BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 13, 2010

Saya mahu kenal.

Oh, jam menunjukkan pukul 11.38 pm. Kurang lebih, 20 minit lagi sebelum hari ini berakhir. Tarikh kelahiran 19 tahun yang lalu. Hari Jumaat, sayyidul ayyam. Teringat teks syarahan Bahasa Arab ketika di bangku sekolah rendah, tahun enam. Kisahnya tentang Yaumul Jumaah, penghulu segala hari. Oh, lebih barakah hari dan tarikh ini kerana jatuhnya pada bulan Ramadhan. Bulan ibadah. Bulan tafakkur.


Sunyi rumah ini. Yang paling kecil sudah terlelap, pelik. Selalunya mengadap PS3 tak mahu berhenti. Mak dan ayah, seperti biasa. Dating setiap malam, jam 1-2 pagi baru pulang. Abang, online mungkin. Adik perempuan, haihh. Bergayut 24 jam. Eh, sudah 11.45 pm. 15 minit lagi sebelum hari ini tamat.

Saya menyelak memori lama, tadi. Cuba membaca semula status-status lama di dinding Facebook saya. Saya mengeluh lagi. Malu. Banyak sungguh kekecewaan yang saya luahkan. Jarang betul saya bersyukur. Dan, saya tambah malu. Hampir semuanya tentang perasaan. Kekecewaan dengan manusia, dengan kawan, dengan dia. Dengan cinta.

Saya lihat lagi, yang ada cuma kesedihan. Bila kecewa, tidak dapat apa yang dimahukan. Bila terasa kosong dan hiba. Semuanya tentang kesedihan. Sedih kerana manusia, kerana kawan, kerana dia. Kerana cinta. Cinta yang membutakan. Oh, saya yang buta sebenarnya.

Telefon bimbit berbunyi, oh ada 1 message receive. Dari seorang sahabat lama. Bagus benar, walau lama tidak ketemu masih ingat hari lahir saya. Terima kasih kawan. Soalan biasa, dari si kawan. "Apa cerita? Solo lagi ke? Takde tunggu sesiapa?" Jawapan saya, "Oh, saya tidak menanti sesiapa. Saya menanti jodoh."

9 minit lagi. Saya sedar sesuatu. Saya hidup selama 19 tahun. Masih terlalu awal untuk semua. Kenapa saya sibuk mencari cinta manusia? Sedang diri sendiri pun belum saya kenal. Bukankah tak kenal maka tak cinta? Saya tidak mahu memberi harapan kepada sesiapa, saya tidak mahu berharap pada sesiapa pun. Saya percaya pada takdir, rezeki, jodoh dan masa.

Masih berbaki 5 minit. Selamat Hari Lahir buat saya!

14 Yorum var:

Unknown said...

msti adik kau gyut guna kredit free kau kn? :D

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, takde maknanya. Pakai phone sendiri ahh. Haha.

FS said...

Ha betul, kadang2 org lg kenal kita.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, kau kenal aku tak? Hehe.

Nor atau Nad said...

i love the last part
bru 19 thn muda lg
tmbah2 yg x masuk 19 lg nih^^

A said...

good.
bagus lah awak fikir macam tu.
you're 19.
you still have a long wayy to go.
sedih kecewa tu biasa lah.
all a part of life.
happy belated bday!
:) wishing you not just a year older but a year better.
semoga bjaya dunia akhirat,
bertemu jodoh yg baik.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Nor, haha. Sentap di situ kan??? Nasib aku dah 19. -___-

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Kak Tnoe, thanks so much for dropping by. Lama tidak2 berborak2. (:
InshaAllah, saya sedang belajar untuk menjadi lebih matang. Membetulkan segala yang salah. Memperbaiki segala yang silap. Aminn. (:

lumut said...

epi besday for u.....=)

nn said...

happy belated birthday!

DOLCEshasha said...

kita masih muda . ada masa lagi Rda : )

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Fiq, thanks so much. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

NN, thanks babe. (:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, yes. Terima kasih. (: