BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 09, 2010

Entri Malam Raya.

Suatu ketika dahulu, saya pernah menganggap hari raya adalah semata-mata untuk bersuka ria. Manakan tidak, baru awal puasa satu family sudah bersiap-siap membeli baju baru untuk persiapan hari raya. Biasanya seminggu sebelum raya, mak dan abah dah mula mengarahkan kami adik-beradik mengemaskan pakaian untuk pulang ke kampung di Terengganu. Dibawa pulak seplastik besar mercun dan bunga api yang abah beli dari kawannya.

Duduk 8 jam dalam kereta memang favourite kami adik-beradik. Biarlah kaki kebas dalam kereta pun, yang penting nak balik kampung. Sampai je kampung, mesti ada orang sambut. Seminggu puasa di Terengganu cukup memuaskan hati saya. Berbuka awal 2-3 minit. Tibalah malam raya, pakat ramai-ramai pasang pelita, main bunga api, mercun dan meriam buluh. Yang paling besar selalunya jadi ketua. Malam raya jugalah masa nak ber-pillow talk tak ingat dunia. Tapi seronok betul.

Pagi raya memang meriah. Lepas solat sunat Aidilfitri, beratur panjang nak dapat duit raya dari pakcik dan makcik. Salam-salam. Bergegar jugak lah rumah papan tokki dan nenek, semua pakat nak berlari dalam rumah. Then, siap sedia nak ziarah rumah saudara mara dan jiran tetangga. Masuk rumah, bukak balang kuih sambil tunggu air. Air siap. Chit chat kurang lebih. Mintak izin, nak balik. Beratur untuk salam, sambil dalam hati monolog sendiri. "Mintak-mintak bukan samah (baca; 50 sen)."

Sekarang? Dah lain. Kampung masih ada, tapi atuk, nenek, tokki and nenek yang takde. Bagi saya, raya bukan sahaja untuk bersuka ria. Ia lebih dari segalanya. Ia adalah hari kemenangan buat kita. Ia hari kesyukuran untuk semua umat Islam. Malam raya pun berbeza. Masih ada bunga api, masih ada mercun. Tapi bukan saya yang bermain. Giliran mereka pula, generasi di bawah saya.

Saya? Tolong sikit-sikit di dapur. Kemas rumah, masukkan kuih dalam balang, masukkan duit dalam sampul (ini semua favourite saya). Paling penting, saya lah yang gosok baju semua orang. Satu rumah. Kalau 10 orang, 10 pasang lah saya gosok. Ada 5 families kat rumah saya, baju 5 families lah yang saya gosok.


Malam ini lagi berbeza. Beraya di PJ. Tiada saudara mara macam sebelum ni. Yang ada cuma jiran. Bertakbir raya di rumah saya. Baru selesai, semua sudah pulang.

Saya sudah besar rupanya. (Perlukah?? Haha.)

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.

16 Yorum var:

A said...

akk pun rasa akk dah tua.
*ttibe.
haha
takpe rda,
memang macam tu.
ni kat ptrajaya pun senyap sunyi.
bunyi cengkerik jee.
SELAMAT HARI RAYA!

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Kak Tnoe, hahaha. Kesian kita kan. Raya kat sini je. Haha.
SELAMAT HARI RAYA kak Tnoe!

beruang said...

alhamdulillah..
samat ari raya..
maap zahir batin

lia hani said...

ya . adek sudah rse 8 jam.. pergi ke terengganu ..kebas buntut .. kah3...

kak rda dah besa lah ~
bnyk sgt tangungjwb..
jum jdi knk2.. jum3.. hahah
serunuk sgt !

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Bear, selamat! (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Adik, hahaha. Dah rasa eh? Best kan? Hahaha.

Kalau boleh memang nak jadi kecik balik. Tapi tak boleh kan?

FS said...

Asal beraya dekat PJ je Rda?
8 jam double aku nak balik Penang wooo, tak tahan :P

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hahaha, tak tahu dah nak balik mana. Terengganu takdak orang. Haha.

Tu lah pasal, try ah.

dylakamil said...

Okay, so kita sama je actually Rda :) Zaman kecik smpai besar sama je. aku dulu kecik2 seronok ahh raya kelantan. dah besar2, raya kl, apa yg ada tah? hehe
aku rasa lepas raya aku akan melawat aunty mid takpun uncle klcc

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, haha. Aku okay sikit dari kau kot. Lepas solat hari raya aku gerak ke Seremban. (:

dyana said...

selamat hari raya <3

Khairulnizam Bakeri said...

The best entry I've read yet :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyana, Selamat Hari Raya. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

KNB, thanks. (:

Unknown said...

aku rindu zaman dulu2. dah besar serius x seronok.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, tapi takde lah tak seronok langsung kan?