BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, May 21, 2011

Saya selalu tidak bersyukur.

Amaran, ini adalah entry seorang manusia yang tidak tahu apa itu syukur.


Jujurnya, saya selalu membenci diri sendiri. Saya selalu mahu menjadi orang lain. Saya ini orangnya suka bermain dengan emosi. Saya mudah rasa menyayangi dan disayangi. Saya mudah memarahi dan memaafi. Saya mudah membenci dan menyukai. Saya mudah rasa kehilangan, saya mudah rasa punya terlalu ramai teman. Saya mudah marah, saya mudah kasih.

Tapi kesemua itu tidak sama dengan apa yang ada pada fikiran saya. Itu semua adalah rasa kerana dalam kemudahan itu saya sentiasa memikirkan ia tidak patut berlaku. Saya sentiasa berfikir saya perlu berubah, perlu punya prinsip. Tapi selalunya, akal saya ditewaskan oleh hati. Hati selalu menjadi raja diri. Ringkasnya, saya memang suka bermain dengan emosi. Saya sentiasa menurut kata hati, sedang hati saya tidak bersih.

Saya mahu berubah! Menjadi lebih baik dari semalam, jauh dari jalan yang kelam. Sesiapa, tolong ajarkan saya bagaimana mahu memberi kemenangan kepada akal sementara menunggu saya menyucikan hati. Tolonglah, saya mahu bersyukur menjadi diri sendiri. Tolonglah!

6 Yorum var:

Anonymous said...

"Sucikanlah nama Tuhanmu yang Maha Tinggi" (Al-A'la: 1)

Bertasbihlah kepadaNya, moga ketenangan yang dicari menjadi milik abadi (:

Salam perantauan dari bumi 'Anbiya
Salina

ha|ana|zak25 said...

Setuju dengan statement Salina :)

Membawa akal kembali mengenal makrifat Tuhan. Membawa hati berbalik pada tautan Ilahi.

Hinggalah, saatnya nanti Dia mencampakkan keyakinan yang tinggi di dalam diri ; bahawasanya kasih cinta Rabb 'Izzatie menyebelahi aku. bahawasanya kedekatanMu mendekat lagi dari urat nadiku.

Sungguh, inilah yang akan bergema dalam relung hati. Insha-Allah :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Terima kasih sahabat. Semoga Allah memberi hidayah dan tdak membolak-balikkan hati. Mohon didoakan. Syukran. (:

Anonymous said...

bila jiwa tgh kosong, itulah masa sesuai nak isi benda baru... move on, keep it up!

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Saya sedang mengisi sesuatu. (:

Anonymous said...

sy ingat sy sorang je berperangai mcm ni. skrg ade awak. sy tak rase sunyi sgt. hehe. susah kan jadi mcm ni? takpe. sy rs dikelilingi org yg baik dpt membantu. biarpun berkali diri kata, lebih baik aku sendiri agar tidak menyakiti dan disakiti. hhehe