BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, December 14, 2008

Warkah Cinta Berbau Syurga


Alhamdulillah. Selesai aku dengan sebuah lagi novel islamik yang benar-benar isinya menjerut aku untuk terus mengikuti serta mensoroti perjalanan kehidupan seorang Amir Mukhlis. Yang di dalam hidupnya hanya ada Tuhan sebagai teman bicara. Garapan apa yang penulis bawa, aku bersama dibuai untuk terus menyempurnakan bacaanku. Bukan soal perasaan atau emosi cinta yang dimainkan. Bukan soal bahagia hidup seorang manusia. Bukan soal Mesir yang menjadi saksi sebuah kehidupan, atau Kinanah yang lebih mengetahui. Ah,siapa peduli tentang soal Mesir yang mempunyai seribu satu wajah dunia? Siapa peduli akan itu semua? Aku yang terbawa. Aku yang dibawa. Terus-terusan untuk sempurnakan apa yang kita namakan sebuah sifat ingin tahu akan apa yang terjadi. Itu yang mengajak aku. Mainan apakah ini hingga aku terus terbuai seperti aku yang menjalani apa yang dirasai. Seperti Wardah yang benar-benar membutuh warkah-warkah cinta yang tidak diungkap sang putera. Seperti Balqis yang menyimpan segunung harapan untuk disemadikan bersama dalam sebuah kehidupan bertemakan bahagia. Ahh,belum aku temui seperti apakah diriku saat ini. Menangis bukan beerti aku tewas,namun benar kata Amir Mukhlis, kadangkala kenangan yang menyambar kehidupan kita membawa aku terus leka terbuai tangisan yang aku sendiri belum pasti kapan akhirnya. Warkah Cinta Berbau Syurga banyak mengajar aku erti sebuah kehidupan sebagai seorang hamba yang benar-benar dhoif akan cinta Penciptanya. Bukan cinta itu tiada namun belum dirasai apatah lagi untuk diketemui. Tentang sang hamba yang meminta-minta pada Tuhannya. Itu hanya sebuah figura ilusi yang kadangnya melekakan diri. Benar kata Amir Mukhlis, terkadang emosi melalaikan kita untuk terus redha akan kehidupan. Terkadang perassan yang menghanyutkan sebuah kehidupan yang pada dasarnya ingin berlayar ketepian. Bukan mudah menjadi seorang pencinta jika hatinya belum benar mencintai. Itu rumit. Kadang-kadang aku rasakan seperti ingin meluah bahasa hatiku menjadi bahasa tulisku. Namun kemampuan belum tiba dalam diri untuk berbuat demikian. Lantas,aku rasakan lughah bacaan akan mudah membantuku. Biar aku menangis sampai luka ku sembuh. Biarku meraung sampai parutku hilang. Namun tangisan itu bukan bermakna kelemahan atau kekalahan. Itu curahan seorang pencinta yang ingin dicintai tapi bukan untuk bermain emosi. Beremosikah entri ini? Kalau begitu maafkan aku pembaca kerana hanya ini yang mampu aku gerakkan di kekunci ini. Belum pernah begini. Bukan sahaja pengalaman yang mampu mengajar kita erti sebuah kehidupan namun keadaan jua bisa memberi kita seribu satu kesedaran. Atau mungkin dengan melihat kesengsaraan orang lain baru datang keinsafan? Aku bingung. Adakah dunia ini tidak adil dalam memberi percaturan kehidupan? Atau aku sendiri yang tidak adil dalam menilai? Persoalan seperti ini yang sering membuat aku jauh dari menerima sebuah hakikat. Tiada bahasa cinta yang dapat aku figurakan dalam Warkah Cinta Berbau Syurga ini. Cuma terkadang aku marasakan Amir terlalu kejam dan terlalu menghukum diri. Hingga orang yang mencintainya terkena percikan api kecewa. Bukan kerana dia terlalu ego,pada aku. Namun dia utuh dengan pendirian yang sangat unik sehingga mana-mana arjuna pun belum ku temui sebegitu. Itu yang membuatkan sang puteri lebih manggantung harapan dan balasan. Sudah,ini bukan soal Amir Mukhlis,Wardah atau Balqis. ini soal aku. Biar itu menjadi milik aku. Apa yang aku rasakan dan apa yang cuba aku luahkan milik aku. Bukan sesiapa tetapi aku. Aku yang merasai dan aku yang menanggung sendiri. Biar aku yang menilai. Biar aku.

0 Yorum var: