BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, February 22, 2010

Special dedication to all debaters

Biar manusia mengata, memandang pelik pada kita. Kita berjuang, memang sentiasa dihalang. Selagi masih ada roh dan jasad yang berpadu, semangat kita pasti kuat. Bukan kemenangan yang kita pinta dan agung-agungkan. Tapi nilai yang sukar untuk kita cari andai kita bukan bersama keluarga ini. Kekuatan yang kita perolehi, hasil semangat bersama. Kita bermula sebagai pasukan, kita ubah jadi satu keluarga, dan selamanya kita masih satu keluarga. Yang seringkali akan jatuh bersama, dan bangun kembali sambil genggaman erat tangan.

Kalian adalah antara insan terindah yang pernah aku ketemu. Setiap detik kenangan, ingin sekali aku ulang bagi mengisi kekosongan kehidupan. Setiap pelajaran yang kalian bekalkan, terlalu mahu untuk aku kekalkan dalam ingatan dan untuk dijadikan pengajaran. Setiap nilai kasih dan sayang yang kalian curahkan, selalu aku simpan. Buat bekalan, kekuatan dalam kehidupan. Kalian indah, keluarga yang kalian cipta sangat indah. Andai aku bijak dalam penulisan, takkan cukup untuk aku ucapkan rasa syukur dengan tulisanku. Andai aku bagus dalam percakapa, tetap tidak dapat membantu aku meluahkan bahasa lughahku, rasa cintaku pada kalian.

Harapan aku menggunung tinggi. Aku inginkan rasa kasih dan sayang ini kekal dalam hati. Aku, kalian dan kita semua. Kerana, kalian yang telah mengisi ruang-ruang kosong dalam hati aku, yang selama ini aku biarkan sepi tanpa apa pun. Aku akan seringkali berdoa, agar ikatan yang kita bina akan bermula dan berakhir seperti sedia kala. Aku akan meminta berkali-kali tanpa rasa jemu dan malu kepada Tuhanku, agar kita jauh dari segala keburukan yang bisa merosakkan keindahan perhubungan ini. Duhai Tuhanku, Kau tabahkanlah hatiku demi manusia-manusia yang kucintai ini. Semaikan semangat yang berterusan untuk diri ini. Agar suatu hari nanti, kejayaan datang menghampiri kami disamping nilai dan kualiti.

6 Yorum var:

Unknown said...

good luck!
try lagi weyh :)

dylakamil said...

woaahhhh perenggan first paling favourite ! hehe

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, thanks. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, hahaha. Geli pulak aku baca balik. :)

Teddy Reezwan said...

ayok.. jiwang.. tersentuh.. TOUCH2 chu ols../

wan yang baru melangkah dalam dunia perdebatan ni.. huh. salam kontroversi..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Wan, hahaha. Sekali sekala berjiwang2. :)