BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 04, 2012

(:

It is been a while since I updated this blog. Nothing has changed but I'm happier, stronger, and better. I've found my true happiness and I won't let it go.

Banyak perkara yang terlepas untuk saya kongsi dalam blog ini. Bukan mahu berahsia, tapi mahu simpan sedikit cerita.

Semester 3 telah lama berakhir, in fact kelas untuk semester 4 akan bermula beberapa hari lagi. My result for semester 3 was good. I'd improved a lot, and that's what I wanted.

Ramadhan juga telah berakhir. Alhamdulillah, satu lagi Ramadhan yang sempat saya jumpa. Lebih menggembirakan, Tuhan panjangkan umur, dapat saya raikan Syawal buat kali yang ke 21.

Ya, umur sudah pun meningkat. 21 tahun. Saya bangga menjadi diri sendiri. Bangga menjadi anak kepada kedua ibu bapa saya. Bangga menjadi seorang Muslim.


Semoga entry ini akan menjadi pembakar semangat untuk saya terus menulis setelah sekian lama menyepi. InshaAllah.

Thursday, April 05, 2012

Terbang.

Aku mahu terbang,

Walau tanpa sayap dan teman,

Melintasi alam yang penuh dengan kebencian.

Melewati dunia sunyi yang cuma ada aku.

Aku tetap mahu terbang,

Membawa harapan yang terkumpul,

Ke satu tempat yang cuma ada aku,

Hanya ditemani bunyi unggas, dan aliran air yang menenangkan.

Biarlah aku terbang,

Aku mahu sendirian,

Menulis dengan cinta dan impian,

Impian yang akan didengari Tuhan.

Izinkan aku terbang.

Saturday, November 26, 2011

Menjadi terlalu sensitif dan emosi akan selalu menyusahkan orang, dan kadang-kadang, menyusahkan diri sendiri. Kesimpulannya, kalau taknak susahkan diri sendiri, jangan ikut perasaan bila buat sesuatu.

Thursday, November 03, 2011

Senyumlah.

Saya masih hidup dan bernyawa. Malah lebih bahagia, dan mampu tersenyum setiap masa. Selepas berbulan menyepi, penulisan di blog ini bakal bermula semula. InshaAllah. (:

Saturday, August 13, 2011

Doa adalah bukti kecintaan.

Alhamdulillah, syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan, Si Pemilik nyawa dan seluruh kehidupan saya dan anda semua. Ulang tahun yang ke-20 ini sekali lagi, jatuhnya dalam bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan keberkatan.


Sebenarnya, tidak ada beza hari ini, semalam mahupun esok. Setiap hari yang mendatang dan telah pergi, adalah anugerah Allah yang perlu kita syukuri. Logiknya, hari selepas ulang tahun ini malah patut lebih disyukuri, kerana Tuhan menganugerahkan satu lagi hari untuk kita terus bernafas selepas kiraan tahun perjalanan kita di bumi Tuhan ini. Ulang tahun hanyalah kiraan waktu yang paling kita ingat, dan yang paling kita rasa nikmat sebuah kehidupan.

Pun begitu, disebalik syukur yang kita panjatkan buat Tuhan yang Maha Pemurah, yang memberi denyut nadi untuk kita jalani kehidupan, ada satu perkara yang paling patut kita syukuri. Ia adalah doa-doa yang dikirim dan dititip dari setiap manusia yang mengingati kita. Biarpun kiriman itu adalah kiriman yang biasa, dari teman biasa, namun setiap doa itu dihitung dan dikira. Doa itu adalah tanda kita saling mencintai. Sesungguhnya doa kalian yang paling saya syukuri.

Terima kasih Tuhan, kerana menghantar manusia seperti mereka dalam hidupku. Terima kasih Tuhan, kerana nikmat nyawa yang Engkau pelihara selama 20 tahun kehidupanku. Aku pohon, cambahkanlah kecintaan pada hati mereka yang membenci, kekalkanlah kecintaan dalam jiwa mereka yang mencintai, semaikanlah kecintaan padaMu dalam jiwa dan hati kami. Amin.

Merujuk gambar di atas : 20 years ago, bersama kembar lain ibu lain bapa. Cousin yang lahir pada hari yang sama. Happy Birthday to you. (: