BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, July 13, 2009

apa difikiran,jatuh kehati,diluah bahasa jari.

dah 2-3 hari jugak,aku asyik terfikirkan benda yang sama.dan bila setiap kali terfikir tu la terasa sedih sgt2 dan menangis.tp aku tau,itu bukan penyelesaian.walaupun dunia sibuk membincangkan isu2 yg lebih besar,aku lebih suka memilih untuk memikirkan tentang kehidupan.yang aku sendiri kira telah lama aku biarkan ia kosong tanpa susunan.entahlah.mungkin jiwa aku yg kosong sehingga aku terlalu merasakan ini suatu bebanan sedang lebih ramai lg manusia yg hidupnya tertekan dengan permasalahan.terasa seperti ingin berkongsi dgn seseorang agar sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan dan kesedihan yg ada.tp belum lg aku temui mereka yg sudi mendengar dengan teliti kerna setiap manusia itu punya masalah sendiri.bukan ingin merasakan dunia ini terlalu kejam cuma terkadang aku terfikir adakah dunia tidak adil dalam pencaturan kehidupan?tp setiap kali aku memikirkan,aku harus kembali pada hakikat ketuhanan.agar tidak terpesong perjalanan menuju Tuhan.aku sedar manusia itu lemah dan sering bergantung.kerna itu kita sentiasa harus memikirkan tentang perasaan org sekeliling supaya hidup kita tidak dipenuhkan dgn dendam kesumat yg pastinya tiada pengakhiran.aku menilai lagi maksud kehidupan,yg terkadang aku rasakan sebuah seksaan.tp mengapa manusia itu sering merasakan bahawa diri mereka adalah yang paling malang sekali di atas muka bumi ini?aku terfikir Tuhan itu bisa menjawab setiap persoalan.mengapa Tuhan cipta kesengsaraan jika tidak mahu hambanya mengenal erti kesyukuran?wahai Tuhan,pimpin aku andai aku leka agar aku tak jatuh tersungkur menyembah bumi suatu hari nanti.kerna Kau Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.sesungguhnya pentas lakonan dunia banyak mengajar aku apa itu erti kehidupan sebenar yang kadang kala ujian yang menjadi watak utama sedang manusia mahukan kebahagiaan dan kesenangan,namun aku sedar dengan ujian dan halangan itu,Tuhan bukakan hati dan lapangkan jiwa membuat aku tersedar bahawa dunia ini hanya sementara,kelak bertemu jua dengan yang Esa.

12 Yorum var:

[b][y][t][i][e] said...

semoga Allah tunjukkan kita jln yg benar & agar kita tidak leka serta lalai di bumi yg fana ini..

im try myself too..

jg diri baik2 kt tmpt org tu k..b strong! =)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

yup.
i wish.
thanx for ur supprot.
;))

natalia harris thang said...

be strong rda, insyaAllah semua dpt diatasi

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

thanx natt.
with all of ur supprot.
i know i can survive.
;))

13may said...

hi cek....layan blues nampak :D

hehhe hehhe...

btw, stay strong & stay cute :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

haha.
sekali-sekala je.
;))

btw,thanx yeah!
;))

tajudin said...

jangan stress (baru je ikut kursus stress...)

kena sentiasa senyum/gelak (tapi jangan sorang-sorang)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

haha.
okay2.
kalo senyum n gelak sorang2.
xpasal2 kena hantar hospital mental la.
;))

dylakamil said...

wah post kali ini. mendalam rda :)
be strong bebeh :D

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

haha.
bajet jeh.
;pp

Anonymous said...

rda?
what's wrong?
nape ak tataw pape?

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

haha.
kadang2 aku terpakse simpan sendiri.
:)