BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 31, 2010

2010

Satu jam sahaja lagi. Hari terakhir ini bakal berakhir dan untuk menggambarkan segala-galanya tentang tahun ini adalah; jiwa. Aku tidak sampai hati menghukum ini adalah tahun kedukaan, kerana dukaku tidak sedalam duka Rasulullah sewaktu kehilangan isteri tercinta dan ayah saudara baginda.


Jadi aku tidak akan menamakan tahun ini dengan apa-apa nama. Dari pandangan sisiku yang gelap, ia cuma satu lagi tahun yang aku habiskan dengan mengumpul dosa tanpa dihapus. Ia cuma tahun yang aku lenyapkan dengan membiarkan segala harapanku terkubur, dan ada yang hancur. Ia cuma satu tahun yang aku isikan dengan kesakitan yang aku sendiri tentukan.

Ini adalah tahun yang penuh dengan paparan rintihan aku buat tatapan manusia. Ini adalah tahun aku memperkenalkan diriku sebagai manusia yang jarang sekali hampir dengan rasa syukur dan redha. Lihat, bagaimana aku menggambarkan kedukaan pada tahun ini yang kononnya tidak mahu aku namakan.

Ini dari pandangan sisiku yang terang, yang selama ini wujud tapi aku jarang sekali kongsi. Tahun ini adalah tahun persaudaraan. Tahun di mana aku ikat tali ukhuwah dengan ramai manusia, yang sentiasa menceriakan hari-hari suramku. Ini adalah tahun kesyukuran, kerana walaupun banyak perkara yang tidak dapat aku capai, peluang dan ruang masih terbuka luas buatku.

Ini adalah tahun yang penuh dengan kata-kata semangat, yang aku reka jadi bujukan buat hatiku. Dan dengan kata-kata itu jualah manusia lain yang berduka bisa menumpang hikmah. Tahun ini merupakan tahun aku mulai mengenal diri, dan mencari sisi terang yang perlu aku syukuri. Dan yang paling besar sekali, inilah tahun aku belajar untuk menjadi hamba yang kuat dan tabah dan aku tidak akan berhenti.

Harapan aku? Cuma satu, aku mohon aku dibantu dalam perjalanan kehidupan ini yang penuh dengan liku. Jadikan aku kuat, Ya Allah! Aku mahu gambaran jiwa yang kuat.

Asalkan ia membawa kebaikan.

Ada manusia yang memasuki Islam kerana cinta. Cinta yang menemukan dua hati berlainan agama. Tapi kerana cinta, mereka sanggup bersama memilih agama yang mulia. Maka cinta adalah medium penyebaran agama.

Ada wanita yang bertudung kerana fesyen. Fesyen memberi pengaruh yang besar kepada manusia. Tapi kerana tudung menjadi fesyen terulung, terletak tudung di atas kepala, rambut tetap diselindung. Maka fesyen adalah medium pengamalan agama.

Soal niat? Jangan ditanya, itu bukan kerja kita. Kerana, kebanyakkan mereka yang memeluk Islam kerana cinta punya iman yang lebih kuat berbanding kita- yang Islamnya kerana keluarga. Dan ada sesetengah dari mereka yang bertudung kerana budaya lebih elok tutupnya dari kita- yang tudungnya kerana ibu dan bapa.

Mudahnya, saya percaya pada medium yang wujud dalam memberi hikmah pada manusia sejagat. Persoalannya, mengapa Islam memilih medium yang lembut yang mudah diterima manusia? Mengapa Islam tidak pernah memaksa? Bagi saya mudah, kerana yang lembut itu yang lebih memujuk jiwa manusia. Yang lembut itu lebih dirasa.

Tapi banyak perkara yang tidak boleh kita samabandingkan dengan Islam-syumul. Kebaikan Islam ini berbeza dengan kebaikan biasa-biasa yang cuba kita bawa.

Kerana itu dalam menuju kepada kebaikan dalam kehidupan, konteks medium tetap saya percaya. Cuma, kadang-kadang medium yang kita guna bukan medium yang baik-baik sahaja.

Kalau dengan mencemuh itu, kita yakin bisa memberi hikmah kepada manusia maka teruskanlah dengan cemuhan. Jika dengan memuji, kita pasti boleh membawa rahmah kepada manusia maka teruskanlah dengan pujian. Walau cemuhan itu pada awalnya untuk mencemuh semata, dan akhirnya membawa kebaikan pada kita, maka biarlah ia. Dan biarlah pujian itu hanya satu penipuan yang nyata, asalkan ia membawa keberkatan kepada kita. Kerana soal niat, bukan milik kita. Cuma, apapun medium yang kita pilih biar ia berhikmah dan membawa rahmah.

Dan ingatlah, Islam juga tidak pernah meringankan penganutnya melakukan perkara sesuka hati dengan medium hukumanNya.

Monday, December 27, 2010

Masa dan sabar.

Mereka.

Ingin bercerita tentang sabar? Aku tidak tahu apa lagi yang lebih tepat untuk aku jadikan contoh selain abang-abang dan kakak-kakak, pendebat UiTM. 15 tahun menanti. Akhirnya, mereka genggam apa yang mereka inginkan. Aku percaya, ia adalah kerana berkat kesabaran. 15 tahun itu lama, dan aku masih tidak dapat membayangkan bagaimana mereka melaluinya dengan tabah dan redha. Saat mereka melonjak gembira, memegang dan merangkul erat piala yang selama ini hanya mampu dilihat dari jauh, aku yakin mereka sedang bahagia. Aku? Tidak, itu bukan kejayaan aku. Itu kejayaan mereka. Tapi aku tumpang gembira. Gembira, kerana masih dianggap sebahagian dari mereka. Walau bukan tangan aku yang membawa bahagia. Alhamdulillah, punya mereka yang membuka mata aku tentang janji. Janji Tuhan bagi mereka yang sabar.

Hidup!

Konteksnya lebih besar. Tapi konsepnya tidak pernah berubah. Sabar! Tiada kata lagi yang boleh aku luahkan untuk memujuk hati yang sedang berdukacita. Berapa lama pun, jikalau saat jatuh kita tidak pernah lupa pada pengutus duka, dan saat bahagia kita tidak pernah jauh dari pencipta, ia akan dibalas dengan ganjaran yang tak terhitung nilainya. Kerana janji Tuhan itu tidak akan pernah berubah. Sabar akan membawa bahagia! Yang penting, percaya dan yakin. Allah akan segera membantu.

Cuma..

Jika aku pergi dari mereka, ia bukan kerana kesilapan sesiapa. Jika aku senyap dari bising dunia, ia bukan kerana aku benci pada sesiapa. Jika aku hilang dari pandangan manusia, ia bukan kerana aku tidak mahu dilihat oleh manusia yang aku cintai. Ia cuma kerana aku. Kerana aku bukan manusia yang sabar, aku tidak tabah. Jadi bagaimana harus aku duduk menanti dan berharap ganjaran yang besar akan datang sendiri? Tanpa sabar? Tidak, tidak akan. Kerana mereka tidak pernah ada cuma, kerana mereka tidak pernah berputus asa. Dan kerana aku terlalu berbeza dengan mereka.

Ingat!

Dan ingatlah! Aku bukan tidak percaya pada janji-Nya. Aku bukan tidak yakin pada Tuhanku. Aku belum sampai hilang pedoman seperti tidak punya iman. Aku bukan sejahil itu. Aku cuma jahil dalam mengurus perasaanku. Aku cuma jahil dalam menutup sedihku. Maka kejahilan inilah yang meminta aku masa untuk aku hilangkan rasa, untuk aku hapuskan dosa. Beri aku masa untuk menjadi aku yang dulu- yang tidak jahil. Supaya masa yang seterusnya, aku dapat belajar bagaimana untuk bersabar.

Saturday, December 25, 2010

Aku tahu!

Aku tahu, tika dan saat ini aku mungkin menjadi manusia yang paling besar dosanya. Berputus asa, seolah tiada tuhan yang bisa membantu. Hilang harapan, seperti tidak ada sesiapa yang lebih besar dugaannya dariku.


Aku tahu, keadaan ini telah mengecewakan lebih banyak hati. Kesedihan ini telah menghilangkan rasa hormat manusia lain terhadap aku. Kerana semua rasa ini telah mengheret aku menjadi manusia yang lebih hina.

Aku tahu, aku tidak pernah menjadi selemah ini. Menjadi insan yang hanya tahu mencipta seribu satu alasan yang tidak berkesudahan. Menjadi manusia yang seakan lupa dengan setiap janji yang pernah ditaburkan. Lupa pada janji untuk menjadi kuat, lupa pada janji untuk redha dengan setiap ujian, lupa dengan setiap janji yang dahulunya penguat semangat!

Aku tahu, air mata ini hanya akan menghanyutkan aku ke lautan yang paling deras. Sehingga aku menjerit dan akhirnya mati kelemasan. Walau berduyun manusia yang datang mahu membantu, tetap tidak dapat menarik aku keluar.

Aku tahu, aku selalunya tahu dan yakin dengan apa yang aku ucapkan. Namun aku tidak pernah tahu, mengapa aku jadi begini. Aku tidak tahu bagaimana untuk keluar dari kemelut penyesalan ini. Aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan untuk pergi dari kehinaan yang pernah aku takut untuk dekati suatu ketika dahulu. Aku tidak tahu ke mana arahku. Aku tidak tahu ke mana hilang kekuatanku. Aku tidak tahu sampai bila aku akan begini. Aku tahu, aku tidak tahu.

Thursday, December 23, 2010

Aku mayat hidup!

Sedang aku buka warkah itu satu persatu, ada air hangat mengalir dipipiku. Selang beberapa saat, senyum aku melebar mengenang kenangan yang tidak akan pernah dapat dibayar oleh siapapun. Kemudian, tangis lagi yang kurasakan. Silih berganti seperti hujan yang datang di panas hari.


Aku mengalih pandangan pada aksara yang dilakar cantik, yang tidak pernah pudar dek masa yang kian berlalu. Ada genang dalam mata kecilku. Ya, sungguh ini suatu penyesalan. Penyesalan yang tidak dapat aku gambarkan walau dengan apapun. Walau dengan sejuta mata pena, tidak mampu aku luahkan menjadi bahasa tulisku.

Di sudut lain, aku tahu ini adalah balasan bagi insan yang tidak tahu bagaimana untuk bersyukur. Aku tahu ini ialah bayaran kepada kesedihan yang aku campakkan dulu. Bayaran buat manusia yang pernah tidak punya hati dan perasaan suatu ketika dulu. Ini adalah kekecewaan yang tertangguh buatku.

Aku simpan kembali kesemua warkah yang pernah menjadi jalan bahagia buatku. Aku letakkan ia di satu tempat yang istimewa yang tidak pernah aku ubah sejak berbulan lamanya, sejak dahulu. Isinya juga tidak berubah, hanya makna disebaliknya yang semakin hilang hari ke hari.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Aku lihat getar tanganku beransur pulih, cuma titis itu kian deras. Aku sudah tidak punya hati dan perasaan. Tapi bukan untuk aku campakkan kesedihan pada sesiapa. Ia hanya buat insan seperti aku. Untuk memadam rindu pada setiap kebaikan yang pernah diperolehi. Suatu ketika dahulu.

Monday, December 20, 2010

Penyesalan.

Kadang-kadang aku cuma marah dan kesal dengan diri sendiri kerana aku yang menjadi punca kegagalan jiwa ini terjadi. Kerana kekesalan yang menggunung tinggi dalam hatiku, aku seakan tersepit di tengah-tengah rasa kasih untuk memilih. Terus menunggu atau sekadar melupakan?


Esakan dan tangisan aku sememangnya berbaur penyesalan! Aku seperti sesat dan tidak punya jalan pulang walaupun aku yang berhak membuat pilihan. Seperti aku tidak mampu bergerak melakukan apa yang aku mahu, sedang aku tahu rahsia hatiku. Sehingga aku rasakan, jalan keluar dari kekusutan ini adalah dengan mengorbankan segala-galanya yang aku miliki.

Dunia ini kurasakan sunyi tidak berpenghuni, sedang manusia sedang memekik kuat memanggil namaku. Sekelilingku seperti kosong, padahal ada yang sedang berlari-lari menunjukkan diri. Namun kesepian ini aku yang cipta, aku yang reka. Sebab itu aku seakan tidak tahu apa-apa tentang gembira.

Ya Allah, berikanlah kepastian bagi setiap degup jantungku ini. Berilah keyakinan bagi segenap ruang jiwa dan perasaanku ini. Berilah kekuatan untuk setiap kudrat yang tidak seberapa ini. Berilah keredhaan untuk setiap tindakan dan pemikiran yang sedang berjalan dalam diriku ini. Hanya kepadaMu aku berserah, sesungguhnya aku insan yang buntu yang memerlukan pertolongan. Amin Ya Rabb.

Thursday, December 09, 2010

Rindu!




Tuesday, November 30, 2010

Inilah masanya.

Pekat malam selalu menjadi saksi air mata kerinduan setiap insan yang menumpang di atas muka bumi Tuhan ini. Kata seseorang, dalam rasa rindu yang bergema disetiap inci jiwa ini, dunia tidak pernah berhenti berputar di atas paksi. Siang dan malam tetap silih berganti. Jadi mengapa hanya dibiar perasaan menangis sendiri?


Bangun! Hari sudah mahu pagi. Telah kau biarkan sepertiga malam berlalu tanpa diisi. Mana tangisan rindu buat Pencipta rasa rindumu? Mana gema kasih dalam jiwamu buat Pencipta cintamu? Sampai bila engkau mahu persoal hati sebegini? Sedangkan engkaulah penjenayah yang paling dikehendaki!

Sudahlah. Jangan tewas dengan diri sendiri. Masanya sudah tiba untuk engkau pergi. Pergi dari rasa yang mengikat engkau selama ini. Kerana masa tidak pernah berhenti, setiap saat dan detik dinilai.

Tuesday, November 23, 2010

Mencari jalan keluar

Aku sedang punyai dua rasa yang berbeza. Aksara yang dulunya pantas aku lakar, kini menjadi sepayah menerima takdir bagi manusia yang sedang berputus asa. Tanganku tidak menggigil, tapi jantungku berdegup pantas seolah aku sedang berlari dari sesuatu yang amat aku takuti. Kusut. Itulah sebaik perkataan yang dapat aku gambarkan. Aku sebolehnya tidak ingin mengambil tahu apa yang menjadi akar kekusutan ini tapi aku ingin sekali bergerak pergi dari rasa yang menyesakkan benakku.


Aku cuba menyusun huruf yang berterabur dalam gambaran mindaku. Lambat ia bergerak, aku sudah seperti si kecil yang baru mengenal abjad. Segalanya susah dan payah. Aku seakan terperangkap dalam diri sendiri mencari jalan keluar yang paling selamat untuk aku pergi. Sayangnya langkahku longlai seperti mahu sahaja aku merangkak bagaikan bayi. Namun bayi kecil tidak punyai dosa menggunung tinggi!

Keliru. Aku makin keliru dengan diriku. Semakin aku meleraikan kekusutan yang berlaku, semakin kurasakan gelap tidak berlampu. Ini adalah hipotesis kehidupan bagi manusia sehina aku.

Ya Allah, adakah ini balasan bagi mereka yang kufur? Adakah ini hukuman bagi manusia yang tidak tahu untuk bersyukur? Jika benar Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang hina ini. Berilah petunjuk bagi setiap kesesatan yang aku lakukan. Peliharalah aku dari kejahatan, sesungguhnya aku hamba yang lemah, yang memerlukan pertolongan. Amin Ya Rabbil Alamin.

"Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan terhadap orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)." (An-Najm: 31)

Friday, November 19, 2010


Pengorbanan mungkin mempunyai erti yang berbeza bagi setiap orang daripada kita. Apa pun yang kita korbankan, biarlah ia kerana Allah Taala. Selamat Hari Raya Aidiladha.

Monday, November 15, 2010

Sekuntum Mawar dan Sekeping Hati.

Petang ini hujan lagi. Sedang aku mengamati bau hujan yang sungguh menenangkan, mataku tertancap pada sekuntum bunga mawar merah di dalam botol plastik berisi air. Mawar itu kian layu mencecah lantai meja di sudut kecil bilikku. Air nya tidak pernah berkurang, tapi semakin keruh. Coklat. Ah, ini semua salahku. Aku yang terlupa untuk memberikan sedikit matahari pada mawar itu. Bukan dari sesiapa, tapi ia dari seseorang yang aku cinta. Emak.


Cik burung hantu (=.=)

Jangan risau. Berapa kali sudah saya ingatkan. Ini bukan perlawanan! Ini adalah kehidupan yang di dalamnya tercipta sebuah persahabatan. Kita tidak pernah berlawan kata-kata siapa yang paling sedap dibaca. Kita juga tidak pernah bertanding siapa punya derita paling sengsara. Dan saya sememangnya tidak pernah ingin berlawan apa-apa. Kerana kita sedang menanggung derita yang sama! Dan kerana itulah tiap kali awak bingung, saya akan cuba leraikan. Bila saya gentar, awak meniup semangat buat saya. Biarlah berulang kali, atau beribu kali sekalipun awak mengucap kata yang sama. Saya tidak akan pernah bosan apatah lagi untuk benci, dan saya yakin awak jua begitu.

Kerana kita tahu, hati dan jiwa kita ibarat bunga mawar. Ia bukan dari sesiapa, tapi dari Allah yang paling kita cintai. Yang perlu kita jaga dengan sebaik-baik penjagaan. Yang perlu kita baja dengan seelok-elok makanan. Supaya ia tidak layu mencecah dasar yang paling hina, yang paling kita takut untuk dekati. Benar, kita sememangnya tahu. Tapi kita selalu lupa. Lupa untuk menyiram hati kita, lupa untuk mehangatkan jiwa kita dengan ingatan-ingatan yang telah Tuhan sediakan dengan percuma buat kita. Dan dengan sebab inilah, saya rela aksara itu diulang-ulang. Biar bernanah telinga kita. Biar berdarah air mata kita. Selagi kita hidup, saya mahu kita saling mengingatkan! Sekurang-kurangnya walaupun kita tidak berjalan, kita tetap bergerak mengangkat tangan untuk berdoa. Dan walaupun kita tidak bergerak, sekurang-kurangnya Allah akan mengangkat kita lebih tinggi dari tempat kita terjelepuk ini. Sampai bila pun kita tidak akan tahu bila penderitaan ini akan berakhir. Tapi yakinlah, kita sentiasa tahu bagaimana untuk pergi jauh darinya. Kita cuma perlu saling mengingatkan.

Aku capai bunga mawar itu. Aku cium buat kali terakhir sebelum aku campakkannya ke dalam bakul sampah di tepi bilik mandiku. Bukan untuk membuang kasih dan cintaku pada emak. Aku cuma sudah tidak sanggup untuk melihat suatu hari nanti kelopaknya pula akan satu persatu jatuh menyembah bumi hanya kerana sebuah kelalaian. Tuhan jangan sampai aku jijik dengan jiwa sendiri!

Dari Anas berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: "Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim atau yang dizalimi." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, kami menolong orang yang dizalimi maka bagaimana kami menolong orang yang menzalimi?" Rasulullah bersabda: "Kamu menahan perbuatannya." (Hadith Bukhari)

Cik burung hantu/ Nurus Sakinatul Fikriah, kita hanya perlu yakin dengan kekuatan yang kita ada. Cukuplah menzalimi diri. Maaflah tak daring pun entry ni. ;p

Wednesday, November 10, 2010

Kebaikan dengan kebaikan.

Benarkah wanita itu lemah? Atau aku yang lemah? Entahlah, semakin aku fikirkan semakin ia bersimpul berselirat di dalam benakku. Selama bertahun aku mencipta hukum alam mengikut acuanku sendiri. Biasalah nafsu selalu menguasai manusia selemah aku. Lihat, aku sudah mengakui.


Ini semua salah aku, aku yang lemah. Aku yang membenarkan kekuatan itu menguasai diriku. Ketika itu, dialah yang kurasakan penguat jiwa dan ragaku. Dialah kekuatan yang kononnya boleh meresap dalam jiwa lemahku. Kekuatan yang kononnya boleh memimpin aku. Lebih hina lagi, aku yang menggunakan agama sebagai penutup dosaku.

Cerita aku dan dia berjalan lembut, mudah sahaja proses perkenalan kami. Berbekal hanya sedikit memori yang pernah kami cipta bersama, mudah sahaja kami bergaul mesra. Tambahan pula, hati lemahku sedang kosong menanti diisi. Datang dia seperti seorang superhero, aku pula ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Masing-masing saling melengkapi, kononnya.

Entahlah, bagiku dirinya berbeza. Mungkin kerana ketika saat aku mencari, dia mula memperkenalkan diri. Pohonnya cinta, bajanya ilmu. Kembang mekar cinta dalam hatiku, hanya kerana dia melemparkan ilmu yang tidak pernah aku tahu. Biarlah hukum Allah digelapkan, yang pasti aku lihat dia yang membawa sinaran. Bersama dengannya, buat aku rasa bertuhan! Hati yang dulunya jauh dari agama, kurasakan dekat di dalam jiwa.

Lama-kelamaan ku rasakan jiwaku seperti diikat dengan jiwanya, seperti berpadu! Mulai dari saat itu, kami mencipta persamaan yang kononnya berteraskan agama yang langsung meletakkan kami jauh dari si Pencipta agama. Kejauhan jarak bukan lagi penghalang, sehingga Allah menunjukkan kuasaNya.

Aku yang ketika itu masih mencari jalan hakiki, tersentak lalu tersedar. Di dalam aku mendapatkan rasa bertuhan, dia merasai sebaliknya. Disaat aku menjiwai ketenangan, dia merasai kekeliruan dengan perasaannya. Kami kian jauh. Aku terbawa ke satu tempat yang meletakkan aku di tahap paling hina dalam hidupku. Akulah punca dosa tercipta, akulah punca hati terleka, akulah punca hidup derita! Derita dengan dosa yang aku halalkan dengan niat dhoif ku.

Lalu aku ditinggalkan terkapai-kapai sedang dia sudah bahagia. Lalu aku dibiarkan hina di setiap pandangan manusia, sedang dia hampir ke sana. Ke jalan yang pernah kami sama-sama mahukan. Aku cuba mencari jalan untuk bangun, dengan sisa tarbiyah yang dia pernah tinggalkan buat aku. Sehingga terkadang aku merasakan kehinaan yang maha dahsyat dalam diriku.

Aku mula merasai agama bukan untuk dimainkan dengan kata-kata. Ilmu bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya. Dan semenjak dari saat itu aku mulai percaya, matlamat tidak akan pernah menghalalkan cara. Perjalanan benar-benar mendewasakanku.

Sudahlah, aku tidak mahu hanya aku yang merasakan kebaikan sedangkan engkau merasakan kekufuran ketika kita bersama. Aku hanya mahukan kebaikan yang tidak akan pernah menafikan kebaikan yang lain. Aku mahu parallel, tidak perlu intersect sehingga meninggalkan kesan pangkah di dasar hatiku.

Ya Allah, tetapkan hatiku. Beri kekuatan padaku!

Monday, November 08, 2010

Bangkit!

Setiap manusia pernah berada pada tempat yang paling hina dalam hidupnya. Tapi adalah lebih hina apabila tiada siapapun yang menyedari kewujudan kita malah ada yang sanggup membiarkan kita terkapai bersama kehinaan yang kian parah.


Namun di sudut kecil jiwa ini, masih mahu bangkit walau hanya punya Allah sebagai teman!

Thursday, November 04, 2010

Sahabat!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Sahabat,
Jangan hairan andai kau berduka
Kerana manusia memang pelupa
Kita mudah putus asa bila diduga.

"Manusia tidak jemu memohon kebaikan dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan." (al-Fusilat: 49)

Sahabat,
Andai kau jatuh rebah
Jangan bimbang, jangan resah
Kepada Allah lah tempat berserah
Kerana takdir juga berhikmah.

"Supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." (al-Hadid: 23)

Sahabat,
Jika esok engkau berdiri
Jangan mudah meninggi diri
Kerana mungkin kau sedang diuji
Semua itu Allah yang beri.

"Maka apabila manusia ditimpa bahaya dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami dia berkata, "Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaran. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui." (az-Zumar: 49)

Sahabat,
Bagaimanapun dikau, tidak perlu kecewa
Ingatlah Dia, nescaya tenanglah jiwa
Bersyukurlah, Allah akan suka
Sesungguhnya Dia sentiasa ada.

"Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita." (at-Taubah: 40)

Sahabat,
Percayalah pada Qada' dan Qadar
Jadilah dikau manusia yang sabar
Kerana hidup tidak selalunya sukar.

"Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan." (Alam Nashrah: 5-6)

Sahabat, manusia ini selalunya bukan tidak tahu. Kita ini selalunya bukan tidak percaya. Tapi kita ini selalunya terlupa, yang akhirnya menyebabkan kita leka. Maka ayuh saling ingat-mengingati!

p/s: Alhamdulillah! Debar menanti result berakhir. Usaha menampakkan hasilnya.

Saturday, October 30, 2010

Jangan pernah putus asa!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,

Akhirnya, saya dapat apa yang ingin saya ceritakan. Lama saya menatap skrin laptop dengan tatapan yang kosong. Sambil itu saya cuba meleraikan satu persatu perkara yang ada di benak fikiran saya. Sudah berhari-hari, hati saya seakan mahu bertanya sesuatu. Ia seperti hendak menceritakan apa yang ada padanya.

Hati saya bukanlah hati yang kebal, jiwa saya jua tidak pernah kuat. Tapi saya selalu ingin untuk kuat. Untuk terus berjuang, melawan apa yang patut dilawan. Membela apa yang patut dibela. But up until a point, saya terasa makin lemah dan parah. Saya terasa semakin mengecil dalam dunia sendiri. Saya terasa kosong dalam jiwa dan hati sendiri. Semakin saya cuba untuk dekat, makin jauh yang saya rasakan.

Saya seolah sudah penat untuk bermain dengan masa. Saya sudah penat menunggu untuk hampir, kerana ia seolah sedang menjauh. Saya seperti sudah tidak sabar dalam penantian dan mujahadah ini. Saya terasa jauh ketinggalan dalam hidup sendiri. Dari setiap sisi, saya jauh dibelakang bayang sendiri. Saya seperti mahu mengalah!

Tapi satu sudut kecil di dasar hati saya, meminta saya untuk bertahan. Ia mohon agar saya tidak lemah, ia mahu saya terus berjuang kerana memang itu yang saya mahukan. Saya mahu dekat denganNya, saya mahu kebahagiaan yang dihamparkan dari cinta dan rindu yang hanya untukNya. Sama mahu sekali kekuatan untuk mencapai apa yang saya mahukan.

Akan saya sematkan di segenap ruang hati dan fikiran bahawa berjuang memang pahit, kerana syurga itu manis. Akan saya tanamkan janji-janjiNya di dalam setiap inci sanubari kerana Allah tidak akan pernah memungkiri janjiNya. Malahan Dia sedang berbicara dengan saya dan menyuruh untuk terus bersabar.

Ingatlah wahai diri, jika Allah berkehendakkan untuk memberi kebaikan kepada hambaNya, Dia akan memberi ujian terlebih dahulu. (Sahih Bukhari)

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata, "kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (al-Ankabut: 2)

Monday, October 25, 2010

Permudahkanlah.

9 tahun yang lalu merupakan permulaan saya dalam menentukan hidup. Pada ketika itu, saya bercita-cita untuk menjadi seorang lawyer. Benar, saya tidak tipu. Kalau tak percaya, saya boleh tunjuk buku biodata yang saya bangga-banggakan dulu. Mulai dari saat itu, saya boleh dikatakan bertekad mahu mencapai cita-cita saya.


Pada tahun ketiga memasang cita-cita, dalam diam saya kagum dengan kesugguhan dua orang kakak saudara kembar saya. Siti Hajar dan Siti Aishah. Mereka ketika itu menuntut di SMKA Sharifah Rodziah, Melaka. Sejak dari itu, saya tahu saya sudah mula memasang impian untuk menyambung secondary school di sekolah asrama.

Berbekal result yang cukup cantik ketika itu, saya menerima tawaran belajar di SMKA Simpang Lima, Sungai Besar. Gembiranya bukan kepalang, terasa sedang menjejaki alam dewasa. Padahal baru meningkat remaja. Sedang saya mula serasi dengan kesederhanaan sekolah luar bandar itu, ayah dan ibu datang membawa perkhabaran baru. Ada satu lagi tawaran untuk ke MRSM Kuala Kubu Bharu.

Kata ibu, saya punya masa seminggu untuk berfikir. I was belong to a herd mentality at that time so I chose to stay. Selesai tingkatan tiga di Sungai Besar, saya memilih jalan untuk keluar dari sekolah itu. Ini adalah cadangan ayah dan ibu. Sebabnya mudah, jauh. Jadi saya meneruskan alam persekolahan di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang.

Selepas result SPM diumumkan, saya sedikit kecewa dengan banyak penyesalan. Namun ia terubat apabila saya mendapat tawaran Asasi Undang-undang di UiTM. Lihat, cita-cita saya 9 tahun dahulu sudah semakin dekat. Saya gembira tidak terkata. Biarlah saya belajar di universiti bumiputra sekalipun. Saya tetap gembira.

Namun ia bukanlah semudah yang saya pernah sangka. Justeru saya mohon doa dari kalian yang membaca, agar urusan saya dipermudahkan olehNya. Saya menerima takdir Allah dengan rela dengan mengharapkan yang terbaik dariNya. Jika Dia tidak memberikan apa yang saya suka, saya mohon berikanlah rasa cinta pada apa yang saya ada. Kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui tentang hamba-hambaNya.

"You may dislike something while it is good for you, and it may be that you love something while it is bad for you, and Allah knows (it) and you know (it) not." (al-Baqarah:216)

Wednesday, October 20, 2010

Thank you.

I was born in a religious family. I was taught to cover my hair when I was six years old. When I was 7, there were only 2 persons in the class who wearing the hijab. Me and the other friend. I found nothing was wrong with that. Up until now, I know it is an obligation for muslim. Dad told me so.


When I was 8 years old, my mum asked me to wear the hijab permanently because before I was inconsistently covering my hair. My dad also asked me to have a full fasting in Ramadhan because before I was not. And yes, I did it until now.

The first time I stood up on the stage is when I was 8 years old when my class teacher asked me to lead the singing of Asma' al-Husna in every school assembly. I asked my dad's permission and he allowed me.

I was the only standard 3 student who was selected to join the Nasyid team of the school. The other members were all standard 5 and 6 students. My first song was Rindu by Hijjaz. When I asked my mum, she was nodding means she agrees.

When I was 11, I was asked by my teacher to represent my school in Tilawah al-Quran. That was my first experience. My mum said yes again, because she knows how far can I go. She teaches me how to read Quran since I was 5 years old. I went to school and told the teacher that my mum gives me the green light.

At 12, I asked my mum to quit from Nasyid because I want to represent my school in Syarahan Bahasa Arab. My mum asked me repeatedly whether I was ready or not and I said yes, I really want it and I ready for it. She keeps nodding and said, "You can do it.".

I just miss the moments I asked for my mum and my dad's permission in everything I want to do. Now, it remains the same. But the situation is little bit different. They will not be nodding, but they probably will be asking. Why? And when I about to finish my explanation they will be saying, "Buat elok-elok."

Thank you mum and dad for giving the opportunity for me to choose the best path in my life.

p/s; Tomorrow I'll be going to Putrajaya to represent UiTM in a debate competition. Do pray for the best!

Sunday, October 17, 2010

Tuhan, tetapkanlah hati kami.

Andrea Hirata

Saya baru sahaja selesai dengan sebuah novel pemberian seorang sahabat UiTM Kedah. Tajuknya Edensor, sebuah gambaran dalam desa khayalan karya seorang Indonesia, Andrea Hirata. Apa yang paling menarik perhatian saya mengenai novel tersebut adalah part "Pelajaran moral nombor sebelas: untuk mendapatkan wanita cantik, tapi bodoh, rupanya anda hanya perlu menjadi seorang provokatif.", "Pelajaran moral nombor tiga belas: jangan bicarakan keadaan negeri kita dengan orang ekonomi klasik." Sehinggalah pelajaran moral nombor berapa pun saya tidak perasan.

Tapi yang paling membuat saya bermenung, adalah tentang bagaimana Ikal (watak utama) dan saudaranya Arai yang sama-sama belajar di Eropah beriltizam tinggi untuk mengembara menjadi backpacker mengelilingi seluruh Eropah dan separuh benua Afrika dengan hanya berbekalkan wang menjadi street performers di setiap negara. Bukan penyanyi dengan gitar, bukan pakar magis, tapi menjadi manusia patung, patung duyung! Apa rahsianya, menakluk 1 setengah benua? Usaha, dan tidak putus asa.

Prof. Muhd Kamil Ibrahim

Nah, terus saya teringat sebuah ceramah sempena Hari Raya Aidiladha di UiTM Kedah juga. Penceramah adalah seorang bekas Timbalan Pengarah HEP UiTM Segamat, if I'm not mistaken. Juga penulis buku Travelog Haji, Prof. Muhd Kamil Ibrahim.

Beliau menceritakan sendiri pengalaman beliau yang sebelum ini kekurangan ilmu agama sehingga satu saat. Seingat saya ceritanya begini, beliau mengimpikan gelaran professor dan tanpa disangka impian beliau menjadi kenyataan. Hakikatnya, selama beliau memasang impian rupanya sang isteri tidak tinggal untuk bangun malam, bersolat hajat dan taubat, bermohon pada Allah untuk memenuhi impian suaminya setiap malam. Dari hari pertama beliau menyatakan hasrat, sehingga hari beliau dianugerahkan gelaran Professor. Keajaiban apa pula ini? Istiqamah.

Manusia

Saya langsung menyusun baris ayat yang pernah saya hafal di awal bangku sekolah rendah; istiqamah ialah berterusan melaksanakan perintah Allah. Kisah Ikal dan Prof. Muhd Kamil Ibrahim ini mungkin amat berbeza, namun dasar dan akarnya sama. Beristiqamah bermakna kita tidak berputus asa dengan melakukan usaha.Dan kerana istiqamah inilah, mengapa Allah tidak suka akan hambaNya yang mudah berputus asa tatkala jatuh menderita.

Manusia ini ramainya mahu dan tahu melakukan kebaikan, tapi selalu tidak tahu bagaimana untuk consistent melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tetapi sering terdorong melakukannya. Mengapa? Kerana tiada istiqamah dalam mujahadah. Tiada ketetapan hati dalam usaha. Lalu saya betul-betul teringat pergkongsian seorang sahabat yang didatangkan dari rakannya seorang non-muslim, jikalau malam ini kita berdoa memohon sabar bukan semudah kita bangun keesokannya dan kita akan menjadi orang yang sabar, tetapi Tuhan mungkin akan memberikan kita ujian yang lebih berat lagi pada esok hari untuk memupuk rasa sabar dalam jiwa kita. Kurang lebih, begitulah. Maknanya apa? Istiqamah jalannya.

Allah

"Katakanlah, wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas (melakukan dosa), janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah..." (al-Zumar: 53)

Ingatlah sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, rahmatNya melimpah ruah, maka mengapa harus kita yang berpaling tadah? Ya Allah, tetapkanlah hati dan jiwa kami dalam mencari redhaMu. Amin Ya Rabb.

Wednesday, October 13, 2010

Manusia dan kematian.

Ali Baba Bujang Lapuk

Sedang saya membaca surat khabar pagi semalam, terus fikiran saya teringat satu scene dalam cerita famous arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapuk;


Ali Baba: Oh rupanya kau kepala penyamun ya. Engkau menyamar sebagai saudagar! Kalau engkau berani, engkau bangunlah lawan sama aku sekarang. Matikan diri pulak!!

* Bliiinnngggg

Ali Baba: Eh.. eh?? Apa pasal engkau senyum?

Chief Penyamun: Aku mati dalam IMAN!

Uncle Fuhrer

Selesai drama satu babak dalam ruang fikiran saya. Lalu saya teringat pula kisah misteri kematian Adolf Hitler yang pernah dikatakan membunuh dirinya kerana tidak mahu mati di tangan orang lain. Namun misteri kematian beliau kini menjadi tanda tanya. Tengkorak yang kononnya milik Hitler sebenarnya milik seorang wanita berusia di bawah 40 tahun. Wallaualam.

Pedang Allah

Lalu terbayang pula saya saat Saifullah, Khalid al-Walid terbaring sambil menangis, kerana hasratnya untuk mati syahid di medan perang tidak kesampaian. Kematiannya ditangisi, meninggalkan seekor kuda dan pedang yang pernah digunakannya dalam peperangan, tanpa harta.

Kekasih Allah

Lain pula dengan saat kewafatan Rasulullah, Nabi Muhammad s.w.t yang penuh hiba. Sehingga Jibril turut berpaling muka, hati tak sanggup menahan derita, melihat Izrail meragut nyawa manusia mulia. Rasulullah pergi meninggalkan amanat, jagalah solat, santunilah orang-orang yang lemah, bukan menjadi jahat. Sehingga nafas terakhir pun, Baginda masih memikirkan ummat.

Hampir saja saya menangis, teringat bait-bait lagu Pemegianmu-Inteam.

'Oh sukarnya untuk ummat menerima,
Bahkan payah untuk Umar mempercaya,
Tetapi iman merelakan jua,
Bahawa manusia kan mati akhirnya.'

Kematian dan kita

"Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (Al-Jumu’ah, 62:8)

Soal bila dan bagaimana tentu sekali bukan hak dan milik kita, ia kekal menjadi milik Allah. Tapi sekurang-kurangnya Allah memberikan kita peluang selama mana kita hidup untuk menggambarkan kematian kita yang mungkin hanya sesaat dua. Dalam pada itu, mengapa ada manusia yang memilih untuk mati bersama tali gantung di leher mereka? Atau terbaring di atas jalan setelah lelah melakukan aksi? Lihat, itu semua siapa yang tentukan? Benar, jika Allah kata jadi maka jadilah! Tapi Allah juga tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu tidak mengubahnya sendiri.

Aku mahu mati dalam iman, bukan sekadar dengan senyuman.

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Perkahwinan dan pernikahan

Sejak dari kecil, saya percaya pernikahan dalam Islam adalah untuk meramaikan ummat Muhammad. Sebab itu, bila ada mulut yang menyatakan perkahwinan dengan saudara sendiri tidak digalakkan saya mudah percaya, kerana keturunan tidak berkembang. Tidak dapat meramaikan ummat Muhammad seramai berkahwin dengan orang yang tiada pertalian darah dengan kita. Kerana itu, saya tidak pernah tertanya-tanya mengapa kita digalakkan untuk berkahwin. Kerana saya sudah faham asas perkahwinan yakni zuriat.

Cinta itu buta

Pemahaman tentang perkahwinan ini semakin lama menjadi semakin mudah bagi saya apabila saya meningkat remaja. Saya faham, dalam pernikahan kita perlukan cinta. Dan sejak titik itulah saya mula mencari, apa itu cinta yang akhirnya membawa saya ke sisi yang lebih gelap lagi, daripada tahu menjadi tidak tahu, daripada tidak tahu terus menjadi bodoh. Saya lah antara manusia yang pernah berharap pada cinta dan selalu menangisi sebuah cinta. Dan benarlah cinta itu buta dan melalaikan tanpa memikirkan batas syariatNya. Walaupun ketika saat itu saya tidak merasakan apa-apa. Jahil.

Cinta dari Allah adalah Jodoh

Belakangan ini pula, saya selalu sahaja mendengar dan terdengar kisah sedih sahabat-sahabat saya yang sudah mula kecewa dengan cinta. Dan saat itu, mulalah manusia ingin menyalahkan segala-galanya termasuk Sang Pencipta. Alhamdulillah, saya masih diperlihara. Selama saya kecewa dan sedih, saya tidak pernah menyalahkan Dia. Kerana saya tahu siapa Tuhan saya, dan saya tahu kenapa Dia memilih saya. Dan perlahan-lahan saya mulai yakin, cinta itu adalah jodoh sebenarnya. Saya tidak lagi mahu menanti cinta, tetapi saya mahu menanti jodoh yang didatangkan dari Tuhan dengan rasa cinta kerana saya yakin jodoh Allah itu tidak akan pernah ada silapnya.

Jodoh perlu ditunggu atau dicari?

Bercerita soal jodoh pula, menjadi semakin sukar buat saya. Bila? Siapa? Bagaimana? Sehingga saya selalu tertanya-tanya, adakah jodoh ini perlu dicari atau sekadar ditunggu dengan hati yang separuh mati?

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (Surah An-Nur:26)

Maka saya mula sedar, sukar buat saya untuk memahami soal jodoh kerana sama sekali ia bukan hak saya. Ia hak dan milik Allah, dan sesungguhnya ia adalah janji dari Allah. Saya bukan Tuhan yang Maha Mengetahui. Anda juga bukan Tuhan yang Maha Adil dan Mengasihi. Kita bukan Tuhan yang Maha Melindungi.

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamanya (jika tidak) engkau akan celaka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan kerana kita bukan Tuhanlah, Dia mempermudahkan kita dengan pelbagai cara. Nikmat akal, sihat dan masa. Untuk kita fikir sedalam-dalamnya siapa yang terbaik buat kita. Selebihnya, tetap Dia yang punya. Berdoalah! Kerana mungkin kita tidak sedari bahawa sebenarnya jodoh kita sudah ada, sehingga saat yang telah ditetapkan Tuhan tiba. Masanya akan tiba, maka persiapkanlah diri kita untuk menjadi yang terbaik untuk beroleh yang terbaik buatmu. InshaAllah.

Cinta itu adalah anugerah. Mengapa perlu mencintai anugerah melebihi cinta buat Pemberinya?

p/s; Secantik mana pun tarikh dan masa yang telah kita tetapkan, ingatlah sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Ada jodoh, tidak ke mana. Dan dalam masa kita menunggu, mencari sematkan di dalam hati Tuhan adalah segala-galanya.

Thursday, October 07, 2010

Rasailah kewujudan.

Usai mandi, segera Aminah mengambil tikar sejadah dan kain telekungnya di atas hujung katil. Lantas, Aminah menunaikan solat Asar yang sedikit terlewat gara-gara Facebook. Yea, Facebook. Laman kesukaan semua, yang (selalu) melalaikan.


Jam sudah menunjukkan tepat pukul 6.30 petang. Aminah masih berteleku di atas sejadah setelah sujud yang panjang. Matanya bergenang merah. Lalu ditadah tangan, matanya dipejam. Yang terdengar hanya esak. Doanya di dalam hati.

"Ya Allah, ya Tuhanku. Kau ampunkanlah dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, serta dosa kaum muslimin dan muslimat." Matanya belum dibuka. Sendu yang kedengaran.

"Ya Allah, ya Rabbi 'Izzati. Layakkah aku digelar hambaMu? Sedang dalam gembira, tidak pernah aku letakkan Engkau dalam hatiku! Tika sedih, baru aku mula meraba mencari cahayaMu! Ya Allah, pantaskah sujud dan doaku ini didengari oleh Mu? Pantaskah aku menemui sinar kebahagiaan milikMu? Ya Allah, dosaku tinggi melangit! Taubatku ibarat sebutir pasir, layakkah aku menerima ampunMu? Wujudkah lagi peluang hidup bersyariat yang Engkau berikan dulu, sedang aku pernah lupa siapa Tuhanku!"

"Aku mohon Ya Allah! Tetapkanlah jiwa dan hatiku dengan rasa kasih pada agamaMu, dengan rasa rindu untuk RasulMu, beserta rasa cinta buatMu, Ya Tuhanku. Kau berikanlah belas kasihanMu jika tiada lagi kasihMu untuk ku. Amin Ya Rabbil 'Alamin."

Aminah membuka matanya. Diusap wajahnya lembut, lalu bingkas bangun melipat kain telekung dan tikar sejadah.

Hatinya berbisik, "Allah sentiasa menyediakan peluang yang luas untuk hambaNya! Aku yang perlu merasakan peluang itu wujud dan ada. Aku yang harus memberi peluang pada diriku."

What I love about Merbok #3

#3 Yes, it's Library. Library!


Perpustakaan Sultan Badlishah. Am I right? Seriously I couldn't remember the exact name of the library. I know you guys are shocked after reading this entry because how come the people like me, oh I mean like US spent most of our time in library? Whateverrr. Yang penting I ada. You adaaa??

Okay macam ni, actually kami semua memang suka sangat duduk library atas pengaruh Azira Hafiza yang sangat suka lepak kat library ni. Pantang ada gap between classes confirm muka kami kat library. Kalau tak online, tengok tv, tak pun bersembang, and lebih seronok dapat tidur kat sofa depan tv tu.




Tapi yang paling membanggakan, library memang main port kalau time study week. Disebabkan kami ni ada pelbagai jantina, so terpaksa gunakan library sebagai medium untuk berjumpa dan bergossip. And I rasa kalau kitorang masuk library, mesti semua orang macam 'Ahhhhhh' sebab kitorang sangat bising dan tidak terkawal.

I rasa benda paling best dalam library ni ialah bila bawak masuk beg senyap-senyap even kat pintu depan dah tunjuk gambar bags are not allowed. And the best part is when abang yang jaga kaunter tu datang kat Zira, Anam and I and bawak buku kesalahan library. Begini dialognya, (motifff?):

Abang yang jaga kaunter: Saya nak tulis nama awak berdua. Awak tahu tak kenapa?
Zira and I: Hah? Kenapa? Tak tahuu.
Abang yang jaga kaunter: Awak tahu tak beg tak boleh bawak masuk.
Zira: Beg laptop pun tak boleh??
Abang yang jaga kaunter: Yes, beg laptop pun tak boleh.
I: Laaaa, ingatkan beg laptop boleh bawak masuk. Tu yang kami bawak tu. Sorrylah bang, serious kami tak tahu. Bukan dulu boleh bawak masuk ke?
Abang yang jaga kaunter: Sekarang kita dah tak benarkan sebab ada students yang bawak makanan and air masuk library. So, kali ini saya bagi peluang sebab awak baru tahu. Tolong bawak beg laptop awak keluar.
Zira and I: Ohhh, terima kasih tau bang. (sambil kemas2 barang)

Memang perangai macam harreeemmm. Padahal dah lama I tahu bag laptop tak boleh bawak masuk. Nasib kena sergah dengan Zira, jadi lah jugak lakonan kami. Sekali kena dengan Nat, tak ke kantoi??? Haha. (Nat, no offences).




Selain tu banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan kat dalam library ni. Seperti, merakam video, main lawan tangan dan banyak lagi. Sekian, saya melaporkan dari library Sultan Badlishah.

p/s; Melampau pulak panjang entry pasal library ni. Hahahaha. Cukup obses tak?

Tuesday, October 05, 2010

What I love about Merbok #2

#2 CT Yana


Agak-agak I dapat commission tak promote CT Yana kat sini? Haha. For your information, CT Yana ni terletak betul-betul depan gate UiTM Merbok. I memang selalu lepak sini dengan kawan-kawan. Selalunya, after we finished our class at 6 kitorang akan straight away ke CT Yana, Anas, Zaty pun selalu join jugak.

Kalau time study week, CT Yana ni memang tempat wajib untuk dinner. Lepas sehari suntuk bergelak ketawa dalam library, kitorang mesti makan kat CT Yana. Menu famous kat CT Yana yang wajib order setiapkali datang, udang celup tepung, sotong celup tepung, cendawan celup tepung, fries, nasi bujang and banyak lagi. Hahaha, sumpah I kena claim royalty. Haha.

Ni masa nak bukak puasa rasanya.

Ni masa study week. (:


Wohhaaaa, sumpah rindu nasi bujang yang murah dan air ribena. Haha.

p/s: I tahu I obses dengan Merbok. -________-

Saturday, October 02, 2010

What I love about Merbok #1

#1 The Food Court


Assalamulaikum. Since I just finished my foundation in UiTM Merbok, I really want to tell you guys what I love about Merbok. The first thing that comes across my mind is the food court. We spent so much time in food court inclucing to eat, chatting and etc.

Kat food court ni lah kitorang makan sama-sama, berbuka puasa sama-sama since our first semester, gossiping sama-sama, berborak tak ingat dunia. Tengok orang lalu lalang, lepas tu mulalah mengata.

Kat sini jugak lah I started to know Muiz, Zul, Zaty, Mirul and Ijat. Food court lah tempat kitorang lepak dengan Anas since we were from different classes. Food court is our port after finished our classes. Lunch, dinner, and even breakfast semua kat food court. Sayang betul I kat food court ni. Haha.

So, these are some of the picture taken in food court dengan kawan-kawan tersayang.

Anas, me, Muiz and Leya.

Me, Muiz and Anam

Faris, Aqim, me and Paan.

Anas, Paan and I.

Anam, Anas, Zigha, Nat, me and Aqim. Love you guys so much.



With Kiwi.

Okay, wait for the second part!
p/s; Mesti orang kata I obses dengan UiTM Merbok kan? Kisah habis. Haha.

Thursday, September 30, 2010

This is true, I just love you.

I just realized something, I'm not good on showing how much I love my beloved one. I'm not good in telling them how much I care, how much I want them to be always with me.


I hate to say good bye because it's like we will never see each other anymore. I hate to cry, because I don't want them to be the reason I sad. I just hate this situation.

You guys are the best moment I ever had. You guys are more than my friends. You guys are here, deep in my heart. In a special place that I'll never forget. You guys are someone that I can hold onto. You guys are just true.

Thanks for everything guys. I love you. :')



Tuesday, September 28, 2010

The memories are here.


Happy End of Semester!

p/s; Sobs sobs.

Friday, September 17, 2010

Perang! #1

Badar; perang pertama dalam sejarah Islam. Inilah dia perang untuk menguji keimanan, jatuhnya dalam bulan Ramadhan. Ramadhan juga adalah Ramadhan yang pertama. Setelah itu, berhadapan pula dengan perang Uhud. Perang yang berbaur dendam. Perang yang telah menyaksikan luka Rasulullah, yang melihatkan syahidnya Hamzah. Perang yang mengajar kita; benar orang tamak akan selalu rugi. Kemudian, perang ketiga dalam sejarah; Perang Khandak. Inilah masanya Salman al-Farisi, lelaki Parsi menerangkan strategi. Ya, Islam menang sekali lagi selepas Badar.


Selepas itu kita menyaksikan sejarah peperangan dalam Islam. Bagaimana Khalid al-Walid yang dilantik menjadi panglima tentera Islam, sehingga beliau dilucutkan pada zaman Umar al-Khattab. Yang sentiasa mahukan syahid namun matinya di atas baringan. Kita juga mendengar sejarah bagaimana Salahuddin al-Ayubi yang menakluk Jerusalem, menentang tentera Salib sehingga Islam berada di mercu, memayungi dua per tiga dunia.

Zaman berganti zaman. Konsep peperangan ini masih belum berakhir. Cuma kini mungkin ada sedikit bezanya. Kerana dulu, perang ini adalah semata perang dengan kaum Quraisy, Yahudi. Mungkin kerana dulu, perangnya lebih extreme. Dengan pedang, dengan kuda, dengan perisai. Sekarang? Masih berperang dengan kaum Yahudi. Tapi lebihnya pada ideologi. Manusia pandang Islam seperti tikus. Menikus pada hak sendiri. Tapi apa bezanya dahulu dan kini? Islam berperang dengan Islam sendiri. Sehingga suatu saat, manusia yang baru ingin mengenal Islam keliru tentang agama suci ini.

Wahabi, ahli sunnah wal jamaah, shiah. Pelbagai lagi. Solat pada arah yang sama, kaabah. Tapi kadang-kadang soal akidah pun sudah lain benar. Akibat terlalu banyak mengkaji, sehingga yang asas selalu dibiar ketepi. Pokoknya, umat Islam hari ini sudah tidak satu lagi. Masing-masing punya ideologi sendiri. Kepala keras mengalahkan batu. Hati pula yang batu. Sebab itu berlaku perang ideologi, kefahaman, kepercayaan. Perang lidah. Benarlah, lidah mampu mengheret kita ke neraka. Hanya dengan lidah, dan satu ayat memperolokkan Islam. Masing-masing tidak mahu kalah, masing-masing mahu pertahan hujah, akhirnya penduduk Palestin yang mengalah.

Islam itu mudah, untuk difahami, untuk diamali. Tudung itu wajib. Apa lagi?

p/s; Perlu banding bezakan soal akidah, soal ibadah, dan soal hati.
p/ss; Emo sikit bab tudung ni.

Thursday, September 16, 2010

G


My short-term goal is:


Doing revision for my finals!

p/s; Selamat Hari Malaysia.
p/ss; Rindu debat! (:

Monday, September 13, 2010

Usang.

Aku mengamati wajah itu.
Wajah yang dulu pernah aku letakkan sebuah cinta dan harapan.
Pada kehidupan.
Tapi aku lihat makin pudar cinta itu.
Makin sepi harapan dulu.

Aku cuba lagi mengamati wajah itu.
Wajah yang pernah aku tinggalkan seribu satu memori abadi dalam jiwaku.
Tiap-tiap satu titip kenangan aku lihat cuma tinggal bayangan.
Bayang yang kian jauh untuk aku gapai dengan tanganku, untuk aku kejar dengan kakiku.

Lagi aku cuba.
Aku seakan pernah memberikan sedikit bahagia.
Bersama angin lalu aku tinggalkan senyuman dan hilai tawa.
Namun cubaan kali ini hanya menampakkan titis air yang jatuh dari mata berkaca.
Deras sekali.

Aku mahu lagi, mungkin ini yang terakhir.
Bisik aku pada jiwaku.
Aku pandang wajah ini kerana aku pernah melihat saat cahaya datang menerpa, langit cerah kian cerah. Pelangi yang indah senantiasa ada. Pernah.
Kini yang kulihat hanya warna gelap di bawah matanya, dahi yang kerut bukan seribu tapi sejuta.
Kelihatan sakit yang derita.

Aku sudah tidak mahu lihat lagi.
Aku terus berpaling dari cermin usang itu.
Dengan sedikit rasa redha.

Sunday, September 12, 2010

Cerita Syawal

My favourite port for this Aidilfitri. Tangga.

One happy family. Oh, kitorang memang tak pernah pakai sedondon.


Dengan si Akif, jiran sebelah. Our first guest. Sebab Kak Lang yang angkut dia datang rumah. Very cute.

I malas nak cerita, malas nak type. Sebab I sakit hati dengan laptop yang I tengah guna ni. Lembab tak ingat. Memang wajib humban.
p/s; I took 3 hours to post about this because of this laptop.

Thursday, September 09, 2010

Entri Malam Raya.

Suatu ketika dahulu, saya pernah menganggap hari raya adalah semata-mata untuk bersuka ria. Manakan tidak, baru awal puasa satu family sudah bersiap-siap membeli baju baru untuk persiapan hari raya. Biasanya seminggu sebelum raya, mak dan abah dah mula mengarahkan kami adik-beradik mengemaskan pakaian untuk pulang ke kampung di Terengganu. Dibawa pulak seplastik besar mercun dan bunga api yang abah beli dari kawannya.

Duduk 8 jam dalam kereta memang favourite kami adik-beradik. Biarlah kaki kebas dalam kereta pun, yang penting nak balik kampung. Sampai je kampung, mesti ada orang sambut. Seminggu puasa di Terengganu cukup memuaskan hati saya. Berbuka awal 2-3 minit. Tibalah malam raya, pakat ramai-ramai pasang pelita, main bunga api, mercun dan meriam buluh. Yang paling besar selalunya jadi ketua. Malam raya jugalah masa nak ber-pillow talk tak ingat dunia. Tapi seronok betul.

Pagi raya memang meriah. Lepas solat sunat Aidilfitri, beratur panjang nak dapat duit raya dari pakcik dan makcik. Salam-salam. Bergegar jugak lah rumah papan tokki dan nenek, semua pakat nak berlari dalam rumah. Then, siap sedia nak ziarah rumah saudara mara dan jiran tetangga. Masuk rumah, bukak balang kuih sambil tunggu air. Air siap. Chit chat kurang lebih. Mintak izin, nak balik. Beratur untuk salam, sambil dalam hati monolog sendiri. "Mintak-mintak bukan samah (baca; 50 sen)."

Sekarang? Dah lain. Kampung masih ada, tapi atuk, nenek, tokki and nenek yang takde. Bagi saya, raya bukan sahaja untuk bersuka ria. Ia lebih dari segalanya. Ia adalah hari kemenangan buat kita. Ia hari kesyukuran untuk semua umat Islam. Malam raya pun berbeza. Masih ada bunga api, masih ada mercun. Tapi bukan saya yang bermain. Giliran mereka pula, generasi di bawah saya.

Saya? Tolong sikit-sikit di dapur. Kemas rumah, masukkan kuih dalam balang, masukkan duit dalam sampul (ini semua favourite saya). Paling penting, saya lah yang gosok baju semua orang. Satu rumah. Kalau 10 orang, 10 pasang lah saya gosok. Ada 5 families kat rumah saya, baju 5 families lah yang saya gosok.


Malam ini lagi berbeza. Beraya di PJ. Tiada saudara mara macam sebelum ni. Yang ada cuma jiran. Bertakbir raya di rumah saya. Baru selesai, semua sudah pulang.

Saya sudah besar rupanya. (Perlukah?? Haha.)

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 07, 2010

Tuhan!


Tuhan, tunjukkan aku. Apa itu cinta? Bagaimana untuk aku mengenali cinta?

Tuhan, aku mahukan yang hakiki. Cinta yang sejati. Di mana dapat ku cari?

Tuhan, andai saling mengasihi itu cinta yang sejati aku mohon Kau bukakanlah pintu hatinya untuk mengasihi aku. Aku mahu dia yang menjadi cinta sejati buatku. Aku ingin sekali berada dekat dihatinya. Aku mahu sekali menjadi miliknya. Yang halal buatnya.

Ya Tuhan, kalau cinta suci itu adalah saling melengkapi Kau kuatkanlah hatiku, Kau kuatkanlah jiwaku. Aku mahu sentiasa di sisinya. Menjadi seseorang yang bisa berada pada saat dia jatuh, pada saat dia lemah. Aku mahu kami saling melengkapi. Yang mampu saling membimbing ke jalanMu.

Oh Tuhan, seandainya cinta yang agung benar tidak perlu dilafazkan Kau tunjukkanlah jalan untuk kami saling meluahkan bahasa cinta kami. Jalan supaya kami saling mencintai tanpa melafazkan. Kerana aku begitu takut untuk katakan, aku benar cinta padanya.

Tuhanku, kalaulah pengorbanan itu bukti cinta yang hakiki kau berikanlah kesabaran yang tinggi kepada aku. Berilah kesanggupan untuk aku korbankan segalanya demi cinta hakiki dari Mu, oh Tuhanku. Kau berikanlah seseorang yang lebih baik dari ku kepadanya. Kerana aku ingin sekali melihatnya bahagia. Walau dari jauh sekalipun.

Ya Allah, jika apa yang aku rasakan tika dan saat ini hanyalah sebuah perasaan biasa, atau cuma keinginan untuk memiliki Kau hilangkanlah rasa ini. Kau lenyapkanlah ia dari hati dan jiwa jahilku ini. Kau benamkanlah ia ke dasar yang paling dalam yang Kau punyai. Jauhkanlah ia beribu batu sekalipun dari diriku. Berikanlah sedikit rasa redha dengan ketentuanMu kepadaku. Aku ingin sekali menjadi insan yang redha. Yang percaya, ujianMu hanyalah untuk mereka yang benar-benar mampu menghadapinya. Aku percaya pada jodoh takdir yang telah Engkau lakarkan pada daun-daun hambaMu.

Monday, September 06, 2010

Dulu-dulu

Minyak dan air, bercampur.

Dulu kan, masa I kecil I ingat bulan puasa dan raya Aidilfitri mesti jatuh masa cuti sekolah. Bulan 12. Best sangat sebab lepas raya dah tak payah pergi sekolah. Boleh balik kampung lama-lama. Tapi rupanya I salah. Masa I darjah 5 baru I tahu puasa dan hari raya makin lama makin awal. Sebab ikut calendar Islam, bukan calendar Masihi.

Dulu, setiap kali awal puasa I mesti nak balik kampung Terengganu. Sebab kalau tengok waktu berbuka puasa kat TV, Terengganu awal beberapa minit dari KL. I nak bukak puasa awal, I berkira walaupun 1 minit so I nak balik kampung Terengganu. Tapi mak selalu kata Terengganu tu jauh. 8 jam, zaman tu.

Masa I kecil dulu, I selalu taknak bangun sahur. Mak and ayah akan prepared the foods untuk kami adik beradik. Bila dah siap semua, baru kejut kami. Tapi I yang paling payah nak bangun. Kalau I cakap taknak sahur mesti my mum berleter panjang. Dia cakap kena sahur, kalau tak nanti I mintak bukak puasa pukul 12 tengahari. So, I pun turun tangga dengan mata tertutup.

Dulu, masa I kecil I ingat setiap kali raya wajib balik kampung. I suka balik kampung Terengganu sebab rumah nenek kat tepi pantai. Ramai sepupu, boleh mandi laut masa raya kedua. Boleh mandi air perigi masa hujan. Tapi bila semua dah takda, baru I tahu raya kat PJ pun boleh jugak.

Masa dulu, I selalu excited setiap kali dapat card raya dari pakcik-makcik I. Siap gantung-gantung dalam bilik lagi. Bangga tu. Sekarang, semua pakat nak tag card raya kat facebook. I pun bakal buat 2-3 hari lagi.

Dulu I selalu tidur awal sebab nekad nak bangun sahur tanpa dikejut oleh mak dan ayah. Tapi sekarang, tidur lah pukul berapa pun memang I liat nak bangun.

Bye, nak sambung tengok Gossip Girl Season 1 for the third time.
-___-

p/s; Cantik kan gambar kat atas tu? Memang kebaikan selalu dirosakkan dengan kejahatan bukan? Sehingga kebaikan tidak lagi dilihat sebagai kebaikan.

Sunday, September 05, 2010

Puasa!

Hey! Puasa lah!

Ya Allah, berilah kesabaran yang tinggi ke padaku pada bulan yang mulia ini. Amin Ya Rabb.

p/s; Gambar tiada kena mengena langsung.

Friday, September 03, 2010

Dalam Kenangan



Blog ini hanya memerlukan entry yang jujur dan ikhlas. Bukan untuk sesiapa tetapi untuk pemiliknya jua. Kalau ada sesiapa yang mendapat kebaikan dari blog ini, maka syukurlah. Kalau ada yang beroleh keburukan, mohon seribu kemaafan.

p/s; Background hitam kerana lebih simple dan firm. Haha. Motif sangat.

Thursday, September 02, 2010

Open House


Hey you all. Sekarang tengah kelas Global Issue, tapi... Okay, actually mood raya I memang tengah membuak-buak ni. Mana tak nya, setiap malam dok pasang lagu raya. Siap buat video nyanyi lagu raya lagi dengan roommates I. So, sempena nak raya ni I tiba-tiba teringat juadah-wajib-mak-I kalau buat Open House. Untuk tahun ni, tak tahu lah buat Open House ke tak, tapi kalau I buat silalah datang!

Laksa Penang. Laksa Penang ni, hari biasa famous, bulan puasa famous, pasar malam famous, open house pun famous jugak. Untunglah apek cina tauke laksa.

Lemang. Kalau pandai buat, memang sedap. Kalau tak, boleh jadi keras boleh jadi lembik sangat. Duduk kampung memang best sebab boleh bakar lemang sendiri. Tapi kalau duduk rumah taman macam I, buat lah kalau nak raya dalam jail.

Rendang. I suka semua jenis rendang. Especially kalau makan dengan nasi impit. Memang terbaik lah. Tapi my mum selalu masak rendang ayam. Wohaa wohaaaa. Meleleh ayaq liuq ni.

Lontong. I tak berapa nak suka lontong ni. Kalau makan pun, stock tak campur dengan kuah kacang. Kenapa entah, tak pandai makan campur-campur.

Nasi minyak, acar and ayam masak merah memang gandingan termantap. I ingat lagi Raya 2002, masa tu I darjah 5. I ulang makan nasi minyak my mum lebih kurang 7 kali kot. Memang terbaik, makan tak pandang kiri kanan dah.

Ketupat pulut. Kalau kat rumah I, manusia paling pakar buat ketupat pulut is my big brother. My mum pun tak sehebat dia kalau bab nak ikat-ikat ni. Harga ketupat pulut ni kat kampung I, Kuala Terengganu serious murah gila.

Nasi impit dan kuah kacang. My mum tak pro sangat buat kuah kacang, tapi boleh blah lah. Ada jugak lah orang mintak bawak balik. -___- Rasanya menu ni yang paling wajib sekali setiap kali pagi raya and open house.

Last but not least is nasi dagang. Ni memang menu terulung my mum sebab nasi dagang lah yang buat my mum famous kat kawasan rumah. Kalau kata nak buat open house, mesti orang request nasi dagang as the main menu. My mum pun layankan je, pahala besar bagi orang makan ni.

p/s: Ni antara menu yang paling I suka. Ada je lagi yang takdak dalam gambar seperti soto, bihun sup etc. Korang suka yang mana?