BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan 14.

Ramadhan ke-1 (baca; pertama)


Sedih. Sudah 5 tahun tidak dapat puasa yang pertama. Tapi seakan sudah biasa.
Senyum. Sekurang-kurangnya dapat berbuka dengan keluarga. Berbuka kah?



Ramadhan ke-2

Senyum lagi. Berjumpa dengan manusia tersayang. Ramai sekali hari itu. Semuanya ku rindu.
Terima kasih untuk segalanya. Walau apapun yang berlaku, kalian tetap di sini (baca; hati).

Ramadhan ke-4

Hari pertama berpuasa untuk tahun ini. Semuanya baik-baik saja. Hari pertama bersahur juga. Hari pertama betul-betul berbuka, dengan keluarga. Rindunya.

Ramadhan ke-12

Dapat berbuka dengan dua orang insan tersayang. Memori 2009 betul-betul terbayang. Terima kasih Feeqa dan Atyn kerana sudi meluangkan sedikit masa. Gembira betul saya.

Ramadhan ke-13

Pertama kali berbuka di luar UiTM. Zira mengidam KFC.

Ramadhan ke-14

Sudah 14 hari berlalu. Sayunya, baru dapat sahur 3 kali. Sekali di rumah, sekali di RnR, sekali di bilik Zira. Kalau tidur bilik sendiri macam mustahil je untuk bangun sahur. Tidur tak ingat dunia. Sibuknya sekarang, 24 jam tidak cukup untuk hari-hari saya. Saya mahukan masa yang lebih. Tapi seolah tidak bersyukur pula. Haihhh. Banyak betul kerja. Mengeluh lagi.

Ramadhan terakhir

Saya mahu jawapan tentang satu persoalan besar tentang hati sendiri. Saya mahu jawapan yang pasti. Saya mahu kepastian. Amin.

8 Yorum var:

DOLCEshasha said...

kat rumah bersahur paling besh kan ? kat bilik harap terjaga bangn lah . huhu

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, kat rumah sangat best. Mak masak lauk sedap2 nak bagi buka selera. Haha.

Unknown said...

waaah, terharu ada nama aku :D

Putera Afzal said...

yang penting,i dapat jugak berbuka dgn u yer~

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, apa lagi? Belanja lahhh.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Afzal, exactly. (:

FS said...

Aaaaa aku baru tercari2 nama aku. Haha. Me too Rda :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Hahaha, sengal.