BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 22, 2007


assalamualaikum..
Ya Allah..lame betul aku tak post kat sini..ni 4 da 2nd tym aku post kat dear butterfly ni..aku tak tau nak cakap ape sebena'y..i juz can't imagine,camne aku boleh idop kat SMKA maahad hamidiah selama 8 bulan nih!!satu kejutan budaya yg berbeza,ssh aku nak explain..pengalaman yang aku bawa dari bumi simpang lima byk mengajar aku erti sebenar sebuah kehidupan..berbekal pengalamn itulah aku berjaya teruskan hidup kat maahad..camne nak menjadi seorang yang tabah dan sabar dalam setiap apa yang aku tempuhi bukanlah mudah..tapi ia menjadi mudah bila pengalaman tu aku bawa bersama..ALHAMDULILLAH,kehidupan di maahad benar2 mengajar aku ttg sedikit sebanyak erti sebenar kehidupan seorang khalifah di muka bumi ini..pertemuan aku dgn insan yang benar2 mencari byk memberi kesedaran pada aku..betapa besarnya CINTA ILLAHI..betapa indahnya mahligai firdausi..walaupun perubahan yang aku jalani tak la berapa byk,tp aku yakin,dgn berkat usaha dan keyakinan yang tinggi,aku akan dpt terus mencari yang hakiki..walaupun,dlm perjuangan aku yang baru setahun jagung ni aku dah byk mendapat ujianNYA,aku kan tetap berpegang pada kalimah sakti itu LAILAHAILLALLAH,MUHAMMADURRASULLUAH..insyallah..bile aku baru je nak melangkah dan berhijrah,satu perasaan yang sukar aku tafsir dtg dengan tiba2..MENYAYANGI..aku terfikir,salahkah untuk kita menyayangi seorang insan yang bernama lelaki??apa yang aku dapat sepanjang proses penghijrahan ini..tak salah bila kita nak syg sum1 yang bernama lelaki tapi cinta dan sayang itu mesti berlandaskan cinta ILLAHI..aku tak boleh menjadi seperfect Khazinatul Asrar..sebab aku baru je nak bertapak dalam ruangan kasih sayang illahi ni..aku menganggap yang aku masih lagi belum layak utk menjadi sesempurna itu..tp aku dalam proses berdoa dalam mengejar fasa pertama ni!bila aku sayang seorang insan bernama lelaki,tp org tu tak pernah tahu..aku terfikir mengapa aku sanggup mengorbankan kasih dan sayang aku utk insan seperti dia..sedangkan dia belum tentu menyayangi aku seperti mana aku menyayangi dia..sgt2 rugi nilai kasih sayang aku tu..mengapa aku perlu meletakkan maruah aku sebagai seorang wanita di ruangan yang paling hina di bawah sedangkan maruah seorang wanita itu ALLAH ciptakan paling tinggi terletak darjatnya..mengapa harus aku persiakan hanya kerana sayang aku kepada seorang lelaki yang belum tentu dimana letaknya bahagia?pengalaman menyayangi itu benar2 buat aku mengerti dan lebih matang dalam menilai erti sebenar diri ini..walaupun aku terpaksa meneruskan hidup dalam kesediahn bila sayang aku tak dapat balasan,tapi aku puas kerana dengan menyayangi dia,mengajara aku erti sebenar kasih sayang yang hakiki..
oh tuhan
seandainya telah kau catatkan
dia milikku tercipta untuk diriku
satukanlah hatinya dengan hatiku
titipkanlah kebahagiaan
ya allah
aku mohon apa yang telah kau takdirkan
ku harap dia adalah yang terbaik buatku
kerana engkau tahu segala isi hatiku
pelihara daku dari kemurkaanMu
ya tuhanku
yang maha pemurah
beri kekuatan jua harapan
membina diri yang lesu tak bermaya
binakan setulus kasih dijiwa
kupohon kepadaMu
kurniakanlah daku pasangan yang beriman
bisa menemani aku
supaya aku dan dia dapat melayar bahtera
kemuara cinta yang Engkau redhai..
ya allah..
seandai dia..
satukanlah..

0 Yorum var: