BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Perkahwinan dan pernikahan

Sejak dari kecil, saya percaya pernikahan dalam Islam adalah untuk meramaikan ummat Muhammad. Sebab itu, bila ada mulut yang menyatakan perkahwinan dengan saudara sendiri tidak digalakkan saya mudah percaya, kerana keturunan tidak berkembang. Tidak dapat meramaikan ummat Muhammad seramai berkahwin dengan orang yang tiada pertalian darah dengan kita. Kerana itu, saya tidak pernah tertanya-tanya mengapa kita digalakkan untuk berkahwin. Kerana saya sudah faham asas perkahwinan yakni zuriat.

Cinta itu buta

Pemahaman tentang perkahwinan ini semakin lama menjadi semakin mudah bagi saya apabila saya meningkat remaja. Saya faham, dalam pernikahan kita perlukan cinta. Dan sejak titik itulah saya mula mencari, apa itu cinta yang akhirnya membawa saya ke sisi yang lebih gelap lagi, daripada tahu menjadi tidak tahu, daripada tidak tahu terus menjadi bodoh. Saya lah antara manusia yang pernah berharap pada cinta dan selalu menangisi sebuah cinta. Dan benarlah cinta itu buta dan melalaikan tanpa memikirkan batas syariatNya. Walaupun ketika saat itu saya tidak merasakan apa-apa. Jahil.

Cinta dari Allah adalah Jodoh

Belakangan ini pula, saya selalu sahaja mendengar dan terdengar kisah sedih sahabat-sahabat saya yang sudah mula kecewa dengan cinta. Dan saat itu, mulalah manusia ingin menyalahkan segala-galanya termasuk Sang Pencipta. Alhamdulillah, saya masih diperlihara. Selama saya kecewa dan sedih, saya tidak pernah menyalahkan Dia. Kerana saya tahu siapa Tuhan saya, dan saya tahu kenapa Dia memilih saya. Dan perlahan-lahan saya mulai yakin, cinta itu adalah jodoh sebenarnya. Saya tidak lagi mahu menanti cinta, tetapi saya mahu menanti jodoh yang didatangkan dari Tuhan dengan rasa cinta kerana saya yakin jodoh Allah itu tidak akan pernah ada silapnya.

Jodoh perlu ditunggu atau dicari?

Bercerita soal jodoh pula, menjadi semakin sukar buat saya. Bila? Siapa? Bagaimana? Sehingga saya selalu tertanya-tanya, adakah jodoh ini perlu dicari atau sekadar ditunggu dengan hati yang separuh mati?

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik." (Surah An-Nur:26)

Maka saya mula sedar, sukar buat saya untuk memahami soal jodoh kerana sama sekali ia bukan hak saya. Ia hak dan milik Allah, dan sesungguhnya ia adalah janji dari Allah. Saya bukan Tuhan yang Maha Mengetahui. Anda juga bukan Tuhan yang Maha Adil dan Mengasihi. Kita bukan Tuhan yang Maha Melindungi.

"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah agamanya (jika tidak) engkau akan celaka." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dan kerana kita bukan Tuhanlah, Dia mempermudahkan kita dengan pelbagai cara. Nikmat akal, sihat dan masa. Untuk kita fikir sedalam-dalamnya siapa yang terbaik buat kita. Selebihnya, tetap Dia yang punya. Berdoalah! Kerana mungkin kita tidak sedari bahawa sebenarnya jodoh kita sudah ada, sehingga saat yang telah ditetapkan Tuhan tiba. Masanya akan tiba, maka persiapkanlah diri kita untuk menjadi yang terbaik untuk beroleh yang terbaik buatmu. InshaAllah.

Cinta itu adalah anugerah. Mengapa perlu mencintai anugerah melebihi cinta buat Pemberinya?

p/s; Secantik mana pun tarikh dan masa yang telah kita tetapkan, ingatlah sebaik-baik perancangan adalah dari Allah. Ada jodoh, tidak ke mana. Dan dalam masa kita menunggu, mencari sematkan di dalam hati Tuhan adalah segala-galanya.

14 Yorum var:

Adzrul Syafiq said...

well said, rda :)
semoga kita dipertemukan jodoh dengan pasangan y benar2 memahami kita seadanya, dtg dari nasab keturunan yang baik dan diredhai Allah.

dan kalau boleh biarlah y ada paras rupa y menawan, and harta y melimpah ruah jugak..so senang nanti..haha

amiin~

Farhan Zafry--;LITHIUM said...

wahhh... suke ni bab2 pasal kawen... hahahah., rda skunk ni ada sesape yg bertakhta ke di hati!!!

Ya cinta itu mmg buta..... maka kita lah yg pimpin ia

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Adzrul Syafiq, lamanya you tak singgah. Thanks okay. (:

InshaAllah, somehow soal jodoh ni atas usaha kita jugak. Kalau kita perbaiki diri kita, inshaAllah setiap apa yang kita nak Allah boleh bagi. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Farha, tahu lah ang tengah berbunga cinta. Haha. So far, masih kosong. InshaAllah sehingga saat jodoh aku sampai. Aminn. (:

"Ya cinta itu mmg buta..... maka kita lah yg pimpin ia" Suka statement ni. Untuk jadi pemimpin, perlulah kuat. (:

.yANa. said...

untok jodoh.kite kene usehe kan kan?cume tak tahu itu jodoh kite or tak.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Yana, muslim yang pro-active adalah yang berusaha, berdoa dan bertawakkal. (:

Unknown said...

gatal pak biii!!!

eh, kau baru lps p kursus kahwin ke ada? hahah

DOLCEshasha said...

I like this post!
Yup, kalau ada jodoh, takkan kemana. Tuhan adalah segala-galanya. Cinta kepada Allah umpama cinta yang sangat sempurna.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, hahahaha. Lambat lagi weh nak pi kursus kahwin. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Sha, thanks. (:
Cinta kepada Allah adalah cinta agung yang tidak perlu dilafazkan. (:

dylakamil said...

Yeay! i like this one! hehehehe. tarikh takdehal sgt, jodoh bila2 sahaja. soal pertemuan perpisahan hidup mati kan kerja tuhan :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, betul tuuuu! Semoga berbahagia dengan your bf! Doa banyak2 semoga dia jadi yang terakhir! ILY!

beruang said...

da mcm syurga cinta..
hehe

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Bear, amin. (: