BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 07, 2010

Tuhan!


Tuhan, tunjukkan aku. Apa itu cinta? Bagaimana untuk aku mengenali cinta?

Tuhan, aku mahukan yang hakiki. Cinta yang sejati. Di mana dapat ku cari?

Tuhan, andai saling mengasihi itu cinta yang sejati aku mohon Kau bukakanlah pintu hatinya untuk mengasihi aku. Aku mahu dia yang menjadi cinta sejati buatku. Aku ingin sekali berada dekat dihatinya. Aku mahu sekali menjadi miliknya. Yang halal buatnya.

Ya Tuhan, kalau cinta suci itu adalah saling melengkapi Kau kuatkanlah hatiku, Kau kuatkanlah jiwaku. Aku mahu sentiasa di sisinya. Menjadi seseorang yang bisa berada pada saat dia jatuh, pada saat dia lemah. Aku mahu kami saling melengkapi. Yang mampu saling membimbing ke jalanMu.

Oh Tuhan, seandainya cinta yang agung benar tidak perlu dilafazkan Kau tunjukkanlah jalan untuk kami saling meluahkan bahasa cinta kami. Jalan supaya kami saling mencintai tanpa melafazkan. Kerana aku begitu takut untuk katakan, aku benar cinta padanya.

Tuhanku, kalaulah pengorbanan itu bukti cinta yang hakiki kau berikanlah kesabaran yang tinggi kepada aku. Berilah kesanggupan untuk aku korbankan segalanya demi cinta hakiki dari Mu, oh Tuhanku. Kau berikanlah seseorang yang lebih baik dari ku kepadanya. Kerana aku ingin sekali melihatnya bahagia. Walau dari jauh sekalipun.

Ya Allah, jika apa yang aku rasakan tika dan saat ini hanyalah sebuah perasaan biasa, atau cuma keinginan untuk memiliki Kau hilangkanlah rasa ini. Kau lenyapkanlah ia dari hati dan jiwa jahilku ini. Kau benamkanlah ia ke dasar yang paling dalam yang Kau punyai. Jauhkanlah ia beribu batu sekalipun dari diriku. Berikanlah sedikit rasa redha dengan ketentuanMu kepadaku. Aku ingin sekali menjadi insan yang redha. Yang percaya, ujianMu hanyalah untuk mereka yang benar-benar mampu menghadapinya. Aku percaya pada jodoh takdir yang telah Engkau lakarkan pada daun-daun hambaMu.

11 Yorum var:

dylakamil said...

amboii, ada cinta dlm hati ke rda :D

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, I think so. Err, aku pun confuse. Haha.

beruang said...

istikharah penyelesaian terbaik...

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Bear, thanks for the advice. InshaAllah.

budak said...

haha...ad rse cinta ke..?? susah r cmni..
carik "betul2" cinta Allah, then
kita xyah nak ssah2 Allah, akan beri kita kpd cinta.. xkesah la, dlm bntuk rahmat ke, rezki ke, manusia ke (suami la kan)..haha,
betul ke??

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Budak, jadi perempuan ni susah. Macam-macam kena fikir. Kadang2 kita suka kat someone tapi kita takut orang tu tak suka kita, at the end kita pendam je perasaan. Sebab tu kena banyak berdoa. Meminta sekurang-kurangnya. And at least, kita mahu yang terbaik. Bukan untuk main2. (:

budak said...

yup...kena bnyk la berdoa, betul! but, sometimes bnd yg kita suka sbnrnya bukan yg terbaik utk kita. Mcm tu jgak sebaliknya. Allah knows the best thing utk kita. dia kan our creator.. n pastikan setiap detik pncarian cinta kita kpd mnsia xlebih dr mncari cintaNya..k

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Budak, exactly. Tapi cinta tu tak perlu dicari kan? It comes to us naturally. Rasa dan cinta, bukan sesiapa untuk kita cari. Semua tu ketentuan Illahi. (:

saye said...

=)

saye said...

=)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Pohon rendang, (: