BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 06, 2010

Dulu-dulu

Minyak dan air, bercampur.

Dulu kan, masa I kecil I ingat bulan puasa dan raya Aidilfitri mesti jatuh masa cuti sekolah. Bulan 12. Best sangat sebab lepas raya dah tak payah pergi sekolah. Boleh balik kampung lama-lama. Tapi rupanya I salah. Masa I darjah 5 baru I tahu puasa dan hari raya makin lama makin awal. Sebab ikut calendar Islam, bukan calendar Masihi.

Dulu, setiap kali awal puasa I mesti nak balik kampung Terengganu. Sebab kalau tengok waktu berbuka puasa kat TV, Terengganu awal beberapa minit dari KL. I nak bukak puasa awal, I berkira walaupun 1 minit so I nak balik kampung Terengganu. Tapi mak selalu kata Terengganu tu jauh. 8 jam, zaman tu.

Masa I kecil dulu, I selalu taknak bangun sahur. Mak and ayah akan prepared the foods untuk kami adik beradik. Bila dah siap semua, baru kejut kami. Tapi I yang paling payah nak bangun. Kalau I cakap taknak sahur mesti my mum berleter panjang. Dia cakap kena sahur, kalau tak nanti I mintak bukak puasa pukul 12 tengahari. So, I pun turun tangga dengan mata tertutup.

Dulu, masa I kecil I ingat setiap kali raya wajib balik kampung. I suka balik kampung Terengganu sebab rumah nenek kat tepi pantai. Ramai sepupu, boleh mandi laut masa raya kedua. Boleh mandi air perigi masa hujan. Tapi bila semua dah takda, baru I tahu raya kat PJ pun boleh jugak.

Masa dulu, I selalu excited setiap kali dapat card raya dari pakcik-makcik I. Siap gantung-gantung dalam bilik lagi. Bangga tu. Sekarang, semua pakat nak tag card raya kat facebook. I pun bakal buat 2-3 hari lagi.

Dulu I selalu tidur awal sebab nekad nak bangun sahur tanpa dikejut oleh mak dan ayah. Tapi sekarang, tidur lah pukul berapa pun memang I liat nak bangun.

Bye, nak sambung tengok Gossip Girl Season 1 for the third time.
-___-

p/s; Cantik kan gambar kat atas tu? Memang kebaikan selalu dirosakkan dengan kejahatan bukan? Sehingga kebaikan tidak lagi dilihat sebagai kebaikan.

12 Yorum var:

TheHeartlessFeeqa said...

aku dulu dok compete ngn akk aku sapa dpt kad raya lg byk. x prnh mng -__-

Khairulnizam Bakeri said...

Turun tangga sambil tutup mata. Kelas!

mier@merr said...

aku suka jalan jalan pusing kampung ngnan spupu spapat...selagi tak lembik..slagi tu kami trus bjalan g uma org...hihi

DyanaBangs said...

berbeza kan dulu sekarang haihh

dylakamil said...

Hahahaha kau sama mcm aku, parents dah readykan baru bgn sahur. heheeh.
awww rindu zaman kecik2 -__-

Rabiatul Adawiyah said...

Feeqa, hahaha. Kau lagi psycho duhhh.

Rabiatul Adawiyah said...

KNB, nasib baik takdak kes jatuh tangga. Haha.

Rabiatul Adawiyah said...

Mier, ni mesti kes nak kumpul duit raya kan kan? Haha.

Rabiatul Adawiyah said...

Dyana, sangat!

Rabiatul Adawiyah said...

Dyla, hahaha. Tu lah pasal. Rindu gilaaaa.

beruang said...

aku dpt kad aya dari takaful ngan kdai optometrist ja..
huhu

Rabiatul Adawiyah said...

Bear, hahahaha. Kesian ang. Satgi aku pos satu kat ang okay.