BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 03, 2011

Hujan.

Pagi ini hujan. Aku semahunya memujuk hatiku; ini adalah hujan rahmat. Sepanjang perjalanan ke kelas tadi puas aku berkata dalam hati; ini adalah kesusahan sebelum kesenangan, ini adalah keperitan sebelum kemanisan.


Dalam lebat hujan, hatiku meronta mahu menangis! Biar, biar air mataku deras mengalir. Dalam esak hujan ini, tiada siapa akan tahu gelora duka di hatiku. Tiada siapa yang dapat melihat titis-titis air mataku. Tapi bila melihat kesungguhan di balik wajah sahabat-sahabatku, buat aku tersentak!

Bagaimana dalam keadaan suram ini mereka boleh redha dengan kekalahan? Bagaimana dalam keluh kesah ini, mereka kelihatan tenang merancang kehidupan? Dan aku? Terus merungut dan mencari silap rezeki yang Allah limpahkan padaku. Astaghfirullah. Aku sudah jauh dari redha, Ya Allah.

Ya Allah, Ya Quddus dekatkan hatiku dengan redha yang kian menjauh. Ya Ghaffar, ampunkan dosaku yang tidak terhitung banyaknya. Ya Razzaq, janganlah Kau putuskan rezeki buat hamba-hambaMu. Ya Khabir, kurniakanlah aku apa yang tersirat di kalbuku. Amin Ya Rabb.

Hujan sudah reda, aku lihat sinar mentari dari jendela kamarku.

4 Yorum var:

Putera Afzal said...

be strong dear,aku pasti kegembiraan dan kesenangan akan mendampingimu nanti..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Thanks. InshaAllah.

FS said...

Doa banyak2 result kita okay kali ni! Love u! Be strong. Aku pun tengah cuba.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Atyn, kau resit MUET ke hari tu? InshaAllah weh. Aku berharap sangat ni. Be strong jugak tau. I pray for us! Lyt!