BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 23, 2010

Mencari jalan keluar

Aku sedang punyai dua rasa yang berbeza. Aksara yang dulunya pantas aku lakar, kini menjadi sepayah menerima takdir bagi manusia yang sedang berputus asa. Tanganku tidak menggigil, tapi jantungku berdegup pantas seolah aku sedang berlari dari sesuatu yang amat aku takuti. Kusut. Itulah sebaik perkataan yang dapat aku gambarkan. Aku sebolehnya tidak ingin mengambil tahu apa yang menjadi akar kekusutan ini tapi aku ingin sekali bergerak pergi dari rasa yang menyesakkan benakku.


Aku cuba menyusun huruf yang berterabur dalam gambaran mindaku. Lambat ia bergerak, aku sudah seperti si kecil yang baru mengenal abjad. Segalanya susah dan payah. Aku seakan terperangkap dalam diri sendiri mencari jalan keluar yang paling selamat untuk aku pergi. Sayangnya langkahku longlai seperti mahu sahaja aku merangkak bagaikan bayi. Namun bayi kecil tidak punyai dosa menggunung tinggi!

Keliru. Aku makin keliru dengan diriku. Semakin aku meleraikan kekusutan yang berlaku, semakin kurasakan gelap tidak berlampu. Ini adalah hipotesis kehidupan bagi manusia sehina aku.

Ya Allah, adakah ini balasan bagi mereka yang kufur? Adakah ini hukuman bagi manusia yang tidak tahu untuk bersyukur? Jika benar Ya Allah, ampunkanlah dosa hambaMu yang hina ini. Berilah petunjuk bagi setiap kesesatan yang aku lakukan. Peliharalah aku dari kejahatan, sesungguhnya aku hamba yang lemah, yang memerlukan pertolongan. Amin Ya Rabbil Alamin.

"Dia memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat jahat terhadap apa yang telah mereka kerjakan dan memberi balasan terhadap orang-orang yang berbuat baik dengan pahala yang lebih baik (syurga)." (An-Najm: 31)

4 Yorum var:

dylakamil said...

wwooowww, tak lama lagi aku rasa kau boleh tulis buku dah rda, hehe :DD

imy

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, hahahahaha. Yeke? Taknak lah. tak pandai. ;p

IMYT!

ha|ana|zak25 said...

Dia rindu kamu.



Ini peluang :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Tiqah, MashaAllah. Kita tak terfikir pun. Syukran. InshaAllah tidak akan disia-siakan. (: