BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 16, 2009

Aku nampak bodoh bila macam ni.

Aku jarang punya perasaan benci. WTF guna 'aku' tiba-tiba. Takpe, dah biasa untuk entry yang ber-emosi. Yea, aku jarang ada perasaan benci walaupun aku sering kali punya perasaan marah. Aku kurang sabar, aku terlalu emosi. Tapi belum sampai tahap aku benci. Dan kebiasaannya bila aku elakkan perasaan benci macam ni, mesti aku akan rasa sedih.


Kau faham tak, macam mana perasaan bila kau rasa down dan lost your self sangat-sangat? Kau faham atau tidak bukan persoalan besar aku, tapi itu yang aku rasa sekarang ni. Saat aku tengah taip entry ni. Dah lama benda ni berligat dalam kepala otak aku. Walaupun kadang-kadang aku express dalam status mood kat Facebook dan Myspace tapi aku kira ia belum mencukupi untuk aku hilangkan perasaan itu. Belum cukup untuk aku lepaskan apa yang mengganggu fikiran aku sejak dua menjak ni. Sehingga gurauan kawan-kawan pun, yang dulu nya aku layan macam takde perasaan, tapi sekarang aku lebih cepat touching. And I really meant it. Jangan bergurau dengan aku lebih-lebih pada ketika ini.

Aku selalu punya masalah confuse dengan perasaan sendiri. Sebab tu aku tulis, kau faham atau tidak bukan satu isu. Sebab aku sendiri pun tak faham dengan perasaan aku. Kenapa ia begini, dan bila ia bermula macam ni. Aku sendiri tak boleh nak jawab. Walaupun soalan nya hanya dua, kenapa dan bila. Dan aku kira perkara ini mungkin sudah ditahap yang kritikal. Sebab keperluan boyfriend yang aku nyatakan dalam previous entry pun, aku confuse samada keperluaan itu adalah punca kepada perasaan ini, atau pun mungkin kesan daripada perasaan ini. Aku sendiri keliru dan tidak pasti. Tapi apa yang pastinya, aku dalam keadaan dan situasi ini.

Situasi yang bila malam, aku terasa seperti berseorangan. Walaupun mulut tengah gosip-gosip dengan roommates tapi hati dan kepala aku seperti di suatu tempat yang terpencil yang sunyi. Dan bila siang aku lupa mungkin sebab faktor kesibukan. Keadaan yang bila malam, aku terasa sangat rindu mak, ayah, abang dan adik-adik aku. Tapi bila siang, mereka hanya ada di hati aku. Aku sorok dan aku simpan perasaan itu. Dan kadang-kadang aku terasa sangat bodoh sebab tak dapat handle perasaan sendiri padahal dalam masa yang sama banyak idea-idea aku keluar untuk handle perasaan orang. Betul ke karma nya macam tu? Kalau betul, tolonglah sesiapa hadir dan datang, sebab aku perlukan kau.

Bila aku macam ni, aku rasa aku sangat memerlukan seseorang yang betul-betul boleh spend time mengadap muka aku untuk sesi luahan perasaan. Tapi aku tak tahu siapa, dan aku mohon dia boleh datang sendiri tanpa aku pinta. Sebab tentang siapa yang dapat membantu pun, aku keliru.

22 Yorum var:

FS said...

adehh ni rasa nk turun g bilik kau sekarang ni , semalam aku ada menghadap muka kau , xde apa pulak nk dibicarakan nok oii , ke semalam x tercetusnya lagi perasaan misteri kau ni ? ;p ok , x leh gurau pulak kan masa ni , maafkan saya rda , saya hanya ingin mneghulurkan jari jemari gemuk saya ni agar dapat peluk bahu anda and make u comfort .

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Atyn, :'( Thanks babe. Kan aku cakap, kalau siang kurang sikit perasaan aku ni. Plus, aku pun tak tahu macam mana nak start cerita kat kau. Pucuk pangkal cerita pun aku tak tahu. Tapi takpe, nanti aku cerita jugak okayyyy. Haha, gurau macam tu, acceptable. :)

NAZ said...

huh?
macam hilang kad pengenalan diri jer. hahaha

PuanPepel said...

aiyok... komplikated bunyinya...

Nor atau Nad said...

meh arr aku jd boyfie ko yunk..
tok ilngkn prasaan misteri kao..
(adakah gurauan ini diterima?)

HEX said...

ko tonang yo bai. hha.

MOMMY CGG said...

suke bila kamu luahkanmarah melalui tulisan:)

lagi better dari marah kat org lain kan dik?

salam kenal:)

dylakamil said...

aahhh rda ! rindu nk lari2 all the way from masria tu mahsuri eh nama blok lagi satu tu? hihi aku dah lupa. mak dah tua nyaahh. igt tak that night we both ada perasaan mcm bodoh about guys dan aku berlari dlm tgh mlm semata2 nk berckp dengan kau. dan sekarang, aku xdpt lari2 ke sana tp aku nk jugak berckp dengan kau pasal ni. weyy nnt aku balik rumah khamis ni dah start cuti so bolehla kita berwebcam okay?

anyway, setiap post kau yg aku baca, karangannya pasti panjang. kau dah boleh amik course bahasa melayu dekat IPG aku ni. HAHAH ;p

my!

Unknown said...

homesick lg kah?
p/s: aku de wat ko touching? *curious*

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Naz, hahaha. nope lah. IC I selamat lagi. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Mier@merr, tahu takpeee. :(

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Miez Hanem, Yup that's true sis. :)

Salam kenal jugak. Nanti I terjah ur blog. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Nadirah_nor, hahhaha. kau ni memang nak makan kasut aku. ;p

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ajik, eden dah pueh tonang. Haha.

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Dyla, OMG OMG. Sumpah aku rindu time tuuu. Kita lepak luar dua orang sambil kena gigit nyamuk. :( Really need you sayang.

Okay, sumpah aku nak web-cam dengan kau. Hahahha.

myt. :)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Feeqa, Homesick maybe on of the factor. :'(

Eh eh, bila pulak kau buat aku touching?? Mana ada. Haha.

Anonymous said...

seriously,i dun mind if we sit and hav a deep and long conversation together while enjoying coffee.haha.i would love to do so.anything fer my rommie:)

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Lila, OMG OMG. Hahaha, sounds interesting. I would like it. We will do okayyy. Thanks sayang! :)

beruang said...

maybe omesick..
who knows..

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

dodol n bear, big possibilities. :)

Azureen Azlan said...

dear, I hope u r doing fine. I'm here anytime u need someone to share, just text me / give me a call. erk. or u wanna me to call u? I boleh! :)

take care always. muah

Rabiatul Adawiyah Sulaiman said...

Ween, ouch. sumpah I terharu. ;')

I think i'm better now. Tapi kalau ada problems, I'll tell you. :)