BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 25, 2009

Aku masih perempuan

Mungkin pada luarannya orang nampak dan nilai aku jauh dari ciri-ciri wanita idaman setiap lelaki yang memandang. Yea, aku tak cantik dan aku bukanlah seperti wanita-wanita cantik yang setiap kali gelak, mesti sopan gila dan kena tahan suara walau pada hakikatnya nak gelak bagi pecah dunia. Aku bukannya jenis macam perempuan-perempuan sopan yang jalannya teratur dan tak tinggi kan suara bila bercakap. Atau mungkin yang tak terlalu bersosial dengan lelaki-lelaki dan berloyar buruk masa makan dan banyak lagi. Aku bukan perempuan seperti itu.


Tapi dalam keadaan aku boleh bergelak ketawa dan bertepuk tampar dengan kawan-kawan lelaki, bukan bermakna tidak ada langsung ciri perempuan yang lembut pada aku. Kali ni, aku betul mengaku. Aku masih punya ciri feminine yang diidamkan semua perempuan. Aku masih ada ciri wanita yang mudah terguris hati dan perasaan kalau ada perkara yang tak menyenangkan. Aku mungkin kebal pada kata-kata, tapi sedikit sebanyak apa yang kau cakap dan kau lakukan, sangat-sangat mengguris perasaan aku. Aku bukan bercakap tentang seorang dua, aku bercakap mengenai semua.

Adakah kau lihat aku sebagai seorang perempuan yang boleh kau nak cakap apa saja yang kau suka dan buat apa saja yang kau nak? Atau mungkin kau pandang aku sebagai seorang perempuan yang tak pernah nak ambil hati atau terasa hati walau apa yang keluar dari mulut kau? Aku betulkan, sebab aku bukan macam tu. Kau tahu macam mana aku handle perasaan bila aku terasa sangat-sangat dengan apa yang kau cakap dan kau buat? Susah. Sebab aku taknak lelaki memandang perempuan terlalu lemah, sebab tu aku cuba menjadi bagaimana aku yang sekarang ini. Sebab aku dah puas nak tunjukkan kesedihan aku setiap kali aku terasa dengan apa yang kau, wahai lelaki-lelaki dah buat dan cakap.

Kau kena faham, walau mungkin kau rasa kita sekepala dan mungkin kau rasa aku boleh diajak ketawa terbahak-bahak, kau still kena ingat, aku tetap perempuan dan kau tetap lelaki dan kita tetap berbeza untuk selamanya. Kau kena faham yang aku tetap punya perasaan just like the other typical woman. Walaupun mungkin aku extra-ordinary di pandangan kau sebab aku bukan jenis yang sopan santun dan menjaga setiap perilaku yang aku lakukan. Aku masih perempuan yang kau kena jaga hati dan perasaan aku macam kau jaga hati GF kau. Sebab aku perempuan, sama macam dia. Walau mungkin aku bukan se-special dia tapi kau tetap ada tanggungjawab untuk jaga hati dan perasaan aku.

Senang kata, aku memang terasa dengan apa yang kau dah buat dan cakap. Walau mungkin pada mula nya aku macam tak ambil kisah dan tak ambil pusing tentang apa yang kau dah buat tapi betul, aku masih perempuan yang hati aku sama macam perempuan-perempuan yang lain. Kuat di luar tak bermakna aku kuat di dalam. Jangan kau nilai aku berdasarkan dengan apa yang aku tunjuk dan zahirkan setiap hari, sebab walau aku tomboy atau pengkid sekalipun, hati aku tetap kepunyaan seorang wanita. Yang tak mahu terguris dan terkecewa dengan tindakan-tindakan yang kau rasa kan kosong tapi penuh makna bagi aku. Okay, dah. Bye.

p/s; I am going back to KL this Thursday untuk Raya Haji. Sangat lambat and I dah start homesick.

p/ss; Aku masih ada seseorang yang sudi mendengar cerita-cerita bodoh aku.

p/sss; Click lah nuffnang. Kalau tak aku koyak ticket bas kau.


22 Yorum var:

HEX said...

aku pon masih lelaki..belom ade plan nk tukar lagi.hha

DOLCEshasha said...

laki-laki mmg sll begitu..

Unknown said...

sapa yg dimaksdkn?
aku pn still ada utk ko nak luahkan sebodoh mana pon cerita ko.. (;

Azureen Azlan said...

lelaki2 patut baca ini :)

Rda. u xkasar pun masa I jumpa u hari tu? SWEET je :)

FS said...

hey lesbo number 2 ! ape u buat dgn ween sampai die xnmpk u kasar ha ? ish ! hahaha

org kata kan.....kalau...

haha , aku ada je untuk kau RDA :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ajik, Haha. mana lah tahu kau tiba2 berminat nak jadi perempuan kan. HAHA.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Shasha, tak selalu tapi kerap. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, nanti aku cerita okay. Jarang dapat jumapa kau lah sekarang ni. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ween, ouch. Yeke I sweet? Hahha. You the only one yang cakap tau. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, haha. Mana boleh bagi tahu apa yang aku buat dengan Ween. ;p

Thanks sayang. :)

azmy shafiq said...

wehh nape nie bro?ehh nape nie dok?
rlek2 aa..lu ttap syang gua smpai bile2 kn ?

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Amy, sial lu panggil wa bro. HAHAHA. Wa tetap sayang lu lah, no worries. ;)

dylakamil said...

lu jangan buat cibai dengan RDA gua lahhh lelakilelaki sekaliannnn.

sebodoh mana, sestupid mana, sebangang mana, seciput mana, sebengong mana, se-apa-semua-yg-kau-fikir, aku ada nak dengar ;)

kilometer yang beratus2 ni je yg memisahkan. aicittt ayat akuuu :DD

bila free, kita webcaammmmmwhore okayy? ngehngeh

ohh lupa. sejak kau jd lesbo atyn, mknanya kita ni dah threesome lah en? heheh ;pp

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, hahhahaha. sumpah aku sengih sorang2 baca comment kau. Tah bila lah nak webcam dengan kau kan kan.

Dan, aku suka part threesome ni. Hahha. Menarik. :)

FS said...

bapaklah suka part threesome ! haha

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

FS, hahaha. of course lah. itu yang paling menarik. Hahaha.

dylakamil said...

i suka taww threesome. biarlah kita lain dari yg twosome tuu. HAHAHA

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, hahhaha. I pun suka. Baru puas. :)

dylakamil said...

hahahah beeetuuul tuuu :D

ahmad faiz said...

aku ke?? haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, hahhahaha. sumpah rindu kau wei.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Kiwi, kau ke? hahha.