan dan kesibukan ni datang serentak, memang selalu buat I terfikir tentang pengorbanan-pengorbanan yang kononnya I dah buat. Dan hati I mula berfikir untuk berkira dengan setiap apa yang I dah korbankan. Tapi I cuba jauhkan diri dari sikap itu, sebab I tak nak jadikan perkara yang I sanggup buat pada mulanya, sebagai alasan kononnya I dah sacrifice banyak benda.

Sepanjang latihan, kat Dungun, Shah Alam or even while informal meeting in Kedah sekalipun, banyak perkara yang I dah pelajari. Tentang apa itu kesetiaan dalam persahabatan, tolong-menolong, menjadi pendengar yang setia dan mampu bagi respon yang baik, belajar untuk menerima kritikan dengan memandang pada sudut yang positif. Menerima keburukan diri dengan azam untuk cuba buang ia jauh-jauh. Semua itu sangat mengajar dan memberi kekuatan pada I.

Cuma, apa yang betul mengganggu fikiran I sejak dua menjak ini, I suka untuk berfikir tentang diri sendiri berbanding dengan orang yang ada disekeliling. Bukan cuba untuk jadi selfish atau kejam. But somehow, I need to think about myself instead of thinking somebody else. I have to put myself at first level in my heart and in my mind before I put the other. Sebab, kalau boleh I taknak jadi terlalu baik dengan orang, yang akhirnya mungkin I akan jadikan kebaikan itu sebagai alasan untuk I dapatkan sesuatu. I nak express that kindness dengan sendiri tanpa rasa ia perlukan balasan. Sebab I tak nak bagi alasan.

p/s; I will rarely update this blog for this couple of month because I'm busy with the Debate selection and training. Haaa, tengok. I dah jadikan ia alasan. Tsk.
p/ss; But still I akan update kalau I ada masa okayy. Pls click the nuffnang. Macam dah lama tak bergerak $$ I. :)

Monday, November 16, 2009

Aku nampak bodoh bila macam ni.

Aku jarang punya perasaan benci. WTF guna 'aku' tiba-tiba. Takpe, dah biasa untuk entry yang ber-emosi. Yea, aku jarang ada perasaan benci walaupun aku sering kali punya perasaan marah. Aku kurang sabar, aku terlalu emosi. Tapi belum sampai tahap aku benci. Dan kebiasaannya bila aku elakkan perasaan benci macam ni, mesti aku akan rasa sedih.


Kau faham tak, macam mana perasaan bila kau rasa down dan lost your self sangat-sangat? Kau faham atau tidak bukan persoalan besar aku, tapi itu yang aku rasa sekarang ni. Saat aku tengah taip entry ni. Dah lama benda ni berligat dalam kepala otak aku. Walaupun kadang-kadang aku express dalam status mood kat Facebook dan Myspace tapi aku kira ia belum mencukupi untuk aku hilangkan perasaan itu. Belum cukup untuk aku lepaskan apa yang mengganggu fikiran aku sejak dua menjak ni. Sehingga gurauan kawan-kawan pun, yang dulu nya aku layan macam takde perasaan, tapi sekarang aku lebih cepat touching. And I really meant it. Jangan bergurau dengan aku lebih-lebih pada ketika ini.

Aku selalu punya masalah confuse dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku tulis, kau faham atau tidak bukan satu isu. Sebab aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku. Kenapa ia begini, dan bila ia bermula macam ni. Aku sendiri tak boleh nak jawab. Walaupun soalan nya hanya dua, kenapa dan bila. Dan aku kira perkara ini mungkin sudah ditahap yang kritikal. Sebab keperluan boyfriend yang aku nyatakan dalam previous entry pun, aku confuse samada keperluaan itu adalah punca kepada perasaan ini, atau pun mungkin kesan daripada perasaan ini. Aku sendiri keliru dan tidak pasti. Tapi apa yang pastinya, aku dalam keadaan dan situasi ini.

Situasi yang bila malam, aku terasa seperti berseorangan. Walaupun mulut tengah gosip-gosip dengan roommates tapi hati dan kepala aku seperti di suatu tempat yang terpencil yang sunyi. Dan bila siang aku lupa mungkin sebab faktor kesibukan. Keadaan yang bila malam, aku terasa sangat rindu mak, ayah, abang dan adik-adik aku. Tapi bila siang, mereka hanya ada di hati aku. Aku sorok dan aku simpan perasaan itu. Dan kadang-kadang aku terasa sangat bodoh sebab tak dapat handle perasaan sendiri padahal dalam masa yang sama banyak idea-idea aku keluar untuk handle perasaan orang. Betul ke karma nya macam tu? Kalau betul, tolonglah sesiapa hadir dan datang, sebab aku perlukan kau.

Bila aku macam ni, aku rasa aku sangat memerlukan seseorang yang betul-betul boleh spend time mengadap muka aku untuk sesi luahan perasaan. Tapi aku tak tahu siapa, dan aku mohon dia boleh datang sendiri tanpa aku pinta. Sebab tentang siapa yang dapat membantu pun, aku keliru.