BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

Fikiran, perasaan.

Pernah suatu ketika, saya merasakan fikiran dan perasaan itu adalah sama. Tidak ada bezanya. Langsung. Maknanya, saya percaya setiap tindakan, dan perilaku datangnya seiring dari fikiran dan perasaan. Tiada apa yang mengawal, tiada apa yang dikawal. Fikiran itu datangnya dari akal, perasaan itu dari hati. Namun ia tetap sama, saya percaya.


Sampai satu ketika, saya mula terbawa. Kalau fikiran dan perasaan itu sama, maka apa yang membezakan manusia dengan makhluk yang lainnya? Manusia punya perasaan, haiwan juga. Manusia punya akal fikiran, yang tidak dimiliki oleh lain-lain ciptaan. Kalau ia tidak berbeza, maka mengapa perlu ada dua; fikiran dan perasaan? Mengapa ia tidak disatukan? Maka, saya mula yakin dengan kepercayaan; ia berbeza. Terlalu banyak bezanya.

Meski falsafah saya sudah berbeza; tentang perbezaan, saya masih dibebani persoalan demi persoalan. Saya mula mempersoal, dalam keadaan fikiran dan perasaan yang berbeza ini, apa yang sepatutnya mengawal apa dalam setiap tindakan yang dilakukan. Logik dikawal oleh pemikiran, perasaan adalah mengenai rasa dan keinginan. Maka dalam mencipta kebaikan yang tidak akan pernah membinasakan kebaikan yang lainnya, dengan apakah ia perlu dicipta? Perasaan atau fikiran.

Pada mulanya, saya mahu percaya fikiran perlu mengawal segala-galanya. Fikiran mengawal tindakan, fikiran mengawal perasaan. Lalu mengawal keadaan. Kerana saya melihat beberapa perkara yang berlaku, pada diri saya. Pada orang disekeliling saya. Dekat dengan apa yang saya mahu percaya; fikiran yang mengawal perasaan, terlalu dekat.

Lalu saya mula mencipta persepsi, saya ini adalah orang yang gagal mengawal setiap tindakan. Kerana saya tidak melakukan apa yang saya percaya. Saya selalu membiarkan perasaan saya yang mengawal fikiran. Seterusnya, jadilah saya seorang manusia yang terlalu leka dengan emosi dan rasa. Rasa dan perasaan, atau keinginan untuk lebih tepat dan terperinci. Walau fikiran saya mampu berfikir logik dan rasional keadaan, kerana kegagalan meletakkan apa yang perlu mengawal apa, maka saya selalu mengagungkan rasa dan perasaan.

Di akhir permulaan ini, saya sudah mula meragukan apa yang saya mahu percaya. Saya mula mempersoal semula. Tentang mengawal, dikawal, kawalan. Apa terhadap apa? Kerana saya mahu mula menilai, mengapa wujud pendapat, pandangan akal selalu tersalah, pandangan hati itu yang hakiki. Kewujudan pendapat pasti punya asbab, saya percaya. Namun apa asbab untuk percaya hati (baca; perasaan) itu yang mengawal fikiran sedang perasaan itu kepunyaan semua. Maksud saya, ia bukan nilai tambah untuk manusia. Semua makhluk ada dan punya. Jadi sukar untuk saya percaya dengan keraguan ini.

Saya puas bertanya pada manusia, semua punya jawapan yang sama. Fikiran yang mengawal. Ada juga yang bercakap tentang suara hati, yang letaknya bukan di kelompok yang sama. Saya masih belum mengerti dengan soal suara hati. Saya masih jahil, soal terma yang terlalu banyak tentang manusia, yang kadangkala saya lihat seperti sama.

Berbalik, sehingga saya teringat kesinambungan, pandangan akal selalu tersalah, pandangan hati itu yang hakiki, kalau hati itu bersih. Kerana itu, iman letaknya di hati, jiwa. Hati yang bersih. Maka terjawab satu persoalan besar, mengapa soal seketul daging yang menjadi hati ini dicerita dengan perinci dalam kalamNya.

4 Yorum var:

ha|ana|zak25 said...

salam rda.

wah. hebat punye ayat. penuh falsafah :p i like it

fikiran (baca:akal) dan perasaan (baca:hati) , kedua2nya saling melengkapi.

ada situasi fikiran didahulukan dan perasaan diketepikan. dan begitulah sebaliknya, vice versa kata omputih :)

DOLCEshasha said...

kita perlukan hati untuk membaca hati , memerlukan akal untuk meneroka fikiran kita . Guna kedua - dua nya sebaik mungkin .

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Tiqa Ayob, wasalam.

Thanks for dropping by. Hehehe. Biasalah, dah lama tak tulis macam ni. Lepas gian. Hehehe.

Benar, saling melengkapi.
Thanks for sharing too.(:

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, saya tahu. Tapi mana yang perlu didahulukan? Itu yang saya confuse.