Keadaan selalu menjadi penghalang untuk kita bergerak ke hadapan. Mungkin kerana perubahan yang sentiasa berlaku menyebabkan kita tidak boleh membaca, apa sebenarnya keinginan orang di sekeliling kita. Ada yang mahu kita begini, tapi bila kita jadi begini ada pula yang mahukan begitu. Sampai akhirnya, kita tidak tahu untuk jadi apa. Kadang-kadang semakin ramai yang kita jumpa, semakin kita tidak memahami kehendak mereka. Semakin lama kita bersama, semakin lemah persefahaman kita. Kerana manusia itu sentiasa berubah.
Aku sentiasa percaya pada perubahan. Dalam perdebatan juga, itu yang berlaku. Semakin lama aku berdebat, aku semakin keliru. Semakin ramai yang aku ketemu, semakin aku tidak tahu. Kadang kala ada yang berkehendakan aku untuk menjadi agresif dalam perdebatan, ada juga yang berkeinginan supaya aku menjadi lebih tenang, serlahkan keperempuanan. Ada yang berkata begini, dan ada yang kata begitu. Sehingga, perubahan yang kita lakukan untuk memenuhi tuntutan kemahuan orang yang memberi pendapat itu lah yang seringkali menjadi penyebab kekalahan.
Memasuki alam perdebatan universiti mengubah kefahaman aku, dan aku sangat bersyukur. Memahami tradisi debat merupakan tradisi ilmu, dan dengan kefahaman itu aku mula menerima setiap pandangan dan juga komen yang diberikan orang sekeliling kita merupakan perspektif yang perlu kita hormati, tapi bukan bermakna kita perlu turuti. Manusia memberi perspektif mengikut kefahaman dan apa yang dipercayai. Kerana itu aku percaya, selagi mana ilmu dan kematangan pemikiran yang menjadi asas perdebatan, kita tidak akan tersasar jauh dalam perjalanan. Kerana tidak pernah ada kalah dan menang, betul dan salah dalam perdebatan.
Debat bukan hanya mengenai kalah dan menang, sokong dan bangkang. Debat mengenai nilai ilmu dan kefahaman yang dikumpulkan, yang akhirnya membentuk satu komuniti yang aku sudah kira sebagai satu keluarga. Mungkin dalam keluarga ini, ada banyak pendapat yang berbeza tapi asas yang kita pegang masih tetap sama, kita percaya debat adalah soal kita berkongsi ilmu dan menunjukkan sejauh mana kematangan yang kita ada. Aku selalu merungut, apa lagi perubahan yang perlu aku lakukan bagi memenuhi kemahuan orang yang melihat dan memberi pendapat. Tapi aku mulai sedar, selagi mana kita bentangkan ilmu yang tidak direka-reka dan kematangan yang logik, selagi itulah kita akan sentiasa berada dalam perjalanan.
Debat adalah satu proses, tidak ada titik akhir yang perlu kita kejar. Kemenangan bukan matlamat sebenar, kerana mungkin selepas satu kemenangan kita akan temui pula satu kegagalan, dan sebaliknya. Namun, dalam proses dan perjalanan ini, apa yang paling penting adalah semangat, kesungguhan dan perubahan yang tidak akan pernah menafikan kefahaman berdasarkan ilmu dan kematangan.
7 Yorum var:
aku first!
makin bijak kau berfalsafah ye skrg?
makin belit otak aku nk mencerna :D
errr boleh tahan susah skit aku nk phm. hehehe
Feeqa, haha. Tak lah, it's just a little expression. (:
Dyla Kamil, haha. Faham-fahamkan. (:
Dyla Kamil, haha. Faham-fahamkan. (:
teruskan membaca. dan jangan berhenti =)
Thanks minda mind. (:
Sen de yaz