Benarkah wanita itu lemah? Atau aku yang lemah? Entahlah, semakin aku fikirkan semakin ia bersimpul berselirat di dalam benakku. Selama bertahun aku mencipta hukum alam mengikut acuanku sendiri. Biasalah nafsu selalu menguasai manusia selemah aku. Lihat, aku sudah mengakui.
Ini semua salah aku, aku yang lemah. Aku yang membenarkan kekuatan itu menguasai diriku. Ketika itu, dialah yang kurasakan penguat jiwa dan ragaku. Dialah kekuatan yang kononnya boleh meresap dalam jiwa lemahku. Kekuatan yang kononnya boleh memimpin aku. Lebih hina lagi, aku yang menggunakan agama sebagai penutup dosaku.
Cerita aku dan dia berjalan lembut, mudah sahaja proses perkenalan kami. Berbekal hanya sedikit memori yang pernah kami cipta bersama, mudah sahaja kami bergaul mesra. Tambahan pula, hati lemahku sedang kosong menanti diisi. Datang dia seperti seorang superhero, aku pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Masing-masing saling melengkapi, kononnya.
Entahlah, bagiku dirinya berbeza. Mungkin kerana ketika saat aku mencari, dia mula memperkenalkan diri. Pohonnya cinta, bajanya ilmu. Kembang mekar cinta dalam hatiku, hanya kerana dia melemparkan ilmu yang tidak pernah aku tahu. Biarlah hukum Allah digelapkan, yang pasti aku lihat dia yang membawa sinaran. Bersama dengannya, buat aku rasa bertuhan! Hati yang dulunya jauh dari agama, kurasakan dekat di dalam jiwa.
Lama-kelamaan ku rasakan jiwaku seperti diikat dengan jiwanya, seperti berpadu! Mulai dari saat itu, kami mencipta persamaan yang kononnya berteraskan agama yang langsung meletakkan kami jauh dari si Pencipta agama. Kejauhan jarak bukan lagi penghalang, sehingga Allah menunjukkan kuasaNya.
Aku yang ketika itu masih mencari jalan hakiki, tersentak lalu tersedar. Di dalam aku mendapatkan rasa bertuhan, dia merasai sebaliknya. Disaat aku menjiwai ketenangan, dia merasai kekeliruan dengan perasaannya. Kami kian jauh. Aku terbawa ke satu tempat yang meletakkan aku di tahap paling hina dalam hidupku. Akulah punca dosa tercipta, akulah punca hati terleka, akulah punca hidup derita! Derita dengan dosa yang aku halalkan dengan niat dhoif ku.
Lalu aku ditinggalkan terkapai-kapai sedang dia sudah bahagia. Lalu aku dibiarkan hina di setiap pandangan manusia, sedang dia hampir ke sana. Ke jalan yang pernah kami sama-sama mahukan. Aku cuba mencari jalan untuk bangun, dengan sisa tarbiyah yang dia pernah tinggalkan buat aku. Sehingga terkadang aku merasakan kehinaan yang maha dahsyat dalam diriku.
Aku mula merasai agama bukan untuk dimainkan dengan kata-kata. Ilmu bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Dan semenjak dari saat itu aku mulai percaya, matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara. Perjalanan benar-benar mendewasakanku.
Sudahlah, aku tidak mahu hanya aku yang merasakan kebaikan sedangkan engkau merasakan kekufuran ketika kita bersama. Aku hanya mahukan kebaikan yang tidak akan pernah menafikan kebaikan yang lain. Aku mahu parallel, tidak perlu intersect sehingga meninggalkan kesan pangkah di dasar hatiku.
Ya Allah, tetapkan hatiku. Beri kekuatan padaku!
10 Yorum var:
wanita itu kuat, kalau x, x kan mampu jadi tulang rusuk kpd lelaki :))
cinta itu buta. Yang benar pun boleh jadi salah, yang salah pula boleh jadi tak nampak. Cuma rasa tak senang/gelisah dengan dosa itu ada. Rasa diri makin dekat dengan cinta manusia itu ada, tapi rasa jauh dari PENCINTA pun ada. Itulah, kita salah mencari cinta. Kita lebih mengejar cinta manusia, yang menampakkan imej bercinta kerana tuhan?? Nope, nauzubillah min zalik. Jom cari cinta baru!
This entry, spot on rabiatul adawiyah! Bersyukurlah Allah mencampakkan rasa hina, selagi kita tak terus menghina diri. I love you woman! :)
Feeqa, indeed. Cuma jiwa kita yang selalu lemah.
Budak, nauzubilliah. InshaAllah.
Nurus, syukran. Rindu Nurus. Dah lama tak borak. Internet I problem tak boleh nak on ym. -___- I love you moreee! (:
thanx 4 da post.
membantu aku untuk sedar
Bear, sama-sama kita. (:
bab cinta ni mmg kau champion. hahaha
Kiwi, jangan nak lahar sangat lah.
Sen de yaz