BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 16, 2009

Aku nampak bodoh bila macam ni.

Aku jarang punya perasaan benci. WTF guna 'aku' tiba-tiba. Takpe, dah biasa untuk entry yang ber-emosi. Yea, aku jarang ada perasaan benci walaupun aku sering kali punya perasaan marah. Aku kurang sabar, aku terlalu emosi. Tapi belum sampai tahap aku benci. Dan kebiasaannya bila aku elakkan perasaan benci macam ni, mesti aku akan rasa sedih.


Kau faham tak, macam mana perasaan bila kau rasa down dan lost your self sangat-sangat? Kau faham atau tidak bukan persoalan besar aku, tapi itu yang aku rasa sekarang ni. Saat aku tengah taip entry ni. Dah lama benda ni berligat dalam kepala otak aku. Walaupun kadang-kadang aku express dalam status mood kat Facebook dan Myspace tapi aku kira ia belum mencukupi untuk aku hilangkan perasaan itu. Belum cukup untuk aku lepaskan apa yang mengganggu fikiran aku sejak dua menjak ni. Sehingga gurauan kawan-kawan pun, yang dulu nya aku layan macam takde perasaan, tapi sekarang aku lebih cepat touching. And I really meant it. Jangan bergurau dengan aku lebih-lebih pada ketika ini.

Aku selalu punya masalah confuse dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku tulis, kau faham atau tidak bukan satu isu. Sebab aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku. Kenapa ia begini, dan bila ia bermula macam ni. Aku sendiri tak boleh nak jawab. Walaupun soalan nya hanya dua, kenapa dan bila. Dan aku kira perkara ini mungkin sudah ditahap yang kritikal. Sebab keperluan boyfriend yang aku nyatakan dalam previous entry pun, aku confuse samada keperluaan itu adalah punca kepada perasaan ini, atau pun mungkin kesan daripada perasaan ini. Aku sendiri keliru dan tidak pasti. Tapi apa yang pastinya, aku dalam keadaan dan situasi ini.

Situasi yang bila malam, aku terasa seperti berseorangan. Walaupun mulut tengah gosip-gosip dengan roommates tapi hati dan kepala aku seperti di suatu tempat yang terpencil yang sunyi. Dan bila siang aku lupa mungkin sebab faktor kesibukan. Keadaan yang bila malam, aku terasa sangat rindu mak, ayah, abang dan adik-adik aku. Tapi bila siang, mereka hanya ada di hati aku. Aku sorok dan aku simpan perasaan itu. Dan kadang-kadang aku terasa sangat bodoh sebab tak dapat handle perasaan sendiri padahal dalam masa yang sama banyak idea-idea aku keluar untuk handle perasaan orang. Betul ke karma nya macam tu? Kalau betul, tolonglah sesiapa hadir dan datang, sebab aku perlukan kau.

Bila aku macam ni, aku rasa aku sangat memerlukan seseorang yang betul-betul boleh spend time mengadap muka aku untuk sesi luahan perasaan. Tapi aku tak tahu siapa, dan aku mohon dia boleh datang sendiri tanpa aku pinta. Sebab tentang siapa yang dapat membantu pun, aku keliru.

Saturday, November 07, 2009

Ice Skating; all for free

Ouchhhh, since I dah lama sangat-sangat tak upload gambar kat blog ni, so I dah tersalah turutan. Jadi, sila baca dari bawah. Eh eh, taklah. doesn't matter pun turutan betul ke tidak, yang penting isi kandungan entry yang sangat bermakna ini okay. Sekarang, tarik nafas dalam-dalam. Sebab, sekali lagi pembaca-pembaca lelaki terpaksa kecewa sebab I. Kerana, hari ini dah terbukti I ni betul Lesbian. Hari ni merupakan dating pertama I dengan scandal ter-baru I; Cik Ween yang juga merupakan seorang blogger yang terkenal. (bodek, bodek) Actually, seperti yang semua orang dah tahu, Ween ni dan menang weekly prize satu contest yang di-organize oleh Nuffnang. So, antara hadiah yang Ween dapat ialah 10 ticket percuma untuk bermain ice skating di Sunway Pyramid. And Ween ada ajak mana-mana blogger yang nak join and she would give those free tickets. So, since rumah I sangat-sangat dekat dengan Sunway Pyramid, sehingga baby pun boleh berjalan kaki untuk ke sana tapi mungkin akan ditemui meninggal dibaham anjing liar, I pun offer lah diri untuk join sekaki. Eh eh, I ni pemalu sebenarnya. Tapi since Ween adalah antara blogger yang sangat baik dengan I, so I macam tak nak lah hampakan Ween kan.

So, pagi tadi I telah pun menjejakkan kaki di Ice Skating Sunway Pyramid bersama Ween dan teman-teman. Dan terbukti juga, bahawa I merupakan seorang yang agak pemalu, bila I sorang je blogger yang join. Yang lain semua kawan-kawan Ween. Ouchhhh, blushing muka I sepanjang masa. (Tipu, tipu. Padahal rancak bersembang dengan orang yang baru kenal) And, I macam tak nak comment banyak-banyak mengenai Ice Skating ni kan sebab I terlalu terror bermain dengan hanya menempek di dinding seperti cicak mengawan dan melakukan 3/4 pusingan. Dan kemudiannya Ween tarik I ketengah dengan memegang tangan (Ouchhh, romantic nya) Dan Ween pun bawak lah I jalan sikit-sikit since Ween pun baru je mula bertapak dalam bidang ini pagi tadi. Then, tiba-tiba ada seorang budak kecil lalu. Laju woooo dia skating kat situ. And I pun panggil, Ween tanya;

"Adik, ni dah kali keberapa dah adik main?"
"Dah kali ke 12."

Wohaaaa, dalam hati I macam ohh, aku masih ada 11 kali lagi untuk datang kesini dan bermain untuk pandai seperti itu. WTH, sebelas kali. So, adik tu pun offer lah nak bawak I jalan-jalan. Then, I betul kesian kat diri sendiri sebab tak sampai seminit adik tu pegang I,I dah jatuhh. Bergegar satu mall. Tengoklah siapa yang jatuhkan. Dan I cuba untuk bangun semula, tiba-tiba ada satu tangan yang menghulur. I tengok lah siapa empunya tangan, ouccccchhhh, mamat hensem, mamat hensem. Jangan lepaskan peluang. Lalu I sambut tangan lelaki hensem idaman kalbu itu. Dan bila I selamat bangun dan pusing ke arah lelaki itu, kedua-duanya telah hilang. Adik dan Lelaki Hensem. Macam mimpi Sleepy Beauty, I rasa macam princess WTH. Okay lah, I betul sakit badan main Ice Skating even jatuh sekali je. Then, Ween belanja makan dekat Popeyes. Okay, berbaloi. Tengok, all for free tau. Ween treat me like a princess. Ohh, once again. Okay, you all tengok jelah gambar. Dan sila jealous.

Ni I dengan one of kawan Ween masa sekolah dulu, named Mirae.


Ween and I. Ouchhh, sweet gituuu. (gaya Azwan Ali)

Ros, Ween, and Mirae.

Once again, Ween and I. Focus kat tangan, tangan. Itu yang penting. ;p



p/s; Dear, Ween a million thanks for today okay. I really enjoy it and hoping to see you again someday. :) Love yeah.
p/ss; I penat, nak rehat lahh.
p/sss; I bangga Negeri Sembilan menang 3-1 malam ni. Omg Omg, I pure nogori okayyy.
p/ssss; You all pergi lah main Ice Skating jugak. Mana tahu bertemu jodoh yang tolong angkat you all time jatuh ke. Sekali ada orang gelak guling-guling je.
p/sssss; Click lah Nuffnang I, kalau tak mata tumbuh ketumbit. (Tumbuh ke??)

Thursday, October 29, 2009

give your 'one word' answer

1.) Name?
rda

2.) Single or Taken?

single

3.) At 1pm you were at?
toilet

4.) Last text msg u received came from?
faris

5.) Last comment u received from facebook?
efah

6.) Last person who called you?
mizi

7.) Last person you saw?
abid eh, ceplos.

8.) Love is the sweetest thing around? Yes or No?
yesesss

9.) Last song you heard?
yesterday (feeqa, dapat jugak jawab one word je ;p)

10.) Who's on ur mind right now?
nobody

11.) last thing you ate?
lunch. (huh?)

12.) How many schools you have been?
5

13.) current addiction?
mirror

14.) The "thing" you first saw at your right?
comforter

15.) Person you love right now?
YOU!

16.) Lust is different from Love? Agree or disagree?
OR

17.) Worst Fear?
pontianak (belakang rumah)

18.) Jollibee, Mcdo, or KFC?
McDo? McD

19.) Love or Money?
both ($_$)

20.) in love?
big NO

21.) School you graduated in HS?
MAHISS (aicehh)

22.) Friends or Lovers?
friends

23.) Favorite Subject during college.
History (ZZZZz)

24.) Time Right Now?
- 1740

tag; asmarina. natalio. dylo. dah tu jelah. yang lain buat jugak.

Sunday, October 18, 2009

perlukah cemburu?

cemburu? mungkin agak geli sebab biasanya i akan guna 'jealous' tapi disebabkan i nak Melayu kan entry ni secara keseluruhan, nampaknya you all akan sentiasa membaca 'cemburu' dan bukannya 'jealous' sehingga akhir entry. ini mungkin cubaan pertama menulis dalam Bahasa Melayu keseluruhannya. anda nilai, ia berjaya atau tidak okay? (okay dalam Bahasa Melayu apa?) baiklah, i (aku/saya) tahu banyak benda yang terlintas dihati korang semua bila bercerita berkenaan cemburu. i beri beberapa situasi (keadaan) di mana perasaan cemburu ini digunapakai oleh kita dalam kehidupan sebenar kita (aku nak tulis real life sebenarnya. tsk) keadaannya biasanya;

  1. seorang kakak yang cemburu terhadap adik perempuannya sebab adik dia lagi cantik dan pandai dari dia. (keadaan ni korang boleh jumpa dalam kebanyakan cerita-cerita dongeng Melayu atau bukan cerita dongeng sekalipun. contoh, Bawang Putih Bawang Merah.)
  2. seorang kawan yang cemburu dengan kawan baiknya sendiri. sebab dia rasa hidup kawan dia sangat-sangat bahagia dan sempurna. biasanya perempuan lah kan. lelaki mungkin ada tapi i tak pakar sangat soal lelaki ni.
  3. abang atau kakak yang cemburu kepada adiknya sebab dia rasa mak dan ayah diorang layan adik dia lebih. atau mungkin sebaliknya.
  4. kawan-kawan satu kelas atau satu kos (macam ni ke course dalam Bahasa Melayu?) yang cemburu sebab dia rasa pensyarah atau cikgu bagi layanan yang lebih pada korang. atau mungkin markah yang lebih.
  5. teman wanita (geli) yang cemburu bila teman lelaki dia (geli sekali lagi) layan perempuan lain. atau sebaliknya.
you all perasan atau tidak, bagaimanapun keadaan atau situasi perasan cemburu itu wujud. biasanya, ia wujud di antara orang-orang yang paling hampir dan rapat dengan kita. tidak akan lari jauh. biasanya, antara teman sekelas, teman sekuliah, keluarga, adik-beradik dan juga pasangan kekasih. kesemuanya adalah satu hubungan. tapi i tak nak cerita tentang kesemua keadaan di atas, sebab i lebih cenderung untuk bercerita tentang keadaan yang ke-5. tentang, perlukah cemburu itu dalam perhubungan bagi sepasang kekasih. and after this, you can call me dr. love because i know i am good in this matter. (jangan muntah.) teruskan, i timbulkan persoalan pertama pada perbicangan kali ini. perlukah kita sertakan rasa cemburu itu dalam sesebuah hubungan hati? sesetengah mungkin terus akan pergi kepada konsep 'Cemburu itu tanda Sayang' namun bagi i sendiri, there are certain situation, dimana kita sama sekali perlu untuk tidak bawa bersama cemburu itu dalam perasaan kita. tapi, kadang-kadang kita hanya perlu simpan perasaan itu dalam hati dan cuba berdiplomasi dengan pasangan kita dalam certain cases untuk mengelakkan sebarang perbalahan.

setuju atau tidak selalunya, cemburu itu datang bila kita ada satu perasaan yang dinamakan 'buruk sangka' ? contoh, apa perasaan you bila your bf menghilangkan diri untuk dua-tiga hari? i sangat-sangat yakin, yang you all akan terfikir something negative. macam bf you all tu ada perempuan lain, atau dia dah boring dengan you all sampai tak contact you all lebih dari 24 hours. dan setuju atau tidak bila mana perasaan buruk sangka ini timbul, you all akan mula rasa tak sedap hati dan hati you all akan start figure out satu cerita dalam hati dan otak you all, dan yang pasti cerita itu adalah negative. sebabnya? you all jealous. you all jealous dengan bf sendiri dan bila sampai masa dia contact you all balik, you all akan cuba sedaya upaya menuduh dan tanya soalan yang tah apa-apa yang kadang-kadang boleh menguji kesabaran seorang lelaki. dan ini menyebabkan, gaduh. mudah sahaja. jadi, untuk situasi begini perlukah kita untuk berasa cemburu supaya timbul satu cerita negative tentang orang yang kita sendiri sayang dalam kepala otak kita? mungkin sukar untuk kita kikis perasaan cemburu tersebut bila ia melibatkan orang-orang yang kita sayang kan?

caranya begini, memandangkan semua punyai akal untuk berfikir. dan akal you all pulak, bukannya jenis yang biasa-biasa. so, i sediakan satu cara diplomasi, di mana pada mulanya mungkin akan melukakan hati you all sendiri but in your long term benefits, it works. bila you all in the above situation, cara untuk you all settle dengan your bf bukanlah dengan ber-tanya soalan serkap jarang you all but you have to konon-konon kau bersangka baik dengan dia. tanya dia dengan tenang. as cool as you can. cuba kau rendahkan sedikit ego kau untuk elakkan pergaduhan. because usually you fights not because on what he had done to you but it's because of your own egoistic. cuba gantikan soalan-soalan seperti, "you pergi mana menghilang sampai 2-3 hari? langsung tak contact i. you ingat i ni apa? tunggu you macam orang bodoh." dengan soalan seperti ini, "you busy ke lately? kalau you busy sekali pun, contact i okay? i risau sangat" nampak tak bezanya? mungkin ia kelihatan sama sebab apa yang ingin disoalkan adalah sama, cuma the way you express your selves play the most important role in your relationship with your partner. just be a more matured person in making decision because if you are thinking of being happy in a serious and long lasting relationship, you have to make a change of your selves first. got it?

okay next, (tengok, aku rasa aku failed untuk memelayukan entry ini) situasi kedua, dimana cemburu itu selalunya wujud. bila, kau tengah dating dengan dia dan tiba-tiba ada someone call him, dan dia pulak cakap macam tak nak bukak mulut (sebab, konon nak rahsia dengan kau) dan masa tu mula lah dahi kau nak berkerut seribu (meh sini aku iron) sebab dalam kepala otak kau sedang fikir, dengan perempuan mana dia bercakap. kan kan? dan lepas je dia off call, kau akan terus tanya dia. "siapa?" dan masa tu, kau tak tahu sebenarnya dalam hati bf kau, dia mengeluh kuat gila sebab malas nak jawab soalan mengada kau. dan dia pun mula lah akan cakap, itu kawan dia yang nama Ah Cheng (saja letak nama ni. ;p) Ah Mad lah. dan macam-macam nama lagi lah yang mungkin keluar. dan lepas tu kau akan tanya dia. "Abdul? kawan you yang mana? i tak kenal pun." dan lepas tu, kau tak tahu yang hati dia dah start panas. dan lihat, siapa yang selalunya mulakan pergaduhan? sila lihat cermin sekarang, sebab kau yang selalu jadi punca. sebab kau nak tahu macam mana cara, untuk kita pasti yang dia sedang tidak menipu kita?

macam ni, after dia off call je, kau jangan tanya siapa yang call. aku cadangkan kau bukak cerita lain. contohnya macam, "you tahu tak, selipar jamban i dah putus." (mesti kau rasa annoying) dan kau kena lah tengok apa reaction dia lepas bercerita itu dan ini mengenai selipar kau. ada dua perkara, kalau dia jujur, dia sendiri yang akan buka cerita tentang panggilan telefon yang dia dapat tadi. dan kalau dia tak jujur, dia akan layan cerita selipar jamban kau, sampai dia dapat idea nak cerita pasal diri dia pulak. kau nampak takk? sebab lelaki ni, kau jangan paksa. tapi kan, ada jugak certain lelaki, memang akan cerita before kau tanya. ni jenis lelaki yang suka meng-kantoi-kan diri sendiri. ha, kalau yang macam ni kau buat je lah apa yang kau suka, i tak dapat idea lagi. ;p

macam ni, i dah terasa entry ni terlalu panjang dan i pun dah tak larat nak tulis. (padahal dah kering idea) mungkin kalau entry ni dapat sambutan hangat penonton. i akan buat perlukah cemburu part 2 pulak. okay tak begitu? and i harap tips ini dapat membantu. semoga berbahagia dengan si dia! :)

p/s; aku menyampah bila baca entry ni balik.
p/ss; orang selalu panggil aku dr. love, padahal aku sendiri tengah single. memang karma nya begitu kah?
p/sss; sila lah click iklan nuffnang akuuu! click tau. kalau tak perut kau buncit. haha.

Thursday, October 08, 2009

it's the spoiler

being too happy because had been finish for my first semester as a pre-law student at merbok. (should i say proud? oh, i'm) and as people knows we had finish our last paper on last tuesday and after onwards we were going to the CS (okay, jangan gelak) looking for the tickets untuk achenk, ryn dan un. and of course we (we refer to ryn and i) got our karaoke moment for the last time in this semester at CS and yes, i was enjoying berduet dengan encik aron because he is really into my favour too. not to forget is the worst game of bowling ever i had. and i'm starting to lazy to write about that. and for your lame information, actually i've been planned to go back to KL on next monday because of DEBATE (please assume it as DEBAT) they told me, that we have to go to UiTM Sri Iskandar which is fara's and adam's place (miss miss you guys) for the seminar (i guess) and suddenly, this morning i got a message from THAT senior, HEP told him that we would not going there because of some reason and i don't know what was the reason if i did not went to the B4 just now. and of course, after i got the message i called my dad and told him that the plan was cancel and he want to pick me up here by tomorrow. so you guys, i'll back to KL tomorrow and and what was spoiled my mood for this holiday is him. what kind of person. because there's probability we will going there on this friday and i was like what the french fries. (okay, i lapar) so, the conclusion is i'm still going back tomorrow but in case the trip is on, i will go by bus myself from KL. sekian terima kasih untuk si peng-spoil mood. FS went back to Penang tadi, natt, un and ryn will going back tomorrow too. and to all of you, happy holiday and please don't miss me because i'm going to miss yous. :)

p/s; saya rasa sengal-sengal badan dan mata seperti bakal muncul ketumbit.

Monday, October 05, 2009

and you, stay there because i'm going to you.

and now everybody, you could vanish your fake smile and please do the original one because we are getting over this war soon. Or could i say tomorrow? yes, tomorrow would be the last paper for this final examination and i want to be the first who can say hoooooraaaayyyyy (kind of shouting or maybe screaming). because i think i did well for all my previous paper (please, don't talk about CSC) and there some matter that we're should afraid to, for being the one of person that shall be kicked out from this course or this universiti for the next semester and i'm trying hardly for thinking positive and hardly pursued all the friends for being the one yang sangat-sangat confident that we would stay here for another 2 semester(s) (should i put 's'?) and yes, we will always be together here, until the end of this foundation and insayAllah will continue for another 3 years in the BLS nanti okayy. and you, yes i'm talking about the PARK AVANUE SUPER BOWLING (okay, aku hentam nama ni yang pasti sebelah highway tu) please wait for me because i'm really into you and i'm going there tomorrow dan kau jangan cakap aktiviti ber-main bowling adalah lame dan lama. (apakah) because we're really into them( 'them' refers to all the pins, and the track) and yous, please get ready your ass for being the champion of the year tomorrow (kantoi, tak NAK pergi dinner pre-law) and, not to forget our karaoke jamban tauhu ryn? please angguk sekarang dan yang lain sila ikut angguk. :) and i think is should stop here because i'm hearing the stomach plays the trumpet. (zalila, sila bengang sekarang trumpet kau dalam perut aku) okay, see yeah.

p/s; ohh, almost forgot about this. Good Luck tomorrow for your last paper)
p/ss; Happy Birthday for the biggest monster yang saiz pinggangnya 33. :)

Saturday, October 03, 2009

and i think it's enough.

because u're good enough for me and i'm not as good as you are, i'm sorry for every single thing i do.

please take note for those who are think i am talking about them. thank you.

Thursday, October 01, 2009

kepada yang amat disayangi.

dan aku sebenarnya sudah mula terasa bahang rindu pada mereka. i do miss you guys and all the memories we had together. to be honest, aku mengaku yang aku sangat tidak kuat kalau berdepan dengan masalah kawan. yeah, Friendship and i want to ask you. yes, you. apa yang kau akan rasa bila kau sayang orang tu gila-gila and you assume them as your siblings tapi mereka cuma assume kau macam orang luar yang kadang-kadang je mereka akan tegur bila mereka boring atau tak ada sesiapa yang nak layan atau tegur mereka. okay, kau paham tak apa yang aku tulis atau ayat aku pun dah start tunggang terbalik? aku betul-betul consider kau faham dan akan terus baca. sila lahh. :)

Dyla, aku dah start rindu kau yang ter-amat sangat especially bila aku ter-dengar lagu thinking of you dekat bilik atyn tadi. macam ni lahh manusia kan. bila rasa sedih dan kehilangan, baru akan ter-ingat apa yang paling setia dengan kita. Kawan, yup. Dyla bukan setakat kawan tapi aku dah rasa macam adik-beradik dengan dia. dan aku sangat rasa kau akan jadi kawan aku sampai bila-bila. aku harap kau faham kawan yang macam mana. :)

Atyn, masa dyla mula-mula pindah. i told Dyla, yang maybe aku takkan rapat dengan kau macam aku rapat dengan dyla. sebab masa tu aku bodoh, tak nak bagi peluang pada masa untuk menentukan. sebab mulanya, aku tengok selama dyla ada, aku rapat dan ber-borak dengan kau pun sebab DYLA ADA. dan aku takut sangat masa tu sebab aku rasa aku takkan ada peluang untuk kemana saja dengan kau tapi aku silap. sebab sekarang ni, kaulah yang paling sanggup nak layan aku dan ulang-alik datang bilik aku bila aku send message ajak kau tidur dengan aku. dan kau lahh yang pertama yang melihat air mata aku mengalir sebab KAWAN. walaupun kau lebihh senyap ber-banding dyla dan sebenarnya aku tak ada hak pun untuk membanding kau dan dyla, tapi aku tetap rasa kau unik.

feeqa, to be honest aku betul-betul jujur kat sini. aku terasa jauh dengan kau. mungkin banyak faktor yang jadi penyebab semua ni. cuma harap kita still boleh jadi kawan. sebab aku mula ter-fikir, aku harus menerima semua orang dalam hidup aku sebab aku pun belum cukup sempurna. cuma, apa kata kita saling memperbaiki.

the yawwww, aku nak sebut sorang-sorang and it would be started from ryn.

Ryn, kenapa tahh aku mesti nak sebut nama kau dulu. maybe sebab kau di antara yang paling rajin nak ym-ing dengan aku bila kita jauh. kau yang paling agak bising mulut especially kalau bab-bab gosip dan itu yang paling aku suka. sebab kau yang banyak cerita kisah kau kat aku. dan dengan sebab sebab itu lahh, aku rasa macam tak sedap hati dua-tiga menjak ni. sebab aku rasa kita makin jauh. mungkin kekurangan masa yang mengatasi semua ni. tapi aku cuma harap kita boleh jadi macam dulu. macam masa kita buka puasa sama-sama, kita main bowling dan karaoke sama-sama. dan masa aku terasa dengan kau time last day kita kat sini. ohh, aku rindu semua tuu. please okay.

Natt, dan aku teruskan dengan cik natalia. okay, anda memang sangat baik dan kaulahh antara yang betul-betul ter-baik dan paling suci antara kita semua. dan sebab tu lahh, aku sentiasa rasa kau ni baik. dan seronok untuk dikenakan. haha. jkjk.

Unn, and to be honest, aku turut rasa jauh dengan kau dan aku pun tak sure kenapa. kenapa tah aku rindu gila kau yang suka nak kacau aku, usik sana dan sini. dan engkau yang tak pernah berhenti gelak dan tawa. aku suka, sebab kau selalu buat aku ter-senyum, dan buat aku cover konon-konon lawak kau tak menjadi langsung yang sebenarnya aku tengah tahan gelak dalam hati. aku rindu.

Zigha, dan sumpah kau jugak antara yang ter-baik selain Natt. sebab, masa aku rasa semua orang tak nak layan aku, kau lahh satu-satunya yang rajin nak dengar cerita bodoh aku even aku dah cerita lebih kurang 10 kali. sebab kau yang paling funny even kau cakap satu word sekalipun. dan dengan sebab-sebab itulah, aku rasa macam nak kenal kau lebih lagi. sebab aku nak kau jadi kawan aku sampai bila-bila.

Lila, dan kita adalah roommates selama satu semester ini. even mula-mula kita macam tak-berapa nak bercakap, aku harus ber-terima kasih kepada Ryn sebab kau lahh perantaraan hubungan aku dan Lila bertambah-tambah baikk. dan mungkin kita takkan sebilik lagi next sem tapi sumpahh aku rindu gila nak borak-borak dengan kau dan Sya, sembang pasal orang Jepun makan taik lahh, tidur sama-sama dekat bawah lantai. dan aku rindu bila kau dan Sya akan geleng kepala setiap kali aku bukak game restaurant rush dan apa-apa game sekalipun. sebab kau lahh yang paling senyap selain Atyn, yang susah nak bukak mulut tapi aku boleh tahu apa yang kau nak share dan cerita pada kami semua.

dan kepada anda-anda semua, sesungguhnya aku bukanlah yang paling sempurna, cuma ingin meluah rasa. sebab aku tak nak di mulut kata sayang, di hati penuh dendam. dan dengan sebab-sebab itulah, kita tak perlu wujudkan siapa yang paling kita sayang, siapa yang kita kenal dulu. sebab apa salahnya kita sama-sama saling sayang-menyayangi. sebab kita tak ada sesiapa kat sini selain kau orang, kawan-kawan yang satu hari nanti boleh aku banggakan dekat satu dunia yang aku ada raaaaaamai adik-beradik masa zaman universiti aku. :')

Monday, September 28, 2009

all the best guys!

and by tomorrow we, the pre-lawrians will have been taking the finals examination for 5 days until next tuesday. so, i wish good luck and all the best to all of you and please do pray for me okay!

Wednesday, September 23, 2009

kepada yang konon mengenali

kau tahu tak yang aku benci. B-E-N-C-I bila kau kata kau kenal aku tapi sebenarnya kau TAK kenal. sebenarnya kau TAK kenal aku walau sikit pun sebab aku bukannya jenis yang terus tunjuk siapa aku. BUKAN. sebab aku bukannya jenis yang baik yang boleh terus nak percaya kat orang dan termasuk kau. okay, itu DULU. dulu, waktu aku macam tak-berapa-nak matang dan mampu berfikir yang sebenarnya kat dunia ni ada macam-macam jenis orang dan ter-masuk orang yang seJENIS dengan kau. yang kononnya memahami orang yang kau kata KAWAN tapi yang sebenarnya LAWAN. dulu, akulah yang jenis cepat-gila-nak percaya dan kesian pada orang-orang yang aku jumpa atas muka bumi ni ter-masuk kau. sebab orang-orang macam kau lah suka buat muka seposen, walaupun sebenarnya harga limaposen. KAU.

aku benci lahh berdiri atas perhubungan yang kononnya kau nak landaskan dengan KEPERCAYAAN. benci bila kau sekadar cakap kau percaya aku tapi sebenarnya kau kata yang aku ni penipu besar dibelakang kau. apa yang kau tahu pasal PERCAYA? kau ingat macam lagu Siti? dan lagu hanya sekadar lagu? aku DAH tak percaya kau lagi. lepas kau sendiri yang rosakkan kepercayaan aku pada kau. aku benci bila kau kata akulah kawan kau yang ter-BAIK di dunia dan tidak akan ada pengganti aku selepas aku. hah, amek kau. aku BENCI, sebab kau tak pernah maksudkan apa yang kau cakapkan dan sedangkan aku pegang setiap patah yang keluar dari mulut PENIPU kau. aku PERCAYA. tapi bila kau macam kononnya kenal dan faham aku, dan konon nak dengar semua masalah dan cerita-cerita aku yang sebenarnya kau anggap cerita BODOH dan tak masuk akal, sejak tu aku hilang percaya pada kau.

sebab, sebab aku sanggup dengar kau cerita berjela-jela konon macam aku dah kenal kau seribu tahun padahal aku baru je kenal kau satu hari. sebab aku nak tarik kau jadi kawan aku yang betul-betul KAWAN yang bukan sekadar nak menyinggah dalam hidup aku tapi aku nak kau selam hati dan perasaan aku. aku benci bila setiap kali aku ada masalah yang perlu dikongsi, kau tiba-tiba hilang kononnya kau punya masalah lagi besar beribu kali ganda dari masalah aku. dan sedangkan aku hanya inginkan kau untuk mendengar dan berkongsi, dan setiap kali itulah kau buat-buat macam kau tak pernah kenal aku, ataupun kau buat alasan yang kau baru kenal aku semalam. tapi aku bukan jenis yang nak berkira dengan kau bila kau pinjam telinga aku satu hari satu malam semata-mata nak cerita yang bf kau lambat setengah jam jumpa kau. dan aku, jangan harap kau nak dengar masalah aku walaupun cerita aku tak sampai lima minit lima saat pun. sebab kau memang tak nak dengar, sebab kau tak pernah pun anggap aku kawan susah dan senang.okay, susah maybe kau anggap lahh kan.

aku TAK suka, bila setiap kali aku nak share idea aku tentang masalah kau, kau tolak mentah-mentah. kau buat aku macamlah aku ni orang-luar-yang-tak pernah kau kenal dalam seumur hidup kau. kau buat macam aku ni orang jahil-yang-tak-tahu satu benda pun dalam dunia ni. kau buat macam kau-sorang-je yang pandai nak buat semua benda. aku BENCI. sebab, sebab walaupun idea aku, kau kata idea busuk ataupun tak ber-guna tapi kau tak pernah nak hargai walau satu pun. sampai aku yang give up sendiri dan menyampah dan tak ada keyakinan dengan hidup aku sendiri. sebab kau TAK PERNAH. atau mungkin aku boleh kata TAK MUNGKIN bagi aku sokongan dari belakang apatah lagi sekeliling aku bila aku betul-betul perlukan. sebab kau jenis yang suka nak buruk-burukkan aku dan merendah-rendahkan aku macam lah aku ni rendah sangat walaupun aku memang rendah lah jugak.

dan yang paling aku benci bila kau kata yang kau kenal aku sangat-sangat dan ter-keluar dari mulut kau kata yang aku dah berubah sejak kawan dengan dia tu, aku dah berubah sejak itu dan sejak ini. kau buat macamlah kau kenal aku dari aku lahir dan kau yang jaga dan besarkan aku sedangkan aku baru kenal kau dan aku tak kisah sangat pasal BARU. padahal, kau tak pernah pun nak kenal aku dengan betul-betul kenal sehingga aku boleh kata kau ni bukan KAWAN tapi dah macam adik beradik aku yang sanggup nak kongsi apa-apa pun dengan aku. sebab bagi aku kau tak ada hak nak kata aku dah ber-ubah atau ter-ubah. sebab kau BELUM betul-betul kenal aku. tapi kau buat konon kaun dah kenal dan faham aku. aku BENCI. dan cubalah kau jadi KAWAN yang betul-betul boleh selam hati, jiwa dan perasaan aku supaya suatu hari nanti bila kita jumpa, aku boleh peluk kau dan cakap aku sayang kau dan bila kita ber-pisah aku boleh peluk dan cakap aku akan rindu kau. cubalah.

p/s; 'AKU' adalah aku dan 'KAU' is not specified. it's general ditujukan buat semua. :)
p/ss; bila aku tulis begini, pasti ada sesuatu. mengertilah.

Saturday, September 19, 2009

bila tiba hari raya,


haishhh. title entry dah la lebih kurang dengan the previous post. tapi takpe lahh kan. walaupun lebih kurang sama, tapi yang special nya entry kali ni sebab i sertakan satu kad bajet raya yang i reka cipta sendiri untuk u all semua. cantik tak card raya ni? tolonglahh angguk dengan laju, walaupun hati mengutuk buruk gila sampai tak sanggup nak sambut raya. takpe, i tak kesahhh kalau tak ikhlas punn. asalkan u all angguk. (mesti kau rasa annoying gila dengan perangai aku kan kan?) dan dan, sempena bulan yang mulia ni, i doakan u all happy-happy selalu sambut raya tak kira dimana u all berada. yang dekat kampung tu jangan buat i jeles gila sebab esok i balik rumah makcikkk i kat tampin okayyy. itu pun dikira kampung i yang ke-3. dan dan, silalahh jangan main mercun sebab i sorang je boleh main. u all yang tak tahu main, duduk diam-diam. tak pun, kalau dah kempunan sangat, kau tengok jelahh orang lain main. aku harap kau paham lahh, maksud disebalik larangan ni. sebab i sayang u all tauhu takkk? okayy lahh, sebelum i lebih mengarut dan mencarut. marilahh kita bermaaf-maafan gituuu di hari yang mulia. :)

p/s; lirik asal, "setahun, hanya sekali merayakan hari yang mulia ini."
lirik ciptaan adik sedara yang umurnya pra-matang. (5 tahun)
"setahun, dapat menari merayakan hari yang mulia ini."

ohh, lupa pulakk. cita-cita dia nak jadi komposer dan penulis lirik. ;pp

Tuesday, September 15, 2009

ohh! gila dah ni. ahha.

haa, sama je apa yang cik ATYN dah post, tapi i nak post jugakkk kan kan. and actually, ni kesinambungan entry i yang dekat bawah ni. lepas ryn hilang, i buat lahh kerja gila dengan atyn. tujuan utama nak tayang shawl baru je tapi dah jadi sesi photography pulakk dan disebabkan tukang ambil gambar adalah atyn, so i macam nak demand sikit lahhh kan. buat gaya macam model terkenal. semua gambar tak kena dan i suruh atyn snap balik. dan dapat lahhh gambar-gambar di bawah. yang tak jadi pun i nak tunjuk jugakkk. ohhh, gila lahhh ini semua. i ter-study webcam pulakkk dengan cik atyn ni. haha.




p/s; ni betul-betul tidak ada kerja kan kan. dan gila but ily lahhh babe. thanks sebab layan i. :)

bila nun jauh disana.

engkau tahu apa itu RINDU yang sebenar? macam ni lahhh rindu kan kan, bila invite awak-awak semua to view my web cam. ahha, then, ryn suruh cover rambut sebab dia nak capture, which do i did. :) okayy, just now, yeah just now. i ym dengan FS, borak-borak lepas tuu atyn ajak study. i pun macam okayy lahh kan. lepas tu, atyn kata nak tgk i study. ohhh, ni memang terpilih jalan hitam, bila dah bukak webcam memang macam-macam lah benda mengarut yang kitorang buat kan. and then suddenly, ryn pulakk datang menyibuk nak view web cam i. i pun macam approve je lahhh kan. ryn bayar i lebihh tau. so, terjadi lahhh seperti di bawah, di mana semua nak bajet HOWT untuk melepaskan rindu masing-masing. :)


dan, macam biasalahh bila ym not responding, i pun macam berangan sorang-sorang lahh kan dengan melihat diri sendiri. dah, dah. i nak study dari tadi ni. lepas raya final exam.

p/s; jom buat conference webcam ramai-ramai. rindu u all lahhh. :)

Monday, September 14, 2009

YAWWW!

i tertarik nak buat tag ni jugakkk sebab i pun nak cheer up balik mood-mood anda semua. *tiada sebarang paksaan* haha.

current hobby:
tolong emak di dapur. *okay, aku tipu*


fav food :

aku bantai semua makanan. well, tengook perut lahh kan. tapi sumpah i suka TOMYAM. :)

fav drink :
bandung cincau, jagung cincau, soya cincau. baru aku sedar aku suka cincau rupanya.

things u regret the most :
kenapa aku kenal the YAWWW. mereka buat hidup aku huru-hara.
;pp

whom the last person u texted with :
cik atyn sayang. yea, sayang awakkkk. :)
semua pakat nak letak nama BF, okay aku nak jd LESBIAN lahh.

colour of shirt u r wearing now :
it's kind of cream. gambar orang utan. ohhh, bukan gambar kau ryn. bukan.

who sits next to u :
tiada setan di bulan ramadhan. jadi sama dgn ryn. :)

songs u are currently listening to :
uncle BEATLES, obladi, oblada. haha.
asal semua pakat dengar lagu mereka niii??

animal u like :
tak suka apa-apa. tapi tikus suka rumah i. ahha.

what is the thing u really want in ur life :
a big happy family, dia yang tercinta dan anda anda semua.
*sweet ngattt ehhh*

things u just bought :
saya ni penjimat orangnya.
ohhh, silap. i beli MC'D masa dekat airpot untuk buka puasa.
*bajet macam dari oversea nak balik kampung laaa.*

what do u want to do next :
ohhh, lipat baju yang dah menimbun. sat lagi, mak jerit lahh tu.

who is on ur mind now :
the YAWWW. bila lahh nak gossip-gossip dekat foodcourt lagi.
sumpah, i love u all lahhhh.

what makes u smile and laugh?:
fs, dyla, ryn, feeqa, natt *opekosss*, unn, zigha, lila, ryn, achennnkkkk, kemal, jimi asmara, aqim dan aim. :)
semua terbaeeeekkk. :)



p/s; pegang kuat lagi, agar kita tak terjatuh. supaya tidak perlu ada di antara kita yang perlu bangun kembali. :) *sumpah yang ni sweeeeeett*

Sunday, September 13, 2009

waiting for another 6 years.

i be friend with you for 6 years. and we lost each other for another 6 years. and now, i've to wait for you for another 6 years and the total is 18 years. saya tahu, kalau ada jodoh untuk tunggu 6 tahun tu bukannya perkara yang mustahil kan? dan saya tahu, kalau dah jodoh kita 6 tahun tu tak lama pun kan? kepada awak, saya doakan flight awak okay pagi esok. sampai dengan selamat. dan pls, ingat lahh yang saya sedang TUNGGU. thanks for everything and i'm really-really appreciate you. thanks sebab sudi datang dalam hidup saya, even hanya untuk sementara. thanks sebab banyak ajar saya mengenai hidup dan kehidupan. i remember your promise to come back to Malaysia and to see me. thanks. :)

p/s; tipu kalau i cakap i tak sedih bila u nak pergi ni kan? tapi i tahu u pergi untuk belajar. anda-anda semua, doakan dia selamat sampai ehhh. :)

p/ss; kepada FS, keep on trying babe. akmal tu baikkkk. :)

Saturday, September 12, 2009

don't let me down.

kepada anda, anda dan anda. saya bukannya jenis yang nak mengadu dekat anda atau anda yang saya tengah sedih ke apa ke. sebab saya tahu anda anda semua dah paham saya. tak bermakna kalau muka saya monyok macam mintak pelempang, saya tengah sedih kan kan. and it's doesn't mean jugak kalau saya tengah gelak-gelak tak ingat dunia, saya adalah orang paling happy kan. so, kepada anda-anda semua, tolonglah jangan biar saya rasa saya tak guna dan tidak berguna. and pls, don't let me down. ini bukan sekadar song title. okayyyyyy.

p/s; bila saya di rumah, saya rindukan anda semua. tapi bila saya di sana, saya rindukan rumah pula. apakah ini.

Friday, September 11, 2009

kesukaan saya

semalam, pergi tanjung dawai. sebab, nak buka puasa. siapa, rda, ryn, fs, feeqa, natt, un, acheeennnkk, kemal, aron dan sofwa. aktiviti sampingan, main bunga api. *thanks feeqa sebab sponsor. :) dan, malas nak bercerita. nak tunjuk, beberapa gambar yang saya suka. dan semestinya punyai makna. ;pp

yang pertama. membuktikan saya seorang yang sangat sopan, dan santun. juga lemah dan lembut. sila no comment.

yang kedua. menceritakan, betapa akmal sayang atyn. tapi atyn malu-malu. apakah aku ni. bodoh gila, tak pandai nak describe gambar.

yang ketiga. ohhh, ni mereka. mereka tu mereka lahh. sebab mereka bukan KAMI. ohh, okayy lah. mereka kacak. ehh, bajet kacak maksud saya.

yang keempat. haaa, yang ni howt stuff lahh, memperkenalkan the new release of the YAWWW. tajuk album, GOSSSIIIPPPP. ohh, zalila, azira dgn dyla ada shooting masa ni. sebab tu tiada dalam gambar.

yang kelima. ni masa the making of cover album tu. tah, terasa panas pulak. sebab tu saya suka.


ohhhh, yang ni. monster dgn scandal dia. dia minum kopi jantan hari-hari. hari-hari dia minum kopi jantan. sebab dia cuba jadi berani. ;pp ohhh, aron tengah mengenang dosa-dosa tuuu.

p/s; saya macam tak sedap hati je. kenapa entah.

Wednesday, September 09, 2009

saya bahagia juga. :)

tahniah kepada cik ATYN dan encik AKMAL.
dan saya sentiasa mendoakan anda berdua okayyy.
dan dan, saya bahagia jugak, bila tengok anda semua bahagia.
sumpah, saya sayang the YAWWW banyak-banyak.


p/s; yakin dan percaya, cinta itu ada. HULK ke, SHREK ke, punyai hak dan cara tersendiri untuk mengekspresikan cinta. dan saya percaya, buat masa ini cinta saya buat adalah ANDA-ANDA semua. cehhh, gila jiwanggg.
p/ss; acheennnkk encik monster, sila berani sedikit supaya bumi ini ditakluki raksasa bergigi besi. :)

Monday, September 07, 2009

one night only.

oh, finally i got the chance to write about this and i got too many things to write about. tapi aku bajet macam masa tak cukup lahhh sebab lepas ni nak start buat assignment yang nak kena print esok. okayy, baru nak START. so sila faham the condition here. AKU BUSY. kenapa guna aku tahh. okay, back to the title. pasal overnight hari tuhh. okay, sumpah aku nak cerita semua dari mula, tapi jari aku macam dah penat. okay, hari Sabtu hari tuh, AKU, FS, RYN, LILA, NATT, UNN, ZIGHA, EMI, AKMAL, ARON, dan si raksasa bergigi besi encik ACHENKKKK telah pun membuang masa, wang dan tenaga dengan meronggeng ke Penang dan berovernight di Alor Star. ohh, 'aku' adalah rda okayy.

aku, ryn, natt, unn, zigha and lila went to semarak sebab nak cop dua kereta. dan bangun lahh sangat awal, jam 8 pagi okayy. sumpah awal. then, tunggu lah pulak mereka-mereka make up lebih kurang 1 jam lebih but nvm. i dont mind. apa-apa tah. then, bila mereka sampai kami tak dapat kereta dengan sebab-sebab tertentu dan saya akan pangkah Semarak kejap lagi. ahha. then, gerak ke Penang dalam pukul 11 jugakk lahh. okay, bangun pukul 8 dan gerak pukul 11. cool habis. sumpah aku tahan sabar. aku kan penyabar. :)

and guess what, achenkkkk, emi, aron and kemal carik kereta dan dapatlah kami 3 kereta. aku naik lahh dengan si shrek ni. sumpah, aku rasa selamat gila naik dengan achenkkk sebab dia macam besar kan kan? dan dia bawak sangat sharp. okayy tak alasan? so, perjalanan ke Penang, aku, natt dan achenkkk satu kereta. emi, ryn, kemal. dan aron, zigha, lila, dan unnn. sumpah lahh kereta aku paling senyap kan kan. sebab macam tak tahu lah nak borak apa dengan si achenkkk ni mula-mula. biasalah, aku kan pemalu. okay, aku tipu sikit.

ohh, ni masa kat pantai QB. kereta ryn pergi amek FS sekejap dan kereta achenkkk dah terlepas jambatan Penang. dan kami pun bercandid lahh kat sini. dan aku sangat suka kot gambar yang atas ni. sebab muka aku buruk gilaaaaa. haha.
ohh, sepanjang menunggu kereta lagi satu banyak lahh jugak adegan-adegan songsang yang dilakukan kan tapi aku macam malas nak show semua. ini antaranya lahh. emi, achenkkkk curang dengan kau. aku saksi. aron pulak melayan si monster ni kan. lepas ryn sampai kami pun masuk lah QB untuk bershopping dan membuang duit kami.

yang ni sumpah HOWTTTT YAWWWWW. i like lahh aron. hero idaman malaya. kau memang suka buat muka Howtt kan kan? ohhh, lepas shopping semua decided nak tengok movie dan semestinya lahh semua nak tengok Final Destination kan kecuali itu si monster sebab dia takut. katanya lahhhh. dan movie start jam 4.15 petang. after tengok movie semua macam gatal nak main game pulakk kan. aku tak lahh gatal sangat. Zigha dan Unn sumpahhh sangap gila. haha.

ni masa kat Toys R us. sebab dah tak tahu nak pergi mana, so macam ikot je lahhh golongan-golongan yang ah besar tapi macam bajet kecik ni kann. aku bukan nak sangat masuk sini punn. okayy, aku tipu lagi.

haha. dan ini, lihat lah bagaimana mereka ni baring kat tengah-tengah orang ramai sebab nak kena urut. sumpah, aku jeles sebenarnya. nak je naik tapi takut orang tu usha perut aku. dan dan, tengoklahh gila penuh achenkkkk baring atas tuuu. haha. then, jam 6.30 macam tu baru keluar dari QB dan macam tak tahu nak buka puasa kat mana. ehhh, puasa keee?? okay, sumpah aku puasa. yang lain, sila no comment. then, sebab macam dah lambat sangat so decided makan benda-benda ringan dulu seperti, dua bungkus roti, maggi, air susu yang sedap dan air mineral. then, baru plan nak carik tempat makan. lepas tu, keluar pulak idea nak pergi uptown kat Alor Setar. dan aku memang suka lahh kan sebab tak nak balik UiTM. tak nak tak nak. then, adalah satu-dua orang yang tak nak join. eh, silap. dua-tiga orang lahh sebenarnya. so, aron, lila dan zigha terpaksa balik ke UiTM malam itu jugak. so yang ke Alor Setar cuma dua kereta.

sesampai di alor setar, terus lahh aku suruh carik tempat makan kan sebab perut aku macam dah nyanyi lagu macam-macam. then, idea busuk sapa tah ajak makan kat KFC. haha. makan lahh kat kfc dan aku macam terpaksa lah melayan si achhheeeennnkkk tuuu. dan adalah insiden yang telah mengguris hati perempuan aku. hahahahah. sumpah geli. but it's okayy lahh. it's over. dan aku suka lahh gambar atas ni sebab 'sweeeeeettttt ngattt ehhh'. haha. ayat unn, cilok sebentar. lepas makan, bergerak lahh ke uptown dan pusing lebih kurang sekali. yeahhh, sekali dan itu yang paling aku termenung lama sebab macam sedih lahh sebab nak pusing lagi sekali tapi semua macam tak nak dan tak ingin pun. :( dan after that, lepak pulak kat gerai apa tah try shisha. dan aku tak try pun sebab dah try. apakah ayat aku. okayy, aku malas sebenarnya sebab mood macam swing sekejap masa tuhhh. tapi malas lama-lama lahh kan. sebab aku macam tak suka nak masam-masam muka. baik tak aku? angguk sekarang. lepak kat kedai tu lama jugak lah, then decided balik SP sebab nak sahur. gerak lahh dari alor setar.

betul dan benar. Malang sangat tidak berbau walaupun muka semua orang dah busuk kan. kereta yang emi bawak tayarnya bocor. gila lah aku buat ayat pasif. aktifnya begini, tayar kereta yang emi bawak bocor. okayy, ni betul an tak tipu. lepas tuuhhh memang semua macam merempat di tepi jalan. tengok muka semua nak mintak pelempang je. then, lepak disitu sehingga bantuan sampai. thanks kepada uncle kepada akmal. kira ada DUA 'kepada'. sepanjang menunggu tu, semua macam nak tido sebab penat kot. tapi kenapa tahhh aku tak tidur. persoalan besar jugak tuuu. sila fikir-fikir kan yea semua.

ni semua buat muka bajet segar padahal ngantuk gila. ehhh, takkk. masa ni memang tak ngantuk lahhh sebab tengah sahur. okayy, jam 7 lebih baru gerak nak balik SP. so semua macam terpaksa skip kelas pagi tu lahh kan. seronok seronok. selepas itu, semua decided nak pergi ke Lembah Bujang pulak sebab tak nak balik UiTM lahhhh. ohh, ni lahh masa kat Lembah Bujang. emi, akmal dan sofwa dah selamat ke dalam mimpi. tinggal ini empat orang buat kerja gila diketuai Acheeenkkk. sifu, respect sama luu. ahahaha.


jangan gelak ketika melihat gambar ini. sebab sumpah aku spastik gila berbanding dayang-dayang di sebelah aku. kan kan. ohh, lupa. photographer adalah achenk. kau dibuli sebentar sahaja.

ohh, ini team ragbi. hebat tak hebat. the YAWWW sumpah terhebat. haha. achenkk nak join lah tu tapi masih memerlukan ujian ketangkasan.
dan dan, FS and ryn kata muka aku sama dengan si monster. maknanya, aku monster jugak lahhh? okayyy lah tuh. haha. end of story. masuk uitm jam 12.30.

p/s; konon tak nak pos panjang-panjang. sekarang dag 12.15 dan aku still tak START buat assignment lagi. dan terpaksa lah berovernight di bilik malam ni. dan perasan tak aku suka cakap 'okayyy'? sila kira ada berapa dalam post ini.

Friday, September 04, 2009

ohh! selipar jepunku.

hye Malaysian!! i'm come back again. oh, actually i got so many story to tell u guys but i sgt-sgt malas nak posting dekat sini. kalau ajikk ada hobi kumpul Gundam, dan sekarang hobi i adalah kumpul cerita. mudah kan? tak payah modal pun. tapi jenuh la nak cerita semua. okayy, i know korang semua dah bosan gila tengok entry i yang pasal merdeka tu kan kan? padahal merdeka dah lepas lama gila. actually, i macam tak ada mood nak berblogging sejak dua menjak ni. tak tahu lah kenapa. okay, back to the latest story last night. malam tadi, kami atyn, ryn, aqim, natt, zigha, naim, yen, aim and i bukak puasa dekat luar. alaaa, kat kedai depan ni je yang jual sate tu. after bukak puasa tu, kitorang pun masuk lah uitm and i paling suka part masa jalan masuk tu sebab kitorang nyanyi lagu 'I don't want to miss a thing' okay, i rasa mcm howt gila nyanyi lagu tu sambil jalan. haha. apakah tahap perasan ini melampau? nvm. then, we planned untuk berlatih sketch. ryn and zigha pulak ada replacement class pukul 8. tapi 8.45 baru pegi. biasalah tuuu. and, we decided to train the sketch at the tenis court. natt pegi amek skrip sekejap kat bilik. atyn pulak balik bilik i sebab nak kemas barang-barang. nak balik penang. so sementara tunggu natt, kami pun buat lahh game atas cadangan aim dan feeqa. so, main lah BALING SELIPAR.

kitorang buat 2 group. me and aqim vs aim and feeqa. oh, dan i memang semangat gila kalau main dah la dah lama gila i tak main benda ni. so excited tu tak payah cakap laaa kan kan. and and i memang terer sebab jatuhkan selipar tu dua kali. ;)) then, i jugak yang dirikan balik selipar tu dua kali. so jadilah 2-0 aim dan feeqa tanpa mata sebab baling tak jatuh-jatuh. ahha. padan muka. practice more okay guys. ;pp

tengoklah betapa semangat nya i malam tadi. dah laa tak mandi. aqim pun sama, agaknya sebab tu group kami menang malam tadi. haha. and and tahu x, adalah beberapa insiden bodoh yang jadi sebab i jatuh guling-guling masa nak dirikan selipar tu. kaki i tersangkut dekat net tenis tuu. gila malu. eh, tak la malu sangat tapi sumpah sakit. tapi i kan macam cool gila kan, so after sapu-sapu sikit seluar yang kotor i bangun la balik meneruskan perjuangan. haha. poyo tak??

ohh, ini lakonan semata-mata. padahal main satu round je, then suroh nat ganti dia. haha. saje je ni, nak tayang muka kat blog i. :pp


ni semua tengah penat gila sebab dah lari-lari. sampai semput i, dah la tak main cuit. haha. after main ni barulah kami berlatih skecth. dan itu lagi lah menambah penat tapi i sangat-sangat suka lahhh. :))

ohh, amy and ili pun ada masa main tu. sebab amy berlatih skecth jugak dengan teammates dia. then, un pulak datang bawak buku. study la konon. hehe. zigha datang after habis kelas tapi masa tu dah nak blah dah. okayy, saya sangat seronok malam tadi. :))

p/s; badan i dah lebam-lebam ni sebab banyak sangat jatuh malam tadi. satu dekat tangan and satu dekat lutut. gila sakit kalau nak sujud. :'(( and currently hearing, the beatles, Don't Let Me Down.