BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 10, 2010

Hidup

Hidup ini begini;


Kalau jatuh, bermakna kita pernah berdiri. Dan kita akan bangun, berdiri. Ia tidak pernah akan statik.

Kalau sedang bersedih, kita yang akan merasai kesedihannya. Tapi akan ada orang yang melihat air mata kita, dan turut bersimpati.

Kalau dalam kesusahan, akan ada manusia yang cuba mentertawakan kita. Tapi kita tidak keseorangan, kita sentiasa ada teman.

Bila terlalu banyak nikmat yang kita rasai, jangan hairan andai kita jatuh walau sekali. Tuhan mahu menguji.

Bila harapan kita tinggi, usaha dan doa kita juga perlu untuk tinggi. Kerana ia saling melengkapi.

Bila kita terlalu banyak pilihan, kita akan selalu tersalah pilih, yang paling memberi nikmat tapi sebenarnya bukan untuk kita.

Kalau kita merasakan tiada langsung pilihan yang diberikan, kita akan mula merungut. Kononnya dunia tidak pernah adil terhadap kita.

Hidup ini begini, kita sentiasa akan kaji kerana kita tidak akan pernah puas hati.


4 Yorum var:

NAZ said...

kita terima kita juga memberi semula :)

FS said...

yes, setuju rda :')

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Naz, yes. Setuju dengan anda. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, rindu. (: