BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, December 08, 2009

Yes, I don't have you

I just came back from University Malaya this afternoon after the Royal Debate finished yesterday. Everything is just okay since I started to accept the fate that I am the only one that have to be separated from the team. Well, I got so much fun yesterday whole day and night with the new family and I really enjoyed it and somehow I have to accept that they are the best. Yes, they are the best. Even I tak de you dalam hidup I, but still I bahagia sangat-sangat.


Yes, I don't have you like the others but still I am happy with my life. Maybe I tak ada you macam perempuan-perempuan lain. Yang boleh jalan-jalan sambil on the phone bergayut dengan you, or maybe boleh tengok tv sambil chatting with you. Or maybe boleh hangout dengan you sedangkan I hangout dengan all my girlfriends. Yang boleh berangan macam dalam fairytale bila you hold their hand, sedangkan I hanya boleh nak berangan bila tengok cerita-cerita romantic semata-mata. Paling seronok pun, mungkin I boleh mimpi kahwin dengan Remy Ishak or Fahrin Ahmad once again. They don't have to do like what I do because they got you.

Tapi I peduli apa even I don't have you in my life? Memang lah I peduli sikit, tapi I malaslah nak fikir. Betul. Sebab bila setiap kali kawan-kawan I tanya about you, I akan cakap I taknak. Bukan I taknak you, tapi I taknak sesiapa. Yea, I belum ready for being someone in your life. Bukan sebab you adalah you, tapi sebab you bukan dia. And please, forgive me for everything and surely for not accepting you in my life.
I love this picture the most. :')

Saturday, December 05, 2009

Ni jodoh kita, perhaps.

Susah kan nak cakap pasal jodoh. Siapa jodoh kita, mana jodoh kita, bila kita akan jumpa dengan jodoh kita. Susah, sebab semua nya pasal our future. Because we never know what go to happen in our future. Sebab kita bukannya pak tilik yang boleh ramal-ramal nasib unless lah kita memang percaya pada semua tu. Tapi I tahu, semua tak. Kita susah nak ramal dan tahu apa kesudahan sesuatu perkara. Bila kita bercinta, kita harap dia jodoh kita sampai bila-bila. Bila kita dah sayang separuh mati, kita harap dia jodoh kita yang Tuhan dah tetapkan. Bila kita kena tinggal sekalipun, kita masih berharap supaya dia tetap jadi jodoh kita akan datang.


Kenapa kita suka berharap pada something yang kita tak tahu kesudahannya? Kenapa kita suka simpan harapan pada something yang kita tak boleh ramal dan baca atau tilik? Sebab kita selalu sandarkan hidup kita dengan kemungkinan-kemungkinan yang bakal berlaku. Sebab kita selalu kononnya macam plan our future in life but in the same time we are just looking at the one angel of perspective. Sebab kita selalu harapkan yang terbaik untuk kita. Dan sebab harapan-harapan itulah, kita terlalu yakin dengan apa yang kita dah plan dan rangka.

Kenapa Tuhan kata, takdir dan jodoh ketentuan Dia? Sebab Dia taknak kita terlalu yakin dengan apa yang kita fikir dan rancang. Kenapa apa yang selalu kita plan jarang menjadi seperti yang kita harapkan? Sebab Tuhan sedang ajar kita, yang sebenarnya planning yang kita buat tu tak lah sehebat mana. Tapi bila soal jodoh, orang selalu letak harapan yang setinggi gunung. Yang kadang-kadang kita tak mampu pun untuk daki gunung tu. Macam mana nak mampu kalau kekuatan yang ada tak memadai dengan ketinggian gunung tu? Sebab apa tak memadai? Sebab latihan kita selalu tak cukup tapi dalam hati dan kotak fikiran kita terus jump to the destination and to the aim. Sebab kita selalu terus lompat pada matlamat kita dalam kehidupan. Kita selalu terlepas pandang tentang apa yang kita sedang buat dan fikirkan.

Kita selalu lupa, apa usaha kita untuk capai puncak gunung yang kita idam-idamkan tu. Atau kadang-kadang mungkin kita terasa yang usaha kita dah banyak dan cukup dan kita selalu sangka ia dah memadai untuk kita gunakan dalam sesi pendakian kita. Sebab kita selalu over confident dengan apa yang ada di minda kita. Kalau kita mahu dia jodoh kita dulu kini dan selamanya, maknanya kita kena tengok apa usaha kita untuk kekalkan dia sebagai jodoh kita. Kalau kita rasa kita tiada usaha, so padam je apa yang kita idamkan. Kalau kita rasa usaha kita masih belum cukup, so tingkatkan ia selagi kita mampu. Sekarang, kita mungkin faham konsep usaha untuk capai matlamat dan impian kita.

Tapi di sebalik usaha, kita jugak kena sedar yang sebenarnya segala apa yang berlaku dalam hidup kita, director utamanya tetap Yang Maha Esa.

Friday, December 04, 2009

Lelaki Idaman

Lelaki mesti bangga kalau tahu ramai perempuan admire dia. Bertambah bangga kalau dia tahu perempuan-perempuan tu tergila-gila kan dia. Dan akan lebih bangga kalau dia tahu perempuan-perempuan tu berebut untuk dapatkan dia. Tapi dalam hati dia, apalah yang nak dikisahkan dengan perempuan-perempuan tu. Sedangkan he deserve much better than them. Tapi itu kalau you jadi lelaki idaman Malaya. Lelaki yang perempuan-perempuan gila-gilakan tapi bila I tengok, you ni macam biasa je. Bila I tengok, takde pun I rasa nak cair macam coklat. Atau pun ais batu dalam milo panas. (Once again) Tapi kenapa bila orang lain tengok you semua macam dah separuh gila atau mungkin ada sesetengah yang terus gila? Betul, I pelik.


Kenapa I rasa you just the same with the other typical guys out there but in the same time ada beratus-ratus perempuan, (okay lah berpuluh-puluh logic sikit) yang tengok you macam you the most perfect guy in the world ever? Kenapa I rasa macam you got nothing special compared to another guys but in the same time, berpuluh-puluh perempuan cakap you hot gila dan pasti akan tak berkelip setiap kali you lalu. Homaigod, sumpah I rasa macam taknak pandang you sedangkan perempuan lain pandang tak cukup dua mata. Kenapa Kenapa? Kenapa I tak rasa you hot, dan tak deserve untuk jadi lelaki idaman Malaya? Or even lelaki idaman Indonesia? Tak tak, you betul tak layak. Sebab ramai lagi lelaki yang beratus kali ganda lebih hot dan macho dan gagah berbanding you.

Kenapa setiap kali you bersuara, mesti perempuan-perempuan yang admire you akan kata suara you sexy dan sedap? Sedangkan I tak rasa langsung yang suara you sexy dan sedap, malah I rasa dah macam suara katak puru bawah tempurung dah. Bukan setakat Audition Pertandingan Karaoke Kampung Dusun you tak lepas, Audition Peringkat Rumah Pak Seman pun belum tentu. I tak rasa yang orang akan suka suara you kecuali perempuan-perempuan tu. Tapi kenapa perempuan-perempuan tu boleh gila bila dengar suara you? Kenapa diorang boleh stop bercakap kalau you dah start bercakap? Betul, I pelik.

Tapi bila I tengok senyap-senyap, I kaji dan I fikir. I jumpa sebab untuk jawab soalan-soalan 'kenapa' I tadi. Sebab you bukan Lelaki Idaman I, tapi you Lelaki Idaman orang lain. Sebab you takde ciri lelaki yang I idamkan, tapi ciri you ada pada lelaki yang perempuan-perempuan tu idamkan. Sebab perempuan sangat berbeza dalam pandangan terhadap lelaki. Dan yang paling penting, sebab YOU bukan DIA.

Thursday, December 03, 2009

Rindu Rindu

Sekarang semua nya dah okay. I got the chance to release everything. I won't think about the past again. Cuma, sekarang ni I rasa betul rindu kat semua kawan-kawan di Kedah. (Sila terharu, :') Sebab I sangat jarang rindu orang. *tipu) Rasa macam nak balik Kedah sekarang, tapi tak boleh. Sebab I bukannya hangat-hangat tahi ayam, buat something tak habis. Entah macam mana tah tahi ayam yang hangat ni kan. No, I'm not. Itu yang penting. I akan try to stay here sampai habis. Sampai I dapat belajar banyak benda dan dalam masa yang sama, I nak sangat bagi sokongan pada yang lain. Because we're in a family and we need each other as well.


But still, I betul rindu The Yawww kat Kedah. I nak lepak-lepak kat Food Court dengan you all. I nak gossiping dengan you all. I nak tengok beg-beg cantik kat blogshop dengan Zalila and Azira. I nak tidur dengan Atyn. (Betul betul, tak pernah tipu. Rindu nak peluk cium.) I nak lambat ke kelas dengan Natalia and Azira lagi. (Haha, sukati je. Padahal Madame Rosnelim cakap, "I don't like the late comers!" merujuk pada I, Natalia, Azira, Que dan Sarah. Oh My Gucci. Haha.) Okay, I rindu nak tangkap gambar bodoh dan buruk dengan Ryn. Sumpah mak gelak gila sambil guling-guling atas katil bila tengok balik gambar-gambar kita nyahhh. Haha. I rindu nak sembang-sembang lucah dengan UN. Haha. Kenapa tah I tekan caps lock untuk taip nama UN. I rindu nak borak-borak pasal Nur Kasih dengan Iera dan Feeqa.

Yea, I betul rindu. Korang, tolong lah terharu dengan bentangkan red carpet masa I balik kedah nanti okay. Oh jangan lupa hidangkan I air barli susu segelas dan juga roti canai abang enam pulutuju. Alamak, terkantoi kan identiti beliau. Haha. But I'm wondering is it Food Court still banyak lalat macam before I datang sini? Banyak ke? Kalau banyak, cancel lah barli susu dengan roti canai. I nak MC'D okay. I nak prosperity burger dengan Mc Flurry. Dyla, ni semua pengaruh kau. Haha. Okay lah, mengarut dah ni. I nak call MC'D ni. Any order? Boleh order sendiri okay. Bye.

Wednesday, December 02, 2009

Once again

It come again in my mind. I was trying to avoid all those feeling but I can't do it alone. I really need somebody to tell to. I hate this situation because I really can't stand for it. I am not strong enough for all of this. I want to live happily like before. Please miracle, come to my life. To bring me to the right place that I want. To be with me, no matter what happen in my life. Because, really I can't stand.