BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 23, 2010

Things, people. All changed.

Sekarang memang dah malam. Adik-adik semua dah tidur sebab esok sekolah ganti untuk Raya Cina. Haishhh, kalau jadi diorang malasnya nak sekolah. Well, I'm going back to Kedah tomorrow evening. Yang ni lagi triple malas. Dah malas nak fikir pasal Kedah. Malam-malam macam ni memang buat I teringat masa kecil. And semua benda pun boleh buat I senyum kambing sorang-sorang. Tapi sekarang, semua macam dah lain. Lain sangat.


Kalau dulu, setiap pukul 10 malam, ayah akan suruh naik bilik tidur. Disebabkan beza I dengan abang hanya 2 tahun, so kitorang memang banyak spend time together masa kecil. Besar pun sama-sama. Eh, abang besar dulu. So, bila ayah suruh naik kitorang akan sama-sama buat muka, sebab Sunday Night Movie belum habis lagi. Tapi still naik, sebab takut kena cubit dengan mak. And before naik tidur, mesti salam mak ayah. Mintak maaf, and bagi salam. Sangat sweet.

Then, biasanya akan senyap-senyap bukak tv kat atas (dalam bilik) sebab nak sambung tengok movie. Bila ayah naik, automatically my brother and I akan pretend tidur tanpa plan. Sampai ayah tutup pintu dan turun balik. Padahal ayah tahu kitorang tipu. T____T Memang annoying, tapi itulah yang I rindu sekarang ni. Sebab sejak duduk hostel masa form1, nak naik tidur tak pernah dah salam mak ayah. Kalau ayah suruh tidur pun, buat bodoh je. Sebab konon dah besar. Yang paling sedih, dah tak buat-buat tidur dengan my brother dah. Bilik pun dah lain-lain. Dah besar. Nak ada serumah sama-sama pun dah jarang, sebab cuti lain-lain.

Dulu, masa bulan puasa macam-macam komplot I dengan Along (my brother) buat. Sebab bila darjah 3 memang wajib puasa penuh. Abang pulak dah darjah 5. Lagi wajib. Tapi, adik perempuan yang bawah I baru 4 tahun, dia tak puasa. Biasanya petang-petang masa bulan puasa, around 5 pm mak akan suruh Along pergi bazar, belikan Kak Lang (adik) makanan sebab dia akan lapar. Along ikut je cakap mak, pergi bazar naik basikal sorang-sorang. Masa tu I ready depan tv je, tengok macam-macam cerita. Then, bila Along balik, Kak Lang mesti takde kat rumah. Sebab main kat rumah jiran.

Then, Along selalu letak makanan Kak Lang atas TV (masa tu tak pakai TV plasma lagi. HAHA) Siapa yang tak lapar bila tengok makanan atas TV kan? I tak salah, sebab niat memang nak tengok TV. Tapi nampak makanan, terus lapar gila nak mampus. Lepas tu, Along akan jeling-jeling dan akhirnya kitorang tewas dengan sehelai mee goreng. Makan sehelai (ke seutas?) pun jadi, padahal bukan kenyang pun. Batallah puasa. Tapi sekarang, jangan kata nak ponteng puasa sama-sama, nak puasa sama-sama pun belum tentu. Dalam sebulan, maybe dapat 2-3 hari je untuk puasa sama-sama.

Bila I fikir balik, memang masa kecil hidup sangat bahagia. Ponteng puasa pun, tak rasa apa-apa. Tapi sekarang, macam-macam benda ada dalam kepala. Sampai tak tahu nak fikir yang mana dulu. Semua benda berubah, diri sendiri apatah lagi. Walaupun kita tak perasan. Sekarang dah 1.13 am. I dah mengantuk, bye.

18 Yorum var:

Lady FS. said...

haha , kau dr kecik dah terer blakon :DD

NICK IRFAN said...

hmm... sedihkan teringat kenangan dulu2... hehehe ape2 pun zaman masa kecik la zaman paling seronok sekali...

dylakamil said...

hahaha just like mine duhh ceritanya. mesti wajib ada helah dan penipuan dibuat kepada ibu bapa.

rda hot said...

FS, hahaha. Aku rasa emua orang pelakon hebat masa kecik. Kau pun, cuma maybe kau takde geng. Haha.

rda hot said...

NICK IRFAN, betul2. Sedih sebab I rindu all that moment. :)

rda hot said...

Dyla, kau mesti komplot dengan Mira Kamil kan kan? Haha.

nurafiqahmohamadadnan said...

weh, btl.
rasa cm nk jd budak kcik blk.

Hidayah Baik said...

haha zaman kanak2 memang indah. sobsobb *sambil berlari baring atas katil dan lap air mata dengan selimut*

s.c.h.u.l.t said...

samela. T____T

dulu waktu kecik rasa kehidupan sangat comel. sungguhpon gaduh kalah mafia boleh bantai2 guna kayu :D

rda hot said...

Feeqa, jadi budak kecik sangat seronok. :)

rda hot said...

Dayah, dah habis nangis ke belum?

rda hot said...

Syuhada, hahaha. Betul2, gaduh, main wrestling tak ingat dunia. Haha.

Hidayah Baik said...

belum. masih keluar hingusan lagi nih..

cik EPAL said...

zaman kanak kanak paling best :)

rda hot said...

Dayah, aduhhh, meh aku lap kan. Haha.

rda hot said...

Cik Epal, betul2. :)

amaa said...

sume rnduuuu zaman kicik2 enn
aku pon wehhh
time tu lahh yg paling besss ;')

rda hot said...

Amaa, sapa yang tak rindu tu memang abnormal. Haha.