BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 30, 2009

Kalaulah kau ada

Aku memang bodoh dalam menyembunyikan kesedihan. Aku jahil dalam mengawal perasaan. Mudah saja, air mata aku bergenang walau hakikatnya aku cuba tahan ia dari mengalir. Sampai saat aku menaip dan meluahkan melalui entry ini pun, mata aku sudah mula berkaca. Mungkin orang selalu tertanya-tanya. Apa besar sangat ke masalah dan kesedihan yang sedang aku alami sekarang ni? Sedangkan pada luaran aku boleh nampak tenang dan bahagia? Entahlah, aku pun belum mampu untuk menjawab apatah lagi untuk menerangkan satu persatu. Apa sebenarnya permasalahn jiwa yang sedang aku alami dan hadapi sekarang ni.


Sebab tu aku selalu perlukan kau untuk mendengar aku bercerita. Sebab tu aku mahukan kau datang dan dengar setiap patah yang ingin aku kata. Kalaulah kau ada, mungkin aku tidak akan luahkan lagi kata-kata dengan bahasa jari ini. Kalau kau ada, tak perlulah aku tebalkan muka setebal 2 inci untuk cerita kan tentang keburukan diri di sini. Kalau lah kau wujud, boleh aku menangis sepuas nya dan luahkan segalanya pada kau. Dan seterusnya tak perlu lah aku terus bukukan semuanya dalam hati yang semakin lama, makin makan hati aku sendiri.

Tapi itu semua kalau kau ada. Dan masalah paling besar aku ialah, kau tiada, kau tak pernah ada dan kemungkinan besar kau tak mungkin ada. Walau mungkin aku merayu pada kau supaya hadir dan tunjukkan diri sekalipun, kau takkan datang bersemuka. Aku tak tahu apa sebab dan punca. Aku benci mencari segala sebab yang reasonable yang buat kau taknak datang dan takkan datang. Sebab aku belum mampu untuk menilai apa yang kau sedang rasa dan fikirkan tentang aku. Sebab mungkin kau fikir aku ni seorang yang sangat menyusahkan, yang sukar untuk kau fahami.

Tapi, apapun yang ada dalam fikiran kau saat ini, aku mohon supaya kau jangan butakan mata dan hati kau untuk melihat dan menilai aku dengan penilaian yang sebaiknya. Sebab aku juga layak untuk dinilai. Supaya kau kaji semula samada keperluan aku kepada kau adakah benar-benar wajar atau tidak. Dan supaya kau lihat semula keperluan aku dalam hidup kau. Sebab aku benar perlukan kau, supaya blog dan entry-entry selepas ini, tidak lagi menjadi mangsa luahan rasa dan kesedihan aku. Walau mungkin orang memuji keikhlasan aku dalam penulisan, tapi aku benci. Aku benci untuk bercerita kelemahan dan kesedihan yang aku ada. Sebab aku ingin menjadi lebih baik dan sempurna. Walau mungkin itu satu perkara yang mustahil untuk aku capai dan gapai. Tapi sebolehnya, aku ingin sorokkan apa yang aku rasa. Aku mahu tampil kuat dan hebat dimata semua.

Walau mungkin tidak terbaik dan tidak sempurna, asal kau pandang aku agar kau berikan ruang untuk aku isi dan duduk walau untuk sesaat dua. Walau mungkin hanya untuk sementara, asal kau sudi untuk singgah dalam hidup aku dan mendengar setiap apa yang aku ingin sampaikan dan luahkan. Agar ringan sedikit beban yang aku tanggung, walau mungkin tak seberat mana. Sebab pangkalnya, aku sangat perlukan kau.

25 Yorum var:

DOLCEshasha said...

noboby is perfect syg..

PuanPepel said...

kita perlu menangis untuk tahu nilai bahagia..
kita perlu ketawa untuk taw betapa berharganya airmata..

lumut said...

bak kata sis seroja..
bila kita nangis bukan tanda kita lemah..tapi tanda kita punya hati..

menangislah sayang.
kumpul kekuatan sikit2.bukan sekaligus.nanti kau sakit.

yuanyeeh said...

aww love why r you sounded so emo?! cheer up! the sun will always shine for you, nothing is forever sad. <3

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, yes, I know it. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

mier@merr, tapi macam mana kalau I dah selalu sangat menangis? ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

lumut, thanks so much sayang. Aku akan cuba kumpul kekuatan seboleh yang mungkin. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

YY, thanks so much dear. I really miss you so much. :)

Unknown said...

siapkah kau itu???jeng jang jeng..

klik iklan new zealand ;)

Anonymous said...

babe,i dun really knw wuts going on.vague.but all i can say is,take it easy fella :)

FS said...

ha rda ! kau kat mana sekarang , aku nk text kau tp aku taulah sure payah kau nk reply kan

apa2 , mc je lah aku , aku try call and dgr apa kau nk cerita okay ?

jgn harap dekat benda yg x pati :)

FS said...

*pasti

Unknown said...

yayaya.
byk kesedihan nih rda, try luah kn kt kwn2 kau ok, even DIA yg d mksd kn x de. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

cikepal, haha. I pun tak tahu siapa dia. ;p

Thanks.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Lila, thanks roommate. That's all I can say. Will tell you if I can. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, malam2 sikit aku free, aku text kau okay. Kadang2 aku bukan sibuk mana, tapi aku takde kekuatan nak reply msg korang semua. :) Thanks dear. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, thanks so much. I really need all of you now as well. :)

dylakamil said...

aku memang kagum dengan penulisan kau lah rda. dari hati turn ke jari dan ke papan skrin :)

anyway rda, kalau DIA tak ada, kami kami kawan kawan rakan rakan terbaik kan ada ;) ada telinga lain yang nak dengar cerita kau, okay ;)

ily

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, haha. Thanks so much dyla.

Aku tahu korang ada. Sebab tu aku belum jatuh sepenuhnya. :) Thanks so much sayang.

ILYT

.millalara. said...

perkataan 'kalau' itu memberikan pengharapan.. sila KUAT ya yayang..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Millalar, haaa, tahu takpe. Haha, thanks okay. :)

beruang said...

dh2 la cdey..
maybe ad g yg hakiki untok ang mengharapkn..
cheer up lady..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

dodol n bear, ohh. yelah. Haha, thanks btw. :)

Anonymous said...

Hi !.
might , perhaps very interested to know how one can collect a huge starting capital .
There is no need to invest much at first. You may commense earning with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you need
The company represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with structures everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become a happy investor?
That`s your chance That`s what you really need!

I feel good, I began to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to select a correct companion who uses your savings in a right way - that`s it!.
I earn US$2,000 per day, and what I started with was a funny sum of 500 bucks!
It`s easy to get involved , just click this link http://nunocini.100megsfree5.com/rytaqys.html
and lucky you`re! Let`s take this option together to become rich

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

bongok, penyemak. Haha.